10 March 2013

Sindrom Segan

[Kredit]

"Eh jomlah pergi bulatan gembira! Dah lama kau tak datang en..?"

"Segan."

"Weh, konferens riang bulan ni anda pergi tak..? Rasanya dua tiga bulan yang lepas, anda tak hadir kan..?"

"Segan ah."

"Apsal ana tengok, enti dah lama tak balas email-email dalam Kumpulan Google Super Saiya kita tu ya..? Enti ada apa-apa masalahkah..?"

"Segan la."

Uishhh macam best je perhimpunan girang ni! Bukan selalu dapat jumpa ustaz-ustaz dan syaikh-syaikh terbang dan berjalan atas air macam ni! Pergh. Jom..?"

"Uhmm.. Segan weh."

"Ohoi! Dah lama sangat hang tak bawak bulatan gembigha nih! Ni ha, ceq kenai beberapa orang hadek, mata bersinaq-sinaq suma, tak sabaq-sabaq nak bulatan gembigha! Hang boleh bawakkan..??"

"Ish.. Segaaaann."

Segan. Segan. Segan.

Sindrom segan.

Sindrom segan ni bisa sahaja menjelma dalam beraneka rupa dan bermacam jenis.

Ada yang segan nak sertai bulatan gembira kerana merasakan diri tidak layak bersamanya. Ilmu tak cukuplah. Rasa diri tak sempurnalah. Nak perbaiki diri dahululah.

Ada yang selepas lama habis belajar, pulang ke kampung dan dek sudah lama tidak berbulatan gembira dan menyertai program-program tarbiyah dan dakwah, akhirnya dia langsung menjadi segan. 

Dan ada pula akibat sibuk bekerja, difitnah oleh Makcik Peah sama ada di kantor, di hospital, di tapak projek dan sebagainya sehingga berdikit demi sedikit, dia semakin kurang menghadiri bulatan gembira, konferens riang dan perhimpunan girang. Dan apabila setelah beberapa waktu dan dia diajak untuk menyertai program-program itu, dia lantas sudah menjadi segan. 

Segan.

Segan ini sifatnya menggemok dan membesar. Maknanya, apabila ia dibiarkan dan diberi makan, segan itu akan menjadi tidak keruan, tanpa sempadan.

Mula-mula segan sedikit. Lepas tu segan banyak. Selepas itu lagi, jadi tersipu-sipu segan sampai merah muka macam anak perempuan. Eh. 

Betapa ramai ikhwah dan akhawat yang sudah mendaftar dengan Kelab Alumni Ikhwah/Akhawat, bermula dengan perasaan segan ini. Bermodalkan segan, mereka kini telah bergelar jutawan. Wahahaha. Ok merepek. 

Maka segan ini tidak boleh dilayan. Kerana segan sebegini tidak membuahkan sebarang amalan. Segan sebegini menjadikan diri semakin jauh dengan Tuhan. 


"...dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu., kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak antara mereka menjadi orang-orang fasiq."
[al-Hadid, 57:16]

Gulp telan air liur. Astaghfirullah.

Ha nampak tak apa akibatnya kalau kita tunduk pada segan kita tu? Apa jadi apabila kita mengikut sangat kehendak perasaan kita tu..?

Mula-mula segan nak balas sms/email. Lepas tu segan nak ke bulatan gembira. Sebab dah jarang bersama-sama dengan program-program tarbiyah, yang sifatnya berterusan dan dinamik, maka kita jadi kering. Bila kering, hati pon senang mengumpul bintil-bintil hitam. Bila dah banyak sangat bintil hitam, dia jadi hitam terus macam buntut kuali yang dah lama tak kena sental pakai berus dawai besi. Eh. Kemudian hati jadi keras.

Apa simptom-simptom hati keras? Suka pada maksiat. Chenta pada jahiliyyah. Tidak gemar pada tazkirah dan jauh daripada tarbiyah. Percakapan pon dah lain. Banyak gelak, cakap benda-benda tidak berfaedah, mula pandai mencarut dan amat mudah mengatakan sesuatu yang menyakiti hati orang yang mendengarnya. Perbuatan dan akhlak seharian juga sudah banyak berubah. Kerana itulah Allah sebut, ramai dalam kalangan orang berhati keras ini berakhir menjadi orang-orang yang fasiq. 

Allahu rabbi. Nanges.

Semuanya bermula dengan segan. Ya, segan. 

Kerana itu segan ini tidak boleh dilayan. Kerana segan sebegini tidak membuahkan sebarang amalan. Segan sebegini menjadikan diri semakin jauh dengan Tuhan.

Kalau segan, tidak mungkin Abu Dzar al-Ghifari r.a. sanggup meluru ke Kaabah, melaungkan keIslamannya pada sekalian orang-orang kafir Quraisy?

Jika segan, mustahil 'Umar al-Khattab r.a. mencabar penduduk Mekah untuk menghalangnya daripada berhijrah?

Andai segan, masakan Khalid al-Walid, Ikrimah bin Abu Jahal dan Amr al-'As yang begitu besar onar dan ingkarnya pada umat Islam suatu ketika, sanggup untuk memeluk Islam dan menjadi pembelanya pula..?

Kerana itu, segan perlu dilawan. Segan yang tidak bertempat wajar ditekan. Dan segan itu lawannya paksaan. 

Apabila rasa segan mula menyusup masuk ke dalam perasaan, kerana sudah lama tidak berbulatan gembira, kena paksa juga diri untuk pergi menghadirinya.

Apabila rasa segan mula bermain-main di fikiran kerana sudah lama tidak menyertai konferens riang, kena paksa juga diri untuk pergi menyertainya.

Apabila rasa segan mula menggemok dan menguasai badan kerana sudah lama tidak membawa bulatan gembira sendiri, kena paksa juga diri untuk membawanya. 

Dan apabila sudah mula rasa segan yang teramat untuk berjumpa dengan ikhwah, bermuayasyah kasih mesra bersama mereka kerana sudah lama menghilangkan diri, kena paksa juga diri untuk pergi berjumpa dengan mereka.

Kerana kita segan untuk apa..? Dengan siapa..? Bukankah yang kita cari keredhaan Tuhan..? Bukankah yang kita buru chentaNya yang abadi? Bukankah yang kita mahukan adalah sorgaNya yang hakiki..?

Eh, kita segan dengan makhluk, tapi kita tidak segan dengan si Pencipta..? Apa kes..?

Andai segan itu menjauhkan kita daripada amal soleh, bukankah ia amat perlu dijauhi? Jika segan itu menjadikan kita semakin futur, bukankah ia amat wajar diperangi? Sekiranya segan itu membuatkan kita hilang nikmat ukhuwwah fillah yang pernah kita rasai kelazatannya suatu ketika dahulu, bukankah ia suatu perasaan yang amat membinasakan..?

Garu kepala.

Maka segan ini tidak boleh dilayan. Kerana segan sebegini tidak membuahkan sebarang amalan. Segan sebegini menjadikan diri semakin jauh dengan Tuhan.

Sudah tentu, perasaan segan ini bagus jika kena pada tempatnya. Malah amat-amat digalakkan pula untuk kita memupuk semangat keseganan yang sebegini.

Segan yang bagaimana pula tu Inche gabbana..?

Senyum.

Segan untuk berbuat dosa. 

Segan untuk hanyut dalam kemaksiatan.

Segan untuk bercakap yang bukan-bukan.

Segan untuk gelak macam pontianak.

Segan untuk makan macam raksasa gorgon.

Segan untuk biarkan bau mulut busuk dan badan berbau. 

Segan andai diri menjadi fitnah kepada agama.

Segan sehingga para malaikat pon jadi segan pada kita, sepertimana mereka pernah berasa segan pada ketinggian akhlak Uthman bin 'Affan! Walawehhh! 

Ha, kalau segan yang sebegitu, tidak mengapa! Segan macam itu, amat kool dan bergaya! Jika segan yang begitu, in shaa Allah akan mengundang redhaNya! 

Garu kepala lagi. Kalau macam tu, macam mana nak bezakan, bila mana yang patut berasa segan, dan bila mana pula yang tak patut jadi segan..? 

Ahah! Mudah sahaja! 

Segan dalam kemaksiatan, tapi tidak perlu segan dalam amal kebaikan!

Segan dalam dosa, tapi tidak perlu segan dalam mencari redha!

Segan dalam kemungkaran, tapi tidak segan dalam ketaatan..!

Kerana malu (segan) itu juga adalah sebahagian daripada iman!

Bagaimana..? Anda sudah nampak permainannya di situ..?

Senyum lagi.

-gabbana-

17 Caci Maki Puji Muji:

pembaca blog 10/03/2013, 23:44  

hmm..
bagaimana dengan masalah segan utk ke depan mengutarakan pndapat dlm bulatan gmbira, konferens riang n lain2

Izzati Hashim 10/03/2013, 23:49  

Segan saya dengan orang hebat menulis ni.
Moga Allah mudahkan setiap urusan untuk terus bertinta.

:)

Anonymous 11/03/2013, 00:43  

nah inche!
http://www.youtube.com/watch?v=avxB_ubHriQ

Anonymous 11/03/2013, 02:06  

yepp, . . . . . aku segan, . . . nak buat pape pun segan, . . . . macam tau-tau je ko buat entry ni timing dye, . . . .

memang tepat waktu entry-nye keluar, . . . :)

Anonymous 11/03/2013, 07:57  

aseef, mungkin typo ayt al quran di atas.

*al-hadid 57:16

Anonymous 11/03/2013, 19:48  

ada satu lagi segan yang terlepas,


Segan nak tegur ikhwah/akhwat yang telah pun jadi alumni akibat keseganan yang melampau

Anonymous 12/03/2013, 00:12  

rakyatkanlah usrah,nescaya ramai yang tidak akan segan!

Anonymous 12/03/2013, 06:42  

rasanya x perlu segan pun nak tegur akhwat/ikhwah yang dah alumni.
mereka punya perasaan dan emosi gak, mereka pun masih ade memori tentang kenangan manis kau bersama dalam dakwah dan tarbiyyah.
xkan la lupa macam tu je. =D
tegur jee, jangan segann!
pesanan khas dari orang yang pernah join alumni. *,*

Anonymous 13/03/2013, 13:59  

segan lah nak komen. -_-'

cahayacitacita 14/03/2013, 12:09  

jgn nnti segan nk masuk syurga plak. huhu

Anonymous 16/03/2013, 23:52  

Saya ini kurg ilmu pngetahuan, bulatan gembira dan konferens riang tu apa ye? :)

Anonymous 19/03/2013, 13:07  

usrah sekarang da byk,macam trend, tp mcm x kene, yg pelik sye x rse ukhwah dlm usrah, org dtg mcm buat syarat, bile bincang ilmu sume diam.... segan, yg lebih chitchat shj... bincg masalh2 hati ngan dunia... sedeyh rse nk lari carik usrah baru

Amen Naqib 23/03/2013, 20:45  

tengs ya akh, entri ini berguna buat ana. *senyumm (:

Anonymous 25/03/2013, 19:02  

diri ini pernah segan untuk membaca al quran kerana baru bertatih untuk membaca kalimah suci Allah itu. moga2 segan itu sudah hilang.IA

Sayidah Napisah 31/03/2013, 00:18  

betul..saya perlu elakkan segan tak bertempat.yeah inysaALLAH bangkit! :)

Anonymous 04/08/2016, 21:52  

Dah lama behenti baca blog ni. Dulu baca masa semangat, masa umur belasan. Sekarang rasa blog ni macam bacaan biasa.
Mungkin Allah gerakkan hati untuk baca balik. Dan sekarang rasa tergerak nak patah balik ke masa belasan tu, masa semangat nak datang daurah, usrah, muayashah, bincang tentang dakwah.
Terima kasih Akhi sebab terus menulis dan mengingatkan.

Anonymous 06/08/2016, 07:34  

assalam, sye rse futur sangat .. kdg2 rse taknak bersuara kat group usrah di whatsap .. tu dikira segan ke ??

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP