21 February 2013

Oii! Apa Tolak-Tolak Ni...?!

[Kredit]

"Bacalah!"

Desak Jibril a.s..

"Aku tidak tahu membaca!" Sosok tubuh itu menggigil, penuh ketakutan.

"Bacalah!" Jibril meggertak lagi, sambil tangannya memeluk kuat jasad yang menggeletar penuh gerun itu.

"Aku tidak tahu membaca!"

"Bacalah!" Jibril seperti tidak pernah kenal erti putus-asa. 

"Aku tidak tahu membaca...!" Sekali lagi manusia yang dipeluk Jibril itu kaget, jujur mengutarakan kekurangan yang ada pada dirinya. 

Lantas Jibril pon melepaskan pelukannya, dan membimbing manusia kekasih Allah itu untuk membaca:
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia (Allah) mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Rabb engkau itu amat mulia. Yang mengajar dengan pena. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 
[al-'Alaq, 96:1-5]

Selebihnya kita tahu adalah sejarah. Perisitiwa yang berlaku di Gua Hira' itu adalah titik tolak kepada gelombang Islam yang bakal merobah dunia. Muhammad bin Abdullah, seorang lelaki terhormat dalam kalangan kaumnya, telah dilantik oleh Allah untuk menjadi utusanNya di muka bumi. 

Sekarang, apa yang menariknya tentang kisah Nabi di gua Hira' itu..? Sudah berkali-kali kita membacanya. Sudah berulang-ulang kita mendengarnya. Sehinggakan sekiranya kita diminta untuk mengulang kisah peristiwa tersebut, pastilah kita mengetip jari dengan mudah, tanda kacang cap Ngan Yin. Eh. 

Namun, selama ini kita mungkin terlepas pandang suatu elemen yang terkandung di dalam peristiwa tersebut, yakni apabila Jibril a.s. memeluk erat Nabi dan menyuruhnya untuk membaca. Tiga kali baginda dipeluk. Tiga kali baginda disuruh membaca. 

Nah, masih tidak nampak..? 

Peluk erat. Baca cepat. Peluk. Baca. Peluk tambah arahan untuk membaca. Jadi apa..? 

Paksa. Ya, paksaan. 

Lebih meyakinkan andai kita menyambung sedikit kisah Nabi SAW selepas baginda menerima wahyu yang pertama itu. Selama beberapa hati baginda dirudung resah dan gelisah. Dan suatu hari, baginda terlihat Jibril sekali lagi, dalam rupanya yang sebenar di kaki langit.

"Wahai Muhammad! Aku Jibril dan engkau adalah utusan Allah!"

Berlari-lari baginda penuh ketakutan dan minta untuk diselimutkan oleh Khadijah r.a., isterinya yang terchenta. Zammiluni! Zammiluni! Selimutkan aku! Selimutkan aku!

Ketika itulah, paksaan kedua, dalam bentuk wahyu yang mulia, turun dari langit petala.

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berillah peringatan!"
[al-Muddatsir, 74:1-2]

Nah, bukankah itu juga satu suruhan yang menggugahkan? Bukankah itu satu arahan yang membangkitkan..? Dan.. Bukankah itu suatu bentuk paksaan..? 

Ya, dari seerah Nabi terchenta, kita belajar bahawa dalam meraih keredhaanNya, paksaan itu perlu. Daripada kisah hidup baginda yang mulia, kita tahu bahawa ada masanya kita mesti memaksa diri kita untuk bangkit mengejar chentaNya. Dan daripada perjalanan hidup baginda yang penuh dengan warna-warni itu, kita faham bahawa paksaan itu wajar dalam menggerakkan hidup kita. 

"Jadikan cintaku padaMu ya Allah, 
Berhenti di titik ketaatan,
Meloncati rasa suka dan tak suka.

Karena aku tahu,
mentaatiMu dalam yang tak kusukai,
Adalah kepayahan, perjuangan, dan gelimang pahala,
Karena seringkali ketidaksukaanku,
hanyalah bagian dari ketidaktahuanku."

- Salim A. Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang

Beruntunglah mereka yang amat mudah untuk jatuh chenta dalam ketaatan. Chenta untuk bersolat jemaah di awal waktu. Chenta untuk bertilawah dan mentadabbur Quran selalu. Chenta untuk berpuasa sunat dua kali seminggu. Chenta untuk bangun malam, bertahajjud rindu. Chenta untuk mengukir senyuman manis setiap waktu. Chenta untuk bersedekah tanpa silu. Beruntunglah!

Namun, kebanyakan daripada kita, tidak terbit rasa chenta sedemikian. Tidak wujud rasa rindu dan kasih untuk segera berbakti dan beramal soleh. Tidak lahir rasa rindu dan selesa untuk berbuat kebaikan tanpa dipaksa-dipaksa. 

Jika mahu ditunggu rasa chenta itu datang, alamatnya sampai sudah berpindah ke batu dua tanah merah sekalipon, pasti kita tidak tunduk taat padaNya! Sampai langit terbelah dua, kuching bertanduk tiga pon, kita akan terus dibuai dengan maksiat, didodoi dengan jahiliyyah, dek menunggu rasa suka dan selesa yang tak kunjung tiba! Alahai.

Seorang tabi'en yang diketahui haibat amalan ibadahnya, telah memaksa dirinya untuk bangun malam setiap hari untuk tempoh dua puluh tahun yang pertama, sebelum dia dapat merasakan kelazatan dan kenikmatan beribadah untuk dua puluh tahun yang seterusnya! Maknanya, dia tidak pernah tinggal bangun malam untuk empat puluh tahun lamanya! Walaweh!

Kita..? Baharu bangun solat malam sekali-kala, dan jarang sekali merasakan kelazatannya, sudah pantas berputus-asa. Baca Quran pon mahu tak mahu, dan langsung tiada usaha untuk coba memaknai setiap ayat yang dilafazkan, sudah berasa bosan dan tidak keruan. Baharu beberapa tika melakukan perubahan, namun dek tidak sabar menanggung cobaan dan ujian, terus menyerah kalah keguguran, dan kembali semula kepada kemaksiatan. Aduhai lemahnya iman.

Boleh hulurkan pisau pemotong daging itu? Saya mahu tikam laju-laju hati saya ini. 

Sayugia sesetengah daripada kita perlu dipaksa untuk merasakan betapa lazatnya rasa ibadah itu. Sesetengah daripada kita terpaksa disuruh dan diarahkan sebelum dapat merasakan nikmatnya erti sebuah keimanan. Dan sesetengah daripada kita, perlu dipaksa, sebelum jatuh chenta. 

Kerana makna sebuah keikhlasan itu tidak terletak pada rasa suka. Erti sebuah ketulusan itu tidak semestinya mesti ada chenta. Kadangkala ia hadir dengan rasa terpaksa. Keterpaksaan yang akhirnya melahirkan rasa keikhlasan. Keterpaksaan yang akhirnya akan membuahkan ketulusan.

Oleh sebab itu, kita perlu paksa diri kita untuk berubah, walaupon ia payah.

Kita mesti paksa diri kita lebih rajin untuk solat berjemaah, meskipon kita terpaksa berjalan jauh dan meredah sawah.

Kita wajar paksa diri kita untuk baca al-Quran setiap hari, meskipon hati lebih berat untuk menonton telebisen dan menghapdet status di MukaBuku. 

Kita perlu paksa diri kita untuk memperbanyakkan zikir dan istighfar. walau lidah kita lebih gatal untuk mendendangkan lagu-lagu pop yang terkini. 

Kita mesti paksa diri kita untuk tutup aurat, walaupon ia tampak kurang bergaya. Bagi yang perempuan, bukan sekadar menutup aurat berbasa-basi, tapi memakai pakaian yang sopan dan tudung labuh yang sempurna.

Kita wajib memaksa mata kita untuk menjaga kehormatannya, meskipon serakah kita kuat memujuk. 

Kita wajar paksa diri kita pergi juga ke bulatan gembira, walaupon kita sudah lelah bekerja atau pengsan menelaah pelajaran.

Kita perlu paksa diri kita menghadiri juga konferens riang, meski nafsu dan kehendak diri kita kuat menentang.

Kita mesti paksa diri kita untuk melaksanakan juga tugas syahadatul haq, walaupon bebanannnya dirasakan lebih berat daripada ikan paus biru goreng tepung. Eh. 

Kita wajib memaksa diri kita mengikis karat-karat jahiliyyah yang bertempek di jiwa kita, walaupon kita sudah cukup akrab dengannya.

Kita amat mesti dan terlalu perlu untuk memaksa diri kita tunduk patuh pada perintahNya dan sedaya-upaya mengikuti sunnah rasulNya, meski jiwa kita kuat memberontak, hati kita berat untuk melaksanakannya. 

Kerana nilai kehidupan ini tidak terletak pada apa yang kita suka atau chenta. Tetapi nilainya terletak pada apa yang Allah suka dan redha.
 
"Telah diperintahkan ke atas kamu berperang, sedangkan kamu membencinya. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, walhal ia baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menchentai sesuatu, walhal ia buruk untuk kamu. Dan Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
[al-Baqarah, 2:216]

Ya, kehidupan ini adalah suatu mujahadah. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan. Kehidupan ini membutuhkan kesetiaan. Kerana yang kita rindukan bukan calang-calang. Yang kita dambakan amat mahal harganya. Yang kita mahukan adalah jannahNya yang kekal abadi dan melihat wajahNya penuh redha berseri-seri.

"Dan orang yang takutkan kebesaran Rabbnya, dan menahan diri daripada hawa nafsu. Maka jannah adalah tempat kembali (mereka)."
[an-Nazi'at, 79:40-41]


Kadang-kadang untuk terjun gaung, kita perlu ditolak, walaupon kita tidak menyukainya. Meski kita membencinya. Agar kita jatuh berguling-guling dengan penuh bergaya, walau terpaksa. Ya, seperti dalam filem Hindustan itu. Eheh. Kerana kita tidak mahu sekadar suka dan mahu pada agama ini. Tapi kita mahu jatuh chenta padanya, berguling-guling.

"Kami telah berbai'at, untuk mendengar dan taat
dalam suka ataupun duka, saat segar atau lelah
ketika bersemangat ataupun malas, kuat ataupun lemah."

-Sa'ad bin Muad'z r.a. (Dipetik dari Jalan Cinta Para Pejuang)

Dan kerana akhirnya, kita perlu memaksa diri kita, kerana kita hidup bukan untuk diri sendiri. Tapi kita hidup untuk memberi.

Senyum.

-gabbana-

12 Caci Maki Puji Muji:

Capital A 21/02/2013, 09:41  

:')

inshaaAllah sama sama paksa memaksa utk jd baik.

Anonymous 21/02/2013, 09:41  

inche gabbana..nak tanya Jalan Cinta Para Pejuang tu buku kah..di mana nak dapatkannya?

LuzKlaRita93 21/02/2013, 09:47  

Assalammualaikum.. subhanallah. speechless Luz.. suke sgt dgn entry ne.. yaaa. mmg btul. bl dfkirkan blik, smua aspek khidupan kta ada kaitannya dgn pksaan.. ^_^ btw, tanx utk pringatan ne ^_^ Alhamdulillah..

Anonymous 21/02/2013, 10:59  

Salam alaik,
Admin mmg all-rounded, (rounded jgk ke?). Die guna metoda mengarang dr selunak2nya hg sekeras2nya.So,kkdg/ selalu jgk ade yg terkena, sbb org pn mmacam.
Bile terkena maknanya ada kesan la tu.Cuma trkdg ter'over' la jgk. Cth, rase mcm kutuk atau tuduh org. Mmg die kkdg omputih kata 'very strongly opinionated'. Nk buat camana, dia pn tmasuk dlm species org yg mmacam. Hmm..macamana ye?
Kena adjust sikit opinion dan approach, gamaknya. Wallahuaklam.

Anonymous 21/02/2013, 12:36  

mmg ikhlas bermula dari paksaan pun kan?

rindu madrasah rasul 21/02/2013, 14:20  

salamullah.
iya!
ana prnh terfikir prkara yg samaa.
hamdulillah akhi mnjawabnya^^
dan ada soalan,akhi.
the period of paksaan yang kita lalui tu,Allah tak kiralah kan amaltu?
iya,ni urusan DIA.
.ana cuma nk tahu^^.
*yg post ttg jeans,ana ada comment lg,akhi.

Anonymous 21/02/2013, 14:37  

oaksa.yes. kalau tak paksa diri yang sedia malas ni. mmg fitrahnya akan malas sentiasa lah jawabnya

Anonymous 22/02/2013, 06:13  

kena tolak kt stesen dan dlm lrt? ikut lah coach atau lorong yg disediakan.

Aflah 22/02/2013, 18:23  

entah,
harga syurga tu mahal.

APG slalu buad ayer trasa mgalir laju

Anonymous 22/02/2013, 18:49  

Moga Allah pandu hati2 kita dlm mengejar cintaNya.

AT 24/02/2013, 07:21  

saya harap ade icon utk share kt fb di sini. Sgt bermanfaat. Ya diri ini perlu dipaksa lg.

Broken_jar 11/03/2013, 12:52  

fake it until we make it :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP