Tolong Nyanyi Nasyid Asmaul Husna Tu Kuat-Kuat Boleh..?
[Kredit] |
Di saat kita berasa resah, gelisah, punya banyak masalah yang merudung jiwa dan membotakkan kepala, tidak tahu pula kepada siapa yang boleh diadukan masalah-masalah itu.. Sehingga kadangkala terdetik juga di hati untuk terjun gaung, agar dapat kita lupakan terus beban yang menyeksa jiwa.
Ketahuilah di sana ada as-Sami', si Dia yang Maha Mendengar setiap doa dan rintihan hamba-hambaNya.
Tatkala kita sengkek, poket koyak dek pelbagai perbelanjaan tidak terjangka, dan ketika itulah si anak merengek minta disusukan, si isteri mengomel mahu dibelikan barang dapur, si suami memujuk agar diberikan sedikit wang saku, adik-beradik datang merayu agar dapat dipinjamkan wang mana yang ada.. Infaq dan sedekahnya entah ke mana. Walhal perut sendiri pon terpaksa diikuat kuat, ketat.
Ketahuilah di sana ada ar-Razaq, si Pemberi Rejeki, yang pasti membukakan jalan dan mencukupkan keperluan hamba-hambaNya yang bertaqwa.
Ketika kita merasa berdosa, penuh noda, terluka dengan masa silam dan lampau yang penuh derita... Tidak sanggup rasanya mahu mengimbau semula dosa-dosa kemungkaran dan kemaksiatan yang pernah menjadi amalan harian. Dan kita juga tidak pasti sama ada kita akan ketemukan keampunan. Kita berasa gerun dan takut akan seksaan Tuhan buat manusia-manusia ingkar yang telah dijanjikan. Diri ini gundah, andai di penghujung usia, kita tidak ketemu jalan kemaafan.
Ketahuilah, di sana ada at-Tawwab, Maha Penerima Taubat dan al-'Afuw, Maha Pemaaf, yang sentiasa menanti-nantikan hambaNya untuk kembali kepadaNya, dalam dekapan kemaafan penuh kechentaan.
Andai kita merasa lelah dan jerih dengan tarbiyah dan dakwah yang kita perjuangkan, kita ternanti-nanti bunga dan buah hasil biji benih yang disemai, dibaja dan disiram, namun ia tidak juga kunjung tiba. Bisikan-bisikan jahanam syaitonirojim yang mendesak kita untuk berputus-asa makin berkumandang kuat di jiwa. kita mula berasa ragu-ragu kerana merasakan kerja-kerja kita tidak dihargai...
Ketahuilah, di sana ada as-Syakur, di Dia yang Maha Mensyukuri yang pasti akan membalas setiap pengorbanan, titik peluh dan darah yang kitaa rembeskan untuk dakwah ini, dan as-Syahid, Dia yang Maha Menyaksikan setiap amalan dan buna-bunga chenta yang kitaa taburkan.
Di kala kita merasakan doa kita tidak dikabulkan dan rintihan kita tidak didengari, kita merasakan Hey kenapa aku sahaja yang bernasib malang walhal setiap hari aku solat penuh lima kali sehari tapi si dia yang solat pon entah ke mana suka berfoya-foya tapi mengapa hidupnya kaya raya bahagia heyyy! Err. Saban hari kita berdoa agar permintaan kita yang tidak seberapa itu diangkat ke langit sana. Tetapi entah, seolah-olahnya semuanya dipandang sebelah mata.
Ketahuilah, di sana ada al-Mujib, Maha Mengabulkan doa dan permintaan, namun pada cara dan gaya yang paling baik di sisiNya, bukan mengikut kehendak dan nafsu kita.
Dan ketika kita merasa kezaliman dunia mengasak kita bertubi-tubi, kekerasan fasad dan kekejian jahiliyyah menghimpit kita hingga dada kita berasa begitu sempit dan sakit... Sehingga kita merasakan tidak mampu lagi untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dek kekerasan dunia yang tidak ada simpati pada diri kita yang lemah lagi marhaen ini..
Ketahuilah, di sana ada al-Latif, Maha Lembut yang pasti akan mengubat jiwa kita yang lara, ar-Rauf, si Pembelas Kasih yang akan mendakap hati kita yang derita dan al-Waliyy, si Pelindung yang akan memastikan kita sentiasa berada di dalam jagaanNya.
Nanges.
Namun awas!

Tatkala kita berasa tinggi dan hebat dengan diri dan pencapaian yang ada, memandang orang lain dengan penuh kehinaan dan kebencian, dan memandang diri sendiri dengan penuh kekaguman dan keterujaan... Merasakan diri kitalah yang paling baik dan bagus sekali, sehingga semua kata-kata dan pendapat kita perlu diterima pakai tanpa sebarang kompromi. Syok sendiri. Ceh.
Ketahuilah! Di sana ada al-Hafidd, si Dia yang merendahkan dan al-Muzil, si Dia yang menghinakan! Jika tidak direndah dan dihina di dunia ini, pasti akan menerima padahnya di akhirat sana!
Jika kita tidak takut dengan segala tok nenek maksiat dan kemungkaran yang kita lakukan, langsung tidak berasa berdosa dengan kejahatan yang tangan dan kaki ita laksanakan.. Langsung tiada butir-butir keinsafan yang menghuni jiwa, langsung tiada rasa belas kasihan dan ihsan dalam kehidupan seharian.. Malah berasa bangga dan teruja pula dengan dosa dan noda yang ada, ibaratnya baharu memenangi tempat kedua lari berganti-ganti dalam guni. Eh.
Ketahuilah! Di sana ada ada al-Muntaqim, Maha Penghukum, yang tanpa ragu-ragu dan silu akan melepaskan anjing-anjing neraka dan cemeti seksa, untuk mereka yang selayaknya!
Ketika kita merasakan dunia ini anda yang punya, bahawa kita akan hidup selama-lamanya untuk mengejar dan memburu kekayaan dunia.. Solatnya entah ke mana, Qurannya dicampak ke Selat Melaka sana. Kehidupan sehari-hari penuh dengan maksiat dan keseronokan durjana. Hey, hidup di dunia hanya sekali, rugilah kalau tak joli!
Ketahuilah! Di sana ada al-Mumit, si Dia yang mematikan, yang bila-bila masa sahaja bisa menghantar malaikatNya Izrail untuk merentap ruh dari jasad anda, meninggalkan segala-galanya di dunia yang fana.
Dan andai kita merasa tidak apa-apa menzalimi sesama manusia, menganiaya kucing makcik sebelah rumah, melastik pak lebai yang sedang syok makan biskut cap pingpong cicah teh o' panas. Eh. Berasa seronok mengadu domba, fitnah sini sana, menganyam ketupat di waktu petang. Ligat pula berdusta, tipu sini sana. Tidak kisah makan suap, minum duit kopi dan terima rasuah..
Ketahuilah! Di sana ada al-Muqsit, si Pemilik Keadilan dan al-'Adl, Tuhan yang Maha Adil, yang akan membalas setiap perbuatan, walau ia sebesar kuman!
Gulp.
-gabbana-
Menulis memerlukan rasa, baharu jatuh chenta. Menulis memerlukan rasa, baharu bermakna.
Namun kini rasa itu mula menghilang, entah mengapa..
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan perjuangan ini..
Gulp.
"Katakanlah (Muhammad), 'Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu dapat menyeru, kerana Dia mempunyai nama-nama yang terbaik (Asma'ul Husna)..."
[al-Israa', 17:110]
-gabbana-
Menulis memerlukan rasa, baharu jatuh chenta. Menulis memerlukan rasa, baharu bermakna.
Namun kini rasa itu mula menghilang, entah mengapa..
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan perjuangan ini..
16 Caci Maki Puji Muji:
Subhanallah. Disaat hati sedang gundah,ada insan yg datang membantu. Membantu menguatkan hati yg sering goyah. Terima kasih wahai Dai'e. Semoga Allah merahmati mu. Melalui cebisan menyentuh hati ini. Shukran. Allah :')
._. ......
Moga allah tetapkan hati2 kita. Cinta ini perlu dipaksa agar iman ttp mnyubur
saya pon suka jugak biskut ping pong cicah teh o' panas. hahah
Tatkala hati sudah hilang rasa. Sudah hilang makna. Fafirru ilallah :') Fafirru ilallah. Kembalilah.
Eh inche, jangan sarapan pagi di kantor !! Teruskan menulis, Allahu musta'an. Apa yg saya nampak, dkt fanpage APG skrg ni ade macam-macam respon. Apa yg saya boleh conclude, pembaca APG bukan kita-kita yg ikut bulatan gembira sahaja. Mereka yg diluar sistem tarbiah pun will get the message. Those are our rabtul 'am right?
Saya nk share satu artwork ni: http://artofdanny.com/post/5339075873/kent
Superhero alter ego, haha macam inche gabbana la. Cer buat satu yg ala-ala angel. Ini... Ini sumpah kool !!
Ya Allah kuatkan IG.. IG ibarat artis di dunia maya.. ramai yg pandang IG.. makanya akn m'beri impak yg besar pd masyarakat..
moga Allah tsabatkan IG dijalanNya.. sntiasa dlm redha Allah dulu, kini n slamanya.. smpai syurga iA..
:)
serahkan hati padaNya, insyaAllah.
penulisan yang kreatif dan menginatkan pembaca bahawa nam2 Allah bukan setakat u dinyanyikan namun juga untuk dihayati dan difahami. Alhamdulillah Allah masih memberi idea. anggaplah sekarnag waktu rehat dan pada masa yang sama juga mengingtkan diri penulis bahawa idea penulisan itu daripaa Allah, bila Allah tak izin tak ada juga hasilnya.Semoga redha Allah mengiringi hidup anda. (Aku tak tahu ini rahmat atau musibah tapi aku berbaaik sangka kepada Allah, Salim A. Fillah)
Mungkin tiba masanya untuk diam seketika.kembali mencari spirit yang hilang.rasa dan makna.sbb kita menulis ada pelbagai sebab.moga ia bkn kerna demand yang menarik, tetapi iman yang menolak.wallahua'lam.
true.maybe this is the time for u to press the silent mode.for a while,maybe.make the silence beneficial.
(9:2)
salam... barangkali perlu jatuh chenta dahulu, baru datangnya rasa dan menulislah.. eh? #putarbelitayat..faham ke?err..wallahua'lam..
Assalamualaikum akhi, i just wanna say that you are a good writer. Jagalah hubungan dengan Allah dan teruskan menulis. Semoga Allah berkati kamu selalu.
T_T
ini ! antara post terbaik sy baca kt sini. ayatnya mudah tp sgt zass kt hati. jzkk for the reminders. semoga Allah kuatkan dan sentiasa memberi ilham dan 'hati' untuk terus menulis :)
Jzkk akhi. Rasa itu adalah pada iman. Kemanisan itu juga pada iman. Teruskan beramal...masa kita up atau down kerana iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang kerana maksiat. Moga mujahadah kita untuk give up something yg haram, sabar waktu down, Allah gantikan dengan sweetness of eemaan, sweetness in the solah and sweetness dalam beramal. Wallahu a'lam
Jzkk...i can feel that u write with your heart...and your writings has touched many of ur readers hearts' too. Keep up the good work!
Post a Comment