Ukhuwwah Kimia
[Kredit] |
Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda baharu pertama kali bertemu dengan seseorang dan anda terus boleh 'klik' dengannya..?
Atau berpisah dengan seseorang yang baharu sahaja anda temui dan sudah merasa rindu..?
Atau baru berkenalan dengan seseorang ini tetapi anda merasakan seolah-olah sudah bertahun-tahun kenal dengannya..?
Pasti pernah bukan...?
Ada orang kata itu chenta pandang pertama. Ada juga orang kata itu gila bayang namanya. Tidak kurang yang menyifatkannya sebagai ada kimia (Baca: Chemistry).
Saya? Uhm. Senyum. Saya memanggilnya kimia dalam ukhuwwah. Ya, ukhuwwah yang berkimia. Wahahaha.
Kerana bukan semua ikhwah (atau akhawat sekiranya anda perempuan) yang kita jumpa, kita terus berasa selesa dengannya. Bukan semua ikhwah yang kita temui, kita akan berasa teruja dan penuh bunga-bunga melihatnya. Dan bukan semua ikhwah yang kita bertaaruf dengannya, kita berasa penuh chenta di dada.
Sesetengah tu, memerlukan taaruf yang lebih lama untuk berasa selesa dan bahagia bersama. Sesetengah tu, kena jumpa berkali-kali baharulah dapat merasakan ikatan hati dan jiwa. Dan sesetengah tu, terpaksa bergaduh dan berbaik semula, sebelum dapat menjalinkan persahabatan mesra.
Macam-macam.
Tapi ada juga kes-kes di mana semua itu tidak diperlukan. Baru sekali bertentang mata, sudah merasakan ada sesuatu yang istimewa. Baru pertama kali cipiki dan cipika, sudah bisa merasakan betapa hangatnya ukhuwwah keranaNya. Dan baru sekali berjumpa di program-program atau di mana-mana, seusai berpisah, rindu yang mendalam sudah berani menggugah jiwa.
Aduh. Itulah ukhuwwah kimia. Ukhuwwah berapi yang membahagiakan jiwa.
Saya sendiri sudah mengalami hal sebegini beberapa kali. Alhamdulillah, nikmatnya tidak terkata oleh lidah, tidak terungkap oleh mulut. Perasaannya ibarat bunga-bunga dafodil segar yang tumbuh meliar dan debunganya terbang meriang apabila kuntumnya dilanggar gembira oleh arnab-arnab gemok yang berlari ceria. Wah!
Saya sendiri sudah mengalami hal sebegini beberapa kali. Alhamdulillah, nikmatnya tidak terkata oleh lidah, tidak terungkap oleh mulut. Perasaannya ibarat bunga-bunga dafodil segar yang tumbuh meliar dan debunganya terbang meriang apabila kuntumnya dilanggar gembira oleh arnab-arnab gemok yang berlari ceria. Wah!
Ada beberapa orang ikhwah yang sudah berjaya menduduki senarai ikhwah kesayangan saya. Yang menariknya (atau pelik, terpulang kepada interpretasi anda!), kebanyakan daripada mereka ini sama ada saya amat jarang bertemu dengan mereka, atau pertemuan kami dahulu langsung tidak dijangka dan disangka-sangka.
Ada seorang tu seumur hidup saya hanya pernah bertemu matanya dengan sekali. Kini dia belajar di obesi. Namun saya chenta padanya sepenuh hati. Alhamdulillah kami sering berhubung di alam maya untuk melepaskan rindu yang berdaki. Ewah.
Ada seorang tu, saat perkenalan macam biasa-biasa sahaja. Namun setiap hari yang berlalu, pasti teruja untuk mengetahui sesuatu yang baru tentang dirinya. Jika ada masa yang percuma sahaja, pasti saya akan usahakan untuk bertemu dengannya. Rindu. Setiap mesej yang datang darinya akan membuahkan rasa chenta. Dan tidak lupa saya titipkan doa untuknya, agar kami dapat melangkah masuk ke dalam sorga bersama-sama.
Dan ada seorang tu, pertama kali bertemu mata, sudah merasakan ada ikatan jiwa. Dan apabila kami mula berborak mesra, berpelukan pipi berlaga, waduh, terasa chenta mula mekar di jiwa. Tak sampai sejam dua berpisah, rindu sudah mula menebal di dada!
(Tak boleh nak deskraip lebih-lebih. Nanti ada yang perasan, angau dan tidak boleh tidur malam! Wahahaha..)
Ok silakan terlopong mulut dan terbeliak mata. Dan untuk anda yang tidak biasa dengan konsep ukhuwwah fillah abadan abadaa ini, pasti akan menggeleng kepala penuh tidak percaya atau berbuih mulut terkejut dewa. Dan mungkin ada yang mengeji dan mencaci bahawa perhubungan sebegini adalah perhubungan terlarang, perhubungan kaum Lut yang pasti akan menterbalikkan dunia!
Gelak kecil. Geleng kepala.
Ya ini kisah benar. Inilah kisah ukhuwwah kimia. Senyum.
Inilah salah satu nikmat agung yang Allah berikan kepada mereka yang bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Nikmat ukhuwwah yang Allah semaikan pada jiwa dan dada para pejuang agamaNya, sebagai pengobat luka di waktu duka, sebagai pengukir senyum di waktu gembira. Nikmat yang tidak mungkin ditukar ganti oleh apa-apa sekalipon, hatta bumi, langit dan seisinya! Sumpah!
"...dan Dia yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupon kamu menginfaqkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, maha Bijaksana."
[al-Anfal, 8:63]
Tersenyum, mata merah dan hidung basah.
Dan nikmat ini hanya benar-benar berharga apabila ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggenggam kejap redhaNya. Ukhuwwah yang tersemai subur ini hanya benar-benar mendatangkan seribu macam barakah seandainya ia digunakan sepenuhnya untuk melajukan lagi gerabak tarbiyah dan dakwah ini dan merapatkan lagi saf-saf perjuangan ini. Dan perhubungan suci lagi agung ini hanya akan menempah perlindungan ArasyNya di Mahsyar nanti, juga tiket percuma ke sorga apabila chenta yang membara ini hanya dipisahkan oleh syahid di atas jalan perjuangan ini.
Khuatir dan takut juga seandainya rasa kasih di dada pada ikhwah kimia ini tidak lain hanyalah nafsu serakah yang mahu memuaskan kehendak diri. Berpeluh besar juga apabila memikirkan jika ukhuwwah kimia yang menggugah jiwa ini hanyalah jahiliyyah berkarat yang masih belum terkikis sepenuhnya di hati. Dan menggeletar juga lutut apabila mengenangkan sekiranya rasa chenta dan rindu pada ikhwah kimia bakal mengundang murkaNya dan menempah tiket ke neraka, dan bukanya redhaNya yang membawa ke sorga.
Gulp.
Tapi itulah. Jika difikirkan kembali, in shaa Allah ukhuwwah kimia yang tercetus ini tidak lain hanyalah manifestasi kepada kesatuan fikrah yang hakiki. Manakan tidak. Apabila seorang ruh (Apa penjodoh bilangan bagi ruh ya..? Eheh.) yang hatinya penuh keazaman dan tekad untuk memburu redha Allah, bertemu mata dengan seorang ruh yang punya iltizam yang sama, masakan mereka tidak jatuh chenta..? Apabila seorang rijal yang telah berbaia'h setia untuk hidup semati dengan dakwah ini, mengetahu ada rijal-rijal lain yang telah melakukan baia'h yang sama, masakan mereka tidak merindu? Dan apabila ada syabab yang berteriak penuh semangat, melaung penuh dahsyat dan menjerit penuh keringat, betapa Allah itu ghayahnya, ar-Rasul itu qudwahnya, al-Quran itu rujukannya, jihad itu jalannya dan mati syahid itu adalah ketinggian cita-citanya, kemudian dia bertemu pula dengan syabab yang punya slogan hidup yang serupa, wahai, masakan tiada kimia chenta yang tercetus antara mereka..?
Kerana nilai ukhuwwah fillah itu tidak terletak pada berapa lama ia pernah terjalin. Nilai ukhuwwah sejati itu tidak dikira kepada berapa banyak hadiah atau cenderajiwa yang diberikan. Dan nilai ukhuwwah keranaNya itu tidak bisa mungkin dinilai daripada berapa banyak LIKE yang diperoleh hasil status-status ukhuwwah yang ditulis. Eh.
Tetapi ukhuhwwah itu hanya bernilai dan berharga apabila ia terjalin, ikhlas keranaNya. Ukhuwwah itu hanya menjanjikan sorga dan memadamkan api neraka apabila bertemu dan berpisahnya insan-insan yang berukhuwwah itu, tiada lain hanyalah kerana mengharapkan keampunanNya. Dan ukhuwwah itu hanya benar-benar diiktiraf oleh para malaikat penghuni langit tujuh petala, andai ia disemai dengan benih iman dan baja taqwa.
Ya, seperti ukhuwwah kimia. Walau bertemu sekejap cuma, meski pertama kali berjumpa, walau tidak pernah bertaaruf lama, namun ukhuwwah yang dijalinkan benar-benar terasa di hati dan membekas di jiwa.
Seperti ukhuwwah kimia, walau datang dari latar belakang yang berbeza, walau berlainan usia dan berbeda kerjaya, larutan-larutan kimia yang becampur itu akhirnya membentuk sebatian yang sempurna.
Dan seperti ukhuwwah kimia, jika kena campurannya, jika tepat perkiraannya, jika dibakar sebatiannya, akan membara terang dan bersinar cerah, tidak akan padam buat selamanya.
Dari Anas r.a. mengatakan bahawa seseorang berada di sisi Rasulullah SAW, lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah SAW tersebut berkata, "Aku menchentai dia, ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Apakah anda sudah memberitahukan kepadanya?" Lelaki itu menjawab, "Belum." Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Beritahukan kepadanya." Lalu lelaki tersebut memberitahukannya dan berkata, "Sesungguhnya saya menchentai anda kerana Allah." Kemudian orang yang dichentai itu berkata, "Semoga Allah menchentaimu kerana anda menchentai saya keranaNya."
[Hadith Riwayat Abu Daud]
Ukhuwwah berkimia itu sumpah nikmatnya tidak terkira, tahu..? Senyum.
-gabbana-
Baharu semalam berjumpa dengan seorang al-akh kimia, seusai berkongsi pengisian Saya Hot. Ehem. Dan kini rindu sudah membara di jiwa! Alahai.
Kenyit mata.
6 Caci Maki Puji Muji:
ada seorang tu tak pernah jumpa sekali pun. tapi ajaibnya boleh rindukan dia. boleh runsingkan dia. tak pasti apa yang mengikat hati. barangkali doa. atau memang benar, kimia. :D
Makbonda pun tak tahu kenapa add link
blog ini di blog Makbonda,begitu juga di FB,barulah tahu rupanya ada kimia.
Kimia, macam-macam jenis kimia ada. Ratusan, malah ribuan.
Peliknya, bila 2 orang beriman itu berjumpa, kimia mereka sama.
Tak pernah berjumpa sekadar baca tulisan atau dengar suara boleh menyebabkan berdesir jiwa dan melambung cinta. Fuyooo....
Kau antara orang yang aku sayang camtu, Gabbanna. Hehe
(◕‿◕✿)~
Boleh tak,,, nak like post abu khalid alhadik... Merah padam si gabbana tu...
Husnuzzon korg straight
Kimia cam belajar masa form 5 je
..
Tp ini kimia hidup dgn dakwah n tarbiah
Post a Comment