Merah Jambu
[Kredit] |
Selasa. 6.55 pagi. Kelihatan tren Putra empat gerabak menghampiri stesen Taman Jaya sebelum akhirnya berhenti.
Orang ramai yang sudah menunggu ketibaan tren tersebut mendekati tebing platform, dan melangkah masuk ke dalam gerabak seusai pintunya dibuka. Seawal pagi itu, tren masih belum lagi sesak dengan penumpang. Tempat duduk pun masih banyak yang kosong.
Seorang jejaka berusia pertengahan 20-an mengambil tempat duduknya. Segak. Bergaya. Tinggi lampai orangnya. Dengan rambut hitam pekat dan ikal mayang yang terbelah tengahnya, hidung mancung, kulit putih kemerah-merahan dan wajah yang amat menyenangkan, tiada siapa yang bisa menyangkal betapa jejaka ini mudah sekali dikategorikan sebagai tampan dan menjadi rebutan.
Yang lebih menarik perhatian adalah baju kemeja yang dipakainya. Ia digosok rapi dan kelihatan begitu kemas dan segak sekali. Hujung lengan bajunya dikancing dengan cufflinks berbentuk bebola sulaman perak. Dan warna kemejanya begitu memukau mata yang memandang. Merah jambu.
Ya, merah jambu. Pekat, terang lagi mempesonakan.
Warna itu begitu masuk dengan perwatakan jejaka tersebut. Ditambah pula dengan seluar perang muda yang dipakainya berserta kasut jenis mocasin yang berwarna perang tua. Pergh. Memang sungguh bergaya.
Metro. Metroseksual.
Beberapa orang dara pingitan tersengih-sengih melihat teletah jejaka tersebut. Berharap agar jejaka tersebut menegur lantas mengurat mereka agaknya. Perasan.
Ada juga yang terkantoi menjeling-jeling jejaka tersebut. Yang ini bukan setakat anak dara pingitan; mak dan nenek dara pingitan pun tidak segan silu menjeling sosok segak dan kacak itu! Kemudian apabila jejaka tersebut menjeling kembali, mereka lantas tersipu-sipu. Malu. Padan muka.
Jejaka tersebut terkumat-kamit membaca sesuatu. Matanya terpejam sambil itu. Khusyu'. Menghafal lirik lagu kegemaran agaknya. Orang di sekeliling tidak putus-putus memerhatikan gelagat lelaki yang satu ini. Tertarik. Menarik.
Tiba-tiba mulutnya berhenti terkumat-kamit. Dia tersenyum manis. Pendek. Puas. Dia kemudian membuka kelopak matanya. Anak matanya, yang dibumbung dengan bulu mata yang tebal, memandang ke atas, dan dahinya sedikit berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
Dia lantas membuka beg galas kulit yang diletakkan di atas pahanya. Tangannya ligat menyelongkar sesuatu di dalamnya.
Insan-insan yang sejak daripada tadi memerhatikan tingkah laku jejaka tersebut kini lebih teruja. Malah ada juga seorang dua yang tidak tahu malu, bergerak mendekati lelaki itu. Benar-benar ingin tahu.
Sibuk.
Sekonyong-konyong jejaka tersebut mengeluarkan senaskhah Quran diari berwarna merah gelap dengan warna merah jambu sebagai penjilidnya. Dia lantas membuka Quran itu, mencari mukasurat terakhir yang ditinggalkannya. Surah al-Hujuraat. Tanpa berlengah-lengah lagi dia menyambung baca ayat-ayat chenta dari langit itu. Laju.
Terbeliak beberapa biji mata yang memerhatikannya. Ada juga yang sedikit terlopong melihatkan keadaan itu. Yang mana tadi sibuk memerhatikan teletah jejaka itu, kini tertunduk malu dan cuba mencari-cari aktiviti lain yang boleh dilakukan. Yang mana bergerak menghampiri lelaki tadi mujur sudah turun di stesen yang berikutnya.
Mujur.
Kelihatan nun di satu sudut di gerabak hujung, seorang wanita bertudung labuh, hanya tersenyum melihatkan lelaki itu. Bangga. Dia lantas terus menyambung bacaan maathuratnya, yang naskhahnya yang sudah lusuh dipegang erat dengan tangannya.
Jejaka tersebut berhenti sebentar. Dia memandang sekeliling, mengikut gerak hatinya. Matanya sekilas menangkap kelibat seorang wanita muda bertudung labuh duduk di hujung gerabak, terangkat-angkat bibirnya, membaca sesuatu. Dia tersenyum. Izzah. Senyumannya bertambah lebar apabila melihat warna tudung yang dipakai wanita itu.
Merah jambu.
Jejaka tersebut berhenti sebentar. Dia memandang sekeliling, mengikut gerak hatinya. Matanya sekilas menangkap kelibat seorang wanita muda bertudung labuh duduk di hujung gerabak, terangkat-angkat bibirnya, membaca sesuatu. Dia tersenyum. Izzah. Senyumannya bertambah lebar apabila melihat warna tudung yang dipakai wanita itu.
Merah jambu.
***
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa..."
[al-Hujuraat, 49:12]
"...Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa."
[al-Hujuraat, 49:13]
-gabbana-
20 Caci Maki Puji Muji:
Apakah ini berlaku pagi td??
org yg pakai baju warna merah jambu memang berani....
Bos kecik aku pun pakai kemeja pink hari ni...
kisah betul yg akhi tgk sndri ke? wow. menarik.Subhanallah.(citer dan gaya penulisan menarik sgt samapi konfius novel ke citer betul ni. hee)
MasyaAllah... Anda buat saya tertanya-tanya!
kisah manis.
prasangka yang senantiasa membawa duka
Assalamu'alaikum. Akh...kalau boleh tau, apa moral dari cerita ni? Saya belum dpt tangkap..
sangat menarik^^..tapi macam tergantung.
moral of the story?
apa kaitan si jejaka dengan gadis bertudung labuh merah jambu?
siapa yang berperangsangka?
nih la pengajarannya...
manusia sentiasa nak tahu sedetail perkara sedangkan al quran di turunkan tuk manusia berfikir..
pasal itu cerita banyak tidak bersambung tapi melata di seluruh al quran tuk kita sambung dan cari sendiri..
pengajarannya seperti di bawah.. husnu zan, dan manusia suka aek tahu hal orang yang lain sket dari kebiasaan.. cam eksiden semua nak tengok.. sedangkan Allah cakap..
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa..."
[al-Hujuraat, 49:12]
yang kita sibuk hal orang kenapa sedangkan kita tak bersungguh nak bertakwa kerana intaian Allah lah yang sepatutnya kita dambakan..
"...Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa."
[al-Hujuraat, 49:13]
wallahu alam.. saya mungkin betul tak mustahil salah.. antum mungkin salah tak mustahil betul... kata indah imam syafie saya pinja.. tegurlah ana jika salah..
eh?ade sambungan ke?
scroll bawah abis terus..
menarik idea cudid tu....
warga laut: haah pagi tadi. dalam mimpi. kehkehkeh..
yang lain: jzkk untuk maklumbalas dan komen untuk post ini. Moga penulisan marhaen saya ini memberi manfaat kepada anda semua, biidznillah.. ;)
Metrosexual? Ubersexual is the mainstream now. Cer Inche baca Lelaki Warna Warni dalam Jalan Cinta Para Pejuang. It's so much like you. Lelagi dengan entry ni, harharhar XD
haha
bila baca 2 kali baru faham mengenai prasangka yang ingin disampaikan.
Penilaian langsung kali pertama tak semestinya tepat, that's why selidiki apa yang kamu terima..
tq for the sharing.
-Tuesday yg 'PINK'-
Wah macam drama pulak..cerita betul ek akhi?hehe.dah jumpe calon la tu..mabruk2.doa untuk diri sendiri,enta dan ikhwah terchenta yg lain..moge terus thabat dan dijauhi daripada perasaan ujub.amiin ya rabb.
Peace ^^
seronok baca entri inche , bukan sebab cintan-cintun tapi isi disebalik cerita. Terima kasih inche kerana telah meyedarkan aku drpd tidur yg panjang.
cerita yang menarik. seperti yang berlaku kepada ana. mohon izin oleh cerita daripada encik gabbana untuk diolah mengikut pegalaman yang ana alami. semoga Allah swt merahmati bakat anta.
gender labelling?
Amboi amboi..
Lower your gaze ya akh!
:)
Post a Comment