Nasihat (Boleh Tahan) Osem Buat Diri Sendiri
[Kredit] |
Ya, suatu ketika dahulu saya pernah memberikan nasihat (boleh tahan) osem untuk hadek-hadek di luar sana. Kini, tiba giliran saya untuk menasihatkan diri sendiri secara (boleh tahan) osem pula. Insha-Allah, harapnya bermanfaat untuk anda yang lain di luar sana. Senyum kenyit mata sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas.
***
Tersebutlah kisah seorang lelaki yang mengembara di sebuah padang pasir yang terbentang luas. Perjalanan lelaki itu sangatlah jauh, sehingga dia tidak lagi dapat melihat tempatnya bermula, tidak dapat juga melihat destinasi akhirnya. Perjalanannya juga sangat mencabar dan mengalirkan peluh besar; dengan pohon-pohon kaktus raksasa yang menembak duri-durinya, biawak padang pasir yang mengejarnya, tanah jerlus yang amat merbahaya, juga panas terik yang membakar kulit dan muka. Semuanya itu menjadikan pengembaraan lelaki itu ibaratnya mustahil untuk dihabiskan.
Setiap kali lelaki itu melalui suatu kota, dia pasti akan ditanya tentang perjalanannya yang jelas mencabar, hatta untuk jantan tergagah di zaman itu. Setiap kali itu juga, dia hanya tersenyum sebagai jawapan dan tidak lupa untuk mengajak orang lain menyertainya. Tidak ramai yang mahu mengikutinya (walaupon ada) dan kebanyakan daripada mereka hanya menggeleng kepala sambil terkumat-kamit menyebut perkataan-perkataan 'gila', 'sewel', 'tiga suku' dan yang seangkatan dengannya.
Maka bersambunglah perjalanan lelaki itu setelah berhenti menyinggah beberapa hari di kota atau pekan yang tertentu. Setiap kali itu juga bilangan rombongannya akan bertambah. Ada yang mengikutinya tertarik dengan perwatakan lelaki itu. Ada yang bersetuju untuk menyertai pengembaraan itu dek yakin dengan destinasi yang dituju. Ada juga yang suka-suka, sengaja mahu mencuba nasib dan membuang masa.
Perjalanan yang cukup berliku dan sukar menyebabkan ramai juga yang meninggalkan rombongan pengembaraan itu. Lelaki itu tidak kisah, kerana dia sudah boleh mengagak apa yang bakal terjadi kepada rombongannya itu. Jika diikutkan hati, dia lebih selesa untuk mengembara sendiri. Namun dia tahu, suatu hari nanti, dia pasti akan memerlukan bantuan mereka juga.
Suatu hari, ketika sedang berhenti rehat di sebuah oasis, sekumpulan ahli rombongan datang mengerumuni lelaki itu yang sedang menikmati air sejuk oasis di bawah lindungan pohon palma padang pasir. Ewaahh kau. Eh. Pada mulanya, mereka hanya mahu berborak ringan dan santai sahaja. Namun, semuanya berubah apabila salah seorang daripada mereka mendesak lelaki itu untuk membongkarkan rahsia perjalanan mereka.
"Eh anda. Cuba anda beritahu saya. Kita ni, nak menuju ke mana sebenarnya hah..?? Penat tahu, berjalan begini tanpa arah tujuan! Berpeluh ketiak lagi..! Pfftttt!"
Lelaki itu hanya tersenyum. Kemudian, dia berkata,
"Siapa kata kita tiada tujuan..? Destinasi kita pasti, cuma ia masih jauh lagi."
Ahli-ahli rombongan lain semakin berminat dengan perbincangan itu. Semakin ramai pula yang mengerumuni mereka.
"Dah tu, cuba beritahu kami semua. Kita ni, menuju ke mana..??"
Lelaki itu memandang jauh ke hadapan ke suatu arah, termenung panjang. Kemudian dia bersuara lagi,
"Anda semua nampak di depan tu..? Di tempat matahari terbenam..? Ya, di situlah destinasi kita yang abadi. Pasti."
"Walaweh. Hang biaq btoiii..?? Eh tetibe keluar loghat Kedah. Ehem. Uisshh jauhh kott tu! Macam mustahil je..! Belum lagi kira singa padang pasir yang bila-bila masa boleh menyerang, ribut padang-pasir yang kejam dan entah apa-apa lagi cabaran di depan yang bakal mendatang!"
Dan lelaki itu hanya tersenyum mendengar omelan dan keluhan ahli-ahli rombongannya. Tidak berpuas hati, seorang ahli rombongan yang lain pula bertanya,
"Baiklah, kami percaya dengan anda. Masalahnya, kami pula nak tahu... Apa yang menyebabkan anda begitu yakin dengan pengembaraan ini...??"
Lelaki itu tertawa kecil. Dia memandang kesemua ahli-ahli rombongannya dengan penuh rasa kasihan dan sayang. Matanya bersinar cemerlang. Dia berkata,
"Sudah ramai yang melalui jalan ini. Orang-orang dahulu telah lama mendahului kita. Dan mereka sudah pon sampai ke destinasi yang dituju. Ya, destinasi yang sama yang sedang kita tujui. Dan sekarang mereka semua sedang menanti ketibaan kita dengan penuh kegembira dan keterujaan. Ya, penuh gembira dan teruja."
Lelaki itu bangun dengan penuh bergaya, lantas meneruskan perjalanannya ke arah matahari yang hampir terbenam.
Epik.
Wahai diri,
Sedarlah yang anda itu hanyalah hamba. Sudahlah hamba, marhaen lagi hina pula. Masakan anda punya keberanian untuk berlaku angkuh dan sombong? Masakan anda cukup macho untuk mempertahankan ego dan berlaku takabbur..? Hallo..?? Anda ingat anda chanteque sangatkah..?? Apabila Dia menyeru untuk anda bersegera, adakah anda menyahutnya..?? Apabila Dia perintah agar anda taat dan patuh, adakah anda menurutinya..?? Apabila Dia suruh agar anda segera berangkat memenuhi tugas dan amanahNya, sudahkah anda memenuhinya...?? Hamba jenis apa anda ini..?? Pffftt!
Wahai diri,
Namun jangan lupa, anda bukan hamba-hamba yang biasa-biasa. Anda hamba yang telah digalas dengan tugas dan amanah yang besar lagi utama. Dan tugas ini adalah tugas mulia yang diwarisi daripada hamba-hamba yang terdahulu, yang telah pon berjaya memenuhi amanah tugas ini. Sanggup anda menjadi pemutus rantaian panjang warisan zaman-berzaman ini..? Tergamak anda untuk menjadi si dia yang menjadi fitnah kepada amanah ni, dek kemalasan anda untuk bergerak laju dan kegemokan anda dalam memberikan alasan...?? Alangkah!
Wahai diri,
Sekiranya futur datang menyerang anda, ketahuilah, futur itu normal, senormal ayam berkokok di pagi hari. Eh. Cuma yang amat merbahaya dan mengalirkan peluh bergalen banyaknya adalah apabila anda berasa syok dengan kefuturan itu. Anda berasa seronok sehingga mahu membuat lompat bintang. Itulah dia kefuturan yang dihiasi. Pertahankan diri anda daripadanya. Lawan sehabis tenaga, sehingga anda berjaya menewaskannya. Dai'e yang gugur dek futur di tengah-tengah jalan dakwah adalah dai'e yang amat rugi, kerana jalan ini sedang menuju destinasi yang pasti.
Wahai diri,
Sekiranya anda kepenatan dan keletihan dek kerja-kerja membina manusia dan menegakkan kembali al-haq di muka bumi, ketahuilah, kelelahan dan kesesakan anda itu sejuta kali lebih baik daripada anda berasa segar gembira melakukan perkara-perkara yang lagha. Setiap titisan peluh yang anda rembeskan untuk menyentuh hati-hati di luar sana, ia akan dibalas dengan titisan sungai sorga. Setiap titisan darah yang anda korbankan demi jihad menegakkan agama ini, ia pasti akan dibalas dengan sesuatu yang jauh lebih bergaya daripada dunia dan seisinya. Ohoi, tiada apa-apalah pengorbanan anda yang seciput cuma itu!
Wahai diri,
Sekiranya anda mula berasa lemah, resah dan tidak mampu berdiri dengan ujian-ujian dan mehnah yang datang menimpa, ketahuilah, itu tandanya Allah ingat dan sayang kepada anda. Kerana hanya mereka yang benar-benar diuji itu dekat denganNya. Anggaplah setiap ujian yang menampar pipi, itu tanda Dia menghantar pesanan chenta yang hakiki. Fikirkanlah setiap mehnah yang membungkam di hati, itu isyarat rinduNya yang abadi. Punyalah Dia saaaayaaaanngg kepada anda, Dia tidak akan menguji anda dengan bebanan ujian di luar kemampuan anda..! Fuhhhh.
Wahai diri,
Sekiranya anda benar menchentai dan merindui seseorang itu keranaNya, maka silakan jatuh chenta dan rindu berguling-guling kepadaNya terlebih dahulu. Berhentilah mengejar chenta yang tidak pasti, sedangkan chenta yang abadi sudah setia menanti. Berhentilah mengharap sesuatu yang tidak pasti, kerana ia mungkin akan menghancurkan hati. Apalah kiranya anda bergadai golok dek chenta manusia yang rendah nilainya itu, sedangkan chenta Allah sedang menanti merindu..? Waduh. Learn to let go. Ketika mana anda sudah mampu untuk belajar melepaskannya pergi keranaNya, yakinlah, ia pula akan datang mengejar anda.
Wahai diri,
Ketika anda gundah gulana, sedih tidak bermaya, rasa seperti mahu terjun gaung dengan segera, tidak tahu kepada siapa yang anda boleh menadah air mata, carilah Allah yang Esa. Ketika mana anda sudah hilang punca, tidak terarah, sesat mencari tempat kebergantungan, kembalilah segera kepadaNya. Capailah al-Quran zip anda itu anda hayati ayat-ayat chentaNya. Adukan masalah anda kepadaNya. Apa-apa masalah pon, Dia pasti mendengarnya. Hutang sana, usrah sini, orang begitu, pening begini. Ah, semua-semuanyalah! Ya, Dia mungkin tidak memberi solusinya kepada anda trang tang tang di situ juga. Tetapi percayalah, hati anda pasti akan tenang selepas meluahkan segala-galanya padaNya.
Wahai diri,
Dalam anda sibuk ke sana, berlari ke sini, mentarbiyah jiwa-jiwa manusia yang dahagakan sentuhan rabbani dan berdakwah kepada rijal-rijal yang laparkan makanan ruhiyy, jangan anda lupa jiwa dan hati sendiri. Ruh anda juga perlukan makanannya. Jiwa anda juga perlukan sentuhan kasih-sayangNya. Konon mahu menegakkan al-Haq dan mengembalikan Islam sebagai Ustadziyatu 'Alam.. Tapi al-Qurannya ke mana?? Qiamnya ke mana?? Zikir-zikir maathurnya ke mana..?? Ke laut China Selatan? Ke banjaran Titiwangsa? Ke hutan lintang Uganda?? Adeh. Semuanya itu bekalan diri bagi menguatkan hati! Bagaimana seorang dai'e mahu berjuang di medan jihad seandainya persiapan dirinya hanya cincai-boncai dan main taram sahaja...?? Peh.
Wahai diri,
Ini yang paling penting sekali. Jangan sesekali biarkan diri anda dibisik syaitan durjana yang mahukan anda terpesong jauh dari jalanNya yang lurus. Ya, dia tidak akan suruh anda berzina dengan rakan sepejabat. Dia tidak berbisik agar anda pergi merompak rumah makcik sebelah. Tidak pula dia akan menghasut anda untuk membunuh apek depan yang pandu kereta perlahan macam siput. Err. Tidak. Tetapi dia akan bermain dengan hati. Dia akan menyerang jiwa dan perasaan anda habis-habisan agar tidak lagi ikhlas beramal keranaNya. Dia akan pastikan niat anda bekerja bukan lagi untuk memburu redhaNya. Aduhai, sekiranya anda membiarkan iblis dan konco-konconya berjaya menipu diri, apalah gunanya beramal walau seribu tahun lagi..??
Wahai diri,
Akhirnya, peganglah kata-kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna ini. Betapa medan khayal itu lebih besar dari medan bercakap. Dan medan bercakap itu pula lebih besar dari medan amal. Manakala medan amal itu lebih besar dari medan jihad, sedangkan medan jihad itu sendiri lebih besar daripada medan jihad yang muntij. Maka bekerjalah. Bekerjalah seikhlasnya dan seihsannya keranaNya. Bekerjalah sehingga hembusan nafas dan titisan darah yang terakhir. Bekerjalah dengan penuh hamasah dan jiddiyah di atas jalan sunnah ini, sehingga gugur di tengahnya atau berjaya sampai ke destinasi. Kerana mereka yang mendahului anda, sedang menunggu di hujung sana dengan penuh bahagia, penuh gembira. Aiwah!

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.Mereka bergembira dengan kurnia yang diberika Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
[Ali-Imraan, 169-170]
Sudah, bagaimana diri..? Sudah cukup anda dinasihati..?
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
"Agama itu adalah nasihat." Kami bertanya, "Untuk siapa?" baginda menjawab, "Untuk Allah, kitabNya, rasulNya, para pemimpin kaum muslimin dan manusia pada umumnya."
[Hadith Riwayat Muslim]
Senyum.
-gabbana-
Bukan mudah untuk kita menasihati diri sendiri. Kita sering menasihati orang lain, selalu melihat kesalahan dan kelemahan pada orang lain. Sehingga kita terlupa dan terbuta akan kekurangan pada diri sendiri.
Selalulah bermuhasabah diri. Dan selalulah meminta nasihat pada orang lain, walau sehaibat dan segaban mana kita sekali pon. Kerana akhirnya, kita hanyalah sebutir pasir di tengah-tengah padang pasir yang maha luasnya.
Aman.
9 Caci Maki Puji Muji:
i like this :)
terima kasih
:)
Alhamdulillah ,Terima kasih. Smga Allah redai dan smga kmu dpermudahkan urusan.
terima kasih! :) setepek kena. semoga terus melekat di hati & jiwa.
terasa .. moga kita semua terus tsabat d jalan ini .. amin ..
I love this : )
tq encik 4 this reminder,,
may Allah bless
its hard to be yourself when u feel so low with oily acne-prone face
its hard to let go things that made you wana see the world again
wut a weird dream
Assalammualaikum Inche Gabbana,
Saya jarang masuk ke blog ni. Tapi, apabila saya buka dan baca entri-entri inche gabbana yang saya pilih secara rambang, semuanya kena pada saya. saya nak ucapkan terima kasih kerana mengingatkan saya. sebulan dua ni hidup saya penuh sungguh dengan dugaan hati, sampai saya sakit. pohon doa daripada inche gabbana supaya saya terus sabar mengharungi dugaan ini dan tidak mengeluh sikit pun.
Post a Comment