12 March 2012

Nasihat (Boleh Tahan) Osem Buat Adikku

[Kredit]

Saya tahu, ada segolongan pembaca tegar bawah umur (Baca: Kanak-kanak riang gembira Ribena) di kalangan para pembaca belog yang marhaen ini. Saya pon tidak pasti sama ada mereka ini boleh benar-benar faham dan hadam mesej-mesej yang cuba disampaikan dalam belog ini (yang dah besar panjang atas umur pon belum tentu lagi faham en..? *koff koff*). Apatah lagi bahasa-bahasa dan terma-terma mengarut dan merapek yang digunakan, pastilah akan merosakkan keputusan peperiksaan subjek Bahasa Melayu mereka! Wahahaha.. 

Apa-apa jalan, saya amat menghargai hakikat ini. Saya difahamkan, antara para pembaca bawah umur belog ini termasuklah para pelajar dari Sekolah Menengah Islam Aman, Kota Bharu, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Benarkah? Budak-budak sekolah agama baca belog merepek ini..?? Wah! Tidak takut akan sesat dan rosak pemikirankah...?? Hihihihi.. 

Jadi post ini untuk anda semua. Bukan, bukan untuk kanak-kanak SMI Aman sahaja, tapi kepada anda semua kanak-kanak riang bawah umur yang setia mengikuti belog ini. Ini adalah penghargaan saya kepada anda semua kerana berjaya membuktikan bahawa dakwah dan tarbiyah itu untuk semua, tidak kira jantina, latar belakang mahupon usia. Apatah lagi taraf IQ dan atau pon kebolehan menghasilkan kek lapis Sarawak. Erk. 

Begini.

Ada seorang kanak-kanak yang berjalan seorang diri di tepi pantai. Kanak-kanak itu asyik mengutip tapak-tapak sulaiman yang tersadai di tepi pantai, dan mencampakkannnya satu-persatu kembali ke dalam laut. Kelakuannya mendapat perhatian seorang lelaki tua yang berdiri tidak jauh dari tempat kejadian. Dia sudah memerhatikan gelagat kanak-kanak itu sejak sekian lama.

Lantas lelaki itu pergi mendekati anak kecil itu. Anak kecil itu begitu khusyuk mengutip satu-persatu daripada ratusan, malah mungkin ribuan tapak sulaiman yang terdampar di tepi pantai, sehingga tidak menyedari kehadiran lelaki tua itu. Lama selepas mengekori kanak-kanak itu, baharulah lelaki tua itu bersuara.

"Anakku. Boleh pak cik tahu apa yang sedang anak lakukan..?

Soalan retorik, tetapi berlandaskan kepada sifat inkuiri yang tulen lagi asli. Eh.

Anak kecil itu memalingkan kepalanya lantas mendongak dan tersenyum.

"Oh, tidak ada apa-apa. Saya hanya mahu menyelamatkan tapak sulaiman ini. Kasihan mereka, tidak mampu kembali ke laut dengan sendirinya.

Lelaki tua itu sedikit terkedu dengan jawapan anak kecil yang sungguh jujur itu. Dia tertawa kecil.

"Tapi anakku, begitu banyak tapak-tapak sulaiman yang ada di sini. Ratusan, malah mungkin ribuan! Mana mungkin kamu melakukannya seorang diri..?"

Lelaki tua itu cuba menduga anak kecil itu. Si anak kecil mendongak dan tersenyum sekali lagi. Lantas dia meneruskan kerja-kerjanya mengutip dan melontarkan tapak sulaiman kembali ke dalam laut.

"Benar tu pak cik. Tetapi sekurang-kurangnya saya berjaya menyelamatkan beberapa tapak sulaiman. Dan sekiranya saya terus-menerus berbuat sebegini sehingga petang, mungkin ratusan tapak sulaiman yang akan berjaya saya kembalikan ke laut.

Di akhirat nanti, apabila disoal oleh tapak-tapak sulaiman ini apa yang saya lakukan untuk menyelamatkan mereka, sekurang-kurangnya saya boleh menjawab yang saya telah berusaha dengan sebaiknya. Walaupon saya tidak mampu untuk menyelamatkan semuanya sekaligus.

Pak cik bagaimana..? Jika ditanya oleh mereka di akhirat nanti, apa jawapan pak cik untuk mereka..?"

Adikku,
Bersyukurlah Allah telah menyentuh hati-hati anda sejak anda berusia sebegini muda. Peluang ini tidak datang selalu, tidak pula diberikan kepada semua orang. Saya cemburu pada anda semua, tahu..? Genggamlah hidayah ini ke penghujung hayat anda, walaupon sekiranya itu bermakna enam atau tujuh puluh tahun daripada sekarang. Jangan pernah rasa bosan dengan hidayah yang datang bertamu di hati. Ia suatu anugerah agung; seandainya anda tidak pantas menghargainya sepertimana ia sewajarnya dihargai, jangan menyesal nanti jika ia lari meninggalkan anda.

Adikku, 
Benar, di usia ini, darah muda sedang melonjak naik. Padanlah kadangkala otak anda gagal berfungsi dengan baik kerana dibanjiri dengan darah muda anda itu. Wahahaha.. Ketika ini anda merasakan anda sewajarnya henjoy sepuas-puasnya dengan kehidupan anda. Anda melihat dunia dan merasakan alangkah ruginya di usia sebegini anda tidak menikmati segala tok nenek kenikmatan anda. Uhm, benarkah begitu? Benarkah dunia ini dijadikan untuk kita berfoya-foya dan menggunakan segala kemudahan yang Allah berikan sesuka hati kita? Atau sebagai ujian untuk Allah menilai tahap keimanan kita..? Dan.. Malaikatul Maut itu tidak memilih bulu antara usia tahu..?

Adikku,
Gunakan masa anda sebagai pelajar untuk menyedut dan mengutip semua ilmu yang ada. Jadilah anak yang soleh kerana itulah satu-satunya cara untuk anda membalas segala kebaikan dan pengorbanan Puan Mama dan Inche Papa. Hormati dan gembirakanlah hati guru-guru anda kerana dengan itu sahajalah ilmu yang mereka curahkan akan mendapat keberkatan. Tautkan ukhuwwah sesama rakan dan taulan, kerana mereka inilah yang akan bersama-sama anda ketika susah dan senang, ketika menangis dan tertawa. Mereka ini jugalah yang akan bersama-sama anda di medan perjuangan kehidupan. Malah jika anda bernasib baik, mereka inilah yang akan menyelamatkan anda daripada jurang api neraka kelak.

Adikku,
Tiada salahnya menjadi orang yang baik-baik. Malah tiada kolotnya untuk anda bergerak aktif, riang teruja menyertai bulatan gembira, konferens riang atau program-program keagamaan lain. Tidak kool? Siapa kata? Tahukah anda cara pemikiran kita sudah dipengaruhi dan dibentuk oleh Barat dan sekutu-sekutu mereka? Apa-apa sahaja yang mereka lakukan itu kool. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam itu tidak. Eh koolkah berzina mengundang murka Tuhan? Koolkah mabuk dengan arak dan dadah yang akhirnya merosakkan diri sendiri? Koolkah apabila kita menjadi lebih hina dan rendah tarafnya daripada haiwan peliharaan? Tahukah anda apakah perkara yang sumpah osem dan paling kool di dalam seluruh galaksi bimasakti ini? Menjadi manusia yang berjiwa hamba kepadaNya..! Itulah perkara yang super teramat kool sekali! Wahai!

Adikku,
Sudah tiba masanya untuk anda berfikir tentang perkara-perkara yang besar. Sudah tiba masanya untuk anda memikirkan dengan seriyes masa hadapan anda dan ummah ini. Naruto? Wonderpets? DOTA? Kamonlah adik-adikku, anda ada tugas dan tanggungjawab yang lebih besar. Mengapa mahu dibazirkan dengan perkara-perkara yang melalaikan sebegitu walhal saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Kashmir dan lain-lain lagi saban hari diasak dengan penderitaan dan kesengsaraan? Ya, fizikalnya anda mungkin masih kelihatan seperti kanak-kanak. Tetapi apa salahnya berjiwa besar dan berfikiran matang bukan..? Bukankah berakhirnya riwayat hidup Abu Jahal itu di tangan Muadz dan Muawwiz, dua orang anak yang masih muda..?

Adikku,
Mulakan pengembaraan memburu redhaNya dari sekarang ini. Mulakan awal, kerana tiada siapa yang pasti dan boleh memberi jaminan tentang masa hadapannya. Mengapa perlu tunggu dahulu apabila anda boleh mulakannya sekarang? Contohilah Imam Shafie yang sudah menjadi seorang yang faqih di usia yang cukup muda. Ambillah iktibar daripada Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya membebaskan kota Konstantinopel di usia remaja. Juga, sedutlah semangat Imam as-Syahid Hassan al-Banna yang waktu mudanya banyak dihabiskan untuk merawat penyakit umat ini. Catatkan nama anda di dalam lembaran sejarah bahawa anda telah memulakan pengembaraan ini ketika di usia muda. Mulakannya sekarang!

Adikku,
Akhirnya, kita akan kembali kepadaNya. Ketika itu kita akan ditanya, apakah yang telah kita perbuat dengan usia kita? Dan di samping itu, kita juga akan ditanya, apakah kita telah memanfaatkan usia muda kita? Percayalah, kita mahu di hari itu, kita berdiri dengan penuh yakin dan bergaya, menjawab dengan penuh keikhlasan dan kebenaran, yang usia dan waktu muda kita telah dihabiskan untukNya, untuk Islam, untuk ummah ini dan untuk menegakkan kebenaran. Tiada yang lain daripada itu. Dan walaupon kita tidak hidup cukup lama untuk menyaksikan kemenangan yang telah Allah janjikan, sekurang-kurangnya kita telah menyediakan batu-bata asasnya. Telah kita habiskan sepetang kita untuk mengutip satu-persatu tapak sulaiman yang terdampar di tepi pantai, untuk menyelamatkan ummah ini.

Bagaimana adik-adikku..? Anda semua mahu menjadi seorang manusia yang O.S.E.M...?


Adik-adikku, saya sayang anda semua keranaNya, tahu..?? Senyum. [Kredit]

-gabbana-

18 Caci Maki Puji Muji:

Inz Indah 12/03/2012, 15:53  

its sooo osem!!! :)

Anonymous 12/03/2012, 16:13  

saya juga sayangkan anda keranaNya, tahu..?? senyum.

Anonymous 12/03/2012, 16:36  

terimakasih abang.

salam dari adikadik skolah agama.. :)

yg slalu menanti post2 kool abg. err ke Inche ? ha.


err, kalu nak request bole?
tulis pasal camne nk praktik islam kt luar.

ktorng tkut hanya ada islam dlm skola, luar skola, tinggal.

tp kadang2, tatau camne cara terbaik.

syukran jazilan. <3

Anonymous 12/03/2012, 16:36  

nice one...memang beruntung adik2 yg mak ayah nye berfikrah,masukkan ke sekolah yg bagus camtu..but sumtimes the anak2 dun know how to appreciate..

Faiqah Umaira 12/03/2012, 16:43  

saya dalah salah seorang kanak2 ribena itu dan saya suka baca blog ini walaupun banyak cakap heheh. Tertarik dgn ayat ni

Tahukah anda apakah perkara yang sumpah osem dan paling kool di dalam seluruh galaksi bimasakti ini? Menjadi manusia yang berjiwa hamba kepadaNya..!

Abe Am 12/03/2012, 20:44  

cewwwaaaahhhhh....

SMI Aman jugak yang dia amik..

oh oh, tapi memang betul.. kadang2 rasa diri cam dah matang, tapi bila tinjau balik dalam tindakan seharian dan minggu2 lepas, masih ada banyak bahagian yang masih lompang-lompang...

zahirahharyati 12/03/2012, 22:28  

Alamak.. Jelez pulak adik yang dari sekolah kebangsaan biasa ni. Sungguh marhaen. WAHAHAH

Anonymous 13/03/2012, 01:12  

assalamualaikum..
sori lari topik..
tp bley x nk request article on syria?
sy kurang tahu ttg ape yg berlaku kt sn..
jazakallahu khair :)

dear yayah 13/03/2012, 01:17  

sungguhla hati anak2 kecil ni suci kalu dijaga dr kecik.. drpd mereka kita leh blaja mcm2 hakikat khidupan tnpa disedari.. hidayah Allah tu kan di mana2

its complicated 13/03/2012, 04:35  

waduh..comel banget anak2 dlm fotonya
mau aja diculik ke rumahku :)

tinsyaz 13/03/2012, 06:14  

salam.
saya kanak2 juga dari sekolah sains.
best jd remaja, bole tak inche gabbana tulis post kpd rmaja2 cara nak survive kat luar. sebab semuanya terkongkong bila kat asrama, tapi bila luar asrama, dah rasa bebas, boleh ja nak buat apapun. masa tu la syaitonir rojim nak buat agenda bila tau ramai kanak2 nak cuba sesuatu yang baru

Anonymous 13/03/2012, 09:15  

sorang adik saya kata, dia suka je baca blog ni. tapi tak pernah faham. lepas dapat Saya Hosem, baru everything makes sense, apa benda besar yang inche gabbana cuba nak sampaikan dalam every post.

Anonymous 13/03/2012, 18:15  

cewahhhhh,
SMI AMAN juga di ambl,,
hehehehe
SMI AL-AMIN Kemaman pun bace juga la..
apa2 saya setuju dgn cadangan yg lain
buat post pasal cmne nk survive bla keluaq skooollll nnti

sailormoon TS 13/03/2012, 19:19  

comel terhamat hamat nak pengsan dua org budak yg last tuuu!

aien soleha 14/03/2012, 00:19  

hadoih tuan blog angle pkai gucci? erk.. hakikatnya.. nama blog awak pelik.. tapi saya percaya dan sya yakin.. ada kesah di sebaliknya, MUNGKIN :] tapi isinya superduper osem laaa...
#syapeminatblogniboleh? erk :D

mynibrahim 14/03/2012, 15:09  

eh, SMI AMAN! sy ritu sekolah SRI AMAN je, lepas tu tak pergi SMI AMAN. tak sure dengan sekolah agama lain, cuma sejak sekolah rendah lagi kami alhamdulillah dah di-expose dengan usrah, kem LKD. belajar subjek sirah, tauhid, feqah. Allah. alhamdulillah :)

Anonymous 18/03/2012, 18:21  

SMI Aman? heh ni mesti naim anak usrah inche gabbana yg cerita neh :p

Anonymous 27/03/2012, 20:02  

Haisy,SRI Aman (sekolah rendah) PUNN baca juga ! Haha . Aneh taapi benar . :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP