Matryoshka 2.0
[Kredit] |
Hari itu Ili dirudum masalah. Bukan calang-calang masalah, tapi masalah yang menyebabkan dia tidak dapat tidur malam. Masalah yang menyebabkan dia tidak lalu makan. Masalah yang mengakibatkan hatinya resah gelisah sepanjang masa dan ketika. Segala apa yang dilalukannya tidak kena.
Zaki
menelefonnya. Nun jauh dari Australia sana. Pada mulanya agak berat untuk Zaki menuturkannya.
Namun selepas dipaksa dan didesak Ili, akhirnya terpacul juga daripada
mulutnya.
Zaki
mahu putus. Ya, Zaki mahu memutuskan hubungan mereka yang sudah mahu
masuk tahun kedua Oktober itu. Ili tergamam mendengarnya. Dia tidak tahu
bagaimana mahu memberikan reaksi. Hanya air matanya sahaja yang
berkata-kata.
Ya,
dia tahu sejak kebelakangan ini mereka banyak bergaduh dan bertekak.
Semuanya gara-gara hubungan jarak jauh yang dijalinkan mereka. Ili rasa
tidak selamat. Cemburu. Buta. Dan Zaki menjadi rimas dengannya. Namun
tidak pernah disangkanya yang Zaki akan mengambil keputusan sedrastik
itu.
Ilu
cuba memujuknya dalam sedan. Dia merayu dalam sedu. Ili berjanji yang dia tidak akan cari fasal lagi
selepas ini. Dia berazam untuk menjadi teman wanita terbaik buat Zaki.
Namun Zaki sudah tawar hati. Dia merasakan perhubungan itu tidak akan
menjadi. Tidak ke mana. Dia berulang kali mengucapkan maaf kepada Ili.
Dia berharap selepas itu mereka dapat berkawan seperti biasa, dan tidak
bermasam muka berkata cuka. Selamat maju jaya!
Teeeetttt. Telefon diletakkan.
Ili
mencampakkan iPhonenya. Protes. Dia menjerit sekuat hatinya. Mujurlah
dia tinggal di dalam bilik seorang diri. Jika tidak pasti akan ada yang
menyangkanya sudah tidak waras atau ringan kepala.
Dia buntu. Dia haru. Dia biru. Dia benar-benar tidak keruan ketika itu. Dan rakan-rakannya baik semuanya ribuan batu jauhnya darinya. Dia memerlukan seseorang. Dia memerlukan bahu untuk dia menangis sepuas-puasnya.
Entah mengapa tiba-tiba dia teringatkan Najwa. Dia berkira-kira untuk menelefon perempuan itu. Ah gila. Dia capai iPhonenya kembali. Mujur masih ok. Dia tatal senarai kenalan yang ada di dalam telefon pintarnya itu. Najwa. Ya, nama dan nombor telefon Najwa ada di situ. Hatinya berdebar-debar. Dia terdesak. Ini gila!
Seperti dikawal oleh pengawal jarak jauh, tangannya tiba-tiba menekan paparan 'Send Message.' Dan entah mengapa tangannya laju menekan aksara-aksara pada paparan digital telefonnya itu.
"Salaam. Najwa, r u free nw? I need 2 talk."
Ili menunggu penuh debar jawapan balas. Dia separuh menjangkakan yang mustahil Najwa akan menjawab mesejnya itu.Separuh lagi dia amat berharap Najwa akan membalasnya.
Selang beberapa minit selepas itu, iPhonenya berkicau, tanda ada mesej baru yang masuk. Dia segera menyambar telefonnya itu.
"Wsalaam. Hmm, sory. Ada usrah la. Nething?"
Ili hampa. Dia sudah mengagaknya. Perempuan itu tidak mungkin mahu bercakap dengannya. Apa yang aku fikirkan...??
"Ssokay."
Dia menghempaskan badannya ke katil. Air matanya tidak tertahan-tahan lagi. Tidak pernah seumur hidupnya merasakan sesuatu seperti itu. Kosong. Dia merasakan dirinya ketika itu ibarat tunggul kayu yang tiada gunanya lagi. Jasad tanpa ruh. Kosong. Kosong...
Ili terlena dalam rengekannya. Entah berapa lama selepas itu, dia bermimpi. Dia berada di tengah-tengah hutan tundra. Pokok-pokoknya jarang-jarang. Salji putih memenuhi ruang-ruang kosong yang ada. Dia menggigil kesejukan. Dan dia keseorangan. Dia berjalan-jalan tanpa arah, mahu mencari jalan keluar. Keliru.
Tiba-tiba muncul seekor arnab putih yang berlari-lari betul-betul di hadapannya. Kemudian arnab itu berhenti dan memerhatikannya. Comel. Ili sedikit terhibur melihat gelagat makhluk putih itu. Kalau bukan kerana matanya yang berwarna hitam, sudah tentu dia tidak dapat membezakan arnab itu dengan timbunan salji yang ada.
Tergerak hatinya untuk mendekati arnab itu. Telinga panjang arnab itu berkuis-kuis. Lantas ia berlari lagi. Kali ini Ili mengejarnya. Arnab itu berlari laju. Mengah Ili mengejarnya. Kini mereka sedang berlari-lari di sebuah dataran putih ditutup salji. Sudah naik beku kaki Ili dibuatnya. Namun Ili terus mahu mengejar arnab putih itu. Seolah-olahnya dia tidak punya pilihan melainkan mengejarnya.
Tidak semena-mena arnab itu berhenti. Arnab itu berhenti di hadapan sebuah pintu besar kayu berukir indah. Entah bagaimana pintu itu tiba-tiba berada di situ. Ili yang baru sahaja tiba, masih mencari nafas bagi melegakan lelahnya. Arnab itu kini berdiri betul-betul di sebelahnya. Tidak takut. Dan tidak berlari lagi. Ili kini lebih berminat dengan pintu itu berbanding arnab tembam di sebelahnya.
Tiba-tiba pintu itu diketuk dari arah yang berlawanan. Ili kaget. Pintu itu hanyalah sebingkai pintu, tidak terlekat pada mana-mana dinding atau binaan. Masakan ada orang yang mengetuknya? Pintu ajaibkah? Ili kehairanan. Dia penuh keterujaan berbanding ketakutan.
"Ili. Ili..!"
Namanya dipanggil di sebalik pintu itu. Dia tekad. Dia mahu memusingkan tombol pintu berwarna gangsa keemasan itu dan meneroka apa yang ada di sebaliknya. Apa yang nak jadi, jadilah! Dia memegang kemas tombol pintu itu. Ditariknya udara sejuk hutan tundra yang segar itu dalam-dalam.
"Ili!"
Dia terjaga dari lenanya. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Dia mamai sebentar, tidak pasti dia berada di alam yang mana. Kemudian dia terdengar ketukan pada pintunya. Perlahan tapi tegas.
"Assalamu a'laikum. Ili, are you there..?"
Najwa.
Ili menggosok matanya. Tahi mata memenuhi kelopak matanya, dek air mata yang kekeringan. Perlahan-lahan dia bangkit menuju pintu. Dia tidak pasti sama ada dia mahu membenarkan Najwa masuk atau tidak.
"Ili..?"
Pintu terkuak. Kelihatan Najwa yang berseluar jeans, berbaju blaus labuh dengan kardigan tebal dan bertudung litup tercokoh di depannya. Najwa tersenyum manis. Namun keningnya memberikan isyarat kehairanan.
"There you are. Awak ok..?"
Tidak semena-mena Ili menyambar Najwa. Dipeluknya Najwa erat-erat sehinggakan Najwa sedikit kaget dengan tindakan Ili itu. Dada Ili berombak kuat. Sedu-sedan mula kedengaran.
"Hey.. Kenapa ni..?"
Najwa membiarkan bahunya dipinjam Ili untuk ditangisi puas-puas. Diusapnya belakang Ili dengan cermat. Janggal, tapi seperti ada sedikit kasih di situ. Selepas beberapa ketika, baharulah Ili mengangkat kepalanya.
Mukanya monyok. Hidungnya comot dengan hingus. Matanya merah dengan tangis. Rambutnya masai, tidak terurus. Diajaknya Najwa masuk ke dalam biliknya. Itulah pertama kali, semenjak dua bulan mereka di negara bekas komunis itu, dia masuk ke dalam bilik Ili.
Mewah. Penuh dengan pelbagai hiasan dan aksesori. Entah beraneka poster artis dan selebriti yang ditampal di dinding. Seorang pun tidak dikenali Najwa. Namun Najwa tidak punya masa untuk menelaah bilik Ili. Mungkin lain kali. Fokusnya kini pada Ili.
Ili mengajak Najwa untuk duduk di atas katil. Najwa terasa sedikit kekok. Ili pantas bersila di atas katilnya. Dengan hanya berseluar pendek, Najwa segan melihat teletah Ili. Najwa duduk di hujung katil, tidak pasti apa yang patut dilakukannya. Tidak pasti mengapa dia di situ.
"You...came."
Najwa tersenyum nipis mendengar dua patah perkataan itu.
"Awak patut berterima kasih pada Allah. Dia yang suruh saya datang ni.."
"Huh..? Maksud awak..?"
Najwa berkira-kira untuk memberitahu Ili apa yang berlaku.
"Well.. Kan saya bagitau yang saya ada usrah tadi kan..?"
Ili mengangguk perlahan. Usrah.
"Hmmm... Tadi ditakdirkan baca surah ' Abasa..."
"Oh. Meaning..?"
"Err... Ah.. Allah tegur saya. Dia tanya saya.. Dia tanya kenapa saya berpaling, bila awak sms tadi."
"Huh..? Allah tanya awak? He literally asked you..?"
Mata Ili membundar. Dia sedikit terkejut mendengar kata-kata Najwa. Dia ibaratnya terlupa sebentar dengan masalah yang sedang dihadapi. Teruja.
Najwa tertawa kecil.
"Never mind. Hah, awak ni kenapa..? Macam orang meroyan je saya tengok ni."
Ili tersenyum kelat. Walhal dia sedang krisis. Namun perkataan 'meroyan' itu menggelikan hatinya. Kini dia teringat kembali pada Zaki. Pada perhubungan cinta yang telah terputus. Air matanya tumpah membasahi pipi.
"Thanks Najwa."
"Er. Untuk..?
"Thanks...for being here. Thank you."
Ili tersenyum. Ikhlas. Matanya berkaca.
bersambung lagi...
Tidak terasa seperti mahu menulis tentang Gaza, walaupon hati dan jiwa ini meronta. Kerana diri ini terasa seperti hipokrit, menulis tentangnya hanya apabila gegak gempita dunia. Walhal mereka menderita, sengsara, setiap masa dan ketika...
Untuk anda yang berkesempatan dan punya kelapangan, pergilah sertai demonstrasi aman di perkarangan kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat hari ini. Insha-Allah ikhlaskan niat dan ingatlah saudara-saudara kita yang sedang terseksa di Gaza sana. Tunjukkan yang anda peduli dan kisah pada mereka. Moga Allah menerima amalan yang tidak seberapa ini.
Saya mungkin tidak berpeluang untuk menyertai. Air mata. Doa dan ruh saya bersama-sama anda di sana.
Doaku bersama kalian, wahai saudara-saudara Palestinku. Moga kalian sudi mengampunkan kekhilafan dan kelemahan diri ini. Moga kalian tidak mendakwa diri ini di Mahsyar sana...

"Dia (Muhammad) telah berwajah masam dan berpaling. Kerana seorang buta telah datang kepadanya. Dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?"
['Abasa, 80:1-4]
"Huh..? Allah tanya awak? He literally asked you..?"
Mata Ili membundar. Dia sedikit terkejut mendengar kata-kata Najwa. Dia ibaratnya terlupa sebentar dengan masalah yang sedang dihadapi. Teruja.
Najwa tertawa kecil.
"Never mind. Hah, awak ni kenapa..? Macam orang meroyan je saya tengok ni."
Ili tersenyum kelat. Walhal dia sedang krisis. Namun perkataan 'meroyan' itu menggelikan hatinya. Kini dia teringat kembali pada Zaki. Pada perhubungan cinta yang telah terputus. Air matanya tumpah membasahi pipi.
"Thanks Najwa."
"Er. Untuk..?
"Thanks...for being here. Thank you."
Ili tersenyum. Ikhlas. Matanya berkaca.
bersambung lagi...
-gabbana-
Tidak terasa seperti mahu menulis tentang Gaza, walaupon hati dan jiwa ini meronta. Kerana diri ini terasa seperti hipokrit, menulis tentangnya hanya apabila gegak gempita dunia. Walhal mereka menderita, sengsara, setiap masa dan ketika...
Untuk anda yang berkesempatan dan punya kelapangan, pergilah sertai demonstrasi aman di perkarangan kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat hari ini. Insha-Allah ikhlaskan niat dan ingatlah saudara-saudara kita yang sedang terseksa di Gaza sana. Tunjukkan yang anda peduli dan kisah pada mereka. Moga Allah menerima amalan yang tidak seberapa ini.
Saya mungkin tidak berpeluang untuk menyertai. Air mata. Doa dan ruh saya bersama-sama anda di sana.
Doaku bersama kalian, wahai saudara-saudara Palestinku. Moga kalian sudi mengampunkan kekhilafan dan kelemahan diri ini. Moga kalian tidak mendakwa diri ini di Mahsyar sana...
7 Caci Maki Puji Muji:
style :)
: ]
Melihat dari jauh pun takpe :)
ily beruntung coz berpisah hidup tu pun baru 2thn kalo nak on balik pun xde hal kan as long sume masih hidup
ada org 5thn bersama mcm2 impian utk tua bersama tapi pasangan dia mati accident dlm usia terlalu muda sampai dia hampir bunuh diri bila nanges sorang dlm shower
cinta pertama adalah kenangan terindah tiada berganti walaupun mati memisahkan kenangan itu hidup selamanya hingga kita dpt rasa roh kekasih sentiasa bersama dlm jaga dan lena misteri ilahi yg tiada hujung
pe kata tulis skrip drama untuk TV Al Hijrah? Mesti best. Tanak bohong, drama2 kat situ boring. Maybe sbb produk by org2 baik yang skema. So, kena juga ada produk by org baik2 tapi (fill in the blanks) barulah yang tak skema jadi suka juga nak jadi baik
Stress bila tgk perkataan "bersambung" itu..
>_<
Bersambung lagi ke...huhu
Post a Comment