10 November 2012

Kini, Semua Orang Pon Boleh Terbang!


Ini adalah tulisan saya untuk Majalah JOM edisi kedua, khas untuk anda yang tidak berpeluang membacanya. Seperti biasa, penulisan yang ini sedikit berbeza dengan yang dimuatkan dalam majalah tersebut. Yang ini lebih rangup, segar dan terbaik dari ketuhar. Eheh.

Moga bermanfaat! Moga menceriakan hujung minggu anda! 

Aman, tanpa perang.


***

[Kredit]

Suatu hari saya berkesempatan untuk berborak ringkas dengan seorang rakan. Perbualannya berkisarkan tentang rancangannya untuk bercuti ke Vietnam bersama keluarganya.

“Esok dalam pukul 1.30 kitorang semua berkumpul di KL Sentral,” kata rakan itu.

“Ooh. Naik AirAsia ke..?” Tanya saya, memandangkan KL Sentral merupakan hab bas untuk ke Lapangan Terbang Tambang Kos Murah (LCCT).

Rakan itu memberikan pandangan sinis kepada saya sambil tercebik.

“Eyyy tak tak. Naik MAS. Tak main la AirAsia..” katanya disusuli dengan tawa kecil.

“Oohh haha. Manalah tahu..” Peluh kecil.

Persepsi kebanyakan rakyat Malaysia hampir serupa; anda yang miskin dan tidak berwang, maka AirAsia lah yang layak untuk anda. Anda yang berharta dan berada, selayaknya menaiki kapal terbang yang lebih berjenama.

Tambahan pula, tidak perlu berhimpit-himpit, bergaduh dan bersesak-sesak di LCCT itu. Tempat duduk yang kecil, makanan yang perlu diberi sendiri dan kemudahan yang terlalu asas… Semuanya itu sinonim dengan AirAsia.

Maka tidak hairanlah rakan saya itu seolah-olahnya tidak mahu dikaitkan dengan AirAsia.

Takde kelas. Tak cukup glamor.

Tapi, err… Bukankah mana-mana perkhidmatan pon, tetap akan membawa kita ke destinasi yang sama? Kapal terbang AirAsia AK870 atau MAS MH752, kedua-duanya akan membawa kita ke Vietnam, dalam tempoh masa yang hampir sama. Bukan begitu?

Benar, kalau kita punya pilihan, wang dan peluang, pastilah kita mahu memilih penerbangan yang jauh lebih selesa. Alah, apa salahnya berbelanja lebih untuk satu perjalanan yang panjang bukan..?

Tapi bagaimana kalau kita tidak punya ruang dan peluang untuk berbuat demikian? Penerbangan yang apa dan yang bagaimana yang akan kita pilih? Yang murah dan memliki kemudahan yang asas atau yang mahal dan mewah itu? Tambahan pula, jika difikirkan kembali, penerbangan yang beberapa jam itu, pejam celik pejam celik, belum sempat kita berbuat apa-apa, kita sudah pon tiba ke destinasi yang dituju (ok lainlah kalau ke Amerika Syarikat atau Afrika Selatan..). Tak rasa membazir ke wang anda itu, dibelanjakan untuk sesuatu yang tidak dapat dinikmati dalam tempoh yang lama, sedangkan anda boleh mendapatkan perkhidmatan yang jauh lebih murah untuk ke destinasi yang sama..?

Saya percaya, setiap umat Islam yang waras dan rasional mahu mengejar redhaNya dan mahu masuk sorgaNya. Mungkinlah perkara ini tidak dinyatakan secara jelas atau terang-terangan, tetapi saya yakin kemahuan dan keinginan ini tersimpan rapi dan tersemat dalam setiap hati yang bergelar Muslim.

Lantas persoalannya, bagaimana mahu mencapai cita-cita dan impian ini?

Marcapada ini, di kalangan umat Islam, ramai yang terlalu menitikberatkan soal kosmetik, soal luaran dalam mengejar cita-cita ini. Dan kadang-kadang mereka terlalu fokus kepada perkara-perkara yang tidak perlu ini sehinggakan mereka langsung lupa kepada destinasi yang dituju.

Bergaduh sesama sendiri tentang cara siapa yang lebih betul dalam mahu menegakkan Islam, sehingga terleka langsung dengan hak ukhuwwah sesama Muslim yang lebih perlu diberikan keutamaan. Terlalu sibuk dengan cara solat yang sempurna sehingga lalai tentang ruh solat yang sebenar. Terlalu asyik menyalahkan orang ini dan menghukum orang itu sampaikan terlupa untuk mentarbiyah individu… Senarainya tampak seolah-olahnya tiada penghujungnya.

Benar, sama seperti Mas dan AirAsia, sekiranya kita diberikan peluang dan ruang, pastilah kita mahukan segala-galanya ideal dan sempurna dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Kita mahu menaiki MAS menuju ke destinasi kita. Bukan sekadar itu, jika berpeluang, kita juga mahu mendapatkan tempat duduk kelas pertama. Waduh waduh, cukup selesa!
 

Kita mahu mahir hukum-hukum tajwid pada masa yang sama fasih pula berbahasa Arab. Kita mahu menjadi faqih dalam hukum-hukum fiqah, hafal pula susur-galur sejarah Islam. Bukan setakat itu, kita juga menjadi pusat rujuk dalam hal ehwal ekonomi Islam di samping bijak pula dalam strategi perang. Semua itu kita mahukan, di samping kita menghafaz al-Quran, bangun qiam setiap malam dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Walaweh.

Malah itu lah pon yang telah dicapai oleh umat Islam ketika di zaman kegemilangan Islam sewaktu pemerintahan Khilafah ‘Umayyah, ‘Abbasiyyah dan ‘Uthmaniyyah. Ketika itu, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali. Para penterjemah dibayar dengan  upah yang begitu lumayan sekali dek tingginya nilai ilmu di kalangan umat Islam ketika itu. Umat Islam dihormati dan disegani oleh umat manusia dek ketinggian ilmu dan tamadun yang dimiliki mereka.

Tetapi semuanya itu bisa dicapai mereka kerana mereka mempunyai ruang dan peluang untuk berbuat demikian. Ketika itu, luasnya pengaruh dan hebatnya kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam menjadikan wilayah pemerintahan Islam begitu aman dan makmur sekali. Hukum Allah dijadikan asas pemerintahan. Dakwah dan tarbiyah merupakan satu kebiasaan dan bukan keganjilan. Biah (suasana, persekitaran) yang wujud ketika itu adalah biah yang solehah dan biah yang membenarkan perkara-perkara yang disebut tadi menjadi kenyataan. Dengan kata lain, mereka ketika itu mempunyai wang dan ruang untuk menaiki MAS.

Kini? Lihatlah sekeliling anda. Bukalah mata anda seluas-luasnya. Adakah kita punya masa untuk dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada ummah? Umat di luar sana sedang sakit tenat dan kita masih bergoyang-kaki, bergembira di surau-surau mendengar ceramah, ke kelas-kelas mengaji, ke pusat-pusat tahfiz dan akhirnya memilih untuk menjadi baik seorang diri..? 

Allah.

Sila jangan salah faham atau saya cubit perut anda sampai lebam. Saya TIDAK mengatakan mendengar ceramah agama itu sia-sia. Saya TIDAK mendakwa mengaji quran atau hafazan itu tidak mendatangkan faedah. Bukan begitu. Yang saya katakan di sini, alangkah ruginya umat ini, apabila kita yang sepatutnya keluar membimbing mereka, menuntun tangan dan mengajak mereka ke arah kebaikan, memilih untuk ‘memperbaiki’ diri kita terlebih dahulu. Alah, tunggu dululah, aku belum bersedia lagi! Percayalah, kalau mahu tunggu bersedia, nescaya sampai mati pon tak akan bersedia!

Akhirnya, umat Islam juga yang rugi. Tatkala kita syok mendegar ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus, ke sana ke mari mencari pengajian-pengajian baru dan sibuk dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kita lupa dan leka prioriti dan tanggungjawab kita yang paling utama ketika ini adalah membebaskan manusia semuanya daripada perhambaan sesama mereka kepada perhambaan yang total kepada Allah! Tugas kita sekarang ini bukan memilih kapal terbang mana yang perlu dinaiki, sibuk membelek katalog dan mencari di laman sesawang, bukan! Tetapi tiba ke destinasi dengan selamat dan cepat..! Naiklah apa pon asalkan kita sampai ke destinasi yang dituju!

Ketika menulis artikel ini, fikiran saya terus melayang kepada para pelajar Malaysia di Mesir sewaktu revolusi musim bunga yang lalu. Keluarga dan ibu bapa para pelajar begitu risau sekali akan nasib anak-anak mereka di sana dan mendesak kerajan untuk menghantar mereka segera pulang ke Malaysia. Ketika itu, adakah ibu bapa tersebut meminta agar kerajaan menyediakan kapal terbang kelas pertama untuk anak-anak mereka? Malah para pelajar sendiri, adakah mereka mengada-ngada, meminta untuk sekurang-kurangnya duduk di kelas ekonomi, dihidangkan dengan nasi lemak kukus Jalan Tanglin dan dihiburkan pula dengan set hiburan kapal terbang? Tidak bukan? Naik kapal terbang kargo pon jadilah, asalkan mereka cepat dan selamat tiba ke tanah air terchenta!

Menelusuri sirah ar-Rasul SAW ketika dakwahnya di Mekah, dapat kita fahami yang baginda dan para sahabat tidak punya masa, ruang dan peluang untuk bersenang-senang. Sekiranya prioriti mereka ketika itu bukan untuk mentarbiyah masyarakat sekitar, sudah pasti ramai para sahabat yang dihantar baginda ke Rom, ke Parsi dan merata-rata lagi untuk menuntut ilmu, teknologi dan ketamadunan daripada mereka ini. Tetapi adakah itu semua berlaku..? Tidak.

Kerana mereka faham; fokus dan prioriti mereka ketika itu bukanlah untuk mewujudkan suasana yang ideal. Tetapi yang lebih utama dan menekan adalah memulihkan kembali aqidah umat manusia yang sudah begitu jauh terpesong. Yang lebih menjadi keutamaan ketika itu adalah memulihkan akhlak manusia yang sudah rosak dan sakit teruk.

Maka bagaimana pula kita pada hari ini?

Punya masakah kita untuk bertegang urat, bergaduh cara siapa yang lebih tepat dan betul untuk menegakkan kembali agama ini? Masih mahukah kita  bergembira dalam program-program keagamaan kita walhal keluarga dan rakan-rakan kita sedang berada di tepi jurang neraka? Sanggupkah kita menjadi baik seorang-seorang sahaja sedangkan masih ramai di luar sana tidak kenal pon siapa Allah dan siapa Nabi mereka..?

Biarlah kita terpaksa menaiki AirAsia pon, asalkan kita sampai ke destinasi yang dituju.

Biarlah kita terpaksa berhimpit, bersesak-sesak dan berpuas hati dengan tempat duduk yang kecil, sekiranya itu bermakna kita bisa tiba ke destinasi kita bersama-sama yang lain.

Biarlah kita menjadi AirAsia sekali pon, asalkan “Now everyone can fly.” Senyum.

“Katakanlah, ‘Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” 
 [Yusuf, 12:108]

-gabbana-

Insha-Allah, kalau tiada aral yang melintang mahu pon menegak, malam ini akan berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang marhaen ini bersama-sama hadek-hadek. Doakan untuk saya ya!  

14 Caci Maki Puji Muji:

BidadariSyurga 10/11/2012, 10:55  

Kadang-kadang kita memang mahu memiliki sesuatu yang HEBAT. Sama seperti kita mahu mengejar pahala dengan HEBAT.

Anonymous 11/11/2012, 01:11  

Sori bro, aku rasa kau makin hari makin sombong. Jangan ingat kau dah bawak dakwah, kau lupakan guys yang jauh dari Islam. Diorang pun manusia yang berhak utk terima dakwah kau. Refer balik surah 'Abasa. Kau manusia, aku manusia. Jom jadi hamba!

bukan cinta biasa 11/11/2012, 01:15  

aku meredah kembara berliku utk memiliki sayap itu

bukan hebat yg ku cari tapi bebas

aku ingin terbang bebas menuju destinasi cinta meredah samudera

Inche gabbana 11/11/2012, 07:25  

enonimus: T___T Itu satu dakwaan yg saya kira cukup berani dan berat.

Boleh saya tahu apa asas anda berkata begitu..? Ada mana2 ayat saya yg menyebabkan anda rasa saya begitu ke..?

Kalau ada, tolonglah tunjukkan yg mana. Kalau ada salah silap, tolonglah tegur.

iA saya sgt boleh menerima teguran.

Saya tak nak dihalang dari masok sorga, hanya dek kesombongan sebesar zarrah. ;(

Anonymous 11/11/2012, 12:24  

Sebab benda tu terjadi pada aku sendiri..

Aku cuba approach kau, tapi tak dilayan.. tau la dah femes..

Takpe la bro, kau manusia aku pun manusia, tak ambil hati pun, just nak mintak kau muhasabah balik..

Walaupun aku jahil agama, nasihat kwn aku yg aku selalu pegang, raikan orang walau siapa pun dia..

Inche gabbana 11/11/2012, 13:07  

Enonimus: Ok. Jzkk ntok teguran dan peringatan. Walaupon sungguh saya tak ingat sebarang insiden yang anda sebutkan tu. Kalau betul saya tak layan, mesti ada hal lain atau tak prasan. Apa2 pon, maafkan saya sekiranya anda berkecil hati.

Tapi just peringatan ntok anda juga. Bagaimana anda boleh terus menghakimi saya, walhal baru sekali berjumpa..? Mudah je anda buat penilaian kan? Serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada. Macam mana saya nak buka pintu ukhuwwah saya pada anda, sekiranya anda tidak boleh berlapang dada dgn saya..? Hhhmmm.

Saya tak mintak pon kefemesan ni. Allah yg bagi. Dan ini adalah ujian ntok saya.

Moga Allah ampunkan dosa2 saya yg sememangnya byk ni...

Moga kita bertemu lagi. Kalau tak di dunia, di sorga sana iAllah.

Allahu a'lam. Moga Allah redha.

Anonymous 12/11/2012, 01:19  

Saya menafsir artikel ini mengenai kepelbagaian jemaah. Ya, macam orang selalu cakap, semua jemaah nak membawa kepada Islam, kan?

Cuma kadang2 ada satu soalan yang timbuk di fikiran saya,
Bagaimana dengan nasib mereka yang terjerumus ke dalam ke lembah kemaksiatan spt pelacur, peminum arak, kaki judi?
Kebanyakan kita selesa di dalam kelompok untuk membaikkan diri kita dan orang di sekeliling kita.
Bagaimana pula dengan mereka yang saya sebutkan di atas? Apakah kita harus membiarkan mereka? Tindakan apa yang kita perlu ambil?

Sekian, pertanyaan saya bukanlah bertujuan provokasi, tapi sekadar minta pendapat. :)

erin brokovich 12/11/2012, 04:24  

to anon
tanpa keberanian mimpi tak bermakna so jika niat awk benar nk mengubah pelacur dgn dakwah awk mesti berani dekati mereka jgn pandang hina pada pelacur terutama golongan maknyah

erin brokovich 12/11/2012, 04:27  

to IG
boleh tak awk delete komen kak ton yg annoying tu tq

Anonymous 12/11/2012, 13:47  

Hahaha, rilek bro..

first of all, aku nak mintak maaf kalau kau rasa aku terus menghukum kau atau apa.. here my explanation.. honestly.. =)

Sebenarnya aku minat gila dengan entri2 kau, updates kau, kemisterian kau, dan lain2 lagi.. Banyak kali aku cuba approach kau, nak berukhwah dengan kau.. Tapi mungkin kau tak perasan..

Lalu aku pun buat la dengan cara begini..

Amazingly!! Kau akhirnya respon jugak!! Jangan risau bro, aku xde marah pun kat kau, ambil hati jauh sekali.. Aku buat macam ni sebab nak ada conversation sahaja dengan kau..

Helah aku je semata.. Macam kisah sahabat yang cakap kat Rasulullah dia nak sebat Rasulullah sebelum Rasulullah wafat, tapi rupa2nya dia nak peluk cium Rasulullah..

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga berinteraksi dengan angel pakai guchi.. =D

Anonymous 12/11/2012, 13:53  

"Saya tak mintak pon kefemesan ni. Allah yg bagi. Dan ini adalah ujian ntok saya."

Jujur, aku tak suka ayat ni.. Kau boleh pilih untuk jadi femes atau tak.. Teguran utk kau (mungkin boleh delete kot komen ni), jangan sesekali rasa diri kau tu femes, ramai peminat, n so on.. Sedang pada hakikatnya aku sendiri tak kenal kau siapa.. Lebih malang, kau, aku, peminat2 kau,, cuma taraf hamba..

No worries, aku sentiasa berlapang dada, kalau dengan cara ni aku boleh hulurkan sedikit nasihat utk angel pakai guchi,, cara ni je la yg aku pilih.. Moga terus cemerlang dalam dakwah! Wallahua'lam

Anonymous 12/11/2012, 13:56  

-femes di dunia belum tentu femes di akhirat-

zaiton sameon 13/11/2012, 00:21  

to anon
frankly aku pon mcm awk kdg2 terasa mcm IG ni sombong tapi kenal in person pon idak so tak perlu nk judge org enjoy je baca blog ni

ada masa rasa mcm dah kawen dgn blog ni coz ari2 pun nk baca haha bye





oprah network 13/11/2012, 00:30  

kalo blog ni boleh menjelma sbg patung tupai yg boleh bercakap aku akan simpan dan jaga elok dimana jua tak kira masa lalala

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP