2 September 2012

Megi Goreng Mamak

Baiya. [Kredit]

Saya janji post ini akan jadi pendek dan manis sahaja. Tambahan pula in malam Ahad, mana ada orang yang nak baca post yang panjang berjela bukan..?

Apa-apa jalan, tadi ketika ke masjid untuk solat Maghrib berjemaah, kepala saya ligat memikirkan apa yang mahu dimakan untuk juadah makan malam. Inche Papa sudah pon menyatakan hasratnya untuk tidak makan kerana terlalu kenyang dek dijamu dengan nasi pada lewat petang. 

Lantas antara menu yang berlari-lari di kepala adalah megi atau mi goreng mamak. Ya, mamak sememangnya cukup berjasa dalam kehidupan masyarakat urban marcapada ini. Penyelamat di masa sukar dan adiwira di masa tersepit. Eheh. Walaupon ada di kalangan anda yang tidak berapa gemar dengan masakan dan biah di mamak dan tidak akan menjadikan mamak sebagai pilihan pertama ketika buntu memburu kedai makan untuk disinggahi, anda perlu mengaku bahawa golongan seperti anda ini adalah golongan minoriti.

Hakikatnya, mamak sudah cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia. Seperti dalam artikel 1Mamak, sudah terbukti bahawa mamak telah banyak berjasa dan berbakti kepada rakyat Malaysia. Malah, di Malaysia, mamak sudah cukup sinonim dengan para dua't. Tidak hairanlah banyak resolusi-resolusi dan perbincangan-perbincangan penting dilakukan dan dipersetujui di mamak. Banyak restoran mamak di seluruh dunia telah berkali-kali menjadi saksi kepada banyak upacara dan kejadian bersejarah dalam dakwah dan tarbiyah. Wah!

Persoalannya, mamak yang mana satu..?

Ketika terfikir untuk makan megi goreng mamak, tidak pasti restoran mamak mana yang mahu saya kunjungi. Selalunya megi goreng mamak pasti akan dikaitkan dengan Restoran Deen. Roti canai dengan Restoran Dharbar, nasi bukhara dengan Restoran Syed Bistro, naan dan tandoori dengan Restoran NZ dan capati dengan Restoran al-Kader. Mudah kata, setiap mamak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tapi tadi saya kurang pasti, kerana pernah suatu malam saya ke Restoran Dharbar dan memesan megi goreng mamak dan keputusannya cukup mengejutkan dan memberangsangkan! Memang sumpah lazat..!

Malah jika difikirkan kembali, mi goreng mamak di Restoran Syed Bistro boleh tahan juga kesedapannya. Roti canai dan naan di Restoran al-Kader memang berhak dipuji. Kiranya, satu-satu restoran mamak itu mungkin mempunyai dua atau tiga speselti dan tidak hanya terhad kepada satu sahaja. Pokoknya, setiap mamak ada keistimewaannya yang tersendiri. 

Ketika ini terlintas di fikiran saya, perkara yang sama boleh dan perlu diaplikasikan dalam dakwah dan tarbiyah. Bagaimana..?

Begini.

Setiap orang daripada kita punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itu pasti. Ada antara kita yang pandai berkata-kata, ada yang hoyeaahh dalam bidang penulisan, ada yang amat pakar menyentuh hati, ada yang amat laju menghabiskan bacaan fikrah, ada yang merdu memperdengar bacaan al-Quran, ada yang fasih berbahasa Arab, ada yang osem membuat persembahan PowerPoint dan macam-macam kelebihan yang lain. Mungkin ada di kalangan kita yang punya dua atau tiga kehebatan, tapi tidak akan ada yang punya semua jenis kelebihan.

Persoalannya, bagaimana kita memanfaatkan setiap kelebihan itu untuk Islam..?

Lantas saya teringat cerita yang disampaikan kepada saya, berkenaan seorang pemuda Turki yang syahid ketika misi Flotilla ke Gaza pada tahun 2010 yang lalu. Bagaimana diceritakan pemuda itu amatlah simpel orangnya. Dia tidak petah berkata-kata, bukan juga seorang pemimpin yang berkaliber. Cuma yang jelas, dia amat suka membantu orang lain. Tugasnya di atas kapal hanyalah membasuh pinggan dan menyapu sampah. Tapi insan sebeginilah yang telah Allah pilih untuk syahid di atas jalannya. 

Siapa pon kita, jangan sesekali kita pandang rendah pada kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Sekiranya kita cemburu melihat seorang akh yang amat petah menyampaikan pengisian di konferens-konferens riang, ketahuilah dia mungkin tidak pandai bermain bola seperti anda, yang boleh dimanfaatkan untuk menDF bakal-bakal mad'u anda. Andainya anda jeles melihat seorang ukht yang amat bergaya penulisannya, ketahuilah tangannya mungkin tidak sehebat tangan anda dalam memasak nasi lemak dan ayam masak merah. Dan jika anda tidak senang duduk dan susah hati melihat rakan anda yang hebat bacaan Quran dan fasih pula berbahasa Arab, dia mungkin tidak sepakar anda dalam menyentuh hati dan jiwa di luar sana.

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Penyayang. Dan Allah itu Maha Bijaksana.

Jangan bersedih hati. Jangan pandang hina pada diri sendiri. Jangan rasa bawah dan berputus-asa dengan dengan diri. Bukan kebetulan anda adalah siapa anda pada hari ini. 

Ayuh, gunakan apa sahaja kelebihan, kekuatan dan kehebatan yang ada pada diri anda untuk kebaikan dan kemaslahatan Islam dan ummah ini!  

"...Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa." 
[al-Hujuraat, 49:13]

-gabbana-

Anda tahu..? Akhirnya saya ke Kenny Rogers untuk menikmati ayam panggang bersama Puan Mama dan Cik Adik Perempuan. Wahahaha..

Ok, takdelah pendek mana post ini. Kikiki.. Maaf, saya memang tidak pandai nak tulis post yang pendek-mendek. Moga bermanfaat!


13 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 02/09/2012, 23:35  

good one :)

Anonymous 02/09/2012, 23:44  

saya rasa ikhwah/akhawat yg terlibat dlm DnT memang luar biasa...tgk benda yg biasa je (as in kedai mamak), but they saw something yg applicable to DnT..sungguh la, mereka yg bertunang dengan dakwah, mana2 tempat/benda yg diorg tgk, mesti boleh kait dgn perjuangan..
*mantoplah~~

Anonymous 03/09/2012, 00:01  

Hikmah tu barang Muslim yang hilang.Siapa yang terjumpa,cepat cepat ambik masuk FB,share :)

Hazwani 03/09/2012, 00:45  

saya suka post ni. "Bukan kebetulan anda adalah siapa anda pada hari ini. "
teringat kisah nabi musa dalam Quran ketika disapa Allah dalam gua.

Sharifah Balqis 03/09/2012, 00:46  

Assalamualaikum.

Ingat pergi makan kat kedai mamak la tadi.
Rupanya tersasar jauh ke Kenny Rogers ^_*

syakirahmn 03/09/2012, 01:20  

hambekk. trus makan KRR. haha.

fuhh. kena belekbelek balik apa kelebihan diri yang boleh di guna pakai buat bekalan ni. hmmmm

Liyana 03/09/2012, 07:09  

“Satu peluru hanya mampu menembus satu kepala, tapi satu tulisan mampu menembus ribuan bahkan jutaan kepala”
Sayyid Qutb

beat 03/09/2012, 08:22  

da'wah till the end...

Cikgu Ma 03/09/2012, 11:08  

memang suka mee goreng mamak...

Anonymous 03/09/2012, 13:33  

Alhamdulillah, jzk Inche gabbana. Topik ni memang kena dgn saya hari ni.=( Sedang berusaha memperbaiki kelemahan, moga jadi permata ummah dambaan..

p/s: belum mampu utk senyum, masih byk harapan/impian/cita2/usaha yg belum direalisasikan..

pontianak kg pisang 03/09/2012, 18:26  

gambar hiasan setiap post inche gabana kusayang sentiasa menyentuh jiwa ragaku...anda sgt kreatif..muahh

roughneck 04/09/2012, 09:14  

akhi,

ana baru je duk pikir-pikir pasal hal nih semalam. kebetulan? Err.. tak jumpa dalam kamus Uganda pun! ehehe..

dengan kondisi ana sekarang nih, ana masih tak pasti whether it is a blessing or a penapisan jiwa-jiwa..

Doakan ana tsabat..

ibu mimi cynthia dewi 05/09/2012, 09:07  

selamat berjuang anak ibu

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP