5 September 2012

GangJahanam Style

Ini gila. [Kredit]

Ok ketika ini saya sedang membayangkan para kipas-susah-mati lagu-lagu, drama, filem dan artis Korea sedang menyinsing lengan baju, bercekak pinggang, memasang kuda-kuda, memegang parang, bersedia untuk melancarkan serangan kepada saya. Semuanya bergantung kepada kenyataan dan tulisan yang akan saya keluarkan dalam post ini.

Gulp.

Tetapi tidak mengapalah. Kebenaran perlu ditegakkan. Walaupon pahit, ia perlu ditelan! 

Ketika pertama kali mendengar frasa 'Gangnam Style' itu, jujurnya saya tidak tahu-menahu makhluk atau ciptaan apakah itu. Malah tidak berminat pon untuk mengetahuinya. Namun pelik tetapi benar, sejak pertama kali saya mendengarnya, secara tiba-tiba selepas itu selalu pula frasa itu datang melanggar bahu dan merempuh saya. Sehinggakan Dato' Sri Najib 1Malaysia turut berkicau tentangnya.

Akibat didorong oleh perasaan inkuisitif yang amat kuat, arakian jari jemari saya mengambil keputusan untuk menaip dua perkataan, 'gangnam' dan 'style' pada kotak carian di TiubAnda. Maka bermulalah episod ternganga mulut, terbeliak mata dan tergaru kepala. Menyesal. Inikah trend terbaru yang didamba-damba dan digila-gila oleh anak muda remaja Malaysia zaman ini..?

Biar betul. Peluh besar menitik laju.

Ada terasa macam nak bagi pelempang percuma tak..?

Kepada anda yang belum pernah menontonnya, saya nasihatkan jangan cuba berani untuk berbuat demikian (walaupon saya tahu dengan berkata sebegini, ia sebenarnya akan menyebabkan perasaan ingin tahu anda lebih membuak-buak sehingga mengalir peluh di jari dan dahi). Jauhkan diri anda daripada papan kekunci, terutamanya pada huruf 'G' dan 'S'. Sila berpuasa TiubAnda selama sekurang-kurangnya selama seminggu.

Video dan lagu tersebut sememangnya berhantu. Ia amat mudah berjangkit, lebih mudah dan cepat daripada cirit-birit. Walaupon video klipnya tampak jelas mengagungkan kebejatan moral, gerakan 'Gangnam' yang membuatkan anda rasa nak beri penampar percuma kepada penyanyinya dan lirik lagu yang entah apa-apa, percayalah, lagu tersebut akan terus bermain-main di dalam kepala anda. 

Yang lebih menghairankan bagaimana tarian rosak akhlak sebegitu boleh ditiru oleh muda-mudi kita. Bukan setakat 'boleh', malah mereka tampaknya kini mengagung-agungkan tarian yang cukup meloyakan itu. Ia menggambarkan betapa anak-anak muda di negara ini amat lemah jati diri dan amat mudah dipengaruhi oleh budaya dan trend asing. Tarian yang jelas berorientasikan seks dan pergerakan lucah itu yang menjadi kegilaan..?? Adeh. Yang lebih menggaru kepala, tarian gangnam ini bukan sahaja popular di Korea atau Malaysia, malah ia telah merebak ke seluruh dunia. Klip video TiubAnda Gangnam Style ini sudah mencecah hampir sembilan puluh juta klik tontonan. Gila apa. Sehingga kini, entah berapa puluh atau ratusan video parodi yang dihasilkan berdasarkan tarian gangnam itu.

Namun saya tidak hairan dengan trend terbaru ini. Melihatkan sejarah perkembangan trend di kalangan muda-mudi sejak awal 90-an, memang amat ketara bahawasanya generasi X dan Y negara ini tidak punya jati diri yang tersendiri. Seawal tahun 90-an dahulu, muzik rap dan besi (Baca: Metal) yang menjadi pujaan. Habis jeans koyak-rabak menjadi pakaian wajib milik untuk setiap anak muda. Kemudian di hujung-hujung abad ke dua puluh, muzik boy band pula yang menjadi ikutan. Kalau anda masih ingat, nama-nama seperti Backstreet Boys, 'N Sync, Spice Girls dan New Kids On The Block cukup popular ketika itu. Ketika ini, rambut belah tengah merupakan fesyen rambut paling feymes dan dijamin glamor. Bahana boy band ini sehinggakan boy band versi Malaysia juga tumbuh ibarat janggut tumbuh selepas dicukur. Err. Nama-nama tempatan seperti New Boyz, Spoon dan entah apa-apa lagi (ok seriyes saya menghadapi kesukaran mengingati nama-nama ini..) cuba meniru idola mereka di Barat sana. Era ini melihat banyaknya upacara muntah hijau beramai-ramai kerana tidak tahan dengan imej jambu yang cuba ditonjolkan.

Abad keduapuluhsatu membawa sedikit kelainan apabila industri hiburan mengamalkan dasar pandang ke Timur. Filem-filem dari Jepun dan Korea mula mengambil hati di kalangan para peminat tempatan. Industri hiburan ini melangkah setapak lagi apabila lagu-lagu Jepun dan Korea turut digilai oleh para kipas-susah-mati di negara ini. Ok ini sedikit pelik. Kalau dahulunya suka pada lagu-lagu omputih bolehlah terima lagi, sebab tak sukar nak faham lirik lagu-lagu mereka. Tapi lagu-lagu Jepun dan Korea... Garu kepala. Apa yang anda dapat..??  

Yang lebih memelikkkan apabila fesyen-fesyen yang lebih pelik dari kedua-dua negara itu dijadikan ikutan dan solekan. Dengan rambut berwarna-warni, pakaian ketat lagi sendat, solekan tebal lima inci, celak hitam di mata dan entah macam-macam lagi.. Allahu rabbi. Bang oii, kalau orang korea yang putih melepak dahi licin tu berpakaian macam tu, tidak mengapalah kerana memang sesuai dengan wajah dan sosok mereka. Ini.. Haih malas nak komen. Nanti saya dituduh sebagai rasis dan mulut tiada insurans pula.

Terbaru, apabila budaya K-Pop menjadi kegilaan berguling-guling muda-mudi di Malaysia, sehingga berjaya mengatasi pengaruh Jepun di sini. Punyalah gila mereka ni terhadap drama-drama, lagu dan artis-artis Korea ini, sehinggakan dari hujung rambut ke hujung kaki mahu ditiru mereka. Setiap dialog dan monolog drama-drama Korea dihafal dan dilakonkan semula, meskipon sepatah haram tidak mereka fahami kecuali satu dua seperti gamsahabnida, annyeonghaseyo dan mian haeyo. Peluh kecil.

24:7 - M-Pop celupan Korea..? Hidung berdarah.

Duit entah beratus malah beribu ringgit dihabiskan semata-mata mahu membeli setiap keluaran DVD koleksi drama dan album yang terbaru. Setiap majalah yang memuatkan poster-poster idola mereka ini pasti akan dibeli. Setiap perkembangan terbaru, dari sekecil-kecil cerita seperti Park Jung Min sudah potong kuku kaki atau belum dan seluar dalam baru yang dibeli oleh Won Bin sehinggalah ke sebesar-besar berita seperti kes penceraian atau bunuh diri artis-artis tersebut wajibul ghunnah diambil tahu.

Malah tidak kurang yang mengalirkan air mata bawang apabila mengetahui artis kegilaan mereka sudah berkahwin dengan pilihan hati. Tidak kurang yang turut berkabung sama berbulan lamanya apabila artis pojaan hari mereka membunuh diri. Yang lebih mengerikan apabila anda yang mengamuk dan mencaci-maki apabila selebriti kegilaan mereka ini diperlekehkan dan diumpat keji.

Ini gila. Ini sungguh gila. 

Entah berapa banyak belog yang didekasikan hanya untuk menghapdet perkembangan terbaru artis-artis Korea kegilaan mereka ini. Entah berapa banyak status-status MukaBuku dan kicauan-kicauan khas yang ditulis untuk mengabadikan chenta dan pujian mereka terhadap selebriti di hati. Dan entah berapa banyak gambar-gambar profil baik di MukaBuku, Pengicau dan lain-lain lagi yang meletakkan gambar pojaan jantung dan paru-paru mereka ini. Semuanya kerana chenta yang buta.

Kalau mereka tu balas chenta anda tidak mengapalah juga. Ini kenal pon tidak! Eh. (Habislah saya kena buru dan baling pinggan dan parang dengan kipas-susah-mati Korea nanti!)  

Dan kini, kita dihidangkan dengan Gangnam Style pula. Pengsan, berbuih mulut. 

Lantas teringat sepotong hadith ar-Rasul SAW yang diriwayatkan oleh Abu Khudri r.a., mafhumnya:

"Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?”

Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”"

[Hadith Riwayat Muslim]

Zraaaapppp. Eh ada seluar yang terkoyak ke..?

Walaupon hadith ini merujuk kepada kaum Nasrani dan Yahudi, namun pengajaran dan ibrah daripada hadith ini cukup jelas. Musuh-musuh Islam akan berbuat apa sahaja untuk menyerang pemikiran ummah ini sehingga akhirnya, mereka tunduk dan patuh setunduk-tunduknya dan sepatuh-patuhnya kepada segala arahan dan suruhan mereka ini. Di zaman moden ini, arahan dan suruhan musuh-musuh Islam tidaklah sejelas dan setrang-tang-tang gedebup di depan mata begitu. Bukan. Tapi lihatlah sekeliling anda dan anda akan faham maksud saya.

Cara berpakaian mereka mahu ditiru. Cara mereka berkahwin juga mahu disamakan. Cara mereka makan dan minum, makanan dan minuman apa yang mereka makan dan minum, mahu dicontohi. Cara belajar, cara membesarkan anak-anak, cara beriadhah dan menjaga kesihatan, semuanya berpandukan kajian dan hasil penulisan mereka. Hatta cara kencing dan buang air besar juga mahu mengikuti cara dan kaedah mereka ini! Pokoknya, serba-serbi dan segala-galanya yang dilakukan dan diamalkan oleh mereka ini kita kagumi dan mahu kita contohi!

Geleng kepala.

Kerana itulah agaknya ar-Rasul menyatakan, sampai ke lubang biawak sekalipon kita akan mengikuti mereka ini, kerana terlalu taksub dan kagumnya kita dengan cara hidup dan perwatakan mereka ini! 

"Eleh Inche gabbana. Anda pon sama juga! Cakap je kami ni taksub dengan K-Pop dan Korea. Anda tu, taksub dengan orang-orang Arab..?? Nak berjubah bagailah, ber'ana-enta' la.. Tu pon kira taksub buta jugalah kan..?? Ceh. Gebang je lebih hoi!"   

Bukan, saya tidak pon menyuruh anda berjubah dan berserban. Bukan, saya juga tidak pon menyarankan anda untuk ber'ana-enta' atau 'nahnu-antum'. Tidak juga mempromosikan gaya hidup orang Arab. Selama ini saya berjeans sahaja dan saya selesa dengannya. Ramai juga ikhwah yang ber'aku-kau' dengan saya dan ok dengannya. Dan saya masih mengamalkan gaya hidup dan banyak adat-istiadat orang Melayu selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak.

Ini bukan persoalan gaya hidup atau cara berpakaian semata. Ini bukan persoalan trend semasa dan ikutan terkini semata. Tapi ia persoalan izzah; kebanggan dan kemuliaan. Di manakah letaknya dan kedudukan Islam dalam persoalan ini..? 

Terkedip-kedip. 

Sudahlah ajaran Islam yang sebenar itu sudah jauh ditinggalkan. Sudahlah dakwah dan tarbiyah, elemen terbesar dalam Islam itu sudah lama dilupakan. Sudahlah akhlak dan keperibadian Muslim sebenar itu sudah dalam dibenam dan ditanam. Dan kini kita pula sudah langsung tidak bangga dengan cara hidup yang mulia ini? Kini kita tidak lagi mahu dikaitkan dengan agama bilionan manusia ini? Kini kita berasa jelik dan rimas setiap kali kita disuruh mengamalkan saki-baki ritual dan upacara yang ada pada agama ini..?

Allahu Allah. Geleng kepala. Air mata mengalir perlahan.

Tahukah anda suatu ketika dahulu, anak-anak muda di Eropah begitu cemburu dan tergila-gilakan fesyen berjubah dan berserban anak-anak muda Islam tampan lagi rupawan di negara-negara di bawah naungan khilafah Islamiyah? Tahukah anda pakaian graduasi berupa jubah dan topi empat segi itu berasal daripada upacara graduasi Universiti Islam di Andalusia..? Tahukah anda Ratu Elizabeth ketika zaman kegelapan di Eropah dahulu hanya mandi sekali sebulan, sedangkan ketika itu umat Islam di Baghdad sudah pun mempunyai bilik-bilik mandi yang mewah dan besar, minyak wangi yang terbaik dari ladang..? 

Islam itu cantik dan mencantikkan, indah dan mengindahkan. Kalau bukan kita yan mahu izzah dengannya, siapa lagi...? [Kredit]

Kini semua itu hanya tinggal sebagai titik-titik di dalam lipatan sejarah umat Islam. Semuanya gara-gara kesilapan dan kelemahan kita yang malu dan tidak mahu lagi mengamalkan cara hidup dan ajaran Islam yang sebenar. 

Sudah apa sahaja lagi yang tinggal pada kita..? Apa lagi yang boleh kita banggakan..? Masjid-masjid yang berkubah besar lagi indah, tapi kosong dan sunyi di dalamnya..? Hari-hari perayaan setahun sekali yang berwarna-warni tetapi sudah hilang ruhnya? Kitab-kitab tebal khazanah agung ummah ribuan tahun usianya tetapi tiada siapa yang mahu menelaah dan mengkajinya..? Di mana GangIslam Style yang pernah menjadi ikutan dan kegilaan umat manusia suatu ketika dahulu itu...??

Aaaaahhhh. Air mata tumpah lagi. 

Ini bukan soal gangnam sahaja. Ini bukan soal drama-drama Korea atau sinetron-sinetron Indonesia sahaja. Semuanya itu adalah simptom-simptom yang sudah membarah, yang sudah merebak hebat dek penyakit hati dan masalah umat yang tidak dirawat cepat. 

Taksubnya kita kepada drama-drama dan lagu-lagu Korea kerana hati kita kosong, lemau dan tidak punya jati diri yang sendiri, dek kurangnya diisi dengan tarbiyah yang rabbani. Kagumnya kita dengan budaya dan cara hidup Barat adalah bahana daripada jahiliyyah-jahiliyyah yang berkarat tebal dan melekat kuat di hati, dan kedegilan kita untuk meninggalkannya. Dan jatuh chentanya kita kepada Moon Geun-young adalah disebabkan dia dah terlalu amat comel terkedek-kedek nak buat macam mana heyyy...!! Err. 

Pandang kiri, pandang kanan. Tersipu-sipu. 

Sabda Nabi SAW:

"Sebahagian daripada kesempurnaan orang mukmin adalah dengan dia meninggalkan apa-apa yang tidak berfaedah bagi dirinya."

[Hadith hasan, diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi dan lain-lain]

Sudah, masih mahu terkinja-kinja, mengalir air liur dengan artis-artis Korea lagi..? Masih mahu bergaduh, mencaci-maki dek artis pojaan hati diconteng muka dan dilukis bulu hidung terkeluar? Masih mahu taksub, muka melekat di telebisen menonton filem-filem dan drama-drama Korea sehinggakan solat dilewat-lewatkan dan al-Quran ditinggal-tinggalkan..?

Jika masih mahu untuk semua itu, silakan GangJahanam Style sehingga ke lubang biawak!  

-gabbana-

Harapnya post ini juga menjawab desakan-desakan untuk saya menulis sesuatu tentang isu ketaksuban kepada drama-drama Korea. 

Maaf sekiranya bahasa-bahasa yang digunakan agak kasar dan mengguris mana-mana pihak. Saya kira dalam isu-isu sebegini, perlu untuk saya bertegas dan menyatakan pendirian saya dengan penuh bergaya sambil memakai kaca mata hitam. Eh.

Sudah, tunggu apa lagi tu..? Oppa, GangIslam Style! Hoyeah.

51 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 05/09/2012, 12:15  

saya insaf....

Cikgu Ma 05/09/2012, 12:17  

baru post pasal ni semalam...seriusly, i din't like this style...

kalo tengok video super kampung style dr krew fly fm lagi rosak dgn pompuan2 pakai baju kurung, terkinja-kinja menari

Anonymous 05/09/2012, 12:18  

http://www.allkpop.com/2012/07/behind-the-music-psy-oppa-is-gangnam-style

not to oppose what you wrote,
but to let you know more,
love your writings..

« mufida » 05/09/2012, 12:26  

haha..terbaek bro xD

Shaidan Aera 05/09/2012, 12:33  

subhanallah..ini posting terbaik!
mohon share.. [^^,]

dan 05/09/2012, 13:06  

saya setuju dengan tulisan ini. tetapi kurang setuju dengan apa yang anonymous sebut (ya saya setuju tentang lagu ini ada maksud terisratnya dsb di dalam link yang diberi) tetapi lagu itu tidak ditujukan untuk kita, lebih kepada mereka yang berada di korea/lebih spesifik di gangnam. Jadi buat apalah anak2 muda perlu tiru? Jika ada mesej untuk kita pun, terimalah mesej tersebut tanpa perlu meniru tarian/lagunya.

tapi yang lebih penting, untuk kita dapatkan mesej postif, bukankah ada berjuta lagi tempat untuk mendapatkannya?

Anonymous 05/09/2012, 13:09  

GangIslam style....Like :)

ayaoo..mujahadah

Syaheera My 05/09/2012, 13:14  

Assalamu'alaikum wrt..

Sy juga merasakan pengalaman yang sama seperti En. Gabbana. Pd mulanya tidak tahu menahu akan lagu ini. Kemudian atas desakan ingin tahu, terbuka juga youtube dan terlihatlah video klip yang amat memualkn dgn di dlmnya byk pergerakan2 n koreografi2 yang berunsurkan lucah dan porno.. dan lebih menyedihkan lagi apabila melihat 1 video yang diposkan oleh sebuah keluarga yng menyambut raya dan kemudian menari 'gangnam style' itu. Masa melihat, mulut punya menyumpah seranah. Tapi, memg bak kata En. Gabbana, memg kita secara tidak rela dan sengaja akan tend to repeat back the song. 'oppa, gangnam style'. memg betul apa yg digambarkan oleh En. Gabbana tentg bagaimana cepatnya lagu ni memvirus dalam kepala kita.

Saya sangat suka dengan artikel kali ini. Dan memg kena pada masanya.

Thanks En. Gabbana...=)

Haikal Blank 05/09/2012, 13:29  

nak kemana kita ni. dah sampai mana kita ni. zaman tidak dapat menjawab. yang pasti hari akhir sudah dekat. sudah pasti.

zaman diam terus membisu.

pemerhati yang berpendapat 05/09/2012, 13:32  

Assalamualaikum wrt wbt.

dari dulu masalah ni dah ada, zaman MTV to be specific. dari Amerika hingga ke Korea, mmg dah banyak lagu yang ditarikan dengan penuh lucahnya. memula geram juga kenapa baru sekarang orang nak keluar pendapat dan artikel. lupa ke pada artis Beyonce, Jennifer Lopez, Girls Generation, Pussycat Dolls? Lady Gaga & Madonna lagi la, toksah cerita. tapi takpe lah, atleast masyarakat dah ada kesedaran. sekarang tingkatkan lagi perang terhadap media perosak ni, tujukan kepada hiburan tempatan, contohnya filem2 atau drama yang menyelitkan scene2 xsenonoh kononnya nak men'depict' realiti. belajar untuk improvise, sebab walaupun kita beri bayangan sedikit tentang apa akan terjadi, pasti manusia sudah boleh membuat konklusi sendiri. tak perlu untuk tunjuk bulat2. seni x seni, batas kena jaga juga kan? perbanyakkan demand untuk hiburan bersih. bila demand banyak, produk terhasil pun akan jadi banyak. Wallahualam. jzkk atas artikelnya

Anonymous 05/09/2012, 13:57  

oppa gabbena style la weyh hahaha

Anonymous 05/09/2012, 14:11  

assalamualaikum...

thx for the post...

there's a lot of things that you can learn from Koreans, but K-pop is definitely NOT one of them...

GangIslam Style ^^

(from someone who lived there for almost 5 years)

Izyan Kaher 05/09/2012, 14:41  

Sembilan puluh juta klik tontonan is a scary statistics. Scared of the future of our ummah :\

#MLSA# 05/09/2012, 15:14  

Post ini sangat terbaik!

依之汉 05/09/2012, 16:28  

Rasanya yang baca ni bukan fan Gangnam Style. =(

Apapun, terbaik akh!

NH 05/09/2012, 16:55  

OSem post ni..,,
Pada mulanya, hanya terdengar lagu2 ni kat radio. Tp, byk sgt org dok sebut2 psy bidio tuk lagu nih. Maka, ter type perkataan gangnam + style tu.. Seruis,, hampeh.
Menyesal tak sudah..
Kpd sesiapa yg tak tgk lagi tu,, tak hosah lah melihat dn cuba untuk melihat. sia2 tgu loading vedio for nothing..

Anonymous 05/09/2012, 17:52  

style..even ur language is a bit comical style (gaya komik2 manga Jepun versi m'sia yg adik sy suka baca sgt tu) to read ..i know u wrote this from ur experience of finding all this stuffs (hiburan korea, jepun etc) that..initially we may be among those who follow the trend..of watching n listening to these stuffs..but later we realized that all these stuffs are rubbishes n gonna make us Muslims became the most ignorance people on this earth..

Anonymous 05/09/2012, 18:04  

bukan dah 100 juta ke?

0olaladida 05/09/2012, 18:26  

salam.mohon keizinan untuk share ye?

imantizz_truper 05/09/2012, 19:17  

best! saya suka penerangan dam post nie..hehehehe..lembut tapi 'keras' pengisiannya..

Hidup Gang Islam style!

nur athirah 主な光 05/09/2012, 20:07  

perkongsian yang sangat menarik. thumbs up :)

Abouti 05/09/2012, 20:40  

mantap!

Faiqah Umaira 05/09/2012, 20:47  

Oppa GangIslam style!
Saya pun benci bila org mula cakap pasal pop-pop ni. Walau apapun, terima kasih kerana 'menyentapkan' kami!

Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Anonymous 05/09/2012, 21:05  

Oppa,, GangIslam Style!
khamsahameeda inche Gabbana =)

arqiu 05/09/2012, 22:23  

style kot video tuh..

bintun subakir 05/09/2012, 22:51  

Salam,
Rasa deja vu pulak baca post ni. Disebabkan rasa ingin tahu yg membuak2 selepas melihat terlalu byk status muka buku yg mention pasal gangnam style ni, saya pun tonton video dia kt youtube.
Hasilnya? Penyesalan yg tak sudah dan lirik "oppa gangnam style" yang asyik berulang2 dalam fikiran.
Alhamdulillah terbaca post ni. Cam kena DC shock / electroconvulsive therapy / jumpstart otak balik.
Jom perjuangkan GangIslam Style!
P/s: mohon share

emm zed aii 05/09/2012, 23:45  

takbir! Allahuakbar! Alhamdulillah, akhirnya ada yang melantangkan suara! tahniah wahai pemilik blog! tahniah! tulisan ini boleh didebatkan kepada mangsa mangsa rasukan syaitan bermakeupkan manusia. tahniah.!

ayuhasanah 06/09/2012, 07:59  

jzkk for the post..cukup berisi!sy akui, bahasa a bit kasar..tp andai dibaca dgn berlapang dada, insyaAllah mesejnya akan sampai.. =)

Anonymous 06/09/2012, 11:20  

Translate article ni dalam bnyk2 bahasa dan sebarkan ke serata dunia!

Anonymous 06/09/2012, 20:39  

I really love this article. I used to be those kind of people and by that, I'm sad that I'm so weak which I can't even defend myself when people say "alah, kau dulu mcam tu jugak" hurm, sukarnya perubahan tpi demi mengejar kemanisan dalam Islam itu sendiri.. gangIslam style! ^^

Anonymous 06/09/2012, 22:20  

kalo owng dh degil x bleh nk kata apa la..dorg dh lma sgt dlm era meroskkn dlm diam nie ..aq pun x reti nk kata cmne dh..nk nsiht x pndai.. x nsiht..sndiri skit jiwe rage..grrr.~
org skrng cm dh x de rasa pd agama

Oh Mak Ganyam Style 06/09/2012, 22:35  

Ohhhh tidakkk. Anda telah berjaya menyebabkan saya menonton video klip tu di Youtube!!! Saya tak pernah tengok sebelum ni. Tapi tengok seminit terus tutup. Rofl. :D

mira 07/09/2012, 00:06  

terkejut tengok videoklip tu, tak pernah tau pun pasal gangnam ni, perasaan curious akhirnya membuatkan saya tengok, haha, memang pelik dan terkezut, btw nak share post ni sebab penting untuk remaja2 di luar sana

Unknown 07/09/2012, 00:25  

Alhamdulillah ade post ni...
Baru je nak tau ape lah gangnam style...
Sbb awal2 dulu dgr mcm jahanam style je..
Tu yang malas nak tau..
Tapi dah jadi sebutan ...
Jadi membuak nak tau...
Tapi2 ape2 pun akhi gabana...
Lepas baca entri lagi membuak2 nak tgk video...
sbb kalau x tgk tak fhm ape isunye...

Anyway....like ur kritik...
keep it up ok...
wassalam

Anonymous 07/09/2012, 03:01  

pakai celak kn sunnah?
saje nk post. tq.

Anonymous 07/09/2012, 09:22  

sebenarnya cara penerimaan je..tengok la..pandai ke tak pandai..kalau pandai ambik yg baik..kalau xpndai cam bbudak skang ni ambik la budaya tu jd ikutan..terkinja2,ckp bahasa x paham,x masuk dek akal..tp kdg ada je citer korea yg bg pngjrn..bkn smua buruk,korg kena paham tu dan kpop ni pun sy stuju tiba2 popular dan mmg budak2 trikut2 sangat dlm masa yg sama sy trpikir..emm yg perkara ni bukan baru sebab pengaruh hollywood pun cmtu jgk dr dulu smpai skarang..sama je..tp taklah org hentam giler2 cam kpop ni...hahaha

takdopnamo 07/09/2012, 19:21  

apapun takpayah nak tiru, kpop ke jpop ke indopop ke malaypop ke.. heh, kalau dah semua ituss melalaikan.. dan kita nama pon manusia, mudah lalai dan terikut2.. semua nak gangnam je kann~ dah macam 'bangang' sbb duk dgr situ sini gangnam ni.. haihh

semua itu sia2.. dunia akhir zamannn.. nauzubillah kita semua Islam terikut2 kafir ni... mintak dijauhkann

p/s: sy pon layan jugak citer korea-cina, kadang2 lebih logik dr sinetron dan cerekamara malaysia ni. heheh.. apapun ambil yg baik2 sahaja jd pengajaran, yg buruk tu buang jauh2 dan jdkan iktibar...

Unknown 07/09/2012, 21:21  

dzaman kekecohan gangnam style ni..xpernah taw pun ape dy..try le tgok ckit..apekah?n seriusly..ape y menarik tah..then, tertengok pulak super kg style..seriusly, sedih..tgok y pompuan berbaju kurung tu terjoget2 tah pape..lg sedih..~~

hmm..

btw, very g0od article..like2*thumbs up..:)

Anonymous 07/09/2012, 23:11  

Gangbang style

Anonymous 08/09/2012, 21:15  

Aku meluat adik aku duk nyanyi gangnam style..last2 kena penyepak aku.. heran aku org duk minat,kwn2 sebaya aku pun minat ...adoi rosak

penang mai! 09/09/2012, 00:38  

Gang Islam style? pe kejadahnye la org dok reka nama tu. Islam is Islam..jgn dok tokok tambah gang or style bleh x? kata dok x suka gangnam style...tp dok reka nama yg bkan2 jgak...pe kejadahnye!

lg 1 nk habaq mai...biaq pi la org korea dok buat lagu or menari lagu mana pon...depa bukan Islam. Yg org kita bodoh dok ikut buat pa?! benda ni atas masing2...x salah kalo nak kan hiburan..asal kan x jadi najis! penah tgk UAI main gitar kat utube? awat hangpa x komen? so..basic is...hiburan x salah..asalkan jgan sampai jadi najis. ak pun x suka jgak crita2 korea...mnyampah jgak dgn lagu2 korea mat2 jambu. tp..kita tgk org sekeliling kita...yg dok suka gedik2 tgk filem & lagu korea suma..yg dok pkai tudung...tudung labuh pun ada haiihh...hg x nak komen pasai tu plak. yg org kita dok tunjuk pungkoq kat dataran merdeka...hg x nk komen plak. awat...halai ka? so...jangan la kita dok mudah melatah. biaq pi la kat depa nk menari lagu mana pun..sbb depa bkan Islam...x kan hg nak suruh depa nyayi lagu nasyid plak. kang jadi msalah lain plak..kata depa x hormat nasyd la...pa la.. pening2 dgn puak2 masyarakat kita. x pernah terpikiaq ka kalo org luaq tau or musuh Islam tau kita berpecah belah sbb entertaiment or politik...depa lebih suka and gelak mengekek kat kita? just food for thoughts

Anonymous 09/09/2012, 04:06  

Assalamualaikum,
this is a great post, very insightful indeed.

I have heard one too many times saying that the 'dance' is vulgar- atau berunsur seks.

To be perfectly honest, the first or second time saya tengok video tu..

TIDAK terlintas langsung bahawa tarian itu lucah.

I watched the video, had a REALLY good laugh at how SILLY the dance was and that's about it.

NOT UNTIL these kinds of posts came out saying and telling us that the dance is sexual- THEN it altered my perspective towards the song and the dance. But still, I'm trying to figure out, what makes it lucah? what is it exactly that makes it vulgar? I'm sorry I'm not exposed to these things. Also I heard some related it to a certain sex position? -__-

I RESPECT the song for the message it brings as it is a social SATIRE and the dance does NOT bring any meaning to me. My friends and I get the laughs from just saying OPPA GANGNAM STYLE together. we did not try to re-enact the dance.

MAYBE, JUST MAYBE, we should NOT think tooooo deeply of this dance issue and just get on with our lives?
insyaALLAH hidup akan lebih bahagia dan aman.

Just my 2 cents :)

Salam.

Anonymous 10/09/2012, 07:37  

Hg la yg sibuk melatah

pontianak k-pop 12/09/2012, 01:40  

inilah realiti hidup yg sgt mengerikan

Anonymous 13/09/2012, 19:51  

a lil something (:
http://www.tvazhar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=118%3Abenarkah-gangnam-style-sekadar-suka-suka&catid=57%3Arencana&Itemid=56

Ummi Rai 15/09/2012, 11:23  

pegang pipi.panasss.

Anonymous 15/09/2012, 16:04  

whoaa....baru jer nak bukak utube n tonton video ni yg mnjd buah mulut kat skolah...alhamdulillah trbaca artikel ni,..mmbuatkn sy think thrice!all praise to allah~
alamak, perlu warning kengkwn yg tringin sgt nk tgk(rekemen punye psl la ni..) tu supaya x tgk!

nurse pamela hospital bahagia 16/09/2012, 15:46  

dari dulu pun budaya pop cara paling mudah pengaruh mental manusia terutama budak2

zmn utube ni lagi senang budaya mcm ni tersebar

anyway carian paling kerap dan tinggi kat tenet pun bahan lucah so memang lumrah manusia suka hiburan dan kesedapan dunia

so tepuk dada tanya iman

Anonymous 24/09/2012, 02:33  

Nice post bro..jazakalLahu khair for the insight..some of the opposing comments might be logical but for those who comments, i would like suggest to use better words with soft language since we are talking about our good religion Islam as our way of Life.
There are reasons for this trend to suddenly appeared. Allah might be reminding us of yaumul akhirah and how we have been using our precious time all this while.
For us who might be feeling that this post is like "terkena batang hidung"..try to take it in a positive way..say astaghfirulLah if you think you have part of it in your lifestyle and try to help overcome the effects or try to muhasabah if you still don't want to accept the good points this person is trying to show as a bit of reminder to us Muslims or Mu'min..insyaALLAH..

Anyway, just take it or leave it. Please try to not be offended and make it personal..i don't think this post is meant for blaming or only finding faults in others, its just a simple reminder perhaps..Allahu'alam;)

P/s: Please compare yourself with better person and think of a way to reach to that level of goodness for yourself..try to avoid the thoughts of comparing with the worse or more negative person just to make yourself feels that you are good or better enougg..But you must always be grateful with what you have..you can always pray and ask Allah for more barokah and goodness in ur life;)

May we always be granted with hidayah by ALLAH to help increase our IMAN everyday and live under His blessings and ridho always..amiin^_^

Anonymous 17/10/2012, 19:43  

makin kite isu kan... makin meriah lah weh.... xyah nk tulis pnjang sgt lah.... baik tulis cmne nk kuatkan basic agama kite... x mnat korea pon, solat pon x cukup gak....tpi oklah ape y ko tulis ni...bnda baik an...

Anonymous 26/03/2013, 18:19  

mujur you x kutuk one direction kannnn

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP