Pelacur Pon Ahli Sorga Bukan?
[Kredit] |
[Mungkin bukan bacaan ringan untuk anda yang perutnya sudah penuh dengan lemang dan rendang, dan fikirannya sudah lembam dek kuih semperit dan air sarsi yang tidak berpenghujung. Tapi bacalah, walaupon ia panjang, kerana Insha-Allah akan memberi manfaat kepada anda yang mencari-cari jawapan yang hilang.]
“Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah perigi pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang diperbuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.”
[Hadith Riwayat Muslim]
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir-hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu diikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu.”
[Hadith Riawayat Bukhari]
Umum mengetahui hadith di atas. Bagaimana kisah seorang pelacur yang diampunkan dosa-dosanya, i.e. masuk sorga hanya dengan memberi minum kepada seekor anjing.
Umum juga yang salah faham dengan maksud atau ibrah daripada hadith ini. Err... Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh ar-Rasul SAW melalui hadith ini..?
Bincangkan.
- Kita kena bela anjheng atau kucheng supaya memudahkan kita untuk masuk sorga
- Tak salah kita jadi pelacur
- Tak salah kita jadi pelacur, asalkan sayang pada binatang
- Kita kena pakai kasut sebab siapa tahu, mungkin suatu hari nanti peluang yang sama akan datang kepada kita
- Jadi apa-apa atau buat apa-apa pon tidak mengapa, kerana akhirnya sorga neraka itu milik Allah
Err. Aaaaahhhhhhh..... *Bunyi orang terjun gaung*
Ehem. Betulkan kolar.
Adakah anda mempunyai pola pemikiran atau gelombang otak yang sama seperti pengajaran-pengajaran di atas ini..? Sekiranya ada, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mendaftar masuk ke KAFA semula.
Amat merbahaya dan gila peringkat langit tujuh petala pemikiran yang simplistik sebegitu. Apatah lagi sekiranya hadith tersebut dijadikan hujah atau sandaran untuk berbuat maksiat dan melakukan onar di muka bumi.
"Chill la bro, isap dadah je pon. Bukan beromen pon. Ekele, pelacur pon masuk sorga lu tau..??"
"Ala yang engkau sibok-sibok ni kenapa..?? Suka ati aku la nak bawak lelaki balik rumah ke, jantan ke, pondan ke.. Kubur nanti masing-masing la gegurl oi! Bukan aku bunuh orang ponnn! Kau tau tak, ada hadis Nabi sebut pelacur bagi anjing minum pon dapat masuk syurgaaa..?? PELACUR!"
"Ish anda ni, toksah la susah-susah hati sangat. Kita bunuh sorang dua je pon. Orang hari-hari mati eksiden. Tak kecoh pon. Alah, orang tak perasan pon dia tu dah mati. Soal akhirat, Mahsyar belakang kira. Allah tu kan Maha Pengampun? Pelacur pon Allah ampunkan dosa-dosanya. Toksah risau la anda.."
Garu kepala sambil berpeluh besar.
Ok mungkin anda budak sekolah agama, bertudung labuh menyapu lantai, berserban besar satu kepala jadi tidak mungkinlah anda berfikiran sebegitu rupa. Tapi bagaimana dengan mentaliti sebegini pula?
"Alah tak perlulah nak berdakwah bagai tu. Baik sengsorang sudahlah. Allah tahu kottt hati memasing en..? Kalau pelacur pon Allah beri masuk sorga, takkanlah orang baik macam kita ni Allah nak campak ke dalam neraka..?"
"Hekeleh. Sikit-sikit usrah. Sikit-sikit dakwah. Sikit-sikit tarbiyah. Nak muntah aku dengar semua tu! Kalau tak buat semua tu, Allah tetap bagi masuk sorga! Yang penting ikhlas beb, ikhlas! Pelacur pon Allah ampunkan dosa. Sebab apa? Sebab ikhlas..!"
"Hang jangan dok hengat hang tu ikut usrah, hang dah cukup tarbiyah. Hang jangan dok hengat, hang buat dakwah, hang dah boleh masuk jannah! Kalau hang buat semua tu tak ikhlas, baik hang jadi pelacuq jah! Pelacuq yang ikhlas beribadah pon Allah bagi masuk syurga hang tau daakkk..??"
Allahu Allah.
Beginilah anda semua. Ibrah besar yang kita boleh sedut dan garap daripada hadith seorang pelacur ini adalah betapa besarnya kasih-sayang dan keampunan Allah itu, sehinggakan amalan seorang pelacur diterima-Nya, lantas diampunkan pula dosa-dosa si pelacur itu. Maknanya, dengan kasih-sayang dan rahmat Allah, sesiapa sahaja boleh masuk sorga. Dan dengan penghujahan yang sama, sesiapa sahaja bisa dicampakkan ke dalam neraka. Ia adalah suatu misteri dan rahsia alam yang hanya sahaja Dia yang memegang kunci jawapannya. Ia memberi manusia seluruhnya motivasi besar dan harapan agung untuk tidak sesekali berputus-asa dengan rahmat dan kasih-sayang yang Esa.
Hal ini amat bertepatan dengan hadith empat dalam Arbai'n an-Nawawiyah yang berbunyi:
Gulp.
Arakian tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa Pakcik Dol Said atau Puan Maimunah Selamat itu sudah konfem menjadi ahli sorga, walaupon tidak pernah tinggal solat apatah lagi puasa sunat Isnin Khamis. Tiada siapa juga yang boleh mengatakan dengan yakin bahawa Chong Ah Long atau John Smith itu bakal diseksa dalam neraka, walaupon mereka makan babi dan berjudi. Kerana akhirnya, rahmat dan kasih-sayang Allahlah yang menyelamatkan kita daripada azab seksa api neraka.
Anda pernah dengar kisah seorang ahli ibadah yang beribadah dengan khusyu' lagi tawadhu' selama seribu tahun lamanya? (Ada riwayat yang menyebut lima ratus tahun) Dan ketika dibicarakan di mahkamah Allah, dia minta dimasukkan ke dalam sorga atas amal ibadahnya, dan bukan atas rahmat dan maghfirah Allah. Maka apabila ditimbang amalannya selama seribu tahun itu dengan nikmat sebiji mata, ternyata nikmat penglihatan itu jauh lebih beratnya daripada amal kebaikannya yang seribu tahun. Apabila dia mahu diheret ke neraka, dia meminta ampun kepada Allah dan merayu agar dimasukkan ke dalam sorga dengan tiket rahmat dan keampunan-Nya. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam sorga.
Nah, satu lagi bukti bahawasanya sorga atau nerakanya destinasi kita nanti, semuanya bergantung kepada rahmat dan keampunan daripada Allah. Siapa sangka, si pelacur itu pon boleh masuk ke dalam sorga bukan..?
Benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.
Tetapi ijinkan saya membuka minda dan meluaskan perspektif anda semua. Saya ingin mengajak anda untuk berfikir betapa kehidupan kita di dunia itu tidak murah harganya. Saya ingin memprovokasi kepala otak anda itu, agar lebih seriyes dalam merancang masa hadapan kita semua untuk kehidupan di akhirat sana.
Pertamanya, mungkin ada di kalangan anda yang sudah mula menggaru hidung dan bertanya:
"La dah tu apa gunanya kita beribadah, jadi orang baik semua tu Inche gabbana..? Kalau pelacur pon Allah kasih dan sayang, takkanlah Allah taknak beri keampunan-Nya kepada kita ni...??"
Pandang atas, pandang bawah. Tangan ke dada. Sigh.
Begini. Kita tidak mungkin tahu apakah nasib kita dan ke manakah pengakhiran kita sehinggalah kita habis dibicarakan di Mahsyar nanti. Gulp. Lap peluh. Sehingga itu, kita hanya boleh berharap dan berusaha memburu sorga dan redha-Nya. Seperti di dalam post 'Jejaka Misteri Di hujung Kota', sememangnya kita dituntut untuk berlari-lari dalam guni untuk mencari keampunan-Nya dan bersaing untuk melakukan amal kebajikan. Kita dituntut untuk berusaha, mengejar sorga yang hakiki dan abadi itu.
Buktinya? Ar-Rasul SAW menyuruh kita untuk berdoa agar dimasukkan ke dalam jannatul firdaus. Bukan calang-calang sorga tapi sorga di peringkat yang tertinggi sekali! Nah, bukankah doa itu juga suatu bentuk usaha..? Siapa kita untuk meminta sorga yang paling tinggi tingkatannya..?? Tetapi itulah! Itulah saranan daripada Nabi dan kekasih kita sendiri!
Sedangkan Maryam a.s. yang sedang sarat mengandungkan Isa a.s. itu pon disuruh Allah untuk menggoyangkan pokok kurma dengan kakinya agar dapatlah dia menjamah sebiji dua buah kurma pembekal tenaga.. Inikan kita yang nak masuk sorga ini!
Islam itu bukan agama 'Wingardium Leviosa!' Err. Islam itu bukan agama ajaib. Ia tidak tertegak dengan jampi serapah atau mantera sakti. Sirah telah membuktikan betapa ar-Rasul dan para sahabat kesemuanya terpaksa bermandikan keringat dan darah demi menegakkan Islam di atas asas-asas yang kukuh dan utuh. Sudah, apa yang menyebabkan kita terfikir yang sorga yang dijanjikan untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa itu, didirikan di atas angan-angan dan mimpi-mimpi yang kosong..?
Lantas hal ini membawa kepada perkara yang kedua; sorga itu tidak murah harganya. Kisah pelacur dimasukkan ke dalam sorga itu adalah kes yang terpencil. Buktinya..? Tiada kisah-kisah lain yang serupa atau mana-mana ayat di dalam al-Quran yang menceritakan perihal yang sama. Tambahan pula, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira ketika menyoroti kisah pelacur dan anjing ini:
TETAPI, kita ada baaaannnyaaaaakkkk panduan untuk masuk sorga, yang pastinya bukan kes-kes yang terpencil seperti kisah pelacur itu. Saya beri anda satu contoh. Cuba anda baca dan hayati sirah hidup sepuluh sahabat yang dijanjikan masuk sorga dan anda akan ketemu intan permata dan berlian mutiara, khazanah rahsia apakah caranya untuk masuk sorga. Anda akan berjumpa dengan pelbagai kaedah dan cara yang sebenarnya amat praktikal untuk kita amalkan - Abdul Rahman 'Auf seorang hartawan yang pemurah lagi beriman, Abu Bakr as-Siddiq yang sentiasa membenarkan kata-kata Nabi SAW, 'Ali bin Abi Talib yang sanggup berkorban jiwa semata-mata untuk mempertahankan agamanya dan pelbagai lagi kisah menyentuh jiwa. Semua ini memberikan kita jawapan bocor bagaimana mahu diterima masuk menjadi ahli sorga. Pilihlah mana-mana cara atau kaedah sekali pon, lakukan ia dengan bersungguh dan penuh ikhlas, Insha-Allah anda sudah menempah tiket kelas pertama ke sorga.

"...Demi Zat yang tiada sembahan yang layak disembah melainkanNya, sesungguhnya ada orang yang mengamalkan amalan penghuni sorga, hingga jarak antara dia dengan sorga tinggal sehasta, namun ketetapan takdir mendahuluinya, kemudian dia mengamalkan amalan penduduk neraka, kemudian dia masuk neraka. Ada pula orang yang mengamalkan amalan penduduk neraka, sehingga jarak antara dia dan neraka tinggal sehasta, namun ketetapan takdir mendahuluinya, kemudian dia mengamalkan amalan penduduk sorga, kemudian dia masuk sorga."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Gulp.
Arakian tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa Pakcik Dol Said atau Puan Maimunah Selamat itu sudah konfem menjadi ahli sorga, walaupon tidak pernah tinggal solat apatah lagi puasa sunat Isnin Khamis. Tiada siapa juga yang boleh mengatakan dengan yakin bahawa Chong Ah Long atau John Smith itu bakal diseksa dalam neraka, walaupon mereka makan babi dan berjudi. Kerana akhirnya, rahmat dan kasih-sayang Allahlah yang menyelamatkan kita daripada azab seksa api neraka.
Anda pernah dengar kisah seorang ahli ibadah yang beribadah dengan khusyu' lagi tawadhu' selama seribu tahun lamanya? (Ada riwayat yang menyebut lima ratus tahun) Dan ketika dibicarakan di mahkamah Allah, dia minta dimasukkan ke dalam sorga atas amal ibadahnya, dan bukan atas rahmat dan maghfirah Allah. Maka apabila ditimbang amalannya selama seribu tahun itu dengan nikmat sebiji mata, ternyata nikmat penglihatan itu jauh lebih beratnya daripada amal kebaikannya yang seribu tahun. Apabila dia mahu diheret ke neraka, dia meminta ampun kepada Allah dan merayu agar dimasukkan ke dalam sorga dengan tiket rahmat dan keampunan-Nya. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam sorga.
Nah, satu lagi bukti bahawasanya sorga atau nerakanya destinasi kita nanti, semuanya bergantung kepada rahmat dan keampunan daripada Allah. Siapa sangka, si pelacur itu pon boleh masuk ke dalam sorga bukan..?
Benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.
Tetapi ijinkan saya membuka minda dan meluaskan perspektif anda semua. Saya ingin mengajak anda untuk berfikir betapa kehidupan kita di dunia itu tidak murah harganya. Saya ingin memprovokasi kepala otak anda itu, agar lebih seriyes dalam merancang masa hadapan kita semua untuk kehidupan di akhirat sana.
Pertamanya, mungkin ada di kalangan anda yang sudah mula menggaru hidung dan bertanya:
"La dah tu apa gunanya kita beribadah, jadi orang baik semua tu Inche gabbana..? Kalau pelacur pon Allah kasih dan sayang, takkanlah Allah taknak beri keampunan-Nya kepada kita ni...??"
Pandang atas, pandang bawah. Tangan ke dada. Sigh.
Begini. Kita tidak mungkin tahu apakah nasib kita dan ke manakah pengakhiran kita sehinggalah kita habis dibicarakan di Mahsyar nanti. Gulp. Lap peluh. Sehingga itu, kita hanya boleh berharap dan berusaha memburu sorga dan redha-Nya. Seperti di dalam post 'Jejaka Misteri Di hujung Kota', sememangnya kita dituntut untuk berlari-lari dalam guni untuk mencari keampunan-Nya dan bersaing untuk melakukan amal kebajikan. Kita dituntut untuk berusaha, mengejar sorga yang hakiki dan abadi itu.
Buktinya? Ar-Rasul SAW menyuruh kita untuk berdoa agar dimasukkan ke dalam jannatul firdaus. Bukan calang-calang sorga tapi sorga di peringkat yang tertinggi sekali! Nah, bukankah doa itu juga suatu bentuk usaha..? Siapa kita untuk meminta sorga yang paling tinggi tingkatannya..?? Tetapi itulah! Itulah saranan daripada Nabi dan kekasih kita sendiri!
Sedangkan Maryam a.s. yang sedang sarat mengandungkan Isa a.s. itu pon disuruh Allah untuk menggoyangkan pokok kurma dengan kakinya agar dapatlah dia menjamah sebiji dua buah kurma pembekal tenaga.. Inikan kita yang nak masuk sorga ini!
Islam itu bukan agama 'Wingardium Leviosa!' Err. Islam itu bukan agama ajaib. Ia tidak tertegak dengan jampi serapah atau mantera sakti. Sirah telah membuktikan betapa ar-Rasul dan para sahabat kesemuanya terpaksa bermandikan keringat dan darah demi menegakkan Islam di atas asas-asas yang kukuh dan utuh. Sudah, apa yang menyebabkan kita terfikir yang sorga yang dijanjikan untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa itu, didirikan di atas angan-angan dan mimpi-mimpi yang kosong..?
Kita disuruh berdoa, dan kita disuruh berusaha bukan..? [Kredit] |
Lantas hal ini membawa kepada perkara yang kedua; sorga itu tidak murah harganya. Kisah pelacur dimasukkan ke dalam sorga itu adalah kes yang terpencil. Buktinya..? Tiada kisah-kisah lain yang serupa atau mana-mana ayat di dalam al-Quran yang menceritakan perihal yang sama. Tambahan pula, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira ketika menyoroti kisah pelacur dan anjing ini:
- Kisah ini berlaku sebelum zaman Nabi SAW lagi. Makanya, syariat ketika itu mungkin sahaja berbeza dengan syariat di zaman baginda.
- Kita tidak tahu mengapa wanita itu melacurkan dirinya. Mungkin ada sebab-musabab yang boleh diterima akal dan jiwa sehingga dia terpaksa menjual dirinya, misalnya terdesak untuk mendapatkan sesuap rezeki. Tetapi kita tidak tahu.
- Kita tidak mungkin tahu apakah sebab sebenar Allah mengampunkan dosa-dosa pelacur itu. Hanya Allah dan ilmu-Nya yang di luar jangkauan kita itu sahajalah yang punya jawapannya.
TETAPI, kita ada baaaannnyaaaaakkkk panduan untuk masuk sorga, yang pastinya bukan kes-kes yang terpencil seperti kisah pelacur itu. Saya beri anda satu contoh. Cuba anda baca dan hayati sirah hidup sepuluh sahabat yang dijanjikan masuk sorga dan anda akan ketemu intan permata dan berlian mutiara, khazanah rahsia apakah caranya untuk masuk sorga. Anda akan berjumpa dengan pelbagai kaedah dan cara yang sebenarnya amat praktikal untuk kita amalkan - Abdul Rahman 'Auf seorang hartawan yang pemurah lagi beriman, Abu Bakr as-Siddiq yang sentiasa membenarkan kata-kata Nabi SAW, 'Ali bin Abi Talib yang sanggup berkorban jiwa semata-mata untuk mempertahankan agamanya dan pelbagai lagi kisah menyentuh jiwa. Semua ini memberikan kita jawapan bocor bagaimana mahu diterima masuk menjadi ahli sorga. Pilihlah mana-mana cara atau kaedah sekali pon, lakukan ia dengan bersungguh dan penuh ikhlas, Insha-Allah anda sudah menempah tiket kelas pertama ke sorga.
Begitu juga dengan kisah-kisah sahabat besar lain, yang walaupon mereka ini tidak termasuk dalam sepuluh orang yang dijanjikan masuk sorga tadi, melalui sirah yang kita baca, kita dapatlah mengetahui yang mereka ini dijanjikan Allah dengan sorga. Nama-nama seperti Sumayyah, Bilal ibn Rabah, Mus'ab bin 'Umair, Abdullah bin Jashy dan Saad bin Muadz adalah manifestasi manusia berjiwa hamba, yang berkorban jiwa, raga dan harta mereka demi Islam yang terchenta. Bacalah kisah-kisah mereka ini, dan akan akan berjumpa dengan benda yang sama; betapa mereka ini mengejar, memburu dan amat rindukan sorga yang abadi itu.
Yang pastinya, anda TIDAK akan berjumpa mereka ini bergoyang kaki tidak buat apa-apa dan dijanjikan Allah dengan sorga. Yang pasti anda TIDAK akan terbaca di mana-mana nama-nama hebat ini hanya beribadah di masjid semata-mata dan mereka dijanjikan dengan taman-taman sorga. Dan yang pasti anda TIDAK mungkin akan terjumpa sahabat-sahabat besar ini hanya berzikir dan bermain-main dengan ibadah mereka dan tup tuup, turun wahyu daripada Allah yang menyatakan mereka ini sudah ditulis nama mereka di pintu-pintu sorga.
Geleng kepala.
Nah, saya ingin bertanya anda. Sekarang anda punya dua pilihan atau tips untuk dinaikkan pangkat atau diberikan bonus yang gemok dan sihat itu. Tips pertama adalah bekerja dengan gigih lagi rajin, datang awal ke opis, siapkan semua kerja yang diberikan oleh Tuan Bos atau Puan Penyelia dan Insha-Allah, sepatutnya memang tiada halangan untuk anda dinaikkan pangkat. Tips kedua adalah duduk di opis tidak buat apa-apa, main game dan tengok TiubAnda, masuk opis lambat, keluar minum pagi jam sepuluh, pulang awal, curi barang di opis dan op op, siapa tahu, anda mungkin bernasib baik untuk menerima bonus pada tahun itu! Ya, mungkin tidak dinaikkan pangkat atau diberi gelaran 'Pekerja Terbaik Abad Ini', tapi hey, bonus itu sudah cukup bagus bukan..?? Mungkin.

Bagaimana..? Yang mana satu yang akan anda pilih..?
Benar, akhirnya, ia tetap terletak di bawah kuasa dan keputusan Allah yang Maha Mengetahui, sama ada seorang hambaNya itu layak atau tidak untuk menghuni sorga. Maknanya, walaupon kita telah melakukan sebijik sebijon macam apa yang telah dilakukan oleh para sahabat seperti di atas, dan Allah masih mahu menghumban kita ke dalam neraka, itu adalah hak Allah yang hakiki. Tiada kompromi.
Tapi.. Jangan lupa yang Alllah itu bersifat dengan sifat-Nya yang maha Adil. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah itu Maha merindui hamba-hambaNya yang bekerja keras untuk bertemu dengan-Nya. Allah ternanti-nanti untuk bertemu dengan para kekasih-Nya yang dahulu di dunia telah bermati-matian berjuang untuk menegakkan agama-Nya. Telah Allah nyatakan di dalam al-Quran secara jelas apakah ciri-ciri ahli-ahli sorga yang abadi itu dan Allah tidak mungkin akan memungkiri janji-Nya. Fulsetop.
Kerana itu kita sebagai seorang hamba diseru untuk bertaqwa. Taqwa itu letaknya antara takut dan harap. Kita tidak boleh terlalu takut sehingga menyebabkan kita langsung lemah tidak bermaya untuk berbuat apa-apa, dan kita juga dilarang terlalu mengharap untuk dimasukkan ke dalam sorga sehingga kita menjadi yakin pantas menjadi ahli sorga.

Sudahlah. Sudahlah berangan-angan kosong yang untuk bermandikan susu dan arak, dijamu dengan buah-buahan dan makanan enak di taman-taman sorga sekiranya diri kita ini tidak pernah endah dengan masalah ummah. Sudahlah bermimpi di siang hari yang kita akan duduk di atas pelamin bertakhtakan berlian dan intan, ditemani oleh para bidadari yang montok lagi menawan, seandainya yang kita tahu dan peduli hanyalah diri kita sendiri. Dan sudahlah, sudahlah memasang cita-cita setinggi langit untuk berjirankan Muhammad SAW dan Abu Bakr as-Siddiq di sorga nanti, sekiranya kita dan jahiliyyah itu ibarat isi dengan kuku, bagai roti burger dengan daging cap Ramlee! Eh.
Air mata mengalir banjir.
"We do too little dakwah, too little tarbiyah, and too much jahiliyyah. Yet we expect to enter jannah..? Pffftt."
Ya, tiada salahnya kita mengharapkan untuk masuk ke dalam sorga dengan hati yang tenang, dalam keadaan redha dan diredhai-Nya. Malah itulah yang disuruh dan disarankan.
Tetapi.. Kita tidak EXPECT untuk masuk ke dalam sorga bukan..?
Selamat hari raya keempat. Apa khabar dengan iman kita..? Semakin berisi dengan taqwa, atau sudah gemok dengan dosa..? Wuwuwu.

-gabbana-

5 Caci Maki Puji Muji:
Selamat hari raya keempat. Apa khabar dengan iman kita..? Semakin berisi dengan taqwa, atau sudah gemok dengan dosa..? Wuwuwu.
sentap! but,thanks atas peringatan..=)
masyaAllah, kupasan yg sentap. jzzk for reminder
Berusaha jugak menghabiskan tulisan yg pjg berjela2 ini. Tp, en gabbana, mudah sgt analogi di opis itu. Zaman sekarang x memerlukan anda berusaha keras di opis, tp jika pandai ckp, pandai guna ksempatan, bule dpt bonus tinggi ujung tahun.yg ptg berstrategi... Nk msk syurga pun kena pandai strategi, n of coz x semudah mcm opis kn,sebab camera Allah itu berjuta dimensi... Cuba cilok mana pun takkan kita terlepas drNya...
Nways, keep on improving en gabbana. Agar bila sy abis baca entri pjg berjela2 ni, dpt sy tersenyum seblh smbl mengganguk2 n mengatakan "ini, definitely worth to be read.."
semakin berisi dengan taqwa atau semakin gemok dengan dosa? fuhh. Allah!
tiap kali baca kisah pelacur dan anjing mesti rasa sebak mcm wan maimunah dlm iklan raya ptptn
selagi ada sifat kasih syg nescaya tuhan sentiasa merahmati
alangkah indah jika kasih syg itu berbentuk vitamin c perisa oren yg boleh diambil bila2 masa
Post a Comment