17 August 2012

Tajuk Buku Berpotensi Untuk Ditulis Inche gabbana

[Kredit]

Saya nak tulis buku. Saya kepingin bangat nak menulis buku. Tetapi sampai sekarang belum lagi dikurniakan kekuatan dan kemampuan untuk berbuat demikian.

Alasan.

Sumpah cemburu dengan Hilal Asyraf, Hlovate dan Iqbal Syarie yang sudah pon menghasilkan entah berapa banyak naskhah buku. Entah di mana mereka mendapat sumber kekuatan, masa dan ruang untuk menulis. Mereka memang hebat!

Jujurnya suatu ketika dahulu, memang tidak pernah terbayang untuk menulis buku. Bagi saya hanya orang yang benar-benar hebat, berkemampuan dan superman sahaja yang bisa menghasilkan buku. Tetapi kini saya kira ia bukan lagi hak milik ekslusif golongan elit tertentu. Sesiapa sahaja boleh menulis dan menghasilkan buku, asalkan ada tiga perkara ini:

1) Kemahuan dan kemampuan
2) Idea bernas
3) Penerbit yang sudi menerbitkan buku anda

Mudah bukan..? Err. Kalau mudah pastilah sekarang ini buku ketiga tulisan tangan Inche gabbana sudah ada di pasaran! Wahai.

Tapi saya tidak pernah memadamkan hasrat untuk menulis. Insha-Allah kalau tiada aral yang menegak atau melintang, jika diizinkan-Nya, suatu hari nanti saya akan menulis juga. Espeseli kalau dah ada iPapan yang dilengkapi dengan fungsi papan kekunci. Ehem. 

Kerana saya merasakan menulis buku bakal memberikan suatu kepuasan yang tidak mungkin dapat ditandingi dengan hanya menulis belog. Hasil tulisan buku lebih abadi dan berkekalan sifatnya. Anda juga mudah untuk merujuk dan menyelongkar semula karya-karya lama yang telah dihasilkan. Kepuasan memegang kulit buku dengan ilustrasi yang osem, serta bau helaian kertas yang sungguh menyegarkan.. Aaaahh itu tidak mungkin ditukar-ganti kenikmatannya.

Ok over sedikit di situ.

Apa-apa jalan, saya nak kongsikan beberapa tajuk buku yang berpotensi untuk saya tulis. Tak dapat tulis buku, dapat tulis tajuk pon jadilah..! Wahahaha.. Disertakan juga sinopsis ringkas dan jangkaan saya sama ada boleh jadi Bestseller atau tidak. Ahah!

Baiklah, sedikit paluan kompang terlebih dahulu..

*pak kepak kepuk kepuk kepak kepak kepuk kepuk*

Peluh besar.

Baiklah. Saya persembahkan... 

Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki

Sinopsis: Perjalanan hidup, masam masin dan manis pahit menjadi seorang akh di atas jalan dakwah dan tarbiyah. Salah faham masyarakat tentang menjadi ikhwah di jalan dakwah dan tarbiyah. Juga diharapkan bakal membuka mata anda yang membacanya agar terbeliak sedikit, erti kata sebenar menjadi seorang akh di atas jalan yang sumpah panjang ini.

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: 78%, bergantung kepada angin monsun yang bertiup dari arah Barat Daya.


Super Saiya Juga Makan Kacang Ajaib

Sinopsis: Sehebat-hebat seorang dai'e itu, pasti ada masanya dia akan futur dan gugur. Dan ketika itu, apakah yang boleh dan bagaimanakah dia dapat menaikkan semula semangatnya yang sudah merudum itu.

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: Boleh tahan tinggi kalau yang membacanya suatu ketika dahulu adalah kaki komik. Ahah!


Apa Erti Aku Berbulatan Gembira

Sinopsis: Menceritakan pengalaman peribadi penulis bagaimana boleh terjerat dan terperangkap di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Di samping itu, akan diceritakan juga sejarah di sebalik bulatan gembira beserta tips-tips dan rahsia menjadikan bulatan gembira lebih segar dan mengujakan. 

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: 53%. Tajuk agak cliche.


Ya, Jalan Ini Sumpah Panjang Dan Berduri. Tetapi Inilah Jalannya!

Sinopsis: Hakikat dan realiti jalan dakwah dan tarbiyah. Jalan ini bukan jalan yang dibentangkan dengan karpet merah, bukan juga jalan yang ditaburi dengan ros merah. Ya, ia payah tapi inilah jalan yang kita perlu dan mahu lalui! Hoyeeaahh. 

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: 30% kalau Wardina Safiyyah tak promosi. 95% kalau Wardina tolong promosikan di laman sesawangnya. Eh?


Mus'ab, Tunggu Daku Di Pintu Sorga!

Sinopsis: Mengaitkan perjalanan hidup Mus'ab bin Umair r.a. yang sungguh bergaya itu dengan muda-mudi di zaman ini. Apa istimewanya Mus'Ab? Apakah ciri-ciri yang dimiliki Mus'ab sehinggakan Rasullullah memilihnya menjadi duta Islam yang pertama? Dan apa kaitannya dengan kita semua dalam membina jatidiri seorang Muslim yang sejati dan sebenar..? Ok skema gila ayat. 

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: 64%, melihatkan kepada trend anak-anak muda zaman ini yang tercari-cari idola dan contoh tauladan yang baik.


Dalam Dakapan Ikhwah Pakai Jeans

Sinopsis: Ok tajuk harus sensasi lagi kontroversi kan..? Rasanya kalau betullah buku ni jadi kenyataan, akan cerita tentang keindahan ukhuwwah tu kot. Di samping tips-tips menDF dan asam garam trend dakwah dan tarbiyah di masa kini. Juga nak jadi seorang al-akh tu tidak semestinya kena pakai jubah dan serban sahaja tahu..?

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: Tinggi, bergantung kepada ilustrasi pada kulit buku nanti. Wajib sensasi! Eheh.


Si Tudung Labuh vs. Si Tudung Bawal: Siapa Masuk Sorga Dahulu?

Sinopsis: Mesej utama- Jangan hakimi senaskah buku hanya dengan melihat pada kulitnya.

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: 93.57%, terutamanya kalau Hanah Tajima jadi model untuk kulit buku. Errr.


Sesuai tak jadi kulit buku..? Hidung berdarah. [Kredit]


 Pelangi, Jangan Hilang Lagi!

Sinopsis: Kemungkinan besar akan ditulis dalam bentuk novel atau koleksi cerita-cerita pendek. Berkisarkan tentang pengembaraan watak utama dalam mencari kebenaran dan perubahan menjadi seorang manusia yang lebih osem.

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: 27.8%. Rendah kerana persaingan yang hebat dengan novel-novel Fiksi di  pasaran.


Erti Murabbi Yang Hoyeaaahh

Sinopsis: Lebih kepada buku panduan dan perkongsian bagaimana mahu menjadi seorang murabbi yang kool dan bergaya di mata mutarabbinya. Juga akan disediakan tips-tips menDF (macam buku 'Dalam Dakapan Ikhwah Pakai Jeans') dan membawa bulatan gembira ('Apa Erti Aku Berbulatan Gembira'). 

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: Juga rendah, kerana keadaan politik semasa yang kurang memberansangkan di masa kini. Eh.


Sejengkal Kita Dekati, Sehasta Allah Mencari

Sinopsis: Buku motivasi penaik semangat untuk anda yang merasakan perubahan itu benar-benar sukar mahu dilakukan. Buku ini mengajak anda mengenal Allah dan jatuh chenta dengan-Nya. Juga diharapkan dapat menjadi motivasi kepada para dua't yang sudah mula futur dan tidak jelas dengan halatuju dakwahnya; melaksanakan tugas-tugas dakwah dan tarbiyahnya cincai boncai sahaja. 

Kebarangkalian Menjadi Bestseller: Susah nak cakap. 24%? 37%? Sebab nak kena bersaing dengan penulis-penulis buku-buku motivasi sedia ada yang haibat-haibat kesemuanya macam Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol Juoi, Hilal Asyraf dan sebagainya.

Selain itu, berikut juga beberapa tajuk yang ada potensi jugalah untuk dijelmakan menjadi senaskhah buku. Paling koman pon tajuk post terbaru! Wahahaha..

  1. Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama, Dia Diambil Orang!
  2. *Knock Knock* Siapa Tu? Makcik Hidayah! 
  3. Babi Itu Muslim
  4. Berubah Itu Memang Payah, Tapi Tidaklah Sesusah Melompat Galah! 
  5. Tarbiyah Ala Jepang
  6. ...
  7. ...
Wah, kalau ikutkan kepala otak ni, memang entah apa-apa tok nenek lagi tajuk yang akan keluar..! Tapi itulah, harapkan tajuk sahajalah. Isi dan keseriyesan itu belum tentu lagi..! Wahahaha...

Secara jujurnya, saya sudah pon memulakan sedikit kerja-kerja menulis buku untuk tajuk yang pertama itu; Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki. Tetapi kerana beberapa masalah yang sepatutnya dapat dielakkan, semua simpanan hasil tulisan saya telah terpadam. Tersedak. Apa nak buat, tiada rejeki.

Insha-Allah, suatu hari nanti kalau diizinkan-Nya, akan keluarlah juga buku hasil tangan dan buah fikiran Inche gabbana. Sudah, kalau tiada pon buku-buku saya di pasaran sana, alhamdulillah, sekarang ni saya lihat buku-buku yang menjadikan Islam, dakwah dan tarbiyah sebagai tema utama sudah begitu banyak dan laris di pasaran. Makanya, jika ada pon buku-buku saya nanti, hanya menambah semak seri untuk koleksi makalah-makalah yang sedia.

Persoalannya.. Kalau saya betul-betul hasilkan buku nanti.. Err.. Ada ke orang yang nak beli..? Garu kepala.

-gabbana-

Sebenarnya sedang berusaha gigih untuk menyiapkan artikel tentang Rohingya. Tetapi sehingga kini belum lagi diijinkan-Nya untuk idea datang mencurah-curah. Maka terkeluarlah artikel ini di celah-celah keserabutan kepala otak memikirkan bagaimana mahu menulis sesuatu yang berkesan tentang Rohingya.

Apa-apa jalan, Ramadhan hampir sudah siap mengemaskan bagasinya untuk menaiki keretapi meninggalka kita. Sobs. Kita bagaimana..? Sudah bersiap-sediakah untuk menghantarnya pulang dengan penuh bergaya, hasil tarbiyah Ramadhan selama sebulan ini..?

24 Caci Maki Puji Muji:

Shahizan Azmi 17/08/2012, 12:08  

"Mus'ab, Tunggu Daku Di Pintu Sorga!"

Tulislah buku pasal ni! :D

Anonymous 17/08/2012, 12:14  

saya pasti akan beli buku anda! nak tahu kenapa? sbb gaya penulisan anda tidak pernah membosankan dan insyaallah sentiasa kreatif dan memberi semangat.

teruskan usaha! moga Allah membuka jalan dan mempermudahkan segala urusan.

Anonymous 17/08/2012, 12:41  

Tak sabar nak tunggu artikel pasal Rohingya.perlu lebih pendedahan pasal isu ni.

InshaAllah kalau inche Gabbana terbitkan buku,mesti saye beli.

Anonymous 17/08/2012, 12:45  

InsyaAllah nk beli. especially Erti Murabbi Yang Hoyeaaahh & Sejengkal Kita Dekati, Sehasta Allah Mencari.

Anonymous 17/08/2012, 12:49  

inche gabbana..
tulis je ape2...
kitorg akn rase hoyeah! dan seronok..
will buy it, by hook or by crook..
agak2 buku pertama tu kluar bile?
*tak pun bukukan semua post2 inche gabbana tuh?*

Pemimpi Tegar 17/08/2012, 12:59  

Saya teringin sangat nak beli buku ni.

Babi Itu Muslim =,=

Haha :D

Layyinul Harir 17/08/2012, 13:59  

inche gabbana,

saya ada baca artikel dari APG di majalam JOM!=)

dah tengok gaya penulisan,dah tau inche gabbana~~


apapun ince tulis,saya akan cuba dapatkan dipasaran..

selamat menulis~

Unknown 17/08/2012, 15:39  

Secangkir teh untuk Inche Gabbana tanda support.

p/s: Inche Gabbana memberi inspirasi untuk menulis buku. Saya.... ntah bila akan siap benda ni : http://www.jsadiwarna.com/karya-i-u-baca/e-novel/353-his-story-teice.html

Anonymous 17/08/2012, 17:00  

osem2 belaka.y terhgt babi i2 muslim..sy tnggu y tue..InsyaAllah klo de kt psrn msti kontroversi n gempak giler rh.All da' best inche gabbana.

Zahirul Nukman 17/08/2012, 17:14  

buku 'Pelangi' tu nampak ohsem ! =)

justin bibah 17/08/2012, 17:36  

ermm
i wish to read IG in person
must be osemmmm hehe

Anonymous 18/08/2012, 00:10  

gabbana,... x takut ke org curi idea..hehe .. saje je tanya..

Miza Farzana 18/08/2012, 00:50  

Semoga Allah memudahkan urusan Gabbana :')

A. Asyraf (asd_slade) 18/08/2012, 02:16  

Salam.Saya setuju dengan anonymous yang tanya pesal buku Rohingya..
Kurang sangat pendedahan tentang bangsa ni kat buku2 di pasaran,,,tulislah..^^

Kay J 18/08/2012, 02:54  

sekadar cadangan..

apa kata start with compilation of your entries in one book? tapis entri berbaur peribadi yang org lain tak perlu tahupun atau edit kalau unsur itu boleh dijadikan ibrah.

misi ni berjaya? barulah keyakinan lebih nak buat buku2 listed above.

just my 2 cent.

Zohura Aabidah 18/08/2012, 03:47  

you always have something bermanfaat to merepek on. tapi, untuk tulis buku mungkin perlu kurangkan merepek tapi bersahaja tu penting. not really formal. :D

mR. zieQ 18/08/2012, 12:07  

sumpah osem!
:D

Mai 18/08/2012, 12:29  

Super Saiya Juga Makan Kacang Ajaib

Aku nak yang ini. hehe

Anonymous 18/08/2012, 16:28  

nak beli dan nak tulis buku juga!

miss world 19/08/2012, 05:15  

gabana sesuai tulis komik
selamat raya
*muahhh*

Shima Hishamuddin 22/08/2012, 08:21  

Saya akn beli semua buku inche gabbana haha

mimsinlammim Ilyas 24/08/2012, 00:03  

Nama saya muslim...babi itu muslim...teringin sgt nk buku tu..hahaha..osem kalu bwk buku tu mngajar dalam kelas...'wah ust muslim = ust #$&& ' agak kontroversilah plk ayat seterusnya...pepon sy support..terbayekkkk!!!

Anonymous 02/09/2012, 13:38  

gambat tu ad nmpak aurat skit..jdi adakah inche gabana akan dikira sbagai orng yg menyebarkan aurat orng lain?brdosakah kita jika kita melihatkan gmbr yg ad trdedah aurat untuk tontonan umum?

Anonymous 15/03/2015, 20:19  

Allah hu rabbi . firstly saya bukan org slalu man no buka internet and after all saya terasa saya pun berangan² hendak menulis buku sendiri tapi langsung tak ade idea. inche gabbana mau'idoh untuk inche gabbana terus menukil utk kami yang sering terlari dari medan tarbiyah . semoga Allah redha.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP