Jejaka Misteri Di Hujung Kota
Seorang pemuda lari terkocoh-kacah, dari hujung kota kerana mahu berjumpa dengan masyarakat sekitarnya di tengah kota. Setibanya dia di tempat kejadian, dia terus menyeru orang ramai untuk mengikuti ajakan para pendakwah yang mengajak mereka semua ke arah kebaikan. Bukan setakat itu, dia juga dengan bersungguh-sungguh telah menyampaikan dakwah versinya pula, mendesak agar orang ramai tunduk dan patuh kepada perintah Allah.
Akibat keberanian dan kelantangannya itu, dia telah dibelasah dengan begitu brutal dan teruk sekali, sehinggakan maut datang menjemputnya. Namun yang lebih menarik dan ajaib sekali, begitu segera dan pantas dia dimasukkan ke dalam sorga, sehingga ketika jasadnya yang sudah tidak lagi bernyawa itu masih sedang seronok dan ligat dipijak, dihinjak dan disepak oleh orang ramai, dia ketika itu sudah pon berada di dalam sorga menyaksikan apa yang sedang berlaku.
Uh oh. Bagaimana..? Kedengarannya seperti kisah yang diambil dari Kisah Seribu Satu Malam bukan..? Walaupon tidaklah sebohong dan semerepek kisah Puteri Salju atau Alice Di Dunia Ajaib itu, namun masih kisah ini seolah-olahnya suatu hikayat dahukala yang dibacakan oleh si ibu untuk mendodoikan anaknya yang degil tidak mahu tidur. Begitu?
Bukan, ini bukan kisah rekaan. Ini bukan kisah yang sengaja saya reka-rekakan. Tetapi ini kisah al-Quran; sebuah hikayat yang diabadikan di dalam kitab agung dari Tuhan untuk tatapan dan renungan setiap makhluk bernama insan.
"Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas dia berkata, 'Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan. Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selainNya? Jika (Allah) yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka (juga) tidak dapat menyelamatkanku.Sesungguhnya jika aku (berbuat) begitu, pasti aku berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telahberiman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.'Dikatakan (kepadanya), 'Masuklah ke dalam sorga.' Dia (lelaki) itu berkata, 'Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan.'"
Aik? Biar betul anda ni Inche gabbana..? Kenapa saya tak pernah jumpa pon ayat-ayat ni sebelum ni..?? Anda jangan suka-hati nak reka-reka ayat al-Quran tahu..?? Berdosa besar hukumnya...!!
Err. Kalau saya beritahu ayat-ayat ini dari surah mana, pasti anda terasa seperti mahu membunuh diri.
Yaasiin. Ya. Dari ayat dua puluh sehinggalah ayat dua puluh tujuh surah Yaasiin. Bagaimana anda yang baca Yaasiin hampir setiap minggu di hari Khamis malam Jumaat itu tidak pernah ambil kisah dan tidak tahu pasal cerita ini..?
Batuk batuk.
Secara peribadi saya merasakan kisah ini adalah antara kisah yang paling menarik dan mengujakan yang terkandung di dalam al-Quran. Pertamanya adalah kerana kemisterian jejaka dari hujung kota yang tidak diketahui namanya, umurnya, saiz pinggangnya apatah lagi hobinya di masa lapang. Begitu juga dengan nama kota dan tarikh kejadian ini berlaku. Semuanya ini tidak dicatatkan di dalam al-Quran. Yang ada hanyalah kisah seorang lelaki yang berlari pantas dari hujung kota untuk menasihati kaumnya yang ingkar kepada risalah yang dibawakan oleh utusan Allah.
Mengapa agak-agaknya tidak disebut langsung tentang peribadi dan biodata lelaki osem bergaya ini..? Mudah. Agar si pembaca kisah ini dapat merasakan relevannya kisah ini dengan kehidupan mereka di masa ini. Agar anda yang menghayatinya dapat mengaitkan ia dengan perjalanan dakwah dan tarbiyah anda sendiri. Andailah diceritakan dengan teliti siapa lelaki itu, di mana dia tinggal, sama ada dia suka minum air bandung cincau atau tidak, siapa sepupu tiri perempuan sebelah ayah saudara angkat ibunya dan sebagainya, sudah pastilah kita merasakan betapa kisah ini diwarkahkah untuk mengabadikan perjalanan hidup lelaki tersebut.
"Oh... Nak cerita pasal dia ni ke. Ok."
"Aahh.. Ooohh.. Menarik kisah ini. *tutup Quran*"
"Ahah. *angguk kepala* Ahah. *angguk kepala sekali lagi*. Wah!"
Err. Peluh.
Kemudian saya tertarik pula dengan bagaimana cepat dan segeranya Allah membalas pengorbanan jejaka ini dengan sorgaNya. Bayangkan ruhnya yang keluar dari jasadnya, dimasukkan ke dalam sorga dengan penuh segera, sesegera ketika dia berlari dari hujung kota, sehinggakan dia dapat melihat sendiri jasadnya yang sudah terkulai layu itu masih rancak dibelasah! Vavavum! Ini sumpah kool...!
Persoalannya kini; apakah kelebihan atau budi pekerti jasa mulia yang dilakukan oleh jejaka tersebut sehingga dia mendapat penghormatan sebegitu rupa? Bukan penghormatan yang calang-calang, tetapi penghormatan agung yang disegerakan!
Dia bukannya seorang Nabi; dia hanyalah seorang lelaki yag bergegas dari hujung kota. Dia bukannya...
Sekejap sekejap. Putar semula ke belakang.
Dia bukannya Nabi; dia hanyalah seorang lelaki yang bergegas..
Op op! Berhenti di situ.
Bergegas. Ya, BERGEGAS.
Menurut perkiraan saya yang marhaen lagi hina dina ini, kata kuncinya terletak pada perkataan 'BERGEGAS' itu. Bukan hampagas atau belangkas, tapi bergegas. Err. Yang mana kata seerti untuk bergegas termasuklah bersegera, tergesa-gesa, tidak berlengah-lengah dan berlari laju ala Usain Bolt yang tidak henti-henti memenangi pingat emas sukan Olimpik itu. Eh.
Di dalam Quran, selain kisah jejaka misteri dari hujung kota yang bergegas ini, ada di beberapa tempat lain di mana Allah menggesa kita untuk bersegera memenuhi tuntutanNya. Ini termasuklah di dalam surah Ali-Imraan;
di dalam surah al-Maidah pon ada;
juga di dalam surah al-Hadid,
Bergegas. Bersegera. Berlumba-lumba.
Saya kira kelebihan yang ada pada jejaka ini adalah kerana tindakan bersegeranya itu. Dan bukan sekadar bersegera dalam mana-mana hal, tapi dalam memenuhi seruan agung sepanjang zaman; dakwah dan tarbiyah.
Ish Inche gabbana ni, sikit-sikit dakwah dan tarbiyah. Sikit-sikit dakwah dan tarbiyah. Orang selamat dari bencana gempa bumi, dakwah dan tarbiyah. Kebakaran rumah dapat dielakkan, dakwah dan tarbiyah. Anak kucing comel-comel gebu-gebu berjaya dilahirkan, dakwah dan tarbiyah. Semua benda pon nak dakwah dan tarbiyah. Menyampah tahu..??
Err. Anda bersahur tak pagi tadi ni..? Hallo, kalau bukan dakwah dan tarbiyah, apa lagi namanya tu berlari dari hujung kota semata-mata nak mengingatkan dan menasihati kaumnya? Berjoging? Main batu seremban? Lompat bintang lapan kali..?? Fuh mujurlah saya berpuasa pada hari ini.
Ya rakan taulan dan sahabat handai sekalian, saya yakin balasan sorga yang Allah berikan pada kadar super pantas, lebih pantas daripada perkhidmatan penghantaran pizza ke rumah anda itu adalah disebabkan rasa mendesak pada sanubari dan jiwa jejaka misteri itu untuk memberi peringatan kepada kaumnya yang mengingkari risalah yang dibawa oleh para nabi mereka.
Ya benar, akibat tindakannya yang mahu bersegera untuk berdakwah dan mentarbiyah itu tanpa memikirkan apakah kesan yang bakal diterimanya, dia akhirnya dibelasah, dipukul teruk sehingga meragut nyawanya. Tapi ada aku kisah..?? Err. Akibat bergegasnya dia untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haqnya itulah Allah telah mengganjari dirinya dengan sorga seluas langit dan bumi.
Sekarang saya mahu bertanya kepada diri saya sendiri dan anda semua wahai pembaca budiman sekalian.
Setiap kali kita melihat maksiat trang tang tang di hadapan mata, orang yang tidak menunaikan solat, bercumbuan beromen di tempat awam, rasuah, berdusta, mengumpat dan entah tok nenek apa lagi onar yang dilakukan, adakah kita punya perasaan bergegas untuk mencegahnya..?
Apabila seruan untuk menginfaqkan secuit harta kita yang tidak seberapa itu untuk saudara-saudara, ibu dan ayah kita di Palestin, Syria, Myanmar, Kashmir, Sudan, Somalia, Afghanistan dan sebagainya dicanangkan, ketika itu timbul atau tidak perasaan bersegera untuk mengeluarkan wang dari dompet kita..?
Ketika berkali-kali Allah menyeru sekalian orang-orang beriman untuk berangkat memenuhi seruan dan tuntutan jihad menyebarkan dan menegakkan kebenaran di dalam al-Quran, terpukulkah jiwa kita dan terbangkitkah semangat kita untuk tergesa-gesa melaksanakannya...??
Tik tik tiiikk. Eh bocor ke siling opis saya ni..?
Dan kita setiap hari dengan tidak malunya berharap untuk dimasukkan ke dalam sorga dengan penuh kesegeraan...?? Dengan tanpa segan silu berdoa agar dijauhkan dari api neraka cepat-cepat tanpa lengah-lengah lagi..?? Sedangkan langsung tidak pernah timbul rasa mahu bersegera dan bergegas, walau sedikit cuma di dalam hati dan jiwa kita untuk memenuhi seruan dan tuntutan Allah yang Maha Berkuasa...?? Allahu rabbi.
Ish teruk bocor siling ni. Kena panggil orang untuk baikinya dengan segera!
Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan yang tinggal lagi berapa hari sudah mahu meninggalkan kita ini, saya ingin menyeru diri saya terutamanya, dan anda semua untuk kita sama-sama berusaha sebaiknya dan bersungguh-sungguh memenuhi segala tuntutan dan seruan Allah dengan kadar yang paling segera. Ketahuilah, kita tidak punya banyak masa. Umat di luar sana rata-ratanya sedang nazak dan sakit tenat dan apa yang lebih menggarukan kepala dan mendebarkan jiwa adalah mereka ini tidak sedar pon yang mereka sebenarnya dalam bahaya.
Dan kita masih punya masa untuk dihabiskan? Kita masih punya ruang untuk bergoyang kaki menonton cerekarama sambil makan bubur lambuk lebih berbuka tadi? Dan kita masih punya hati dan perasaan untuk berlengah-lengah berlenggang-lenggok ibarat itik pulang petang membiarkan diri ini sedikit demi sedikit ditarik masuk ke dalam jurang api neraka..?
Astaghfirullahal adzim.
Ayuh, ayuh dan ayuh! Ayuh kita didik jiwa kita, paksa nafsu kita dan motivasi diri dan perasaan kita untuk bersegera melaksanakan tugas Syahadatul haq kita, dalam apa jua keadaan dan walau di mana kita berada. Ayuh kita penuhi tuntutan dan seruan Allah dan ar-Rasul untuk kita, umat pilihan dan umat terbaik ini dalam menjadi 'abidNya yang setia dan khalifahNya yang tidak pernah berhenti bekerja!
Kerana kita semua mahu masuk sorga. Kerana kita semua mahu masuk sorga dalam keadaan yang segera! Kerana kita semua mahu masuk sorga dalam keadaan yang segera dan diredhaiNya! Kerana kita semua mahu masuk sorga dalam keadaan yang segera dan diredhaiNya untuk berjumpa denganNya dalam penuh kasih dan chenta!
Wahai!
Dan.. Dan.. Dan..
Kerana saya amat-amat teringin banget benar berjumpa dengan jejaka penuh misteri yang bergegas dari hujung kota itu tahu...??
Tinggal kurang lebih lima atau enam hari sebelum Ramadhan berkemas-kemas mahu pergi meninggalkan kita sambil mengucapkan "Oktengsbaiii!"
Ayuh kita bersegera, bergegas dan tanpa lengah-lengah lagi memburu saki-baki Ramadhan yang ada dengan amalan dan ibadah penuh keikhlasan! AYUUUUHHHH...!

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu..."
[ali-Imraan, 2:103]
di dalam surah al-Maidah pon ada;
"...maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan (fastabiqul khairat)."
[al-Maidah, 5:48]
juga di dalam surah al-Hadid,
"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu.."
[al-Hadid, 57:21]
Bergegas. Bersegera. Berlumba-lumba.
Saya kira kelebihan yang ada pada jejaka ini adalah kerana tindakan bersegeranya itu. Dan bukan sekadar bersegera dalam mana-mana hal, tapi dalam memenuhi seruan agung sepanjang zaman; dakwah dan tarbiyah.
Ish Inche gabbana ni, sikit-sikit dakwah dan tarbiyah. Sikit-sikit dakwah dan tarbiyah. Orang selamat dari bencana gempa bumi, dakwah dan tarbiyah. Kebakaran rumah dapat dielakkan, dakwah dan tarbiyah. Anak kucing comel-comel gebu-gebu berjaya dilahirkan, dakwah dan tarbiyah. Semua benda pon nak dakwah dan tarbiyah. Menyampah tahu..??
Err. Anda bersahur tak pagi tadi ni..? Hallo, kalau bukan dakwah dan tarbiyah, apa lagi namanya tu berlari dari hujung kota semata-mata nak mengingatkan dan menasihati kaumnya? Berjoging? Main batu seremban? Lompat bintang lapan kali..?? Fuh mujurlah saya berpuasa pada hari ini.
Ya rakan taulan dan sahabat handai sekalian, saya yakin balasan sorga yang Allah berikan pada kadar super pantas, lebih pantas daripada perkhidmatan penghantaran pizza ke rumah anda itu adalah disebabkan rasa mendesak pada sanubari dan jiwa jejaka misteri itu untuk memberi peringatan kepada kaumnya yang mengingkari risalah yang dibawa oleh para nabi mereka.
Ya benar, akibat tindakannya yang mahu bersegera untuk berdakwah dan mentarbiyah itu tanpa memikirkan apakah kesan yang bakal diterimanya, dia akhirnya dibelasah, dipukul teruk sehingga meragut nyawanya. Tapi ada aku kisah..?? Err. Akibat bergegasnya dia untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haqnya itulah Allah telah mengganjari dirinya dengan sorga seluas langit dan bumi.
"Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.."
Sekarang saya mahu bertanya kepada diri saya sendiri dan anda semua wahai pembaca budiman sekalian.
Setiap kali kita melihat maksiat trang tang tang di hadapan mata, orang yang tidak menunaikan solat, bercumbuan beromen di tempat awam, rasuah, berdusta, mengumpat dan entah tok nenek apa lagi onar yang dilakukan, adakah kita punya perasaan bergegas untuk mencegahnya..?
Apabila seruan untuk menginfaqkan secuit harta kita yang tidak seberapa itu untuk saudara-saudara, ibu dan ayah kita di Palestin, Syria, Myanmar, Kashmir, Sudan, Somalia, Afghanistan dan sebagainya dicanangkan, ketika itu timbul atau tidak perasaan bersegera untuk mengeluarkan wang dari dompet kita..?
Ketika berkali-kali Allah menyeru sekalian orang-orang beriman untuk berangkat memenuhi seruan dan tuntutan jihad menyebarkan dan menegakkan kebenaran di dalam al-Quran, terpukulkah jiwa kita dan terbangkitkah semangat kita untuk tergesa-gesa melaksanakannya...??
Tik tik tiiikk. Eh bocor ke siling opis saya ni..?
Dan kita setiap hari dengan tidak malunya berharap untuk dimasukkan ke dalam sorga dengan penuh kesegeraan...?? Dengan tanpa segan silu berdoa agar dijauhkan dari api neraka cepat-cepat tanpa lengah-lengah lagi..?? Sedangkan langsung tidak pernah timbul rasa mahu bersegera dan bergegas, walau sedikit cuma di dalam hati dan jiwa kita untuk memenuhi seruan dan tuntutan Allah yang Maha Berkuasa...?? Allahu rabbi.
Ish teruk bocor siling ni. Kena panggil orang untuk baikinya dengan segera!
Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan yang tinggal lagi berapa hari sudah mahu meninggalkan kita ini, saya ingin menyeru diri saya terutamanya, dan anda semua untuk kita sama-sama berusaha sebaiknya dan bersungguh-sungguh memenuhi segala tuntutan dan seruan Allah dengan kadar yang paling segera. Ketahuilah, kita tidak punya banyak masa. Umat di luar sana rata-ratanya sedang nazak dan sakit tenat dan apa yang lebih menggarukan kepala dan mendebarkan jiwa adalah mereka ini tidak sedar pon yang mereka sebenarnya dalam bahaya.
Dan kita masih punya masa untuk dihabiskan? Kita masih punya ruang untuk bergoyang kaki menonton cerekarama sambil makan bubur lambuk lebih berbuka tadi? Dan kita masih punya hati dan perasaan untuk berlengah-lengah berlenggang-lenggok ibarat itik pulang petang membiarkan diri ini sedikit demi sedikit ditarik masuk ke dalam jurang api neraka..?
Astaghfirullahal adzim.
Ayuh, ayuh dan ayuh! Ayuh kita didik jiwa kita, paksa nafsu kita dan motivasi diri dan perasaan kita untuk bersegera melaksanakan tugas Syahadatul haq kita, dalam apa jua keadaan dan walau di mana kita berada. Ayuh kita penuhi tuntutan dan seruan Allah dan ar-Rasul untuk kita, umat pilihan dan umat terbaik ini dalam menjadi 'abidNya yang setia dan khalifahNya yang tidak pernah berhenti bekerja!
Kerana kita semua mahu masuk sorga. Kerana kita semua mahu masuk sorga dalam keadaan yang segera! Kerana kita semua mahu masuk sorga dalam keadaan yang segera dan diredhaiNya! Kerana kita semua mahu masuk sorga dalam keadaan yang segera dan diredhaiNya untuk berjumpa denganNya dalam penuh kasih dan chenta!
Wahai!
Dan.. Dan.. Dan..
Kerana saya amat-amat teringin banget benar berjumpa dengan jejaka penuh misteri yang bergegas dari hujung kota itu tahu...??
-gabbana-
Tinggal kurang lebih lima atau enam hari sebelum Ramadhan berkemas-kemas mahu pergi meninggalkan kita sambil mengucapkan "Oktengsbaiii!"
Ayuh kita bersegera, bergegas dan tanpa lengah-lengah lagi memburu saki-baki Ramadhan yang ada dengan amalan dan ibadah penuh keikhlasan! AYUUUUHHHH...!
13 Caci Maki Puji Muji:
ayuh bergegas :)
bergegas imanku menaik membaca post ini. jzkk inche gabbana.
saya rasa syiling rumah saya pun bocor,#sigh.
jay zack kay kay untuk en3 sentap!
ada nama dia tu.. habibunnajar klu xsilap.. eh tp klu silap sila betulkan..
selama ni baca je tafsir tu,tak sangka ada ceritanya. teruskan berdakwah,encik! :')
betul, ayat yassin ayat 20-27 tu memang tentang habibunnajar. makamnya ada di pinggir syria bersempadan turki.
Kepada pengamal bacaan surah yassin di malam jumaat lain kali insyaAllah boleh turut baca terjamahannya sekali :D
selalunya insan yg suka bergegas like lari or jln pantas ni skinny so whoever jejaka tu body dia mesti masculine skinny type plus a beautiful face like moonlite..
terima kasih inche gabbana..
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2)
"siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya"
buat baik mmg kena berlumba-lumba! :D
Sebaik baik amalan adalah yang disegerakan :)
Salam. bukan habib an najjar ke lelaki misteri tu?
aseef, kalau salah.
bila kluar ni crita
Post a Comment