Doa Angel
Teruja? Terharu mata berair bersinar-sinar? Rambut berterbang shiuuu shiuuu dituip angin tidak percaya..?
Itu baru manusia yang mendoakan untuk anda. Bagaimana kalau anda mendapat tahu semut mendoakan kesejahteraan anda? Atau beruang panda di China itu mendoakan kebahagiaan anda..? Atau ikan tuna di lautan pasifik mendoakan kejayaan cemerlang anda..?
Mata anda terbelalak..? Mulut terlopong besar tak percaya..? Eh tutup tutup, masuk lalat nanti, batal pula puasa anda! Wahahaha..
Nah, bagaimana kalau malaikat yang mendoakan semua yang baik-baik untuk anda..? Bagaimana..? Terasa mahu terjun gaung tidak percaya..?
"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka.Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam sorga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang saleh di antara nenek moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.Dan peliharalah mereka dari (bencana) kejahatan. dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (bencana) kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."
[Ghafir, 40:7-9]
Yep, tidak perlu menggosok mata anda. Tidak perlu buat muka hodoh tidak percaya.
Kalimah sakti yang baru sahaja anda baca tadi adalah doa para malaikat untuk sekalian hamba-hambaNya yang beriman.
Ya malaikat. Angel. Makhluk yang suci dari dosa, diciptakan Allah dari cahaya dan sentiasa taat dan patuh pada Allah tanpa ada secebis pon derhaka dalam jiwa mereka. Rasa-rasanyalah, makbul tak doa para malaikat ini..? Fuh.
Tidak terasa hoyeaaahhh kuasa lapankah apabila didoakan oleh para malaikat sebegitu rupa..? Tidak terasa hidung kembang-kempis mahu terkoyakkah apabila makhluk sesuci itu mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kita..? Tidak terasa mahu menghantukkan kepala ke dindingkah apabila makhluk super taat dan patuh itu berkata yang baik-baik dan osem-osem untuk kita...??
Op op. Sebelum anda mula syok sendiri, ada syarat-syaratnya untuk didoakan sedemikian rupa.
Anda mesti dahulu menjadi orang-orang yang beriman. Apa ciri-ciri orang beriman? Wahai, bukalah kitab agung yang menghimpunkan ayat-ayat chenta dari Tuhan, baca, tadabbur dan hayatilah! Anda pasti akan jumpa cara-cara dan kaedah-kaedah untuk menjadi orang yang beriman!
Lantas memenuhi kriteria untuk didoakan oleh para malaikat kesemuanya...!
Mata bersinar cerah.
Dan.. Err..
Kalau para malaikat pon mendoakan untuk kita manusia yang hina-dina ini, tidak malukah kita yang malas mengangkat tangan memohon ampunanNya, berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan umat Islam seluruhnya..?
Aduhai kekasih hatiku Ramadhan, mengapa begitu cepat dikau sudah mahu meninggalkan daku..? Sob sob.

-gabbana-

1 Caci Maki Puji Muji:
kena ketatkan hubungan dengan Allah baru Allah pelihara kita.
seronoknya jika kita sentiasa didoakan .. kan
Post a Comment