Roger Federer Pon Pernah Futur Juga
[Kredit] |
Roger Federer.
Siapa yang tidak kenal dengan lejen ini? Pemenang Grand Slam sebanyak tujuh belas kali, tujuh daripadanya adalah di padang hijau Wimbledon sahaja! Saya rasa mak cik jual nasi lemak kat Pekan Batu 14, Hulu Langat pon et lis pernah dengar nama ni sekali, sebab selalu bungkus nasi lemak guna keratan akhbar bahagian sukan. Wahahaha..
Menelusuri profil dan latar belakang jaguh ini, anda pasti akan berasa kagum dan teruja dengan jatuh bangunnya dalam arena suka tenis. Inhce Federer diiktiraf sebagai antara pemain tenis paling osem sepanjang zaman. Malah ada juga yang menyifatkannya sebagai pemain terhebat dan tersensasi sepanjang sukan tenis ini diperkenalkan!
Manakan tidak, selain sedang menduduki tempat pertama dalam kedudukan pemain terbaik dunia untuk dua ratus lapan puluh enam minggu, dia juga telah merangkul pelbagai jenis tok nenek anugerah dan kejuaraan yang wujud untuk sukan tenis. Dia merupakan satu-satunya pemain yang berjaya ke peringkat akhir Career Grand Slam untuk sepuluh kali berturut-turut. Selain dihormati dan digeruni oleh para pesaingnya seperti Rafael Nadal dan Novac Djokovic, dia juga amat diminati oleh para peminatnya, sehingga memenangi Anugerah Ahli Sukan Peberet ATPWorldTour.com untuk sembilan kali berturut-turut (2003-2011)!
Hebatnya Inche Federer di gelanggang tenis adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan lagi. Kejagoannya di atas gelanggang menjadikannya lejen hidup di zaman ini. Dan yang menjadikannya pencapaiannya amat sukar ditandingi adalah disebabkan kepakaran dan kehebatannya bermain di ketiga-tiga jenis gelanggang - gelanggang rumput (Baca: Grass court), gelanggang tanah liat (Baca: Clay court) dan gelanggang keras (Baca: Hard court) - sesuatu yang tidak pernah dibuat orang sebelum ini. Pakcik Jimmy Connors, dalam menyifatkan kekagumannya terhadap Inche Federer pernah berkata:
"Di dalam era kepakaran, sama ada anda pakar di gelanggang tanah liat, pakar di gelanggang rumput atau pakar di gelanggang keras...atau anda adalah Roger Federer."
Peluh.
Selain keSuperSaiyaannya di dalam sukan tenis, Inche Federer juga dikenali sebagai seorang hamba Allah yang amat merendah diri dan bersopan-santun. Dia bukan kaki perempuan sepertimana kebanyakan ahli sukan terkenal yang lain. Dia tidak dikenali sebagai seorang atlet yang banyak songeh, atau banyak menimbulkan huru-hara atau kontroversi. Dia juga amat aktif dengan kerja-kerja kebajikan dan amal sosial. Di samping itu, rupanya yang boleh tahan kacak itu, kedua selepas Inche gabbana (tersedak), menjadikan ramai makcik-makcik yang sedang mencuci kain di tepi sungai tidak senang hidup dibuatnya! Wahahahah..
Err.
Tidak hairanlah, untuk pakej selengkap ini, pada tahun 2011, dia telah diundi sebagai manusia kedua yang paling boleh dipercayai, selepas bekas Presiden Afrika Selatan, Inche Nelson Mandela. Dan terbaru, sekali lagi dia telah membuktikan kelejenannya dalam arena tenis apabila berjaya menewaskan Andy Murray di pusingan akhir Wimbledon, salah satu daripada pertandingan tenis yang paling berprestij di seluruh Galaksi Bimasakti dengan penuh bergaya sekali. Akhbar Daily Mail dalam komentarnya tetang kekalahan Inche Murray kepada Inche Federer menyatakan dengan penuh jujur sekali:
"Dia tidak tewas kerana dia menggelabah. Dia tidak tewas kerana dia banyak mengeluh. Dia tidak menyerah kalah atas sebab kecederaan, atau hilang fokus dek bebanan maha hebat kesaksian sejarah di atas bahunya.
Sebaliknya, dia hanyalah seorang mangsa yang dilahirkan dalam generasi yang sama dengan pemain yang terhebat pernah dilahirkan untuk beraksi di gelanggang."
Walawww.
Namun, Inche Federer tetap hanyalah seorang makhluk bernama manusia. Di sebalik kejayaan agung dan entah bermacam anugerah dan kejuaraan yang telah dirangkulnya, Inche Federer juga pernah melalui fasa-fasa gelap dalam hidupnya. Di sebalik tangannya yang berbulu lebat yang menghayun tegas raket tenis dan lincah beraksi di gelanggang, dia juga pernah tersungkur, jatuh ke dalam lembah kegagalan yang dahsyat.
Ya, Roger Federer, si lejen itu, pernah juga gugur. Dan futur.
Sebelum kemenangannya ke atas Inche Murray, Federer telah mengalami kemarau kejuaraan Grand Slam untuk dua tahun setengah lamanya. Ketika dia tewas di tangan Novac Djokovic pada kejojanan terbuka Perancis pada bulan Mei yang lalu, ramai yang menjangkakan ia adalah hukuman mati untuk karier tenisnya yang berwarna-warni itu.
Tahun 2011 merupakan fasa paling gelap buat dirinya. Jo-Wilfred Tsonga menewaskannya hanya di pusingan suku akhir di Wimbledon. Dia kemudiannya tewas pula kepada Inche Djokovic di Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat pada tahun yang sama. Kedudukannya sebagai pemain numero uno dalam senarai pemain tenis terbaik dunia akhirnya diambil alih oleh Rafael Nadal yang sungguh kentang itu. Kedudukannya malah jatuh lebih teruk apabila Inche Djokovic pula berjaya mendudui tangga lebih atas daripadanya.
Di umur tiga puluhan, ramai yang skeptikal dengan masa hadapannya. Malah ramai yang sinis dengan keyakinannya untuk menawan semula gelanggang tenis kerana merasakan dia sudah terlalu tua untuk itu dan sukar untuk dia mnewaskan pemain-pemain yang jauh lebih muda dan kental seperti Nadal, Djokovic dan Murray.
Tetapi mereka silap. Dan mereka memandang rendah kepada Inche Federer.
Suatu perkara yang menjadikan Inche Federer berbeza mungkin dengan nama-nama besar dalam arena sukan adalah kepercayaan tahap moksya dan keyakinan tahap Mahadewa Kaiou terhadap kemampuan dirinya. Tidak pernah sekalipon dia berputus-asa, apatah lagi memandang rendah dan pesimis terhadap kapasiti dirinya. Dia melihat fasa kegelapan dan kekalahan yang melanda dirinya hanyalah suatu fasa dan peringkat yang perlu dilaluinya dalam perjalanannya melakar nama sebagai seorang atlet agung.
Berkat keyakinannya pada dirinya dan tidak pernah pula dia memandang rendah kepada kemampuan dirinya sendiri, dia akhirnya berjaya bangkit semula. Bukan bangkit biasa-biasa menggeliat dan menguap daripada tidur, tetapi kebangkitan seekor burung Phoenix, bangkit semula daripada abu-abu yang hangus terbakar, menjadi sosok yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Minggu hadapan, Inche Federer bakal menjadi pemain nombor satu dalam dunia untuk minggu yang ke dua ratus enam puluh tujuh, suatu tempoh yang paling lama dalam sejarah sukan tenis. Pastinya akan berpeluh besar buat mereka yang akan cuba untuk memecahkan rekod ini.
"Saya sering ditanya tentang bersara; bilakah saya mahu bersara daripada bermain tenis," Inche Federer pernah berkata. "Dan jawapannya mudah sekali: Saya cintakan sukan ini."
Inche Federer pernah jatuh tersungkur sebelum kembali bangkit lebih bergaya. Wahai! [Kredit] |
Ehem.
Post ini bukanlah bertujuan untuk mengagung-agungkan lelaki berbangsa Swiss itu. Bukan. Tetapi amat menarik untuk kita ambil sedikit ibrah dari perjalanan hidup Inche Federer dan kaitkannya dengan kehidupan kita sebagai seorang makhluk aneh bergelar dai'e.
Berapa kali agaknya, sepanjang kita memikul tugas dakwah dan tarbiyah ini, kita pernah futur? Banyak.
Tetapi berapa kali agaknya, selepas futur, kita bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk bangkit semula daripada keguguran kita itu..? Err...
Tunduk malu, air mata mengalir laju.
Hakikatnya, kita amat kurang dengan tsiqah binnafs (kepercayaan kepada diri kita sendiri). Kita tidak tsiqah dan yakin dengan kemampuan yang ada pada diri kita. Sekali jatuh, kita mungkin boleh bangkit semula. Dua kali jatuh, kita sudah mula ragu-ragu dengan kapasiti yang ada pada kita. Tiga, empat malah lima kali jatuh? Ada kemungkinan besar kita tidak mahu bangkit-bangkit semula. Hai.
Kita gagal melihat dan menilai fasa-fasa ujian, mehnah dan cobaan yang kita lalui sebagai salah satu fasa yang normal dalam proses menjadikan kita dua't yang lebih kentang dan tegar di atas jalan dakwah ini. Kita lupa dan alpa dengan fakta-fakta sejarah yang amat sering kita telaah dan kaji di dalam seerah an-Nubuwwah; bahawasanya ar-Rasul dan para sahabat diuji dengan penuh getir lagi menggoncangkan sehingga menyebabkan mereka kadangkala berasa tergugat dan lemah dengan ujian-ujian ini.
"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana dialami oleh orang sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), kecelakaan dan digoncangkan mereka sehingga rasul dan orang yang beriman besertanya (rasul itu) berkata: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat."
[al-Baqarah, 2:214]
Namun para sahabat berjaya untuk bangkit semula, memacu laju dalam memburu redhaNya, berkat kesabaran dan ketabahan mereka dalam menghadapi mehnah dan cobaan, juga keyakinan mereka pada janji-janji Tuhan.
Kita lupa bahawa keperitan, luka-luka dan darah yang mengalir di jalan dakwah dan tarbiyah ini hanyalah suatu proses untuk menjadikan kita lebih kuat dan kentang goreng rangup bersalut garam lazat heyy! Err. Ia adalah suatu proses penapisan oleh Allah, untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar seriyes dan kuat dengan dakwah dan tarbiyah sahaja yang akan kekal untuk terus memegang obor-obor perjuanganNya.
Maka rugilah untuk kita yang tertapis. Amat kerugian buat kita yang tertinggal di belakang, dek kerana kita yang tidak memberikan peluang kepada diri kita untuk membuktikan bahawasanya diri kita mampu. Alangkah ruginya kita! Alangkah!
Ya, kita mungkin pernah jatuh dek terlanggar halangan di hadapan. Tapi itu bukan alasan untuk kita bangkit semula dan meneruskan perjalanan, bukan..? [Kredit] |
Berapa ramai di kalangan kita yang begitu mudah mengalah apabila dijentik dengan mehnah? Berapa ramai di kalangan kita yang amat cepat berputus-asa apabila dihumban dengan cobaan? Dan berapa ramai antara kita yang terduduk dan tersungkur, tidak mahu bangkit-bangkit kembali hanya kerana tersadung akar fitnah dan ujian sekali?
"Ish malaslah aku ikut bulatan gembira macam ni. Dah lama aku tercampak kat Pekan Jin Bertendang ni, takde mana-mana Ikhwah pon yang peduli pasal diri aku. Sudahlah."
"Aduhai, beratnya ujian kerjaya ni. Mana ada masa nak ke konferens riang semua tu. Nak bawa bulatan gembira..? Ish tak dapatlah.. Insha-Allah Allah faham keadaan aku sekarang ni."
"Allahu Allah. Apa pasallah begitu perit mehnah yang Allah turunkan pada saya ni. Mungkin Allah nak suruh saya berehat dahulu daripada dakwah dan tarbiyah ni. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya turunkan gear dahulu..."
"Macam ni ke ukhuwwah dalam dakwah dan tarbiyah? Saling menikam dari belakang! Saling bergaduh dengan benda-benda kecil yang tak membuahkan amal! Kalau macam ni lah dakwah dan tarbiyah, ah, lebih baik aku jadi orang yang biasa-biasa sahaja!"
"Segan la saya nak sertai semula bulatan gembira, konferens riang semua tu. Ish nanti kena bawa bulatan gembira lagi! Seganlah.. Dah lama saya tinggalakan semua tu. Takpelah, Insha-Allah saya boleh survive sorang-sorang.."
Uh oh.
Anda biasa dengan monolog-monolog dalaman seperti di atas? (Kalau tak biasa pon, sila angguk-anggukkan kepala anda sebagai tanda sokongan kepada Inche gabbana. Wah!)
Sudahlah. Sudahlah melayan emosi dan perasaan anda yang membunuh itu. Sudahlah menggemukan ego anda yang semakin obes itu.
Ini jalan perjuangan. Sunnahnya memang akan dipenuhi dengan onak dan duri, ranjau dan kaca yang akan melukakan. Tidak tahukah anda? Atau sengaja buat-buat tidak tahu...??
Anda amat bertuah kerana pernah merasakan sentuhan hidayah yang masuk terus ke dalam hati. Dan kini anda mahu melepaskannya pergi..?
"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu..."
[al-Anfal, 8:24]
Ayuh kita sahut kembali seruan yang suatu ketika pernah menghidupkan hati kita yang mati dan jiwa kita yang tenat! Ayuh kita bangkit semula daripada kefuturan yang menghancurkan keimanan dan melemahkan kesungguhan! Ayuh kita kembali semula menelusuri jalan perjuangan ini dengan penuh keazaman dan keyakinan!
Ketahuilah, Roger Federer pernah juga futur. Dan dia tidak mungkin akan berada di kedudukan sekarang ini sekiranya dia tidak berusaha untuk bangkit semula, malah selesa untuk terus gugur dan tersungkur!
-gabbana-
Kepada anda yang masih belum bersama-sama dengan dakwah dan tarbiyah (atau tidak biasa pon dengan terma dakwah dan tarbiyah ni), artikel ni tetap relevan untuk anda. Malah untuk kita semua sebenarnya.
Anda mungkin pernah jatuh ke dalam lubang atau lembah maksiat yang gelap dan dalam. Anda mungkin pernah terperangkap dengan jerangkap samar jahiliyyah yang menghalang anda untuk berubah. Anda mungkin sudah terlalu larut dengan dosa dan noda, sehingga kadangkala ragu-ragu dengan rahmat dan ampunanNya.
Sudah tiba masanya untuk anda melepaskan diri daripada belenggu yang merosakkan iman ini. Sudah tiba masanya untuk anda bangkit semula, mengorak langkah dan berlari menuju redhaNya.
Kerana ketahuilah, Dia sedang menantikan anda untuk kembali padaNya dengan penuh setia.
Dan ketahuilah, masih ada sinar di hujung terowong.
Senyum.
13 Caci Maki Puji Muji:
air mata mengalir laju T_T
\(*.*)/
ya Allah, jadikanlah kami sebagai Supersaiya dalam dakwah ini..
yeah..bangkit semula..
setelah, beberapa kali futur, tak boleh asyik berada dlam keadaan selesa je..bangun wahai pembawa-pembawa islam semua...
ayuh sebarkan islam yang sebenar-benarnya ^_^
wah.terasa bersemngatttt sekali..:)
Setiap yang beriman itu,pasti ada masa silam,dan setiap yang berdosa itu,pasti ada masa depan.
hati ini harus dididik, untuk bukan sahaja selesa dengan kemenangan, tetapi selesa dengan 'kesakitan'.. semoga kuat untuk bangkit dan berlari lagi
Jazakallahu khairan akhi kareem.
assalammualaikum encik gabana
ehem, *telan air liur* sebenarnya saya segan nak bagitahu, tapi saya gagahkan juga kat sini, sebab ini mungkin untuk kepentingan orang lain yang macam saya juga..sebenarnya apa maksud futur?
danggg! nampak sangat x paham maksud sebenar entry nih..hew hew hew
boleh tak kalau en, selitkan sikit ruangan dalam setiap entry, tentang maksud perkataan2 arab nih..sebab bukan semua orang boleh faham melalui jalan cerita saja, mungkin ada yang perlukan direct meaning macam saya..
dan mohon maaf kalau ini bukan ruangan yang betul untuk saya mmberi candangan untuk majalah JOm, possible tak untuk letakkan ruangan macam 'arab for dummies' ke..hoho (tidak keterlaluan bukan?) sebab saya perhatikan banyak istilah2 arab yang digunakan dalam setiap artikel2 dalam majalah tersebut dan kadang kita angguk2 saja, walau x faham meaningnya.Tujuannya agar bila kita faham maksudnya,faham ceritanya dan moga lebih besar impaknya nanti.iA ^^..terima kasih
-anonymous yang dah lama tahan malu untuk mngutarakan perihal ni-
enonimus: ahahahaha. comel juga la komen anda ni.
Senanya..
Senanya...
Senanya...
DRAGON BALL ADA 7 BIJIK KESEMUANYA...!
*piaaaaappppp* Bunyi org kena pelempang.
Ehehm
Sebenarnya dah pnah dah buat artikel pasal maksud perkataan2 arab ni. siap bagi contoh ayat lagi. hohoho..
siap ada 3 edisi lagi! ;)
1) http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/12/kamus-dakwah-yang-hoyeeaahhh-10.html
2) http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/01/kamus-dakwah-yang-hoyeeaahhh-20.html
3) http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/03/kamus-dakwah-yang-hoyeeaahhh-30.html
Pastu kat Majalah JOM pon ada kalau tak silap saya. Kat bhg belakang skali. kalau tak silap ah, sbb mcm pnah terbaca. edisi ke berapa tak igt.
ok tu saja sebelum sy membebel dgn lebih pjg lebar. mekaseh sbb sanggup buang rasa malu ntok brtanya! saya yakin anda telah membantu ramai di luar sana daripada terjun gaung..! Wahahaha..
Aman dan salaam a'laikum!
entri yg berguna n penuh ngan semangat!!
assalamualaikum encik,
terima kaseh daun keledek :D
-anonymous-
Tulisan hitam x nmpk sgt~
ke ana yg rabun?
Inche gabbana.len kli gne la warna len.mkin brtambah rabun ana. Muahaha(glak jahat)
Post a Comment