Soal Jawab Bersama Inche gabbana 2.0
[Kredit] |
1) Apa hukum kalau tak bawa bulatan gembira? Adakah itu bermakna hati saya sudah keras?
Inche gabbana: Hukumnya Izhar Halqi. Nak tahu hati sudah keras ke belum, kena rendam dalam air dahulu.
2) Bagaimana nak jaga masalah hati ye Inche gabbana? Hari-hari ada je masalah pada hati ni.. Terseksa tahu!
Inche gabbana: Upah seorang jaga untuk menjaga hati anda itu dua puluh empat jam sehari. Tidak pon, cubalah kuncinya dengan mangga tebal cap Tapir Terbang. Insha-Allah akan sentiasa terjaga.
3) Saya banyak habiskan masa dan tenaga untuk dakwah dan tarbiyah, tapi keputusan hekzem saya tetap teruk. Inikah balasan Allah untuk saya?
Inche gabbana: Err.. Anda belajar tak..?
4) Mengapa saya kena sertai bulatan gembira? Apa yang bagus sangat dengan bulatan gembira tu?
Inche gabbana: Entah. Ada orang cakap kena sertai ke..? Baguslah. Ia boleh menurunkan berat badan secara mendadak di samping menjadikan mental dan emosi anda lebih stabil untuk suatu jangka masa yang boleh tahan panjang.
5) Saya tak tahu nak buat apa semasa cuti penggal ni. Cuti panjang-panjang ni merbahaya, boleh memfuturkan diri! Apa yang wajar saya lakukan Inche gabbana oii..??
Inche gabbana: Tolong Puan Mak basuh baju dan lipat kain, tolong Inche Ayah potong rumput dan ambil adik dari sekolah, tolong Puan Kakak Besar mop lantai dan tolong Inche Abang lap kipas. Banyak kan benda yang boleh dibuat..? Riang!
6) Inche, saya tak cantik. Muka hodoh. Banyak jerawat pula tu. Macam mana saya nak sukses dalam kerjaya macam ni? Macam mana saya nak kahwin..??
Inche gabbana: Pertamanya, percayalah anda tidak mahu kerja dan kahwin dengan mereka yang melihat pada rupa paras anda. Keduanya, buatlah macam mana pon asalkan anda nanti masuk sorga, sebab di sorga nanti semua orang pon muda-muda dan cantik-cantik belaka! Wahai!
7) Saya dah boleh tahan lama jugalah berbulatan gembira dan berkonferens riang, tapi saya masih gagal menarik ahli keluarga sendiri untuk bersama-sama dengan gerabak ini. Bagaimana sekarang lembu perang..? (Baca: How now brown cow..?)
Inche gabbana: Anda dah cuba menolak mereka pula..? Ahah!
8) Saya rasa saya ego. Tapi tulah, kalau ada orang tegur, memang sampai mati saya tak nak mengaku. Kalau ada orang tegur, konfem hidung saya kembang sampai ke telinga sebab cuba nak tahan marah. Macam mana ni Inche..??
Inche gabbana: Mula-mula buka peti ais dan masukkan gajah ke dalamnya. Kemudian tutup peti ais itu. Selepas itu, buka peti ais semula, keluarkan gajah dan masukan pula zirafah dan tutup kembali peti ais itu.
Eh?
9) Boleh tak kami nak jemput Inche gabbana jadi penceramah untuk salah satu program anjuran kami?
Inche gabbana: Tak boleh.
10) Kenapa nama gabbana..? Tak tsiqah langsung la!
Inche gabbana: Entah, tanyalah Puan Mama Inche gabbana, dia yang bagi nama. Wahahahaha..
Sabar sabar, jangan terjun gaung atau melompat di depan lori yang sedang laju di jalan raya. Siapa nak bagi makan anak bini kat rumah tu bang oii..?? Gelak keji.
-gabbana-
Insha-Allah kalau tiada aral yang melintang, menegak mahupon membujur, esok pagi akan bertolak ke negeri Che Siti Wan Kembang Kempis untuk menziarahi Puan Nenek yang sedang sakit tenat. Doa-doakan agar segalanya dipermudahkan.
17 Caci Maki Puji Muji:
Paling best yg ni.. :p
9) Boleh tak kami nak jemput Inche gabbana jadi penceramah untuk salah satu program anjuran kami?
Inche gabbana: Tak boleh.
Wahaha XD.
kesian, puan mama yang dipersalahkan, ehhe..
bleh lawan ust azhar ni. wahahaha
HAHAHA!
tenkiu inche gabbana. kinda my exam therapy hewwww.
JOM!?
singgah pekan chukai!! x2
ana ada kat situ tengah standby naik chopper.. wuwuwuu.. S.O.S
(akan diceritakan kenapa saya boleh berada disitu kelak)
alaa jemput pun tak boleh? :(
hahaa terbaik lar~ :D
btw,do follow my blog..thanks ;)
Amboih..Mencabarnya bahasa..wakaka..Nice entry!..Terus melaju!!!!
inche gabbana,
boleh jwb 1 lg soalan x??
kalau masih beralasan utk pergi ke bulatan gembira dan konferens riang, mcm mane tu?? adakah hati ni blom basah dgn D&T?
hmm...klu sye jenis yg x faham, sye akan fikir yg jawapan akhi agak kejam. Tp sye taw yg maksudnye sgt mendalam. :)
Erk
saya dah perah otak nk fhm mksud tersirat part gajah dlm peti ais, tapi msih tak fhm.
ke pmahaman saya yg kureng sikit?
Spacefishy, ni yang saya faham. Kalau kita fikir, boleh ke kita nak buat benda camtu? Masukkan gajah dalam peti sejuk, zirafah, unta ke apa ke. Tak kan? Lainlah kalau kita ni kartun. Hehe.
Jadi, kalau tahu macam-macam lagi benda yang kita tak boleh buat, kenapa masih nak rasai keegoan itu?
konferens riang tu apew yea? saya tak tahu.. =_="
konferens riang 2 conference laa...haha
inche gabbana,
pasal masuk gajah, kuar gajah, masuk zirafah, kuar zirafah dr peti ais tu maksudnya kene kuar ego masuk sabar, kuar sifat pmaarah msuk sifat sabar & sewaktu dgnnya ek??
jawapan yang memberangsangkan minda di pagi ini.
Alhamdulillah & terima kasih.
tersurat n tersirat..tanyalah diri.lain orang lain pandangannya.
Post a Comment