Gaban Juga Kepenatan
Wuddup? [Kredit] |
Saya kira, menjadi seorang Gaban juga pasti akan kepenatan. Sementelah berhempas-pulas melawan raksasa atau watak keji, pastinya Gaban akan kepenatan. Nak pulak musuh yang dilawan adalah seekor raksasa yang boleh tahan kuat dan hebat kuasanya. Pasti letih juga Gaban seusai habis berlawan.
Malah menjadi Super Saiya juga tidak lari daripada berasa penat dan letih. Akibat dipukul dan dibelasah bertalu-talu, dihujani pula dengan bola berapi dan tembakan laser dari pelbagai arah dan sumber, tubuh badan mereka menjadi lesu dan lemau. Ketika ini, kacang ajaib menjadi penawar di saat-saat keletihan dan tidak bermaya. Sebiji kacang sudah mampu menjadikan diri bertenaga semula.
Maka, kalaulah menjadi Gaban dan Super Saiya juga tidak dapat lari daripada berasa penat, apatah lagi saya manusia biasa yang marhaen lagi hina ini. Uhuk.
Semalam baru usai berjaulah (baca: Jalan-jalan makan angin sambil memburu redha dan chentaNya!) bersama hadek-hadek terchenta ke Terengganu. Jaulah ini merupakan sebahagian daripada sebuah program yang dianjurkan untuk mereka. Maaf, nama program ini terpaksa dirahsiakan bagi menjaga kemaslahatan ummah secara amnya, juga bagi mengelakkan kami disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Ok, sungguh bajet di situ. Wahahaha.
Kami bertolak ke Terengganu pada awal pagi Khamis, meskipon pelan asalnya adalah untuk bertolak pada Rabu malam Khamis. Kami singgah di Pantai Balok, Kuantan untuk bermain air, berperang dan bergusti pantai. Setelah semua otot menjadi kejang dan keletihan (dan sempat pula mengadakan sesi ringkas majlis air mata), kami menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu setelah mendengar sedikit taujihat dari seorang syaikh yang sudah mampu berjalan di atas air. Eheh.
Kami tiba di Kuala Terengganu agak lewat, lari jauh berganti-ganti daripada pelan asal kami. Maka, setibanya di rumah ikhwah, program semai kasih mesra dan bertaaruf yang dirancang lebih awal terpaksa ditukar kepada marilah-kita-bentang-toto-dan-pengsan-beramai-ramai-heyyy! Wah!
Sepanjang kami di Kuala Terengganu, kebanyakan aktiviti dan program yang dirancang adalah lebih berbentuk ukhuwwah dan merapatkan hubungan sesama para peserta program. Memandangkan mereka sudah dipukul, dibelasah, ditembak, dibakar dan dicarik-carik hati mereka berkali-kali (Sebab itulah saya terpaksa rahsiakan nama program; terlalu ekstrem! Ahah!) sebelum berjaulah, maka saya kira molek juga sekiranya jaulah yang dilakukan lebih berbentuk santai dan lek lek isap okok dulu! Err.
Namun begitu, kami tetap bertuah kerana diberi kesempatan untuk mendengar taujihat daripada Syaikh Super Saiya Ustaz Lokman Awang di suraunya pada petang Jumaat. Perkongsian yang ringkas dan padat, cukup dos untuk mengetuk hati dan jiwa kami yang mendengarnya. Kami juga amat-amat bertuah kerana diberi pula peluang untuk duduk-duduk dan beriman sejenak (literally) bersama dengan Syaikh Kabeer Jiddan al-Ustaz Zawawi Ali, meskipon pada mulanya kami dimaklumkan yang beliau tidak dapat hadir bersama-sama kami. Sekali lagi, hati kami dipalu hebat apabila melihat sendiri bagaimana seorang dai'e hebat yang sudah puluhan tahun berada di atas jalan ini, masih bersemangat berkongsikan pengalaman dan wasiat dakwahnya kepada kami semua. Kami memang sumpah amat sungguh sangat-sangat bertuah! Wahai!
Pada petang Sabtu, kami sempat pula mengadakan aktiviti 'Ukhuwwah Race' di mana objektif utama aktiviti ini adalah untuk menguji ukhuwwah dan kesabaran di kalangan para peserta, di samping semangat kepasukanan untuk menjuarai perlumbaan tersebut. Boleh tahan ramai jugalah yang hampir-hampir kecundang dengan ujian ukhuwwah yang telah diberikan kepada mereka semua. Tutup mulut sambil gelak keji.
Kami bertolak semula ke Kuala Lumpur pada malamnya. Walaupon sudah agak lewat dek sempat pula kami menziarahi seorang hadek yang menjemput kami singgah ke rumahnya bagi menikmati hidangan super osem Puan Mamanya, kami gagahkan juga diri untuk bertolak pada malam itu juga memandangkan ada urusan penting yang perlu kami selesaikan pada keesokan harinya.
Hal itu juga bermakna kami terpaksa berpisah dengan beberapa orang peserta, kerana mereka adalah orang asli Pantai Timur sayugia mereka akan pulang terus ke teratak masing-masing tanpa perlu ke Kuala Lumpur semula. Walaupon tiada majlis air mata kali ini *koff*, saya secara peribadinya berasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan segelintir hadek-hadek yang selepas ini, amat sukar sekali mahu bertemu mesra seperti selalu.
Apatah lagi pada malam yang sama, seorang hadek telah meminta untuk bertemu mata ke mata dengan saya untuk melakukan sedikit sesi borak bantal bersama. Alangkah leganya rasa hati kerana pada malam itu, banyak sangkaan-sangkaan dan perkara-perkata tertangguh sebelum ini berjaya dirungkaikan. Benarlah kata orang, kalau ada dzan di hati, kau pergi je jumpa dia cakap terus-terang weyy kau mahu gaduh ke konfem setel...!! Eh?
Tetapi sesi yang bersama menyebabkan hati ini bertambah rindu padanya. Juga berasa bersalah yang amat kerana selama ini perlbagai sangkaan berbuku tebal tiga inci di hati. Walaupon tidak banyak bawang yang dihiris pada malam itu, hati ini terasa begitu sebak dan sayu mahu berpisah dengan hadek tersebut. Sempatlah saya menitipkan sedikit nasihat dan kata-kata semangat, juga menghadiahkannya satu pelukan erat sebagai tanda hey saya sayang anda tahu..?? sebelum kami berpisah.
Kami meredah jalan dam kepekatan malam yang hitam. Kami memecahkan konvoi kami (ada tujuh buah kenderaan kesemuanya) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Humaira', buah hati jantung pisang saya dan kumpulan kedua pula diketuai oleh Honda Stream yang dipandu oleh samseng Kampung Pinang Sebatang. Wahahahaha. Err. Memandangkan salah seorang pemandu kenderaan dalam kumpulan saya hampir sahaja pengsan dah sudah mula berhalusinasi ada makcik jual nasi lemak di tepi jalan, kami terpaksa memberhentikan perjalanan dan berehat sebentar di sebuah kawasan masjid.
Perjalanan diteruskan pada jam kurang lebih empat setengah pagi. Kami berhenti seketika di sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Di sinilah sebuah kejadian sadis lagi tragis telah berlaku di mana telefon-i saya dengan penuh riang gembira telah meluncur masuk dengan riang gembira sekali ke dalam tangki air sebuah jamban. Saya ulangi, tangki air jamban dan bukan masuk lubang jamban sekian terima kasih. Akibatnya, sehingga saat post ini dinukilkan, telefon-i saya masih lagi biol dan tidak dapat menjalankan tugas dan amanahnya dengan baik lagi cemerlang. Peluh besar.
Tetapi entah mengapa, saya agak rilek dengan kejadian tersebut. Tidak terasa sedih mahupon geram apatah lagi terasa seperti hendak lempang seseorang. Ahah! Malah, seorang hadek yang mengetahui kejadian ini berasa sedikit hairan dan sempat meluahkan:
"Eh tapi kenapa [Inche gabbana] boleh senyum je bila keluar dari tandas tadi..?"
Alhamdulillah, mungkin inilah berkat tarbiyah berjaulah bersama mereka ini. Senyum.
Kami selamat tiba ke destinasi di Kuala Lumpur (juga terpaksa dirahsiakan lokasi sebenarnya, risau nanti ada yang mahu mengebom kami) lima belas minit sebelum jam dua belas tengah hari. Seusai sahaja saya meletakkan beg, bantal dahulu yang dicari dan suis pengdingin hawa terus dibuka tanpa berlengah-lengah lagi. Saya selamat pengsan untuk beberapa ketika sebelum dikejutkan untuk solat Zuhur dan bergegas pula untuk misi yang seterusnya. Alhamdulillah.
Maka tamatlah kisah jaulah syitawiyah (suka-suki je bagi nama, walhal bukan musim sejuk ponnn!) kami selama kurang lebih empat hari itu. Banyak pengajaran dan ibrah yang kami perolehi daripada jaulah yang sumpah menyeronokkan dan mengujakan itu. Malah, rata-rata hadek-hadek yang menyertai jaulah ini mengakui yang kini mereka lebih faham mengapa as-Syahid Hassan al-Banna meletakkan jaulah sebagai salah satu wasilah yang wajib dilalui dalam tarbiyah.
Cuma kepenatan yang dirasakan cukup menguji keimanan. Sehingga ke saat ini, saya masih merasakan penangan keletihan akibat berprogram selama lebih sepuluh hari tanpa henti. Masuk ke ofis pagi ini dengan keadaan kulit terbakar, mata separa zombie dan cara berjalan yang tidak sejantan dan segagah selalu. Wahahaha. Seluruh badan masih terasa lenguh-lenguh dan kesakitan. Kalau dihulurkan bantal dan tilam spring ketika ini, saya berani jamin seratus tiga puluh tujuh persen yang saya akan tidur kurang lima saat selepas melabuhkan kepala. Ewah!
Tetapi ia adalah kepenatan yang sumpah osem. Ia adalah kepenatan yang merapatkan ukhuwwah dan persaudaraan. Ia ukhuwwah yang menjadi saya lebih dekat denganNya. Dan ia kepenatan yang merungkaikan keresahan dan kegelisahan di hati.
Untuk itu, saya amat menghargai dan mensyukuri nikmat kepenatan itu. Untuk itu, terima kasih Allah.
Bukankah Gaban juga kepenatan..? Senyum sambil air mata mengalir perlahan.
Maaf tidak dapat menyertakan gambar-gambar ketika jaulah. Bukan setakat mahu melindungi kemaslahatan ummah secara amnya, tetapi juga mengambil kira telefon-i saya yang masih dalam mode kapal selam.
Terima kasih tidak terhingga kepada ikhwah di Kuantan dan Terengganu yang sudi menjadi tuan rumah kepada kami. Maaf terus dari hati atas perangai kurang sopan kami yang nakal dan suka buat kepala sendiri (Baca: Syiar! Eheh.). Maaf juga untuk segala kekurangan di pihak kami dalam menunaikan hak ukhuwwah anda semua. Jangan ban kami untuk berjaulah kami sudahlah! Wahahaha... Jazakumullahu khairan katheera jaza'!
Alhamdulillah, kepulangan dari jaulah disambut dengan berita gembira kemenangan Dr. Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir. Insha-Allah, saya amat optimis ini adalah permulaan untuk siri-siri kemenangan yang lebih besar dan bermakna di masa hadapan! Allahu Akbar!
Post ini saya dedikasikan khas untuk Inche X. Anda tahu siapa anda. Dan saya amat merindui anda tahu? Senyum.

-gabbana-

11 Caci Maki Puji Muji:
errr anda S/U program kah?
hah
laporan majalah sekolah terbaek :P
Kalau tak buat lawak tahap super saiya bukan lah Inche Gabbana -___-"
haha.
Mashallah. May Allah bless your jaulah! Rindunya mauuu jaulahhhh, and the tarbiyyah gain along the journey. Precious :')
bessnye dapat dgar kata2 penuh berhikmah dri UST LOKMAN....jelesssss!!!!
Haha. Anda memang berbakat jadi S/U lah. Heh.
arghhhh~
kenapa best sgt jaulah neh =.=
ana dapat merasakan kehangatan ukhuwahnyee...
untunglaa inche gabbana
untunglah IG dapat ber-jaulah bersama-sama ikhwah2 yang dirahsiakan nama mereka.
semoga telefon-i cepat sembuh, supaya koleksi buah epal kembali cukup.. hehe. senyum. :)
Tak sangka Inche Gabana berada di Kuala Terengganu bersama kami pada hujung minggu lalu..kalau tidak sudah tentu makcik ini sudah potpet2..Alhamdulillah walau pun tidak sempat mengenali anak muda hebat ini namun we were very happy to get to know those very enthusiastic (read: bersemangat) future leaders that you brought with you...
Akhirnya dpt ketemu dgn inche gabbana dan ikhwah2 yg lain...
Seronok dpt jumpa kalian...
Jemput dtg lagi ke terengganu :)
Terengganu kat ne bro ?
bila baca post ni teringat lagu kenangan terindah by samsons..
semoga segala kenangan terindah dlm hidup menjadi azimat utk kita menjadi insan yg bersyukur dan lebih matang jalani hidup :)
mcm mini amazing race
Post a Comment