19 June 2012

Mengapa Anda Perlu Sokong Dr. Morsi

[Kredit]

Rata-rata daripada anda yang bersama-sama dengan gerakan berbentuk haraki, saya pasti anda semua mengikuti perkembangan politik Mesir dengan penuh setia lagi hidung kembang-kempis sekali. Tidak kiralah anda dari geng-geng tarbiyah, geng-geng masyarakat, IKRAM, ISMA, PAS dan lain-lain lagi, status-status anda di MukaBuku dan kicauan-kicauan di Pengicau, jelas menunjukkan anda yang cakna dengan isu ummah semasa menyokong penuh Dr. Morsi sebagai Presiden pertama untuk Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak.

Ini adalah satu perkembangan yang cukup menarik lagi menyegarkan. Ternyata, Dr. Morsi (dan perjuangan politik Ikhwanul Muslimin) mampu menyatupadukan ummah dan fikrah! Walawehhhh!

Tetapi untuk anda yang tidak begitu terdedah dengan gerakan-gerakan haraki, atau tidak pula endah dengan isu ummah semasa, mungkin kurang faham mengapa mahu sibuk-sibuk dan bising-bising dengan pilihanraya sebuah negara nun berpuluh ribu batu jauhnya dari Malaysia tanah tumpah darahku. Moto anda: Heyyy ada aku kesahhhh..?? Erk. 

Dalam satu jalan (Baca: In a way), saya boleh faham pendirian dan situasi anda. Yalah, mengapa mahu cakna dengan pilihanraya sebuah negara yang mana, apa-apa pon keputusannya tidak akan mempengaruhi atau mengganggugugat kehidupan anda sehari-hari bukan? Apatah lagi ia tidak memberi apa-apa faedah baik dari segi emosi dan material, juga tidak meningkatkan keimanan anda; jadi mengapa mahu sibuk-sibuk bukan..?

Uh oh.

Begini. Hujahnya hampir sama dengan mengapa kita perlu cakna dan peduli dengan isu Palestin, Syria, Myanmar dan isu-isu yang seangkatan dengannya. Pilihanraya Mesir adalah isu ummah, isu kita. Apa-apa sahaja keputusan yang bakal keluar nanti, tidak boleh tidak, ia pasti akan mengesani dan memberi impak kepada kita, sama ada secara langsung atau tidak. Bagaimana? Akan saya terangkan nanti.

Terbaru, Ikhwanul Muslimin telah pon mengumumkan bahawa mereka telah memenangi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Dengan kata lain, Presiden Mesir sudah pon dipilih dan insan yang bakal membahu amanah dan tanggungjawab yang maha berat itu tidak lain dan tidak bukan adalah Dr. Morsi, yang merupakan Pengerusi Parti Kesejahteraan dan Keadilan (Hizb Al-Huriyyah wal 'Adalah) yang berpayungkan Ikhwanul Muslimin, sebuah organisasi (jemaah lebih kool bunyinya) yag diakui sendiri oleh Amerika Syarikat sebagai sebuah organisasi yang cukup berpengalaman dan sangat tersusun di Mesir.

Dr. Morsi berjaya meraih lebih lima puluh dua perpuluhan lima peratus undi (Baca: 52.5% Eheh), yakni kurang lebih tiga belas juta undi percaya rakyat Mesir, untuk mengangkatnya menjadi Presiden Mesir yang baharu. Walaupon keputusan rasmi pilihanraya tersebut tidak akan diumumkan sehingga dua puluh satu haribulan nanti, petugas-petugas pilihanraya Ikhwan telah pon mengesahkan kemenangan ini melalui kiraan undi mereka.  

Menariknya, bagaimana Ikhwan dengan pantas dan begitu yakin sekali telah mengumumkan kemenangan bersejarah ini, meskipon keputusan rasmi belum lagi diumumkan. Hal ini dilihat sebagai suatu tindakan yang cukup bijak dan licik oleh pemerhati politik Mesir, kerana ia memberikan isyarat dan amaran pada masa yang sama, kepada pihak tentera tinggalan rejim Mubarak supaya tidak melakukan apa-apa tindakan keji untuk menipu keputusan pilihanraya tersebut.

Sekiranya benar Dr. Morsi bakal menduduki pejabat Presiden Mesir setelah kejatuhan Mubarak, hal ini merupakan suatu titik yang cukup bersejarah dan manis dalam lipatan sejarah Mesir secara amnya, dan Ikhwanul Muslimin secara khususnya. Anda yang mengikuti perkembangan dan sejarah perjuangan Ikhwan, pastinya amat faham dan jelas mengapa kemenangan dalam pilihanraya Presiden ini cukup bermakna dan signifikan buat mereka.

Setelah berpuluhan tahun diseksa dan ramai pula di kalangan mereka yang menjadi penghuni tegar penjara-penjara di Mesir, ditidakkan hak mereka untuk menubuhkan parti politik dan pelbagai lagi bentuk penindasan dan penghinaan yang dikenakan ke atas mereka, Ikhwan bangkit pasca Revolusi Mesir dengan kekuatan yang luar biasa dan penuh bergaya sekali. Berkat kesabaran dan ketabahan mereka, Ikhwan berjaya melakar sejarah yang penuh gilang-gemilang apabila mula memasuki fasa baru, yakni fasa dauli (fasa kerajaan sendiri) yang selama ini hanya mampu dicanang-canangkan pada ceramah-ceramah dan risalah-risalah mereka sahaja.

Lantas hal ini menutup mulut mereka yang selama ini skpetikal dan prejudis dengan kemampuan Ikhwan untuk menegakkan kerajaan Islam, dengan konsep maratibul amal mereka yang kononnya lembap dan tidak efisien itu (Baca: Kalau macam ni, sampai bila Islam tak akan menang; asyik nak berbulatan gembira sahaja!). Nah, Ikhwan di Mesir telah pon membuktikan dengan amal dan berkat kesabaran mereka, dengan melalui jalan-jalan yang telah pon dirintis oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat suatu ketika dahulu, dengan menaiki satu-persatu anak tangga amal dengan tidak terkocoh-kacah dan tergopoh-gopoh, dengan memenuhi hak setiap fasa dan mihwar dengan penuh adil dan saksama,  kemenangan itu pasti akan menjadi milik kita juga suatu hari nanti!

Juga yang menarik tentang pilihanraya kali ini adalah bagaimana Dr. Morsi boleh sampai sehingga ke tahap ini. Dia yang pada mulanya merupakan calon tidak popular setelah menggantikan Khairat Shatir yang dibatalkan kelayakannya untuk bertanding, malah digelar pula sebagai tayar spare sahaja, telah berjaya mendiamkan para pengkritiknya. Ia juga menunjukkan kematangan para pengundi Mesir kerana siapa yang bertanding bukanlah persoalan utama; yang lebih perlu diberi perhatian adalah perjuangan yang dibawa oleh calon yang bertanding, juga siapakah di belakang calon tersebut yang akan menyokong dan membantunya melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Presiden nanti. Yang pasti, Dr. Morsi sebagai Presiden adalah sesuautu yang cukup kool sekali kerana Mesir bakal menyaksikan seorang hafiz mengepalai negara mereka! Ini.. Ini.. Ini sumpah osemnesss melampau-lampau...!

Dan yang lebih utama, hal ini menjadi bukti pengukuh keyakinan kita semua bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada sesiapa sahaja yang Dia sukai. Dan pastilah kemenangan itu akan menjadi milik mereka yang sudah benar-benar bersedia. Senyum. 

Calon-calon presiden untuk pusingan pertama pilihanraya presiden Mesir. [Kredit]

Kemenangan Ikhwan di Mesir adalah jauh lebih bermakna daripada kemenangan parti an-Nahda' di Tunisia yang juga merupakan cawangan Ikhwan di sana atau Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia, yang juga menjadikan perjuangan Ikhwanul Muslimin sebagai rujukan utama mereka. Pertamanya kerana Mesir adalah tempat lahirnya as-Syahid Hassan al-Banna, pengasas kepada Ikhwanul Muslimin, seorang mujadid yang bertanggungjawab menyebarluaskan dakwah dan tarbiyah ke seluruh dunia. Dan keduanya, faktor sosio-politik dan geo-ekonomi Mesir yang cukup strategik dalam mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Islam sebagai ad-deen di persada antarabangsa.

Lantas hal ini bakal menjawab persoalan anda sebelum anda sempat bertanya: "Jadi Inche gabbana, mengapa kami perlu ambil kisah dan peduli dengan pilihanraya Mesir? Apa kena-mengena Pak Cik Morsi tu dengan kehidupan dan kesejahteraan hidup kami sehari-hari..??" Ahah.

Mudah.

Sekiranya Ikhwan benar-benar akan memerintah Mesir kelak, ia akan membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban dunia, pasca kejatuhan khilafah pada tahun 1924. Perlu diingatkan bahawa tujuan asal penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh as-Syahid Hassan al-Banna adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengembalikan sistem khilafah di muka bumi ini. Lantas kemenangan Ikhwan di Mesir bakal merintis usaha-usaha yang lebih serius dan berfokus ke aras menegakkan semula khilafah di galaksi bimasakti ini. Bayangkan Mesir yang diperintah oleh Ikhwan, berpadu tenaga pula dengan Parti an-Nahda' di Tunisia dan disokong pula oleh Erdogan di Turki... Walawehh! Hasilnya pasti cukup meriangkan!

Keduanya, Mesir adalah kunci kepada pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis laknatullah. Selama Mesir diperintah oleh rejim Mubarak, Mesir telah dijadikan boneka oleh Amerika Syarikat dan Israel Haram untuk terus menjadikan Palestin sebagai sebuah negara tebusan. Pintu-pintu masuk ke Palestin melalui Mesir semuanya ditutup, menjadikan bantuan kemanusiaan ke sana ibaratnya seperti menanti dengan penuh sabar umat Islam nak boikot Coca-Cola dan McDonalds. Eh. Arakian kalau kita benar-benar serius dan komited dalam usaha-usaha untuk membebaskan Palestin, maka tidak boleh tidak, kita mesti menyokong calon Ikhwan, Dr. Morsi dalam pilihanraya kali ini.

Dan ketiganya, kita tiada alasan untuk tidak menyatakan sokongan kita kepada Dr. Morsi dan Ikhwan kerana perjuangan yang mereka bawakan adalah perjuangan suci untuk menegakkan kembali Islam di muka bumi Allah ini. Sejarah hampir seratus tahun penubuhan Ikhwan telah membuktikan bahawasanya mereka tidak punya apa-apa kepentingan peribadi melainkan semata-mata mahu melihat semula Islam memerintah dunia yang fana ini. Maka menjadi tanggungjawab semulajadi kita untuk menyokong perjuangan Ikhwan, saudara-saudara seIslam kita di Mesir sana. 

Ruh revolusi rakyat Mesir hanya akan terus hidup sekiranya Dr. Mursi dilantik menjadi Presiden! [Kredit]

Saya amat optimis dan positif, gelombang perubahan yang besar bakal melanda Timur-Tengah sekiranya Ikhwan benar-benar dapat memerintah Mesir. Dan pastinya, gelombang ini pasti akan tiba jua di persisiran pantai negara kita dan sekitarnya. Mungkinkah ini tanda-tanda awal kepada kebangkitan semula sistem khilafah yang menuruti manhaj kenabian seperti yang disebut dalam suatu hadith ar-Rasul SAW? Allahu a'lam.

Yang pasti, perjuangan menegakkan Islam sebagai tuan dan rujukan kepada seluruh alam adalah suatu perjuangan yang masih panjang. Hatta Ikhwan sudah sah bakal membentuk kerajaan di Mesir sekalipon, ia sebenarnya merupakan suatu permulaan kepada sebuah fasa yang lebih mencabar dan menggarukan kepala. Jangan lupa, umat Islam buat pertama kalinya terpaksa berhadapan dengan orang kafir dalam peperangan Badar al-Kubra sementelah mereka mendapatkan Madinah dan menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang pertama.

Ia bakal menjadi pentas buat Ikhwanul Muslimin untuk membuktikan cakap-cakap dan tulisan-tulisan mereka selama ini. Ia merupakan peluang keemasan buat mereka untuk merealisasikan ideologi dan perjuangan mereka, membuktikan bahawa mereka bukan hanya tahu memalu gong dan menjadi tin kosong. Ia bakal menjadi penentu sama ada Ikhwan benar-benar ikhlas dan komited dengan perjuangan mereka selama ini! Dan pastinya, untuk melakukan semua ini, ujian, fitnah dan tribulasi tahap raksasa gorgon akan datang menyerang bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan!

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dan bersiap-siaga untuk bersama-sama dengan Ikhwan apabila Allah menurunkan ujian dan mehnah besar nanti, sekiranya benar Mesir bakal diperintah oleh mereka..? Gulp.

Masih ada dua hari sebelum keputusan rasmi pilihanraya Presiden akan diumumkan. Dan sehingga itu, apa-apa sahaja boleh terjadi. Apa-apa sahaja. Tindak-tanduk pihak tentera kebelakangan ini jelas menunjukkan yang mereka masih mahu mencengkam kepada kekuasaan yang ada pada mereka, lantas menguatkan lagi kesangsian bahawa saki-baki tinggalan rejim Mubarak masih segar dan berpengaruh.

Maka sehingga itu juga, kita mesti mendoakan kemenangan Dr. Morsi dan perjuangan Ikhwan di sana. Kita mesti yakin bahawa kemenangannya bakal merobah lanskap bukan sahaja umat Islam di Timur Tengah, tetapi umat Islam di seluruh dunia. Kerana kemenangannya adalah kemenangan kita jua. Perjuangan mereka adalah perjuangan kita!

Selepas Mesir, apa pula seterusnya..? Syria, Malaysia dan seluruh dunialah! Ahah!

Allahu ghayatuna!
Ar-Rasul qudwatuna!
Al-Quran dusturuna!
Al-Jihad sabiiluna!
Al-Mautu fi sabilillah, asma amanina!
 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar, walillahil hamd!

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[an-Nasr, 110:1-3]

Moga al-Haq akan menang! Pasti menang! Senyum selebar-lebarnya.

-gabbana-

Dup dap dup dap. Debar menantikan keputusan rasmi pilihanraya Presiden Mesir. Mungkinkah Dr. Morsi sebagai Presiden akan menjadi suatu kenyataan..? Insha-Allah boleh! 

27 Caci Maki Puji Muji:

Faiqah Umaira 19/06/2012, 16:13  

Insyaallah.. Moga-moga Allah permudahkan jalan buat mereka dan supaya umat Islam terhindar daripada belenggu penjajahan barat dan hedonisme dan bla bla..

athirahariffin 19/06/2012, 17:38  

di Malaysia pun bila pru nanti, moga parti Islam yang akan menang :)

mencari pintu itu 19/06/2012, 18:16  

nice..

Anonymous 19/06/2012, 18:23  

Sampai bila mahu berbulatan gembira saja?

syamil 19/06/2012, 18:53  

well elaborated..nice akhi =)

UMAH 19/06/2012, 19:23  

kawaii.. ^_^

mardhiyah 19/06/2012, 19:34  

kalau kita dah sokong ikhwan di mesir, mengapa tidak bantu negara sendri untuk mencapai apa yang mesir akan capai ?

jom gi mesir 19/06/2012, 21:46  

everything in its own time..like same verse in different song.

Haura' Al Hamra' 19/06/2012, 23:52  

insyaAllah..amin ya rabbal 'alamin..

[H]afiz Al-[F]aizy 20/06/2012, 05:20  

wallaweyh...coretan yg masyuukk skali...tahniah atas penulisan yg menarik ! :)

Inspector Saahab 20/06/2012, 10:49  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 20/06/2012, 11:37  

kemenangan atau perangkap Israel ?
http://www.youtube.com/watch?v=E8csqSt0M4k&feature=related

Fishy 20/06/2012, 11:41  

insya Allah.. ini sudah lama kita nantikan. jangan putus berdoa semua!

Muhammad PeacemakerIslam 20/06/2012, 12:52  

InsyaAllah,moga kita doakan cahaya keislaman terus tertegak megah disana dan..
menjadi pedoman untuk kita...
bukan sahaja kemenangan..
tetapi bagaimana kemenangan itu dikecapi..

^___^ smile..

anamuzakkar =.= 21/06/2012, 08:16  

mashaAllah brader~
Go Go Morsi !
Moga cahaya Islam bersinar kembali di dunia ini~
UA !!

Anonymous 21/06/2012, 21:26  

siapa sudi ceritakan pada saya isu myanmar? aseef terkebalakang sedikit.

budakTanta 22/06/2012, 03:36  

keputusan pilihan raya tangguh lagi sbb ade byk bantahan~ doakanlah tiada penipuan berlaku.
moga Allah permudah segala.

salam dari Mesir :)

Anonymous 22/06/2012, 07:47  

mungkin perlu dikatakan oleh inche gabbana, yang bukannya hassan al banna dan ikhwan muslimin sahaja yang ingin menegakkan khilafah. usaha mengembalikan umat islam ke kegemilangan telah start berpuluh2 tahun sebelum hasan al banna lahir. bukan ikhwan sahaja yang berjuang,idea2 ini bergerak ke seluruh dunia islam,hingga ke kosovo, ke china, ke tanah melayu sendiri,dan indonesia. ini sebelum masuk 1900. sebelum hassan al banna, sebelum khilafah jatuh. pelopor2 idea reform ini dah bergerak lama dahulu di rantau asia tenggara ni. baguslah kita cakna akan ikhwanul muslimin, tapi jgn sampai tidak mahu cakna mengenai perjuangan untuk mengembalikan kegemilangan islam yang sudah bertapak di negara kita awal kurun 20.

Unknown 22/06/2012, 18:16  

tahniah,inche gabbana for this awsome post. osem sangat lah. siap ada explaination lagi.

Anonymous 23/06/2012, 13:37  

dauli dah ke? hukumah lagi kot

cik.furas 23/06/2012, 13:57  

boleh sape2 bgtau keputusan rasmi dah keluar ke belum?n memihak kpd siapa?

syhrmdzffr 25/06/2012, 19:49  

undoubtedly:')
this is an incredible sign of Allah:)
alhamdulillah.ikhwan dah menang!

inche gabana buatlah post tentang kemenangan dr morsi pulak:)

hambahina 25/06/2012, 21:13  

ikhwan menang di pentas politik. Dengan kuasa pemerintahan yang ada sekarang mereka boleh laksanakan Islam. Dalam masa yang sama, tangga muratibul amal itu terus berjalan. Ikhwan tak tunggu sampai semua rakyat mesir sempurna barulah beralih kepada kerajaan. Di sana masih banyakkk yang belum faham Islam.
Di Malaysia, jemaah apa agaknya yang mirip konsep ikhwan ini? Moga terbuka hendaknya mata2 mereka yang berfikrah Islam tapi alergic politik!

Anonymous 25/06/2012, 22:13  

benar sekali. perjuangan islam tidak boleh gopoh gapah.

ambil contoh Pas di Malaysia yg ditubuhkan lebih 50 tahun masih belum berjaya untuk mentadbir negara.

pencapaian di Kelantan sejak 20 tahun lalu juga menunjukkan contoh yg praktikal bagaimana maratib amal itu dilaksanakan. 20 tahun bukan esok ataupun kelmarin tetapi ia panjang. sungguh panjang.

maratibul amal ikhwanul muslimin ini tidak seharusnya difahami secara surface. Bukan semua pengundi mesir adalah ahli ihwanul muslimin. Oleh itu dakwah fardiyah akan terus bermula walaupun mereka telah sampai kepada maratib ke-5 iaitu pembinaan daulah.

turun naik tangga maratib amal ini akan terus berlaku kepada setiap orang.

jika secara idealnya maratib amal ini ingin diikut, sudah tentu Rasulullah takkan berpindah ke Madinah meninggalkan kaum keluarga baginda sendiri yang masih musyrik di kota Makkah.

Jika telah sempurna pembinaan individu Muslim di kota Madinah, tidak adalah kelompok yang direkodkan oleh al-Quran sebagai orang munafik yg menghuni kota Madinah dan menjadi gunting dalam lipatan sepang dakwah 23 tahun Rasulullah s.a.w.

Sirah Rasulullah s.a.w menunjukkan setiap tindakan baginda dan keputusan yg dibuat adalah berlandaskan konteks, keperluan ummah dan panduan wahyu. Jadi Rasulullah berhijrah dan membina negara islam Madinah sekalipun kaum keluarga baginda sendiri di kota Makkah masih belum Islam sepenuhnya.

(dakwah kepada pembinaan individu muslim dan keluarga muslim boleh didahului oleh maratib-maratib yang lain dlm sirah nabi)

http://chemekmolek.wordpress.com/2008/12/20/tahap-tahap-amal-maratibul-amal-imam-hasan-al-banna/

mimiess 26/06/2012, 12:41  

salam.

tabik spring kpd inche gabbana! :)
hebat apabila individu yg osem menghuraikan isu semasa politik dunia.

+ like comment cekmekmolek di ats

peace yaww!!

nk smbung study genetics.
yeah2 in the middle of battle,
but ain't a crime to know bout the world aite??

teringat pepatah individu osem ni..

"kita kalo nk tggu sempurna dlu bru nk buat yg berikutnya,mmg xkan sempurnala sampai bila2."


mcm sy, nk study genetics ni sampai khatam semua buku antarabangsa pun,mmg xkan master petala 8 pun.
makanya, xsalah pun nk amik tau bab dunia,isu semasa,politik ekonomi n sosial.
sambil2 tu, hadamla genetics ni sekali. ^_^

kata2 kiasan dr bdk umor 21 thn.

mer 27/06/2012, 15:45  

dan tiada yang lebih menakutkan melainkan golongan yang sengaja menutup pintu hatinya daripada kebenaran..

Abu Salman Al Isafi 12/07/2012, 12:07  

Semua mesti dan wajib sokong Morsi dan Ikhwan Mesir...Tahniah ,,, kepada Ikhwan yang telah mendidik dan mentarbiah penduduk Mesir dengan Islam sebenar dan akomodasi semua umat Islam yang ada di sana tanpa melabelkan sape kafir dan sape beriman...semua Islam di kira Mukmin dan orang kafir di usahakan secara berwaspada....penting utk Parti Islam Malaysia belajar tahalluf mereka....jangan percaya kafir 100 % mcm Malaysia buat....hancur

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP