15 June 2012

Fenomena Ajaib Abad Ini

[Kredit]

Marcapada ini, perkataan dakwah dan tarbiyah tidak lagi asing dengan masyarakat umum di Malaysia ini. Mungkinlah masih ramai yang tidak memahami konsep sebenar dakwah dan tarbiyah dan tidak kurang jumlahnya yang masih memandang serong pada dua perkataan ini.

Namun secara perbandingannya, penerimaan terhadap dua konsep ini di zaman ini adalah jauh lebih baik dan menggalakkan daripada belasan atau puluhan tahun yang lepas, walaupon dakwah dan tarbiyah telah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi.

Dan hasil daripada penerimaan masyarakat yang lebih terbuka dengan dakwah dan tarbiyah ini, juga hasil usaha para penggerak dakwah yang lebih efisien, terbuka dan progresif, kita dapat melihat beberapa fenomena ajaib lagi menakjubkan sebagai manifestasi kepada perubahan mentaliti masyarakat terhadap Islam secara amnya, dan dakwah dan tarbiyah secara khususnya.

Apakah fenomena-fenomena yang dimaksudkan itu..? Mari kita sama-sama kaji dan lihat. (Sila duduk di kerusi kacang anda itu dan nikmatilah perkongsian ini. Air tin berkarbonat dan kacang goreng rangup juga amat digalakkan. Ini macam menarik! Ahah!)

Fenomena Satu: Nama anak lebih qawiyy daripada nama ayah

Tidak lama dahulu kita sering mendengar nama-nama anak yang moden berbinkan nama ayah yang, err, sedikit klasik. Contohnya:
  1. Muhammad Daniyal Danish bin Abu Bakar
  2. Kenji Ohio Nakamura bin Abdullah
  3. Ahmad Ryan Bieber bin Ali
  4. Sasha Fatin binti Bilal
  5. Marsha Julyana binti Zulfakar
Ehem.

Tapi kini situasinya sudah bertukar, terima kasih kepada ramainya orang yang terjebak dalam dakwah dan tarbiyah. Kini nama-nama anak-anak pula yang tampak lebih 'soleh' dan 'musleh.  Eheh. Misalnya:

  1. Abdullah Farouq bin Daniel Hafiz
  2. 'Umar Siddiqi bin Zahid Cruise
  3. Salman Ayyash bin Tengku Ronaldo
  4. Safiyyah Humaira' binti Elijah Kayu
  5. 'Aisyah Mujahidah binti Raja Fahmi
Fenomena Dua: Tudung bawal bertukar menjadi tudung DBKL

Dahulu susah nak jumpa wanita bertudung labuh. Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah rendah dahulu, ada seorang cikgu sains ni yang bertudung labuh. Setiap kali beri salam pada dia, mesti saya cakap, "Semekom ustazah!" dan jawapan dia sama setiap kali: "Waa'laikumuusalam saya buka ustazahlah.." sambil berpeluh kecil dan tersenyum adik manis. Eheh.

Kira golongan bertudung labuh ni adalah spesis yang hampir pupus dan terancam keselamatannya. Tetapi kini situasinya sudah bertukar. Tak sukar untuk berselisih dengan wanita yang bertudung labuh, baik di pasaraya besar Giant, di stesen-stesen LRT mahupon ketika memandu Mitsubishi Triton di jalan raya. Dan bukan setakat bertudung labuh biasa tahu? Tudung labuh DBKL siap menyapu lantai pon ada heyyy! Wahahaha.

Ini sumpah osemnesss. Senyum.

Fenomena Tiga: Membaca Quran di dalam keretapi

Err.. Baca Quran dalam keretapi? Kau buang tebiat ke hape ni..?? Tak pon kau ikut ajaran sesat dakkk..??

Mungkin itulah respon dalam hati orang-orang yang melihat sesiapa sahaja yang membuka mushaf al-Quran di tempat-tempat selain daripada rumah sendiri atau masjid dan surau. Itu pon kalau adalah yang membaca Quran di tempat-tempat lain. Hohoho..

Tetapi kini tidak lagi (walaupon respon-respon keji seperti di atas mungkin masih wujud). Bukan lagi suatu keasingan untuk melihat orang membaca Quran di dalam LRT atau komuter. Tambahan pula, dengan kewujudan Quran poket yang comel lagi bergaya tu (promote sket), kini membaca Quran walau di mana anda berada bukan lagi suatu perkara pelik tetapi benar dan mengundang jelingan-jelingan tajam.

Hey, ada aku kisah..??

Fenomena Empat: Rancangan-rancangan Islamik di telebisen

Dahulu susah betul nak jumpa rancangan-rancangan menarik yang berbentuk Islamik. Kalau ada pon Forum Perdana Hal-Ehwal Islam atau al-Kuliyyah. Itu pon seminggu sekali. Jejak Rasul setahun sekali. Masa siaran rancangan pula selalunya bukan waktu-waktu perdana; waktu orang masih di opis, waktu orang keluar pergi makan malam atau di tengah malam ketika ramai yang sudah berforum di alam mimpi. Dan konfem juga bukan pilihan mamak untuk ditayangkan di restoran masing-masing.

Tetapi kini, nah hamek kau..! Semanis Kurma, Imam Muda, Ustaza Pilihan, 30 Minit Bersama Ustaz Don, Tanyalah Ustaz, Bulatan Gembira bersama Inche gabbana.. Eh. Macam-macam ada!

Bukan setakat kepelbagaian program dan rancangan telebisen yang ada, cara rancangan-rancangan tersebut diolah dan dipersembahkan juga lebih menarik dan teratik kau memang dabommm! Err. Kiranya, memang sekarang ni rancangan-rancangan berbentuk dakwah dan Islamik ni sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, sebaris dengan program-proram berbentuk hiburan dan hedonisasi yang lain! Ahah!

Dan rancangan-rancangan ini tidak lagi disiarkan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Anda kini boleh menontonnya setiap masa dan ketika, walau di mana anda berada! Err tidak, Astro tidak mengupah saya untuk berkata sebegitu. Wahahaha.. 

(Walaupon sedikit bawah sebab rancangan-rancangan Islamik ini dipakejkan sekali dengan siaran dan program hiburan terlampau dan tidak Islamik. Sambil menunggu rancangan Dr. Muhaya, marilah kita tonton klip hiburan di MTV dahulu! Peluh besar)

Fenomena Lima: Bulatan gembira yang sumpah menggembirakan 

Usrah? Halaqah? Bulatan gembira..? Menatang apa tu? Nama tumbuh-tumbuhan herba di Kepulauan Galaposkah..?

Ok sungguh eksejeret di situ. 

Tetapi diakui suatu ketika dahulu, konsep usrah itu sangat asing buat rakyat Malaysia. Dan selalunya ia dikaitkan dengan gerakan untuk melahirkan ekstremis untuk menggulingkan kerajaan atau menubuhkan republik Islam ala-ala Republik Syiah Iran. Gulp.

Tetapi kini, situasinya sudah jauh berbeza. Orang ramai mula didedahkan dengan apa itu bulatan gembira dan mengapa ia bagus dan penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih faham dengan tuntutan Islam. Malah kini banyak pula program atau rancangan, baik di radio mahupon telebisen yang mengenengahkan konsep bulatan gembira ini. Lebih haibat apabila muncul pula konsep e-usrah di mana abang kachak atau kakak canteque berbulatan gembira bersama hadek-hadek mereka di alam maya. Mereka tidak pernah berjumpa, tidak pernah bersua mahupon bertepuk-tampar gembira. Ini suatu perkembangan yang baik meskipon, err, banyak hak-hak dan tatasusila bulatan gembira yang sebenar tidak dapat untuk dipenuhi dengan pendekatan sebegini.

Tidak kurang juga permintaan daripada masyarakat di luar sana untuk dibulatangembirakan, menunjukkan bahawa bulatan gembira sebagai suatu wasilah dalam dakwah yang tidak lagi asing pada pandangan masyarakat. Saya sendiri sering menerima emel daripada anda semua di luar sana yang meminta untuk menyertai bulatan yang penuh dengan kegembiraan ini.

Masalahnya... Semakin ramai yang menyertai bulatan gembira, tetapi tidak ramai pula yang boleh/mahu/mampu untuk membawanya. Haih peluh kecil sambil menguis kaki di pasir pantai.

Fenomena Enam: Maher Zain

Ehem.

Dahulu kala para penasyid pasti dikaitkan dengan kepiah atau serban putih, diiringi dengan musik ala-ala padang pasir dan suara mendayu-dayu berlenggok seribu. Kemudian Raihan berjaya mengubah persada nasyid negara dengan lagu-lagu yang bercorak lebih moden dan kontemporari. Sejurus selepas itu, kumpulan-kumpulan nasyid tumbuh ibarat jerawat selepas baligh. Err.

In-Team mengubah lagi konsep nasyid apabila berani membawa konsep nasyid jiwang yang kadangkala boleh meremang juga bulu tengkuk apabila mendengarkannya. Terbaru, Mirwana dengan konsep nasyid ultra-moden yang kadangkala merosakkan pula ruh dan mesej nasyid yang ingin dibawa. Adeh.


Hidung berdarah. [Kredit]
Namun semua ini tidak boleh menandingi kehaibatan aura dan fenomena yang dibawakan oleh Maher Zain. Siapa sangka seorang penasyid boleh menjadi selebriti berstatus diva antarabangsa? Dan imej bersih lagi sopan yang dibawakan oleh Maher Zain juga menjadi antara faktor terkuat kepada kepopularitiannya. Alah, wajahnya yang kachak lagi tampan itu tidaklah perlu disebut di sini. Khuatir ada  yang hidung berdarah pula nanti. Wahahaha..

Yang lebih penting adalah mesej yang dibawakan dalam lagu-lagu Maher Zain; simpel tetapi cukup bermakna. Lagu-lagu pecah radionya seperti Insha-Allah, Thank You Allah, Freedom dan For The Rest of My Life berjaya membawakan mesej-mesej dakwah yang mengajak manusia ke arah kebaikan dalam cara yang paling mudah tetapi tidak dapat dinafikan berkesan.

Dan penerimaan yang cukup memberansangkan daripada masyarakat yang datangnya dari pelbagai latar belakang menunjukkan bahawa sesuatu yang Islamik itu bukan lagi eksklusif untuk golongan pak lebai dan ostad ostajah sahaja.

(Nota: Perlu diingatkan bahawa dengan bernasyid sahaja belum tentu cukup dan sudah tertunai tanggungjawab Syahadatul Haq kita)

Fenomena Tujuh: Ustaz Diva

Ok rasanya dah tahu nak cakap pasal apa dan siapa. 

Rasa-rasanya artis-artis tanah air tergugat tak kalau dua orang ostad ni masuk Anugerah Bintang Popular? Eheh. [Kredit]

Seriyes kagum dengan keupayaan Ostad Azhar Idrus, Ostad Don Daniyal dan beberapa orang lagi ostad/ostajah selebriti untuk mengumpulkan ribuan malahan puluhan ribu manusia untuk duduk dan mendengar ceramah mereka. Suatu fenomena yang belum pernah lagi ada pada dekad sebelum ini (setahu sayalah). Lebih osemness apabila tidak kurang ramainya jumlah penonton atau hadirin yang menghadiri ceramah-ceramah mereka ini terdiri daripada anak-anak muda. Ini.. Ini.. Ini sumpah kool dan bagus untuk kesihatan ummah sejagat heyy!

Walaupon mesej-mesej yang dibawakan cukup mudah dan lebih untuk kebaikan diri sendiri sahaja (tidak berbentuk haraki), namun perlu diakui kehebatan mereka dalam menghimpunkan masyarakat daripada semua perjalanan hidup (Baca: All walks of life) adalah sesuatu yang tidak ada pada semua orang atau pertubuhan. 

Saya melihat ini suatu peluang keplatinuman untuk kita memanfaatkan situasi ini sebagai platform memburu dan mencari mad'u-mad'u yang dahagakan dakwah dan tarbiyah. Biarkan ostad dan ostajah ni menghimpunkan manusia, kita rampas dan jerat mereka masuk ke kandang kita..! Wahahahaha.. (Keji gila bunyi, walhal nak buat benda baik. Eheh.)

Fenomena Lapan: Status-status dan Kicauan Islamik

Ya, ini suatu lagi fenomena terlaris di abad ini.

Dasawarsa ini cukup jelas lagi obviyes, ramai yang mula mengongsikan status-status Islamik di MukaBuku atau kicau semula kicauan Islamik di ruangan Pengicau. Bagi saya ini adalah suatu perkembangan yang sangat positif kerana ia menunjukkan bahawa elemen asas dalam dakwah, yakni mengajak orang ke arah kebaikan sudah mula mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Semudah satu klik 'Suka' atau 'Kongsi' atau 'Kicau Semula', anda sudah boleh mendapat pahala (Insha-Allah!) kerana menyebarkan kebaikan. Dan dengan rakan-rakan yang berjumlah ribuan itu (kenal semua ke dek non oii..?), pastinya peluang untuk mereka ini membaca status-status atau kicauan anda itu cukup besar. Tak nak buat pahala ekstravaganza ke bang..??

Kalaulah Mark Zuckenberg itu seorang muslim, entah berapa banyak saham sorgalah agaknya yang telah dikutipnya..?

(Nota sekali lagi: Tidak cukup juga sekadar berdakwah di alam maya; dakwah dan tarbiyah itu memerlukan sentuhan benar di alam nyata. Sekian, kacang pis tanpa pengawet.)

Ok cukuplah lapan fenomena ajaib abad ini yang saya rasakan cukup signifikan untuk dimasukkan ke dalam Guiness World Book of Record bagi menggambarkan perkembangan Islam dari perspektif yang sedikit berbeza. Mungkin ada lagi fenomena mengagumkan yang saya terlepas pandang, tetapi rasanya saya sudah pon memaku apa yang ingin saya sampaikan.

Pokoknya, penerimaan masyarakat terhadap Islam sudah semakin terbuka, progresif dan lebih dinamik dan jauh lebih baik daripada zaman mak ayah kita. Mungkin juga ini tanda-tanda awal kebangkitan semula Islam? Angkat bahu. Siapa tahu..?

Tetapi ini tidak bermakna kita boleh pantas bergembira atau duduk di sofa empuk sambil goyang kaki dan makan popkon sahaja. Hakikatnya, ummah di luar sana masih lagi di fasa kritikal. Ketika kita merasakan (kononnya) kita sudah bekerja kuat untuk mengajak orang kembali semula kepada Allah, ketahuilah, syaitonirojim, jahiliyyah dan tentera-tentera mereka juga sebenarnya sedang bekerja keras untuk menyesatkan umat manusia.

Fenomena-fenomena ini hanyalah simptom atau kesan dan outcome daripada usaha-usaha dakwah dan tarbiyah yang telah dimulakan oleh generasi awal dan terdahulu. Maka fokus kita bukanlah pada fenomena atau 'kejayaan' seperti ini; bukanlah mahu suruh anda semua memperbanyakkan status-status MukaBuku atau bertanding untuk menamakan anak-anak anda dengan nama yang paling tarbawi atau berzanji dan bernasyid di dalam keretapi, bukan. Peluh.

Fokusnya adalah pada kerja-kerja dan usaha-usaha ikhlas yang telah berjawa mewujudkan fenomena-fenomena ini. Arakian kalau mahu melihat dan menyaksikan fenomena-fenomena yang jauh lebih ajaib dan menakjubkan, kita perlu lebih kuat dan gigih menyentuh hati-hati di luar sana. 

 "Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Bak kata seorang sahabat baik yang osem lagi mengosemkan:

"Anta nak jadi macam Syaikh Yusuf Qardawi ke, atau insan yang menjadikan Yusuf Qardawi seperi Yusuf Qardawi hari ini..?" 

Senyum kenyit-mengenyit.

-gabbana-

Minggu ini sumpah minggu yang amat meletihkan. Rakan-rakan sekerja semuanya menggigil dan lari ketakutan kerana melihat seekor zombie Kampung Oren datang bekerja. Wahahaha..

Hujung minggu ini serta sepanjang minggu hadapan juga bakal memenatkan lagi meletihkan. Tetapi Insha-Allah super best dan aweeeesssommmmee. Senyum. Doakan agar Allah terus mengurniakan kekuatan dan kemahuan pada diri ini untuk terus gigih dan komited demi perjuangan ini, biidznillah. 


16 Caci Maki Puji Muji:

nafmri 15/06/2012, 19:27  

Sengih sorang-sorang saya baca gaya bahasa post kali ini. Menarik isinya! jzkk.

Imah ;D 15/06/2012, 21:35  

mmg fenomena sumpah ohsem la inche...^^

ina 16/06/2012, 10:25  

salam.... saya sangat bersetuju dengan keohseman fenomena yg dibangkitkan oleh inche gabbana... pemuda pemudi sekarang memang sangat dahagakan kamanisan iman dan islam walaupun masih kabur dek jelebu-jelebu jahiliyah.. hehe..tetapi apa pendapat inche gabana jika semangat2 nie dipatahkan sendiri oleh sahabat2 yang rasa dirinya satu hasta kedepan dibandingkan dengan rakan2 yang sedang merangkak mencari jalan kebenaran... :'(

kisah dongeng 16/06/2012, 17:40  

bagi mereka yg tahu pasal tafsir quran fenomena ni tak pelik pun..ia wujud setiap zmn cuma kaedah berlainan..

akhirnya tak kira di zmn mana pun org2 yg beriman dan ikhlas jugalah yg beruntung di setiap alam-Nya

ps:senyoman ust idros tetap paling menawan kalbu.choyy

pembacategar 16/06/2012, 19:54  

suka entry kali ini. tersenyum sendiri bila baca fenomena2 yg tak terperasan pun sebenarnya berlaku. and setuju ayat akhir tu. ni bukan alasan untuk duduk bergoyang kaki. tapi ini sepatutnya jadi penguat semangat untuk teruskan lagi usaha memperbaik diri dan sekeliling ^__^

Anonymous 16/06/2012, 20:28  

erk... bukan "Kepulauan Galapos".
"Kepulauan Galapagos" kowt?

faisal shakespeare 17/06/2012, 04:20  

kombinasi bahasa yang perghh mantop..terpukau ngan fenomena ni lme dlu..tp kepukauan tidak bermakna selagi diri sendiri masih menangguk keli tercicir lubang...hmmm

Anonymous 17/06/2012, 22:31  

salam. sedikit opinion.

mebi i.g. dh blh stat consider utk menapis komen2 yg bjaya enterframe kt sini demi kemaslahatan umat.
semoga komen2 yg memberi kebaikan bersama je yg appear, yg kurang nafi'un lighairih tu blh baca utk diri sendiri je. peace.

langitbiru 18/06/2012, 12:21  

FENOMENA KE SEMBILAN:
BLOG ANGEL PAKAI GUCCI? (eh?)haha..
syukran atas perkongsian ni akh.

drDeena 18/06/2012, 17:36  

ke mana akhir semua fenomena ni? ^^,

ke ustaziatul alam,inshaAllah!

perawan sepi tepi balkoni 18/06/2012, 17:40  

islam panduan hidup yg lengkap dan relevant sepanjang zmn..
semoga kita sentiasa menjaga aurat dan kesopanan bicara..world peace.

Anonymous 19/06/2012, 12:19  

2 la kan.. kalau dulu artis je yg dijadikan idola..tp skang nih ustaz2 pon boleh tahan ramai followernyer.. hehhe..

Satu petanda baik.semoga fenomena ini berterusan smpai bile2.. =)

goku 19/06/2012, 17:08  

"Tetapi ini tidak bermakna kita oleh pantas bergembira atau duduk di sofa empuk sambil goyang kaki dan makan popkon sahaja. Hakikatnya, ummah di luar sana masih lagi di fasa kritikal. Ketika kita merasakan (kononnya) kita sudah bekerja kuat untuk mengajak orang kembali semula kepada Allah, ketahuilah, syaitonirojim, jahiliyyah dan tentera-tentera mereka juga sebenarnya sedang bekerja keras untuk menyesatkan umat manusia."

perenggan paling penting

che Kawaii 20/06/2012, 21:13  

mmg respek n suspek abislah tuk entry kali ni....Inche gabbana..thumbs up!!!!

Solihin Zubir 23/06/2012, 11:28  

pertama kali masuk dan baca blog ini dan terus jatuh cinta pandang pertama.

like this!

kontraktor dakwah qowiy 25/06/2012, 14:52  

dulu menyampah(baca:annoyying) dengan IG sebab bahasanya, sekarang disebabkan isinya sgt ranum, nyampah itu bertukar menjadi suka... he3
jazakumullah khaira al-jaza'!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP