8 June 2012

Allah Itu Maha Adil Tahu..??

[Kredit]

Salah satu kekuatan yang ada pada orang Mukmin adalah yakinnya dia bahawa di akhirat sana ada keadilan yang akan membela dirinya yang teraniaya. Biar pon di dunia dia ditindas, diperlakukan dengan seburuk-buruk layanan dan dihenjak-henjak seperti tiada nilai pada dirinya, dia tetap sabar dan redha dengan ketentuan yang telah Allah tulis untuk dirinya.

Bunyinya seperti tidak adil dan zalim untuk dirinya, tetapi itu di dunia. Di akhirat sana, dialah orang yang akan terbela, dan Allah tidak akan membiarkan segala macam jenis kezaliman yang berlaku padanya dibiarkan begitu sahaja. Kerana Allah itu Maha Adil.

Maha Adil.

Seminggu yang lepas rejim Bashar al-Assad laknatullah 'alaih telah membedil perkampungan Houla dan menyebabkan lebih seratus nyawa terkorban; kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

Kelmarin sekali lagi dunia hanya mampu membisu dan menyaksikan Bashar dan konco-konco syaitonirojimnya menyembelih penduduk di Qubayr di Hama. Kali ini, lebih seratus orang yang menjadi mangsa kekejaman tentera militia Shabiha yang menjadi anjing setia kepada Bashar.

Ketika revolusi kebangkitan rakyat di Libya tidak lama dahulu, dunia pantas mengkondem kerajaan Ghadafi yang menghentam rakyat sendiri. Bantuan ketenteraan dihantar dengan segera. Jet-jet pejuang milik Nato dan Amerika Syarikat berterbangan di ruang udara Libya untuk membedil Tripoli dan kota-kota di sekitarnya. Hatta Iran juga menyokong perjuangan rakyat  yang bangkit menentang Ghadafi dan kerajaan-kerajaan lain di sekitarnya.

Tetapi tidak di Syria.

Tidak buat rakyat Syria.

Iran si pengkhianat malah menghantar tentera-tenteranya untuk 'membantu mengawal' keadaan di Syria agar jumlah kematian tidaklah seramai yang sepatutnya. Pfffttt. Mereka menghantar bantuan kepada Bashar laknatullah. Mereka malah menyokong tindakan ketenteraan Bashar ke atas rakyatnya sendiri. 

Begitu juga dengan dunia secara amnya. Tiada tindakan pantas seperti di Libya. Yang ada hanyalah kenyataan-kenyataan mengecam dan menghentam.

"Kami mengkondem kekejaman ini dan bertekad untuk membawa siapa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan."

"Lebih lama kita tunggu, lebih teruk keadaan di Syria yang akan berlaku."

"Pihak NATO akan menghantar pasukan peninjau untuk mengesahkan kejadian pembunuhan beramai-ramai di Hama." 

"Kami mengecam..."

"Rejim Bashar tidak berperikemanusiaan..." 

"Bla bla bla.. Soksek soksek soksek.." 

Err, hallo..?? Air liur anda mempunyai kuasa ajaibkah sehingga ia mampu untuk menghentikan kezaliman rejim Bashar al-Assad?

Ya, ini post emo.

Emo kepada diri sendiri yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa untuk membantu saudara-saudara yang sedang menderita di sana!

Emo pada kelemahan diri yang hanya hangat-hangat tahi ayam; semangat untuk membela nasib rakyat Syria ketika isu ini hangat dibincangkan, tetapi kemudiannya riang gembira dan terus melupakan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku!

Emo pada jahiliyyah-jahiliyyah yang masih banyak pada diri, yang sama ada secara langsung atau pon tidak, telah pon menyumbang kepada kelemahan ummah ini...!

Basah baju.

Mayat-mayat bergelimpangan seperti sampah lagaknya. Jasad-jasad hangus terbakar. Rumah-rumah hanya tinggal serpihan. 

Dan dunia terus membisu seolah-olah ia hanyalah suatu lagi kisah sinetron yang diulang-tayang berkali-kali.

Dan ummah terus diikat tangan dan kakinya, lemah, lemau tidak bermaya, tidak mampu untuk bangkit membela saudara-saudaranya sendiri.

Basah lagi baju.

Di Mahsyar nanti, ketika anda bertanya kepadaku, apakah yang telah aku lakukan untuk membelamu... Apakah jawapan aku ketika itu...??

Basah kuyup. 

Syria, yakinlah, kau akan bebas jua akhirnya.

Syria, darah anak-anakmu yang mengalir bukan sia-sia. Para syuhada' yang mati keranamu akan terbela!

Dan Syria, maafkan aku... Maafkan aku kerana tidak berbuat apa-apa  untuk membebaskanmu!

-gabbana-

Maaf, tidak gemar sebenarnya melihat gambar-gambar dan foto-foto kekejaman Bashar di MukaBuku. Fobia.

Tetapi itulah hakikatnya. Kebenaran tetap kebenaran dan ia perlu didedahkan.

Ya Allah, Kau laknati Bashar dan konco-konconya. Kau azabnya dengan sekeras-keras seksaanMu! Kau tunjukkan padanya bahawalah Kaulah Tuhan Yang Maha Adil lagi Perkasa!

Bebaskan Syria ya Allah! Bebaskan Syria!!!

10 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 08/06/2012, 18:22  

rasa agak terpukul. nice post!

'I-r 08/06/2012, 19:17  

Aaahhh. Syria tgh call lagi nak angkt ke tak nak angkat ke taaak..?? Kalau angkat nak cakap ape nii...?? *berlari-lari dalam bulatan di ruang tamu*

****

Oh ya, saya sependapat dgn ncik IG. Sy kurang gemar melihat video2 @ gmbr2 keganasan syria di fb, skrg. Dulu sy sndiri biasa share tp skrg dh xbuat lg. Cuma tgk atau kdg2 jadi xtertengok. Taktahu kenapa. Mungkin sensitiviti itu terhakis & smkin tumpul dengan adanya terlampau byk post2 seperti itu. Kadangkala bila xselalu tgk baru kita nak terasa ditampar kiri kanan sgt2. Analoginya spt Allah mencabut nikmat boleh mkn cendol smbil hidu udara nyaman laut. Ms kena selsema baru nak meleleh2 appreciate. Haa, begitulah.
Eh, tapi bkn sy nak kata penyebaran maklumat kekejaman basyar mahupun zionis laknatullah itu satu kesalahan di sini. Sangat perlu disebarkan, kerana kebenaran haknya dizahirkan, bkn disorokkan. Duat bukan pelokek sifatnya.

Cuma, menyarankan kalau2 sesiapa ada 'jalan' yg lebih muntijah lagi membangkitkan & menggerakkan semgt rijal2 islam spy isu ini tak nmpak macam sekadar sharing is caring (baca angguk2 kepala, meleleh ckit2 & kemudian marathon drama korea) apatah lagi isu musim durian di musim cuti skolah.

Eh, mahafla terpanjang pula.

Jazakallahu khayran kasiira utk post ini IG. Allahu, siryes rasa lemah.

Moga Allah redha.
Allahu'alam.

disebalik topeng itu.. 08/06/2012, 23:03  

they gone for good..
again there is no pure freedom in this world..

anenymous 09/06/2012, 00:03  
This comment has been removed by the author.
nabilah 09/06/2012, 03:19  

bismillah. assalamu'alaikum wbt,

kite boleh terus membawa dan memantapkan bulatan gumbira kita! walaupun orang tak nampak dan kita pun kdg2 slalu terlupe linknye bulatan2 kite dgn kekuatan ummah, itu sebenarnye yg plg terjamin!
mungkin org kate, ade ke org2 bulatan gumbire bleh halang bashar assad tuh? duk gumbira2 buat bulatan bumbira stiap minggu..pastuh bising2 psl kekejaman di syria. kita kene buktikan linknye! Rasulullah s.a.w dah buktikan. persoalannye kite ni btul2 percaye ke tak?

kekuatan ummah lah yg akan menumbangkan bashar assad. dan itu memerlukan usaha yg panjang, gigih dan keyakinan yang betul2 kuat.

kita tak buat ape2? tak! bile kita buat bulatan gumbira bersungguh2 lah kita membuat something! ia lah something yang paling terjamin, paling kuat dan paling kekal!

w'salam wbt.

Anonymous 09/06/2012, 12:13  

Selain bulatan gembira pe lg kita ley wat nk tlg diorg? :(

wardatulhumayra 09/06/2012, 12:51  

adeh..headshot!
Ya Allah bebaskanlah Syria dari kekejaman Bashar Assad laknatullah!!

nyeh 09/06/2012, 13:12  

for them to celebrate for us to remember

Anonymous 09/06/2012, 16:37  

to Ezany, ni salah satu post IG pasal Syria..
http://angelwearsgucci.blogspot.co.uk/2012/03/cerita-ceriti-syria.html

sy pulak nk tanya, kenapa respon kpd Libya bgitu, dan kpd Syria bgini?

hurmm..

Unknown 09/06/2012, 23:19  

Aku malu. tak mampu nak berbuat apa melainkan doa sahaja..Allah!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP