5 June 2012

Eleh! Aku Pon Boleeehhh!

Haiiiyeeaaaakkkkk! [Kredit]

Di sebuah program motivasi, makcik penceramah di hadapan yang berbaju kurung Johor berwarna hijau epal dan bertudung litup Syria, diserikan lagi dengan cermin mata ranggi berbingkai hitam tebal (Ok bahagian ni tak perlu pon sebenarnya. Hihihi..) mencabar para peserta yang menghadiri program motivasi tersebut.

"Baiklah. Anda semua nampak kan bongkah ais besar atas meja ni? Sekarang saya nak setiap orang daripada anda ke depan dan cuba pecahkan ais ni dengan kudrat yang anda ada. Ada bran..?"

Hiruk-pikuk seketika keadaan di dalam dewan. Yang perempuan masing-masing menggeleng kepala, tanda mereka tidak yakin dengan cabaran itu. Yang lelaki pula rata-ratanya tertawa kecil; ada yang gelisah kerana khuatir sekiranya mereka gagal mempamerkan kejantanan mereka di hadapan para peserta perempuan dan ada juga yang yakin cabaran itu bertaraf kacang cap tangan sahaja.

"Mengapa..? Anda semua tidak berani..? Haih, takkan pondan kot semua..??"

Makcik penceramah itu mencabar lagi. Terukir senyuman sinis di mulutnya.

"Saya nak cuba!" 

Akhirnya seorang lelaki menyahut seruan itu. Tubuhnya sasa dan tegap; sebelah tangannya sudah sebesar paha kebanyakan peserta perempuan di situ. Pada mulanya keadaan dewan hening seketika, kemudian riuh dengan tepukan gemuruh dan kata-kata semangat untuk lelaki itu. Daripada raut wajahnya jelas kelihatan yang dia amat yakin yang dia dapat melakukan cabaran itu.

"Syabas kerana menjadi orang pertama yang sahut cabaran saya ni! Anda yakin anda dapat melakukannya?"

Lelaki itu memandang bongkah ais yang kini diletakkan di antara dua keping papan. Dia tersenyum lantas mengangguk beberapa kali.

"Insha-Allah, saya yakin!"

"Baiklah. Kalau begitu, silakan! Ambil masa anda, tidak perlu tergopoh-gapah. Selamat maju jaya!"

Lelaki itu mengambil tempatnya. Dikuakkan sedikit kakinya bagi mengambil posisi kuda-kuda. Ditarik nafasnya dalam-dalam. Sempat dia merenung ke arah para peserta lain dan membuat isyarat bagus. Lantas tangan kanannya menghayun tinggi ke atas dan disasarkan di tengah-tengah bongkah ais tersebut.

"Haaaaaiiiiyaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!!"

Sejurus selepas itu, kedengaran pula jeritan yang lain.

"Aaaaarrgggghhhhhhhhhhhhhhhhh tangggaaaannnn aaaakkuuuuuuu!"

Kelihatan lelaki itu segera memegang kuat tangan kanannya. Tangannya kesakitan dan bongkah ais itu masih kekal sebegitu, tidak pecah sedikit pon. Hadirin yang lain ada yang tertawa dan menggeleng kepala melihat gelagat lelaki itu. Kedengaran soksek soksek yang mengatakan teknik yang digunakan lelaki itu tidak betul, posisinya salah dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang menjadi semakin tidak yakin untuk menyahut cabaran itu, memandangkan lelaki yang sesasa dan setegap itu pon tidak mampu untuk melakukannya. 

"Saya pula mahu cuba!"

Semua mata kini tertumpu pada sumber suara itu. Seorang wanita bersaiz besar, bertubuh gagah bangkit dan mara ke depan. Dia sempat menjeling lelaki yang gagal memecahkan bongkah ais tadi. 

"Bagus, ada juga wakil perempuan. Bagaimana, anda yakin dapat memecehkannya?"

Wanita itu melipatkan sikunya bagi menunjukkan otot di biseps kanannya. Kedengaran para hadirin di belakang bersorak apabila wanita tersebut melakukan aksi sedemikian. 

"Saya hari-hari angkat tong gas sepuluh, dua puluh kilo. Tadehal la ni! Insha-Allah boleeehh!" 

"Baiklah. Semoga berjaya!"

Wanita itu lantas mengambil kedudukannya. Disingsingkannya lengan bajunya, sepenuh perhatian diberikannya kepada bongkah ais yang tampak masih kukuh dan kejap. Mulunya terkumat-kamit membaca sesuatu dan sejurus selepas itu, kedengaran lagi jeritan memecahkan keheningan para hadirin lain yang berdebar menantikan aksi wanita itu.

"Hiiiiyyyaaaaakkkkkkkkk...!!"

Hampir semua orang berdiri, malah ramai yang terjungkit mahu melihat sama ada wanita tersebut berjaya memecahkan bongkah ais tersebut. Mereka terduduk hampa apabila melihatkan wanita itu turut gagal melaksanakan cabaran tersebut. Kelihatan wanita tersebut berlari keluar dengan memegang erat tangan kanannya sambil mengomel-ngomel kesakitan.

"Dua orang sudah mencuba dan masih gagal memecahkan bongkah ais ni. Masih ada tiga puluh lapan orang di dalam dewan ini yang berpeluang untuk membuktikan bahawa bongkah ais ini boleh dipecahkan. Siapa yang berani untuk menyahut cabaran ini..??" 

Selepas lelaki sasa dan wanita gagah itu mencuba, tidak ramai yang berani ke hadapan untuk mencubanya. Adalah tiga empat orang yang ke hadapan, tetapi semuanya gagal melakukannya. Makcik penceramah itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya setiap kali peserta yang mencuba gagal memecahkan bongkah ais itu.

Selepas itu seolah-olahnya tiada siapa lagi yang berminat dan berani menyahut seruan hampir mustahil itu. Keadaan sunyi seketika.

"Bagaimana..? Tiada yang lain yang sanggup menghabiskan cabaran ini..? Saya kecewa dengan.."

"Tunggu! Saya rasa saya mampu melakukannya!"

Semua orang menoleh ke belakang kepada sumber suara itu. Bingkas bangun seorang wanita cilik, bertubuh kecil dan bertudung merah jambu. Dia tersenyum ceria sepanjang perjalanannya ke hadapan. Tidak kurang yang ternganga melihatkan gelagat wanita itu, tidak percaya mungkin ada orang yang sanggup membodohkan dirinya sendiri. Ada juga yang tertawa dan tidak kurang yang tersenyum sinis, semuanya tidak yakin yang wanita itu boleh melakukannya. Badut.

Makcik penceramah itu mengangkat keningnya. Pada masa yang sama, dia tersenyum kerana kagum dengan keberanian wanita comel itu. Juara karate kebangsaan agaknya, getus hatinya. 

"Anda seriyeskah..? Semua peserta sebelum ini gagal melakukannya. Apa yang menyebabkan anda fikir anda bisa melaksanakannya..?"

Makcik penceramah itu cuba menduga wanita cilik itu. Wanita itu tersenyum lebar sambil mengambil jari telunjuk kirinya dan menunjukkan ke arah kepalanya, memberi isyarat bahawa dia tahu bagaimana untuk melakukannya. 

"Baiklah. Seperti biasa, ambil masa sebanyak mana yang anda perlukan. Tidak perlu terkocoh atau gopoh. Semoga berjaya!" 

Wanita cilik itu tersenyum lagi dan sempat pula membuat tanda aman. Tidak semena-mena dia berlari keluar. Hadirin yang ada tercengang dengan kelakuannya. Ada yang menggaru kepala yang tidak gatal (yang memang gatal pon ramai) kerana tertanya-tanya apakah rancangan sebenar wanita bertudung merah jambu itu.

Tidak beberapa lama kemudian, dia kembali memegang sebongkah batu yang boleh tahan besarnya. Terhuyung-hayang juga dia mengangkatnya. Keadaan dewan menjadi riuh seketika melihatkan telatah wanita itu. Dia lantas menjulang tinggi batu tersebut dan menghempaskannya ke atas bongkah ais yang masih kukuh di atas dua papan. 

Pecah berderai bongkah ais tersebut sebaik sahaja batu besar itu mengenanya. Semakin riuh keadaan dewan. Ada yang bertepuk tangan bersorak gembira, ada juga yang melaungkan rasa tidak puas hati, mengejek tindakan wanita itu.

"Syabas! Ahahaha. Anda berjaya melakukannya...!"

Makcik penceramah itu menepuk bahu wanita cilik itu yang tersenyum nampak gigi, jelas puas dengan pencapaiannya.

"Mana aci weyyhhh...!"

Jerit seorang peserta lelaki yang berdiri di barisan belakang.

"Mana aci macam tu..! Mana boleh, dia guna alat bantuan tambahan..!!"

"Eh eh, ada ke saya kata tak boleh guna...??"

"Eleh! Aku pon boleeehhhh kalau macam tu...!"

"Entahnya! Kalau tahu boleh guna alatan, dah lama aku guna kayu besbol dalam kereta aku tu!"

Jerit pula wanita gagah yang gagal memecahkan bongkah ais awalan tadi.

Kenyataan mereka itu disambut dengan anggukan ramai peserta, tanda mereka bersetuju dengan pendapat mereka berdua.

"Haaa... Itulah masalah anda semua sekarang ni. Semua orang pon bersetuju dan kata mereka pon boleh melakukannya kalau ada alat bantuan tambahan. Semua orang pandai bercakap, tapi mengapa anda sendiri tidak melakukannya...?"

Shiuuhhh shiiuuhhhh. Kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa bertiup nyaman lagi mendinginkan.

***

Ikhwah dan akhawat fillah.

Kemenangan Islam itu suatu kepastian. Suatu hari nanti, panji-panji Islam akan kembali berkibar megah di puncak dunia. Suatu hari nanti, Islam akan kembali memerintah dunia dan semua makhluk akan tunduk dan patuh pada syiarnya.

Kemenangan Islam itu lebih pasti daripada esok hari Rabu. Terpancangnya panji Islam di puncak dunia itu lebih pasti daripada suhu air yang mendidih pada 100 darjah celcius. Dan akan kembalinya Islam sebagai professor kepada alam itu adalah lebih pasti daripada rasa sakit apabila saya mencubit perut anda sehingga lebam.

Al-Quran dan as-Sunnah, serta seerah ar-Rasul dan para sahabat telah pon menunjukkan cara-cara dan kaedahnya, apakah pendekatan yang terbaik dalam menyebarkan risalah Allah di seluruh muka bumi ini. Ya, caranya mungkin sukar. Kaedahnya mungkin leceh. Pendekatannya mungkin memerlukan pengorbanan yang renyah dan memeritkan.

Tetapi ia pasti akan membuahkan hasil, kerana generasi terdahulu telah pon membuktikannya.

Dan apabila kemenangan itu sudah tidak boleh dibendung lagi, ketika kemenangan itu ibarat sirna cahaya gilang-gemilang dan tatkala kemenangan itu tidak boleh tertahan-tahan lagi..

Adakah ketika itu kita termasuk di dalam gerabak-gerabak dakwah yang dari awalannya terus setia bersama perjuangan ini..?

Atau kita akan termasuk di kalangan mereka yang berdiri di tepi sambil berkata, "Eleh! Aku pon boleeeehhh!"...?

-gabbana-

Cerita di atas bukan idea original saya. Ia adalah kisah benar yang sudah ditokok-tambah dengan perencah Adabi dan sedikit Ajinomoto.

Aman tanpa perang. 

8 Caci Maki Puji Muji:

arissa myana 05/06/2012, 16:23  

salam,

this post really has made my day. :) jazakallah khair. entah berapa juta lemon saham syurga anda, moga Allah ikhlaskan.

Muhammad Nur Fitri 05/06/2012, 17:03  

eleehh...aku pon boleh ~~~

pasni ana nk shoot kalau ade ikhwah2 ana yg ckp mcm tue....hehe...guro jer

syukran atas peringatan berguna nie...

AHAS93 05/06/2012, 18:49  

terbaek!moga mendapat barakah dari Allah swt..

Mista Odd 06/06/2012, 16:13  

haha da lme ta dnga pringatan mcm nie, syukran for this.....(^_^)

Anonymous 06/06/2012, 16:25  

first of all...layout ni x jadi cantik dlm explorer :(

maybe sesuai utk mac dan adik beradik i shj...

anyways, jzkk akhi for the post. sgt berguna plus sgt impress how u are able to keep posting very inspiring entries.

cuma sejak akhir-akhir ni byk perumpamaan, contoh yang inappropriate. mungin sy yg over sensitive... atau sebab saya perempuan.tp, sy tahu ramai sgt perempuan yg baca blog ni dan perkara ini tidak baik utk mrk.

if sy rs kurang selesa, sy pasti ianya juga tidak baik utk kesihatan pemikiran reader yg lain.

harap lebih hati2 memilih kata utk masa depan.

wallahua'lam.

Inche Mushi 07/06/2012, 07:27  

Guna layout dahulu.. Kurang memuaskan bila membaca..

but nice share cuma rasa mcm dh common ckit dgn cite tu.. heheeheh

Jzkk.. good job!keep it up Inche Gabbana

kopi janda 07/06/2012, 22:31  

yg pasti wanita gagah tu bukan ahli gusti

bulan 08/06/2012, 08:17  

salam IG. sorry sbb soalan yg nk dtnye ni lari dr topik kat ats. ;) nk tnye, dlm byk2 post IG, ada x post pasal dakwah dn tarbiyah ? maksudnya, post yg memberi makna dnT ni ? saya rasa ada sbb mcm pernah baca tp, tk tahu laaa,, mungkin IG bole tlg carikan. and kalo tak de takpe. and mungkin kalo yg laen pun ada nk tlg carikan ,, hehe. terima kasih. JZKK.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP