11 May 2012

Dakwah? Tarbiyah? Gugur Rambut.

Dakwah dan tarbiyah itu kool tahu..?? [Kredit]

Pandang kiri. Pandang kanan.

Ha anda di sana! Mengapa anda garu tangan tu..? Alerjik? Alerjik dengan apa? Apa..?? Alerjik dengan perkataan dakwah dan tarbiyah...??

Mulut tercengang. Garu kepala.

Hey anda, jangan terkejut tahu? Walaupon mungkinlah tidak sekronik gatal kulit atau gugur rambut, tapi ramai di luar sana tu yang alerjik dengan dua perkataan ini; dakwah dan tarbiyah. Ramai orang di luar sana itu salah faham dengan konsep dakwah dan tarbiyah yang sebenar, akhirnya menyebabkan mereka gatal tengkuk dan berpeluh rambut setiap kali diperdengarkan dengan perkataan dakwah dan tarbiyah.

Pada mereka dakwah itu hanya untuk ustaz-ustaz dan ustazah pilihan sahaja.

Pada mereka perkataan tarbiyah itu perkataan tabu, dikhaskan hanya untuk tok lebai, pak imam dan di slot 'Tanyalah Ustaz' setiap pagi itu. Eh.

Walhal dakwah itu maksudnya mengajak. Dan tarbiyah itu maksudnya pendidikan. Dakwah yang bagaimana? Pendidikan yang macam mana?

Di sinilah titik tolak salah faham itu berlaku. Ramai orang yang menyangkakan bahawa bila sebut dakwah dan tarbiyah, mesti kena pakai jubah, mesti kena pakai serban, mesti kena busuk dan pakaian compang-camping. Mesti kena ada janggut dan mesti kena tudung DBKL. Dan err.. Mesti kena ikut tabligh.

(Kasihan orang-orang tabligh. Tak pasal-pasal selalu jadi mangsa persepsi skeptikal sebegini. Walhal kerja-kerja yang mereka lakukan amat baik dan wajar dihargai!)

Dan bila sebut dakwah dan tarbiyah, pasti antara perkara pertama yang melintas di kepala ish geng-geng ni mesti ada agenda rahsia yang marabahaya! Ini mesti nak ajak jadi ekstremis buat bom! Ini mesti sebab nak kawen mudah, isi borang terus dapat pasangan untuk jadikan teman hidup! Ini mesti sebab dah tak berjaya dalam hidup, putus-asa maka jadilah mereka geng-geng dakwah dan tarbiyah!

Adoyai ceteknya otak, sempitnya pemikiran.

Sedangkan dakwah yang kita perjuangkan adalah mengajak orang kepada Allah, supaya tunduk dan patut kepada segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya dan menjadi manusia-manusia yang berjiwa hambda. Sedangkan tarbiyah yang kita canangkan adalah mendidik hati-hati manusia supaya basah dengan iman dan taqwa kepadaNya, supaya terbit rasa chenta yang ikhlas dan abadi kepadaNya. Dan tidak cukup setakat itu, kita juga mahu mengajak orang lain turut sama merasakan betapa nikmatnya berchenta dengan Allah!

Kita tidak ada apa-apa kepentingan peribadi melainkan kechentaan yang abadi kepada Allah dan ar-Rasul! Kita tidak punya apa-apa niat jahat atau agenda rahsia melainkan mahu melihat manusia semuanya menjadi makhluk yang taat kepada pemiliknya! Dan kita tidak ada apa-apa yang mahu kita sembunyikan! Inilah kami! Inilah dakwah dan tarbiyah kami!

Bak kata Rabi'e bin Amir, seorang parajurit tentera Islam kepada Rustum, panglima tentera Parsi:

"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam."

Itulah dakwah kita. Itulah tarbiyah kita! 

Sekarang ini, alhamdulillah, trend muda-mudi yang suka kepada Islam dan mahukan Islam sudah semakin tersebar luas. IluvIslam, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Mat Lutphi, Aiman Azlan, Anwar Hadi dan bermacam lagi trend terkini menandakan suatu perkembangan yang baik terhadap penerimaan masyarakat terhadap Islam. Malah yang lebih membanggakan, ramainya daripada mereka yang mahukan Islam dan suka kepada perkara-perkara yang baik ini terdiri daripada golongan anak muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara suatu hari nanti. 

Ini satu petanda yang amat baik. Kata Imam al-Ghazali, "Sekiranya mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah generasi muda yang ada kini." Sayugia saya secara peribadi melihat, ada potensi yang amat besar pada anak muda zaman kini. Penerimaan mereka yang baik terhadap Islam dan perkara-perkara yang menjurus ke arah Islam adalah suatu isyarat bahawa Islam tidak lagi seasing dahulu.

Yalah, sedangkan Perdana Menteri kita, Dato' Sri Najib 1Malaysia pon ketika pembentangan belanjawan 2012 yang lalu membacakan sepotong ayat dari surah al-Baqarah bukan..? Ops.

Tetapi... Mahu kepada kebaikan sahaja tidak mencukupi. Mahu baik seorang-seorang, solatnya cukup, zakatnya berbayar, puasanya penuh dan hajinya tertunai, ditambah pula penguasaaan dalam ilmu-ilmu fikah dan tajwid, belum lagi bermakna kita sudah menjadi seorang Muslim yang sebenar. Menjadi seorang yang baik-baik, tidak kacau orang lain dan tidak pula menyusahkan mana-mana pihak belum lagi menjadi petanda bahawa kita sudah memenuhi tanggungjawab kita sebagai ' abid dan khalifahNya di muka bumi ini.

Benar, ini adalah suatu permulaan yang cukup baik. Lebih baik menjadi orang yang baik-baik daripada menjadi orang yang jahat-jahat dan keji-keji bukan? Sekurang-kurangnya dengan baiknya anda, berkuranglah bilangan orang yang jahat! Ahah!

Tetapi tidak cukup sekadar itu. Tidak cukup hanya sekadar kita merasakan diri kita sudah baik. (Mentaliti begini pon dah salah sebenarnya. Sebab sampai mati pon proses pembaikan diri itu tidak akan berakhir!) Kita juga mahu membaikkan orang lain; mahu mengajak orang lain menjadi baik sama! Dalam surah al-' Asr kan Allah dah pesan, "..Berpesan-pesan dengan kebaikan, berpesan-pesan dengan kesabaran"..? Dah kalau namanya berpesan-pesan, maka kenalah ada hubungan dua hala!

Kerana ketahuilah, di tengah-tengah trend anak muda semakin ramai yang sukakan kepada Islam, pada masa yang sama jahiliyyah dan syaitonirojim juga sedang bekerja dengan sangat keras, gigih dan hidung yang kembang-kempis. Maka kita melihat, jenayah, masalah kebejatan moral dan keruntuhan akhlak dan bermacam lagi masalah sosial di kalangan muda-mudi juga sebenarnya sedang berlaku dengan dahsyatnya. Kita sedang hidup di tengah-tengah zaman di mana pertembungan antara yang baik dan buruk sedang berlaku dengan maha hebat sekali. The clash between good and evil. The war between angels and demons..!

Oleh sebab itu, kita perlu sesungguhnya melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah ini. Dan antara perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengubah persepsi orang ramai terhadap dakwah dan tarbiyah. Dakwah dan tarbiyah bukan untuk imam muda dan Ustazah Nur Bahiyah sahaja. Bukan ketika slot '30 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal' atau bersama Imam Suhaib Webb dalam ruangan 'Reflections' semata-mata. Ia bukan milik eksklusif mana-mana pihak. Dakwah dan tarbiyah milik semua; ia adalah tanggungjawab dan amanah kita bersama.

Dan inilah antara perjuangan peribadi saya dan belog ini; mahu mengubah lanskap dakwah dan tarbiyah agar ia tidak lagi dipandang kolot dan jumud. Kerana suka atau tidak, kebanyakan salah faham yang menimpa dakwah dan tarbiyah adalah disebabkan oleh para dua't itu sendiri.  Ramai di kalangan kita ini, sama ada secara sengaja atau tidak dan sama ada sedar atau tidak, telah menyebabkan orang semakin jauh dengan Islam. Tindakan, perlakuan dan percakapan kita sehari-hari kadangkala tidak menggambarkan keindahan Islam dan lazatnya menjadi hamba kepada Allah itu.

Hah? Dakwah tarbiyah...?? *garu garu* [Kredit]

Saya melihat ini sebagai suatu cabaran yang perlu ditangani. Masalah persepsi dan pandangan sebegini perlu diubah, kerana jika tidak, ia akan menjadi fitnah dan mehnah kepada dakwah dan tarbiyah.

Dakwah dan tarbiyah itu kool.

Dakwah dan tarbiyah itu bergaya.

Dakwah dan tarbiyah itu sumpah osemmnesss tahu..??

Siapa kata orang pakai jeans tak boleh nak berdakwah dan mentarbiyah? Siapa kata orang pakai topi dan bercermin mata hitam tidak boleh memberikan ceramah atau pergi ke masjid solat berjemaah? Dan siapa kata usaha-usaha untuk menyentuh hati di luar sana hanya boleh dilaksanakan oleh orang-orang yang berserban dan berjubah sahaja..??

Jujur, dakwah itu susah dan tidak mudah (Aik, macam bertentangan dengan moto majalah JOM! je ni. Eheh.) Yalah, kena ke sana sini, kena menebalkan muka tiga inci untuk menyampaikan mesej-mesej Islam, banyak pula pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Adoi, susah tahu..?? Tetapi ia akan menjadi senang dan tidak payah apabila kita mengabdikan diri kita semata-mata untuk Allah dan Islam yang terchenta. 

Makan sebab dakwah. Berjalan-jalan dengan rakan-rakan di Masjid India sambil membeli-belah kerana tarbiyah. Minum, tidur dan beriadhah sebab dakwah. Tulis status MukaBuku dan Kicauan juga kerana mahu mentarbiyah. Malah buat apa sahaja pon, hatta menemani Puan Mama ke pasar membeli ikan atau berteh tarik dan beroti canai bersama Inche Papa di kedai mamak peberet anda, niat kita tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mahu berdakwah dan mentarbiyah!

Ketika itulah, ketika kita merasakan dakwah dan tarbiyah adalah nafas kita, nadi dan darah yang mengalir ke seluruh tubuh kita, ketika itulah kita tidak lagi merasakan kepayahan dan keperitan dalan menegakkan syiar Islam dan sibgah Allah ini. Kerana ia sudah menjadi darah daging kita, sebati dan abadi di dalam setiap sel dan nuklues yang ada dalam jasad dan jiwa kita!  

"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, tuhan seluruh alam!"
[al-An' am, 6:162]

Ditambah pula dengan pelbagai nikmat yang Allah sediakan untuk para pejuang agamaNya seperti nikmat kefahaman Islam, nikmat erti persahabatan yang hoyeeeaaahhh, kemanisan dan kelazatan membaca ayat-ayat chentaNya, ketenangan jiwa meninggalkan karat-karat jahiliyyah serta bermacam lagi gula-gula hati dan cekedis jiwa yang Allah berikan... Menjadikan kesusahan dan kepayahan berada di atas jalan ini terasa seperti sepotong kek cap Resipi Rahsia sahaja! Wah!

Maka bagaimana, masih alerjik dengan perkataan 'dakwah' dan 'tarbiyah'..?

Ha anda! Mengapa masih garu kepala tu...??

-gabbana-

Seperti biasa, pastikan hujung minggu anda penuh dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah tahu?

Jangan biarkan ia dipenuhi dengan drama-drama Korea atau rancangan-rancangan hiburan, mahupun dihabiskan dengan terbongkang pengsan di atas katil saiz permaisuri anda itu!

Penuhi ia dengan perkara-perkara membasahkan jiwa, memantapkan iman dan mengembangkan lagi hidung untuk dakwah dan tarbiyah ini. Umat di luar sana sedang nazak dan sakit tenat dan kita masih ada untuk bersuka-suka dan bersenang-lenang..??

Pft.  

10 Caci Maki Puji Muji:

Qaseh Ana 11/05/2012, 17:32  

Saya suka kalau dakwah dan tarbiyah itu disampaikan oleh pelbagai peringkat manusia, atau yang ada pelbagai profesyen sebab sudut pandangannya yang berkait rapat tentang dirinya adalah berbeza.
Dengan itu, ia merupakan sumber yang saling melengkapi, besides sumber2 lain. contohnya doktor, chef, guru...kan ada kepelbagaian kat situ :D

syamil 11/05/2012, 19:16  

post yg panjang lebar..tapi tak buhsan untuk dibaca..syukran inche gabbana..keep it up..

Anonymous 11/05/2012, 19:23  

inche, sya ada 1 request. buleh tak buat 1 entry menceritakan kehebatan qiamulai hingga buat mata sy bulat menbaca dan adnerlin sy teruja mengalir untuk malaksakan qiamulai. hebatnya qiamulai :)
InsyaAllah kalo tidak menyusahkan inche

Anonymous 11/05/2012, 20:15  

bila kte buat sesuatu perkara tuh krn Allah ianya akan jadi ibadah kan.. mcm inche gabbana cakap..kalo kte teman mak pergi pasar sbb nak tarbiyah..kte makan sbb tarbiyah atau krn Allah..sy sbnrnye susah nk kaitkan bnde tuh...camne plak sy nk mkn, minum, pakai baju, baca buku dan lain2 krn Allah...sbb yg dpt sy pikir sy makan sbb sy lapar...sy pakai baju sbb sy kne pakai baju laa..dan lain2 lagi..boleh tolong sy x? maaf kalau soalan sy agak complicated..

Anonymous 12/05/2012, 05:34  

Ramai di kalangan kita ini, sama ada secara sengaja atau tidak dan sama ada sedar atau tidak, telah menyebabkan orang semakin jauh dengan Islam. Tindakan, perlakuan dan percakapan kita sehari-hari kadangkala tidak menggambarkan keindahan Islam dan lazatnya menjadi hamba kepada Allah itu.

explain lg plz...ape contoh inche ckp mcm tu?

Anonymous 12/05/2012, 11:43  

Rmai yg tolak dakwah n trbiyyah ni sbb diorg ckp x wjib.diorg ckp ckup la skadar rukun Islam
N rukun iman..kn dh leh msuk syurgakn best dpt msuk syurga sma2;-p
So jom dakwah n tarbiyah..!

mariposa babe 12/05/2012, 21:17  

suka dgn celak ust don..gothik sgt..

Anonymous 13/05/2012, 17:14  

assalamu'alaikum~ kalo x kbertan, bce lah blog ni...

http://allahseeker.blogspot.com/

ni bukn blog sy, tp..blog ni...sumpah osem tahu? bcelah..
;)

Anonymous 17/06/2012, 16:07  

inche gabbana osem es oweys! jazakallah khair for the post. looking forward to a post on amar maaruf n nahi munkar from u. Jazakallah!

Anonymous 21/03/2013, 22:21  

salam..saya fikri. saya dilanda bermacam dugaan baru2 ini. Kematian kakak saya (nurul alyani bt ariffin) & rakan zaman sekolah saya ( nur iman shafiq bin abd rahman) baru2 ni betul2 memberi impak dlm diri saya. saya rasa jiwa saya kosong.saya perlu berubah kearah yg baik..Alhamdulillah hati saya mula terbuka utk menerima tarbiyah.moga Allah tetapkan pendirian saya utk terus mencari kebaikan, menolak keburukan

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP