13 May 2012

Soal Jawab Bersama Inche gabbana

[Kredit]


1) Apakah syarat kelayakan untuk membawa bulatan gembira?

Inche gabbana: Syarat kelayakan adalah mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan SPM; Bahasa Melayu dan Sejarah mestilah sekurang-kurangnya gred A+.

2) Bagaimana kita nak tahu bila mana kita sudah bersedia untuk membawa bulatan gembira?

Inche gabbana: Bila mana hidung kita sudah kembang kempis dan mata kita bersinar-sinar cerah, itu tandanya kita sudah amat bersedia!
 
3) Apakah tips atau cara-cara yang efektif untuk buat saya terus komited dan bersungguh atas jalan dakwah dan tarbiyah ini?

Inche gabbana: Bangun pagi-pagi gosok gigi dan berjogging di sekitar kawasan perumahan anda untuk sekurang-kurangnya setengah jam. Kemudian pergilah menikmati sarapan pagi berupa nasi lemak ayam berempah atau roti canai kuah dal kari sambal, disempurnakan pula dengan secawan teh tarik gelas besar. Eheh.

4) Inche Papa dan Puan Mama saya macam tak suka dengan apa yang saya buat sekarang ni, i.e. menyertai bulatan gembira, konferens riang dan semua tu. Apa yang boleh saya buat..??

Inche gabbana: Macam-macam yang boleh anda buat; buat biskut, buat kek lapis Sarawak, buat langsir dan boleh juga buat tak tahu.

5) Saya suka pada Islam dan nak jadi seorang Muslim yang baik, tapi saya tak nak berdakwah. Boleh kan macam tu..?

Inche gabbana: Boleh. Boleh belah.

6) Bagaimana caranya untuk menambat/menawan hati seseorang itu supaya dia mahu menyertai bulatan gembira saya atau dengan bahasa rasmi yang lebih skema dakwah fardhiyah?

Inche gabbana: Kena berlatih tebar jala atau pancing ikan dahulu. Pastikan anda berguru dengan nelayan paling berpengalaman atau kaki pancing yang paling taiko di kawasan anda. Belajarlah dengan penuh kesabaran lagi berhemah.

7) Bagaimana mahu menjadi seorang Super Saiya?

Inche gabbana: Apa punya soalan la ni. Mudah je. Kena jadi Son Goku dahululah. Tak pon, paling tidak kena jadi salah seorang daripada penduduk planet Saiya! Ahah.

8) Macam mana nak jadi seorang dai'e yang mampu untuk tunjuk qudwah yang baik?

Inche gabbana: Mula-mula jerang air sampai mendidih dan menggelegak air tu. Sediakan sebiji kole besi, sebiji gelas kaca saiz jumbo, serbuk teh cap Tongkang Papan, susu pekat manis cap Merak Kayangan, dan sebatang camca teh. Letak tiga camca serbuk teh ke dalam kole besi. Alirkan air panas yang telah masak tadi perlahan-lahan melalui dinding kole. Rendam teh selama tiga minit lima belas saat. Masukkan tujuh camca susu pekat manis dan kacau dengan rancak dan meriah sekali. Kemudian tarik teh dengan menggunakan gelas kaca tadi. Setelah berjaya menghasilkan buih setinggi satu inci setengah, teh tarik gelas besar kaw-kaw sudah siap untuk diminum.

9) Saya semangat sangat untuk terus gigih dan bersemangat atas jalan dakwah ni, tapi masalah ukhuwwah yang ada sering membantutkan semangat saya. Macam ni Inche gabbana..??

Inche gabbana: Jangan kawan dengan dia, habis cerita.

10) Apa tips untuk berhadapan dengan ikhwah/akhawat yang senang sangat tacing ni..? Rimaaaassslah!

Inche gabbana: Ada. Antaranya janganlah berhadapan dengan dia, cuba berkebelakang pula. Dan kalau dia sangat senang tacing (Baca: tersentuh), mungkin dia mahu rasa terpukul atau tercubit pula. 

Amaran: Kalau ada sesiapa di kalangan anda yang rasa macam nak tarik rambut sampai botak atau terjun gaung paling dalam selepas membaca soal jawab, sila pastikan anda lakukannya dalam keadaan paling beriman dan bertaqwa. Saya tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan nyawa atau harta-benda intelektual mahupon fizikal. Oktengsbai.

Sekian.

-gabbana-

Baru pulang dari bermukhayyam di tepi pantai nan indah. Kulit kini seperti udang terbakar manakala wajah yang kacak ini sudah berubah seperti gorilla warrrgghh mahu makan budak! Eh.

Penat. Letih. Gatal. Pedih. Tapi tetap rasa best dan masyuk sebab dakwah dan tarbiyah itu kool tahu..?

25 Caci Maki Puji Muji:

sayakonfius 13/05/2012, 21:43  

er,,inche gabbana...apakah?

Anonymous 13/05/2012, 21:48  

kikiki ;D

Prattler 13/05/2012, 21:57  

heh? sian org yg tanye soklan tu.. bru nk tanye soklan, xjd la :p

fairuz 13/05/2012, 22:32  

jwpn inche gabanna menghiburkan. sekian. :)

Timah In The House 13/05/2012, 22:50  

err...
ini bukan provoke
tapi, perlukah beri jawapan sebegitu rupa
tidakkah itu menghalang jalan dakwah itu sendiri?

peace no war

Najla 13/05/2012, 23:13  

owh..baru excited sbb persoalan tu pernah timbul dlm diri.. baca baca .. gelak gelak .. then , "apa maksudnya?"

Inspector Saahab 13/05/2012, 23:54  

motif ? erks

Anonymous 14/05/2012, 01:32  

Hebat la jawapan kau beb. Bila aku kaji bahasa kiasan kau tu, banyak jawapan tersirat yang aku jumpa. Bermanfaat sungguh. Alhamdulillah.

Note to readers : jangan direct sangat baca tu. Cuba refleks guna cermin. Sure dapat jawapan. Tak caya try buat ;)

Anonymous 14/05/2012, 01:39  

next!

syamil 14/05/2012, 03:09  

pergh..dlm3 maksudnya ni..kalau tak faham tanya mereka yg dapat merungkai jawapan2 inche gabana ni..serius banyak jawapan tersirat,dan bukannya sarcarism..

kucing lorong 14/05/2012, 03:13  

interview yg bombastic sarcastic dan drmatic!

i could tell how sharp IG could be in person..talkin bout life..IG IS FIERCEE.

aku selami lautan dalam mencari mutiara sejati..
aku daki puncak tinggi mencari damai hakiki..
aku jalani lorong berliku mencri redha ilahi..
namun misteri ilahi tak pernah mati.

Anonymous 14/05/2012, 05:15  

istighfar

Anonymous 14/05/2012, 05:48  

Kenapa perlu berikan jwpan sebegini???

minah 14/05/2012, 09:59  

kadang2, cara cenggini bole 'tertusuk' terus pd org yg fhm.
yg tk dpt lg tu, ce baca double triple times? ehe. tq. :)

Polyphenols 14/05/2012, 11:47  

oh yeah, TERSIRAT BANYAK ni.

TAK TERBANTUT jika dapat diselami maksudnya.

siapa yang terase [bace: tacing] tu, bace la banyak2 kali. insyaAllah faham =)

walaweh!! 14/05/2012, 15:30  

sumpah jawapan dia PERGHH.. OSEM gila!!

banyak yang tersurat dan tersirat kot!!

bagi para da'ie, jangan jadi lurus sangat ah.. READ BETWEEN THE LINES!! Baru lah dapat jadi da'ie SUPER [^_^]

jazaakallah IG untuk pencerahan!!!!

keyboard warrior 15/05/2012, 03:14  

masa mula2 bace..rse mcm..err..apakah? tp lama2 bace..bace melalui hati (kiasan)..kita akn jumpa jawapan dye.. di sebalik jawapan yg klaka tu tersirat mksd sebenar setiap soalan.. cubelah..

::setuju dengan anonymous yg kata ats tu..bce ikut cermin hati::

Firdaus Ibnu Ariffin 15/05/2012, 22:51  

Saya baru pindah ke Planet Saiya! Warghhhh! Tak lama lagi inshallah saya nak jadi super Saiya !

ina :) 29/05/2012, 21:29  

WOHA!
provoke,

Tomato Ceri 18/06/2012, 23:56  

rasa macam kena trolled ja bila baca jawapan2 ni. sabaq jela -,-

Anonymous 11/10/2012, 13:29  

hehe...juz my opinion:

jwpn 1: ilmu kn byk.
jwpn 2: semangat n keyakinan musti ada
jwpn 3: terus brsemangat, lps 2 give some reward to yrself
jwpn 4: jgn trlalu fikir sgt 1 hlgn tu...fokus pd benda2 yg kita leh buat
jwpn 5: of kos la muslim yg baek kn buat d'wah!!!
jwpn 6: blajar/kongsi pnglaman dgn org yg haibat dlm bdg ni...then bersabarlah...
jwpn 7: mula dr diri sendiri...ubah diri,try masuk dlm msyrkt
jwpn 8:proses nak jd qudwah mgkin amek masa lama...so sabo la, step by step lalui perubahan 2
jwpn 9: mslh ukhwah wujud sbg 1 trbiyah dlm brda'wah. hadapi...atau cri la kekuatn dr ikhwah yg laen
jwpn 10: ubah cra anda brkomunikasi dgn die...jgn 'direct' sgt

Anonymous 03/01/2013, 19:29  

I like those answers.. XD

Anonymous 23/09/2013, 10:42  

sungguhlah tersurat. ohsem :)

Anonymous 27/09/2013, 12:17  

100 markah untuk jawapan anda yang sangat menarik..sumpah tak tipu.

qaseh 02/10/2013, 15:12  

Alhamdulillah & terima kasih.
tersurat menghiburkan..tersirat...tanyalah hati.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP