Anugerah Bintang Paling Popular
[Kredit] |
Sekiranya anda dengan penuh perasaan teruja membuka belog ini mengharapkan saya memberikan komentar tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang telah berlangsung dengan 'gilang-gemilangnya' malam semalam, jelas anda masih belum kenal belog ini.
Dan sekiranya anda membuka belog ini dan benar-benar mendapati saya memberikan komentar tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012, sudah tiba masanya anda meninggalkan belog ini dan mencari belog-belog lain yang lebih berfaedah. Dan sudah tiba masanya saya terjun gaung.
Ahah!
Dasawarsa ini, cukup ramai orang yang ingin menjadi popular. Popular segera. Tidak kiralah artis, ahli politik, suri rumah, penyapu sampah, penjual ikan, eksekutif, pegawai bank atau siapa-siapa sahaja. Semuanya mempunyai gelombang otak yang sama; bagaimana mahu menjadi super popular dengan segera.
Maka tidak hairanlah program-program realiti tumbuh ibarat janggut selepas dicukur. Eh. Bukan sahaja kerana ramainya orang yang mahu menjadi popular, tetapi juga kerana permintaan dan reaksi daripada masyarakat yang sukakan kepada perkara-perkara yang sedemikian - hati mereka juga sebenarnya memasang niat alangkah seronoknya jika mereka dapat menjadi popular. Aduhai.
Begitu juga dengan pentas politik di Malaysia ini. Sejak kebelakangan ini, begitu ramai ahli-ahli politik picisan yang kelihatannya amat gemar mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi, hangat lagi sensasi. Untuk apa..? Untuk mencapub dan menjadi popular dengan segeralah, apa lagi..??
Dan jangan hairan sekiranya ahli-ahli agama pon mengejar kepopularitian ini! Maka anda akan berjumpa dengan ustaz ustazah yang akan berbicara tentang isu-isu yang panas dan mempopularkan mereka, daripada berbincang tentang perkara-perkara yang dapat mengubati masyarakat yang sedang sakit tenat. Anda akan dapati ustaz ustazah yang lebih sibuk dengan penampilan diri mereka, daripada sibuk dengan penampilan ummah yang semakin hari semakin hina di mata dunia! Geleng kepala.
Ya, saya kira memang seronok menjadi popular ni. Pergi ke mana-mana pon orang kenal. Nak makan akan ada orang yang tawarkan diri untuk belanja. Hadiah, surat-surat chenta dan patung beruang panda daripada peminat tidak henti-henti menerjah rumah anda. Puji-pujian yang mengembangkan hidung dan mengoyakkan seluar sudah ibarat makanan ruji yang perlu diambil setiap hari. Seronok. Masyuk. Syok weyy!
Tetapi kita lupa. Leka. Tiada gunanya kita popular bomm bomm kedababomm di dunia itu, tetapi langsung tidak dikenali oleh penghuni langit dan seisinya. Apa guna kita popular di mata manusia tapi kita hina dina pada pandangan Allah? Apa gunanya kita artis dan selebriti di dunia ini, menjadi pujaan dan idola setiap makhluk yang bernyawa, tetapi kita menjadi cacian dan kutukan para malaikat dan bidadari setiap hari..?
Air mata mengalir perlahan.
Jadilah seperti Uwais al-Qarni, yang langsung tidak dikenali oleh penduduk bumi, tetapi amat disanjungi dan dihormati oleh penghuni langit..! Itulah erti kata popular, feymes dan terhormat yang sebenar! Biar kita hina dan dipandang dina oleh masyarakat dunia, asalkan kita menjadi V.V.I.P. di akhirat nanti, disambut dengan permaidani sorga dan ditabur dengan bunga-bunga harum dari taman-taman sorga!
Oleh itu, mari kita lihat apakah anugerah-anugerah yang telah Allah sediakan untuk bakal-bakal artis dan selebriti di sorga nanti, supaya menjadi motivasi untuk kita merebut trofi dan anugerah agung ini!
Anugerah Manusia Bertaqwa
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, ditempatkan di dalam sorga dan kenikmatan. Mereka bersuka-ria dengan apa yang diberikan Tuhan kepada mereka; dan Tuhan memelihara mereka dari azab api neraka."
[at-Tuur, 52:17-18]
Anugerah Hamba Paling Sabar, Walaupon Cabaran dan Dugaan Menyerang Ibarat Raksasa Gorgon. Eh.
"Sungguh Kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut, kelaparan serta kekurangan harta benda, jiwa, dan buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami ini berasal dari Allah, dan kami juga akan kembali kepadaNya’. Mereka itulah orang-orang yang akan mendapatkan ucapan selawat (pujian) dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh hidayah."
[al-Baqarah, 2:155-157]
Anugerah Manusia Super Ikhlas Otrohamba
"...Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan, (sambil berkata) 'Sesungguhnya kami memberikan makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah. Kami tidak mengharap balasan dan terima kasih darimu."
[al-Insaan, 76:8-9]
Anugerah Manusia Osem Menahan Marah dan Pemaaf Pula!
"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang...
[ali-Imraan, 3:133-134]
Anugerah Sumpah Amanah Lagi Menepati Janji Heyy!
"Dan di antara orang-orang mu'min itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pon tidak mengubah (janjinya)..."
[al-Ahzab, 33:23]
Anugerah Manusia Kool Tak Pening Kepala
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami adalah Allah," dan kemudian mereka beristiqamah, tidak ada kerisauan mahupun kesedihan dalam diri mereka."
[al-Ahqaf, 46:13]
Anugerah Hamba Allah Yang Maha Pengasih
"Adapon hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan 'Salaam'..."
[al-Furqan, 25:63]
(Untuk mengetahui lebih lanjut tentang anugerah ini, anda amat digalakkan membaca usrah al-Furqan mulai ayat enam puluh tiga sehingga habis. Kacang pis.)
Anugerah Kekasih Tegar
"...Adapun orang-orang yang beriman sangat besar chentanya pada Allah...
[al-Baqarah, 2:165]
Anugerah Manusia Osem Gila Bergaya
"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia menchentai mereka dan mereka pon menchentaiNya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orag beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberiannya), Maha Mengetahui."
[al-Maidah, 5:54]
Anugerah Hamba Buat Dakwah Tak Hengat Dunia
Dan orang yang membawa kebenaran serta orang yang membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. Kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta memberi pahala kepada mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[az-Zumar, 39:33-35]
...dan banyak lagi anugerah-anugerah yang lain. Sumpah kool bukan..??
Nah! Begitu banyak anugerah-anugerah yang telah Allah sediakan untuk kita semua di pentas Mahsyar nanti! Dan anugerah-anugerah ini cukup untuk sekalian manusia yang layak dan berhak menerimanya! Walawehhh!
Masih punya masakah kita untuk dibazirkan untuk menjadi feymes di dunia..?
Masih punya tenagakah kita untuk dihabiskan mengejar kepopularitian di alam yang fana ini..?
Dan soalan yang lebih utama..
Dalam banyak-banyak anugerah ini, yang mana satu bakal menjadi milik kita..? Atau.. Langsung tiada..?
"Dan seterusnya, Anugerah Hamba Paling Popular, Taat, Soleh Lagi Kool Bergaya.. *bunyi dram*.. Jeng Jeng Jeng.. Jatuh kepada [sila isi nama anda sendiri]...!! Phewwwiitttt!"
Bayangkan. Cuba bayangkan. Senyum kenyit mata.
-gabbana-
Alhamdulillah, tidak tergambar perasaan syukur kerana Allah telah mengizinkan diri yang hina ini untuk sama-sama menganjurkan konferens riang pada wikien lepas, yang memberi pengertian dan pengajaran yang cukup besar buat diri ini. Salah satu konferens terbaaaaeekkk sepanjang zaman..!
Moga Allah redha dengan amalan yang kecil ini. Amin.
Moga Allah redha dengan amalan yang kecil ini. Amin.
34 Caci Maki Puji Muji:
jatuh terguling2 kepadaaaa....si fulan bin/binti si fulan....bravo..bravo...phewittt...
wah! terbayang2! subhanaAllah
Allahu Allah!
mencari nilai popular di sisi
penduduk langit~~
Allahu Allah!
mencari nilai popular di sisi
penduduk langit~~
T_T~ nice entry..saya share boleh bro?
satu lagi, saya nak APG wat entry kisah saad bin muaz boleh? bila saya baca kisahnya..nangis laju2T_T.. menarik sangat! cume, kisah nya macam ad 2 cerita yg berbeza..ke saad bin muaz ni org nya berbeza? anda tahu tak bro?boleh kongsikan x? saya mula berminat nak baca kisah2 sahabat ni -setelah jauh tersasar-..(rsenye mcm dah lari tajuk)..bantu saya boleh x?
maaf ye
sy rasa x salah sekali sekala kita berhibur cuci mata dgn aktiviti hiburan asalkan jaga batas
sbg cth kan tak sume org gi clubing tu liar..yg penting niat..tak salahkan kalo gi clubing sekali sekala dgn niat mengeratkan silaturahim dgn rakan2 disamping menari diiringi muzik utk kesihatan..nak buat maksiat x kira tempat kalo dah niat x elok belakang surau pun leh jadi maksiat.
semoga kita dijauhkan dari tersasar jauh dari jalan menuju-NYA
ps:hanya insan biasa yg ada perasaan juga mencari hakikat hikmah ilahi dlm melayari bahtera dunia yg penuh cabaran dan misteri ini..
Assalamualaikum. maaf ye land rover. saya kurang setuju dgn hujah saudara. ya, mmg benar sekali sekala kita boleh berhibur. Tetapi, Islam juga tidak melarang kita drpd berhibur, malah ada garis panduan yang telah ditetapkan. misalnya, bernasyid, berzikir memuji Allah. Sgt seronok dan indah jika difahami maksudnya betul2.
Ya, mmg benar maksiat boleh berlaku dimana sahaja jika kita tidak menjaganya. tetapi Islam telah melarang kita menghampiri maksiat atau apa jua perkara seumpamanya. Jika mahu mengeratkan sillaturrahim, berkunjung ke rumah saudara2 Islam dan paling mudah solah jemaah di masjid. Jika dipandang mengenai yg diperkatakan. bukankah muzik yang terdapat di kelab2 kebanyakkan nya adalah melalaikan?. Dan jika mahu menjaga kesihatan kita seharusnya bersenam dan mengamalkan pmknan sihat. Disamping berdoa. Bukan menjejakkan kaki ke tempat seperti itu, menari dgn penuh keghairahan dan mendengar lagu2 yang melalaikan. Maaf, tambahan pula Kebanyakkan wanita di tempat2 seperti itu tidak tertutup auratnya dengan sempurna sedangkan Islam telah melarang kita melihat aurat orang lain yang bukan lah halal bg kita.
(maaf sekadar perkongsian dan pendapat. Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba2Nya yg beriman . Amin)
setuju dgn lieyana.pergi clubbing tak salah bgantung pd niat? well. sy sendiri bljar di luar negara dn byk je dpt invitation classmate omputeh ni pergi club. tp xpenah sekali pn pergi. tolaklah baik2. tu bukan ny satu2 tmpat yg boleh nk beramaj mesra, bkenalan, dgn dieorg.nk beramah mesra boleh join aktiviti kelab,psatuan. bukanny gi clubbing. apatah lg kalau kat malaysia, xpayahlah nak bkenalan gi clubbing. mmg masuk club tak smestinya minum arak, tp mata tu mlihat org lain seksi, mnari sana sini. hiburan ada byk lg cara lain yg dibolehkan
Sangat setuju dengan lieyana..kalau kita cinta Allah dengan sepenuh hati..kita akan bagi yang paling baik yang kita nak bagi..dan kita alan cari cara yng paling Allah suka bukan cara yang paling kita suka..ada beza di situ
setuju ngn lieyana
this is brilliant..job well done
Mungkin x land rover mnjwb scara sarcastic
biar dirimu tak dipandang penduduk bumi tetapi menjadi bualan penduduk langit.. best entry :)
T______T
semoga salah satu anugerah tu milik kita semua.
rase mcm tak layak...
dengan mutabaah tak jaga, dan segala bagai..
ya Allah, kuatkan hamba.
land rover kena fikir2 smula dan kena banyak lagi baca blog enche gabbana neh.... ^_^
best sgt entry nie...APG mantap..
terasa "basah" ..TQ Allah..
assalamualikum
well..
hanya DIA yg Maha Mengetahui
my advice to those against my komen/contoh tu pls dont be too skeptical n narrow-mind
to lieyana ahmad dan penyokongmu
pls notice yg i mentioned "sekali sekala" dan "jaga batasan"..tak guna if u berhijab tapi solek tebal mcm pelacur nak pancing lelaki ..u juz one of those like ar-rasul sabdakan "di akhir zaman muncul perempuan yg tutup aurat hakikatnya dia telanjang"..renungkan ye.
besides..mana awk tau music club tu lalai? pls define music yg lalai tu? pls enlighten me sister
music is universal depends on individual to define n favour..for me asma ul husna by siti nurhaliza pun boleh melalaikan lelaki tua gatal yg tak cukup iman..so as i said berhibur dgn cara sendiri once awhile tak salah janji jaga batasan dan kuat iman.
hidayah dan hikmah tu milik-NYA dan hanya yg terpilih bisa mengerti tersurat dan tersirat..
ps:open heart open mind livin as one for redha ilahi.amin
land rover~ niat x menghalalkan cara...mmg lau da psg niat x nk minum arak bile gi clubbing, juz nk have fun menari ke hape, tp bg pndgan awak, awak rase itu ker cara hidup islam?....
lagu melalaikan~ bg pandangan saye~
lagu2 skrg ni sgt byk gune perkataan yg z senonoh as f*ck, b**bs n etc...lau da dgr bende2 x elok tu ulang2 kali, x rase ke bende tu bole mngurangkan iman?...
i luv music...its part of my life. but i know how to choose which music i want to listen...i also play instruments such as gamelan..musik bole jer...tp choose the right one..
lau kat club tu kompem2 la lagu2 yg x elok, penuh ngan kata2 lucah n x senonoh
~~~juz my comments yg x ditauliahkan~~
ok je kalau betul tempat clubbing tu:
- xde non mahram.xde percampuran antara llaki dan perempuan .laki clubbing satu tempat.perempuan pulak kat segmen lain.
-music yg xketerlaluan dan melalaikan
-xsampai lalai daripada mengerjakan kewajipan muslim.
-xde makan/minuman haram
-mnutup aurat.
-dan kriteria2 lain yg anda sendiri boleh fikir.
mungkin tu clubbing yg dibolehkan agaknyer.....
Walaupun baru baca a few anugerah yg disebut, dah boleh buat orang senyum. InsyaAllah kita usaha sama-sama rangkul anugerah2 tu! :)
en gabbana..update entri baru pls...
pelik dgn sikap setengah org yg mengaku islam dan bergerak atas jln dakwah tapi masih membuta tuli membuat andaian syok sendiri atas perkara yg mereka tak kenal dan tak pasti..yg boleh menmbulkan fitnah dan merosakkan hati..jelas sekali mereka ni golongan munafiq spesis dajjal yg permainkan islam as weapon to cover their shitty..booo.
tak sume ahli surau tu masuk syurga
tak sume ahli muzik tu masuk neraka
yg penting hati dan tahap keimanan yg akhirnya Dia jugalah yg Maha Tahu dan Maha Adil utk menghakimi hamba-NYa.
blog y mmg ohsem..
ALLAH itu maha tahu..maha adil dan maha bijaksana..DIA lebih adil dalam menilai manusia berbanding kita..
^^
salam..
ada satu kisah nak tau tak...??
ehem ! hehe..
ada seorang lelaki ni dia sangat baik dan melakukan sumeee suruhan Allah.. tapi.. tibe2 je!! tibe2!! dia teringin nak TENGOK..(saya ulang lagi eh)..dia teringin NAK TENGOK bagaimana rupanya club tu..dia tak nak buat ape pon..cuma nak tgk suasana club je.. bagaimana rupanya? ada perempuan pakai jilbab ke?mungkin dia rasa ada kot..
nak dijadikan cerita..(ini cerita betol ni. bukan cerita yang jadian)
satu hari dia pergi ke salah satu club yang ada... dan dgn izin Allah Yang Maha Berkuasa.. tidak lama dia memasuki kedalam club tu.. nyawanya ditarik dan meninggalkan dunia tang tu jugak..
dah namanya club..tempat yang tak elok.. maka matilah lelaki itu ditempat yang tidak elok dimana ditempat yang diminta dijauhkan oleh semua umat islam(saya rasalah..tak tahulah kalau ada orang yang nak meninggal ditempat sebegini)..sedangkan meninggal xcden pon kita tak nak,apatah lagi diclub yang semestinya dikelilingi oleh syaitan.. ramai diantara kita yang mesti nak meninggal kalau boleh kat mekah..kan elok mcm tu..
saya tak tahulah bagaimana lelaki ini dinilai disisi Allah..
kepada land rover..ya, memang betol niat tak apa..tapi niat itulah yang sebenarnya menjadi pendorong mantop untuk sang Syai menghasut kita kearah maksiat..tapikan lelaki diatas tu niat dia..baik ke?ntah..tapi peringatan, kita tak tahu kita mati dimana.. fikirlah.. kalau kita seperti lelaki diatas..siapa nak ajar kita mengucap ketika sang syai sedang menghasut kita??tak pasal2 kita terhasut dengan sang Syai tu.. kalau dah ada doa untuk dijauhkan mati dlm keadaan tak elok,,untuk apa kita mendekati lagi kan.. saya tak ingat mcm mana doa tu..harap Inche Gabbana boleh kongsikan ya..
renung2kan dan selamat beramal..
sekadar untuk berkongsi cerita tapi tak perasan ni blog orang..haha
tolong jgn fikir tak pergi club tu ketinggalan dekad,abad,zaman or something yang semasa dengannya..
JOM RAME-RAME IKUT SKEMA ALLAH DAN RASUL
terima kasih Inche Gabbana kerana memberi ruang untuk saya menyuarakan pendapat..sori ambil space lebih untuk ruangan kali ini..
Assalamualaikum =)
"Anugerah Manusia Osem Menahan Marah dan Pemaaf Pula!"
'Osem' di sini bermaksud 'awesome' kah? Gunakan perkataan BM yang betul, jangan sebab demi berdakwah kita boleh sesenang hati rosakkan bahasa.
'Awesome' bermaksud
1. inspiring awe -- boleh guna 'menakjubkan'
2. very impressive -- boleh guna 'membanggakan'
"..dan apabila orang2 bodoh menyapa mereka, merka mengucapkan salam..." )))
i found this somewhere:
*O*rdinary *S*elf/ *S*tudent, *E*xtraordinary *M*uslim
land rover..cuba try bc surah al-isra' ayat 32..
sekadar igin berkongsi..kalau dah tahu takpelah..renung2kan ya =)
salam.
saya setuju dgn contoh kisah yg ANONYMOUS bagi tu;
pointnya - kita x tahu ajal kita bila, entah2 masuk tempat maksiat trus kiok. ke incik Land Rover tawu bila manusia akan mati?
"kenapa kata clubbing tu maksiat? tak semestinya.."
maaruf (diketahui umum) club tu tempat maksiat @ pencetus maksiat. dan banyak anasir2 yg bakal mendatangkan maksiat lain (ikhtilat/kelam-gelap/suspicious-pil2 kuda or viagra)
tahu kan air paling 'common' dihidangkan kat club ape? - ibu segala maksiat tu.
ulama' kata, apa juga yg melengkapkan ssuatu perkara wajib ia dikira wajib.
cth: solat - wajib
wudhuk (yg melengkapkan solat) - dikira WAJIB.
same goes to,
apa juga yg menjadi punca BAKAL terjadinya maksiat (xkesah la iman org tu setebal mana pun, yg pasti kita ni manusia, bkn maleykat), kalau kita dekati sama hukumnya melakukan maksiat itu juga.
cth: zina - bdosa/harem.
arak (putik2 pencetus zina) - harem.
dah tu..? pikio2 la sendiri..
anda kan bijak ^_^
Land Rover:
wasalam, thanks for your 'very polite' advice. really appreciate it. i'm nobody . we r all the same. hamba Allah. thanks for classify me as one of them "di akhir zaman muncul perempuan yg tutup aurat hakikatnya dia telanjang" :)
my makeup doesn't always on my face. i've no problem to go out in public with no makeup on. sbb pndangan Allah lebih utama dr pndangan manusia.
just like what u said
"hanya DIA yg Maha Mengetahui"
you've made your statement but did u really think about it?? Allah lebih mengetahui jd Dia lebih mengenali saya drpd anda. layakkah kita menilai ssorg sdgkn kita tdak tahu dia bgaimana, jgn risau sy ambil kta2 anda sbgai nasihat dr saudara islam. i'm not perfect, no one is perfect. At least stiap hari I try to improve myself and dress modesty by keep learning. learn and learn . that's life. Dan terima pendapat orang lain adlah lebih baik daripada menegakkan benang yang basah. Atas dasar kekuatan iman tidak menjamin kita tidak melakukan dosa jika kita sendiri menghampirinya. Niat untuk menghampiri mksiat pun sudah cukup mnunjukkan lemahnya iman. benar, one of the comments, ajal kita tak tahu bila. adakah dikalangan kita mahu meninggal dunia di tmpat spt itu?kita kna sntiasa bsedia. siapa pula nk ajar kita mengucap di tmpat yg pnuh dgn hasutan syaitan. mahukah kita pergi di saat kita mnjejakkan kaki ke tmpat2 spt itu. Nauzubillah. be cool, we are here for discussion bcoz we love Islam, we love our muslim brothers and sisters.
surah al-isra' ayat 32.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
Semoga kita semua mendapat Hidayah dan disinari Nur Nya. Amin. . .
entry IG selalu banyak surprise !
Islam is the best way to protect us...;)..
Amat menarik pengisian ini, menjadi feymes di dunia pun takde kebaikan
Kadang menjurus kpd yg kurang baik pun ada juga kesannya drpd jadi feymes nih
Misalnya artis2 famous zaman skarang yg tidak lari dr kontrovesi
Mereka sepatutnya tahu risiko seperti ini dan elakkan populariti di mata manusia
Populariti di mata Allah s.w.t. lebih menguntungkan mlh tak ada kontrovesi langsung malah tenang kehidupan kita di dunia oleh Nya
Saya berminat mengenai artikel ini dan berharap ada lagi pengisian sebegini pada masa akan dtg
Post a Comment