4 April 2012

Khas Buat (Bakal) Gula-Gula Jantung Hati Saya..

Ya, itu saya. Senyum. [Kredit]

Matilah hadek-hadek bulatan gembira pastilah terkinja-kinja keriangan membaca tajuk post ini.

Ehem. 

Kebelakangan ini saya sering terjumpa belog-belog yang memuatkan rasa hati dan harapan si penulis kepada bakal pasangannya. Si penulis mewarkahkan isi hati, hasrat dan pesanan kepada bakal pasangan, dalam format ala-ala menulis surat chenta begitu. Dan err.. Berdasarkan pemerhatian saya, belog yang penulisnya perempuanlah yang banyak berformat sebegini. *koff* Selalunya saya tak habis baca pon, kerana sama ada saya:

a) Geli geleman sejuk tengkuk;
b) Muntah berwarna-warni; atau
c) Kekejangan satu badan

Ahah!

Beberapa soalan saya untuk anda, espeseli untuk anda yang dah tulis surat chenta sebegitu:

  1. Kalau tak dapat suami/isteri sebijik-sebijon yang macam anda nakkan tu bagaimana ya?
  2. Tak salah mengharap, tapi mengapa mahu dikongsikan dan dihebahkan ke seluruh dunia? Tidak yakinkah anda dengan urusan dan aturan Tuhan?
  3. Anda mengharap, dan ketahuilah, bakal suami/isteri anda juga mengharap. Dah tu, kalau dua-dua pengharapan tak sama, bagaimana? Kechiwa tak agak-agak?

Wahai. 

Beginilah wahai ikhwah dan akhawat sekalian. 

Tidak salah kita berusaha mencari pasangan yang terbaik buat kita. Malah itu pon yang digalakkan di dalam Islam. Apabila ditanya oleh sahabat kepada Nabi SAW ciri-ciri isteri bagaimanakah yang perlu diperhatikan, maka ini jawapan Nabi:

"Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu carilah wanita yang mempunyai agama, (kerana jika tidak) binasalah dua tanganmu."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Saya kira hadith ini cukup popular di kalangan anda di luar sana. Malah saya tidak hairan sekiranya ramai di antara ada hanya ketip jari, kacang goreng cap Pagoda sahaja untuk mengingati hadith ini! Err.. Hadith satu sampai sepuluh Arbain an-Nawawiyah dah hafal..? Tersedak. 

Ramai yang menekankan aspek 'kena cari pasangan beragama' melalui hadith ini. Anda benar. Memang itulah ibrah besar daripada hadith ini.

Tetapi ramai yang terlepas pandang dua aspek lagi yakni:

  1. Kena berusaha mencari pasangan hidup, kerana mereka tidak akan turun dengan riang gembiranya dari langit. Eh.
  2. Tak salah meletakkan ciri-ciri tertentu untuk pasangan yang bakal kita kahwini.

Maka tak salahlah kalau kita mahu mencari pasangan yang 1) Kaya raya duit penuh di saku, 2) Anak Dato' atau Tan Sri (atau anak Pak Lebai ini dan Syaikh Besar itu..) dan 3) Cantik hensem kacak bergaya. Ok lepas ni pasti ada yang rasa nak pukul saya kan..? Wahahaha..

Eh tapi benarlah. Kita manusia kan..? Sayugia tak salah memasang impian, hasrat dan err, angan-angan. Kikiki.. Cuma seperti yang dikatakan Nabi, mencari pasangan yang beragama (Baca: Beriman, buat dakwah, ikut bulatan gembira. Vavavum!) itu lebih perlu dijadikan keutamaan kerana Insha-Allah, selamat dunia akhirat sekiranya pasangan yang bakal menjadi lagi separuh kita itu (Baca: The other half) adalah insan yang mantap iman dan amalnya.

Mengapa? Eh yalah! Sebagai seorang suami *koff sakit tekak koff* contohnya, dengan isteri yang beragama, pastilah saya tidak perlu risau akan isteri saya nanti berhias yang bukan-bukan, pergaulan dengan lelaki lain tanpa batasan, gelak macam pontianak harum sundal siang dan sebagainya. Dan seorang wanita pula, dengan bakal suami yang beragama, sudah tentu dapat menarik nafas lega kerana si suami soleh orangnya, berakhlak mulia, tidak perlu ditarik telinga untuk solat berjemaah di masjid, membantu anda di dapur dan menjaga anak, romantik... Ok sila habiskan senarai bila-bila masa anda percuma. 

Dah tu Inche gabbana? Tak salahlah kami ni tulis surah chenta pada bakal pasangan kami tu kan..?? Apa masalahnya..? Inche gabbana sendiri cakap yang tidak salah memasang impian dan harapan..? Hadoila Inche gabbana ni!

Err.

Masalahnya adalah apabila kita larut dan hanyut dalam angan-angan kita itu. Kemudian kita kongsikan pula dengan satu dunia untuk mengetahuinya. Eh bukankah itu impian dan angan-angan kita..? Bukankah itu harapan peribadi kita? Mengapa perlu dihebahkan kepada seluruh galaksi bimasakti dan seisinya..? 

Sedangkan kita ni, banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan. Dalam kita memasang pengharapan setinggi Gunung Kilimanjaro itu, diri kita ini sendiri bagaimana agaknya..? Layakkah kita mengharapkan seorang pasangan yang penuh solat jemaahnya, sedangkan kita sendiri terkulat-kulat nak solat di awal waktu? Layakkah kita mengharapkan seorang pasangan yang tegar dan komited dengan jalan dakwah ini, walhal kita bulatan gembira pon malas nak hadiri? Dan layakkah kita mengharapkan seseorang yang mampu untuk membimbing dan memandu kita ke sorga, waima kita amat culas dan berat sekali nak bimbing dan tarbiyah diri sendiri..?? Aduhai. 

Sudah tu, masih mahu kongsikan impian dan harapan kita ke seluruh dunia..? 

Benar, benar dan benar. Tidak salah untuk berharap. Itu kata-kata saya. Tetapi.. Err.. Tak malukah kita berkongsikan angan-angan kita itu, ketika seluruh dunia di luar sana bisa sahaja menghakimi siapa diri kita ini..? Tidak risau dan takutkah ia akan menembak semula kita dengan bidikan tepat di kepala..?

Oleh sebab itu, geng-geng ekstrem seperti saya ini, tidak gemar sekali apabila melihat ada ikhwah-akhawat yang begitu ghairah berkongsikan gambar-gambar perkahwinan mereka di MukaBuku. Terpancar jelas kemesraan dan kechentaan sesama mereka. Err.. Get a room please..? Apa tujuan dikongsikan gambar-gambar intim sebegitu? Tidak cukupkah sekadar hebahan yang anda sudah berpunya dan dimiliki..? Dah tu, apa beza Baitul Muslim dengan perkahwinan mereka yang tidak mengikuti gerabak dakwah ini? Di mana istimewanya..??

Eleh Inche gabbana. Jeles la tu! Nanti dia kahwin, tengoklah macam mana! 

Gedebup batu bata satu guni menghempap kepala. Moga saya tidak dilaknat Allah seperti di dalam surah as-Saff itu! Nau'dzubillah.. 

Mudahnya begini. Sebagai seorang dai'e, sama ada suka atau tidak, segala perbuatan dan tindak-tanduk kita akan sentiasa diperhatikan. Percakapan, perbuatan, gelak-tawa, gurauan hatta cara makan sekalipon sebenarnya adalah dakwah kepada manusia di sekeliling kita. Maka kita amat perlu untuk berhati-hati, agar tindak-tanduk kita sehari-hari, walaupon tidak mengajak orang ke arah kebaikan, tidak menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah yang kita bawa.

Tidaklah pula saya katakan, menulis post tentang pesanan dan harapan kepada bakal zauj/ah itu menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. Tidak pula saya tuduh dek kerana gambar-gambar mesra berpegangan tangan berlari-lari di padang nan hijau ikhwah akhawat yang baru berkahwin menyebabkan orang lari daripada dakwah dan tarbiyah. Tidak. Cuma saya khuatir sekiranya kita menjadi kurang sensitif dan kurang pula berhati-hati dengan perlakuan kita sehari-hari. Sehingga apabila sudah menjadi suatu kebiasaan, hilang nanti sensitiviti seorang dai'e yang sewajarnya amat menjaga qudwahnya.

Kerana tugas seorang dai'e itu sememangnya besar dan berat; dia perlu mempertahankan dan menguatkan lagi saf-saf perjuangannya walau dengan apa cara sekalipon. Dan seandainya kita tidak mampu untuk sama-sama menguatkan, jangan sampai diri kita yang melemahkan pula saf-saf ini!

Sukar? Susah? Berat lagi membebankan..? Memanglah! Jika tidak mana mungkin Allah membeli jiwa dan harta orang-orang mukmin itu dengan sorga! Bukankah sorga itu amat mahal harganya..??

Maka.. Berhati-hatilah dengan setiap tindak-tanduk kita. Mana yang patut diperibadikan, peribadikanlah. Mana yang perlu dirahsiakan, rahsiakanlah. Mana yang tidak perlu dihebahkan dan dikongsikan, simpanlah di dalam peti rahsia bawah katil anda itu. Kerana di kala ini, ketika umat sedang sakit tenat ini, gerabak dakwah tidak punya masa dan tidak mampu untuk menanggung sebarang kebarangkalian yang akan melambatkan pergerakan perjalanan yang sumpah panjang ini..!

Dan oh! Kepada bakal Puan gabbana, saya kasihan dengan anda. Inche gabbana sangat cerewet, mengada-ngada, gopoh, banyak songeh dan super-busy orangnya! Wahai..!

-gabbana-

Hormon hadek-hadek bulatan gembira sedang tidak stabil tatkala ini. Amat mudah teruja dan menjadi riang sekali apabila frasa-frasa seperti 'Zaujah,' 'Baitul Muslim' dan 'Kahwin' kedengaran. Peluh besar. 

47 Caci Maki Puji Muji:

tegar 04/04/2012, 15:07  

ya, kalau rasa tak berupaya utk kuatkan saff ni, jangan lemahkannya.

btw nice entry

Najwa 04/04/2012, 15:09  

setuju dgn inhe gabbana. skarang ni ramai sgt yg berbicara pasal soal hati smpai lupa soal mati

lalola 04/04/2012, 15:11  

kurangkan soal hati, lebihkan soal mati ?
hee :p

Selamat beramal~

Ainum Lathifah 04/04/2012, 15:16  

salam'alaik.

entry ni sumpah osem. sangat osemmm DIA y memberi ilham. totally agree.

abang ipar selalu pesan,
"jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islami, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati."

moga Allah redha :)

farhan nasri 04/04/2012, 15:19  

hambek kau.....zreeettt..

biasanya akhwat je yg semangat bnde2 cmni..

ikhwah klau dgr bnde ni dok pakat gelak je..jadi bahan jenaka pulak..ahaha

Inspector Saahab 04/04/2012, 15:23  

menarik.

wan-niza 04/04/2012, 15:34  

nak share kat facebook. boleh ye. terima kasih in advance

joenyz 04/04/2012, 15:54  

inche gabbana, err, i was smiling all the way bce entry ni.. because it is soooo truee... n the note buat pn gabbana tu make me gelak sorang-sorang....

Anonymous 04/04/2012, 16:10  

salam alayk~ asiff jiddan tanya "Sayugia " ini apakah?? jzkk ,, btw nice sharing ya akhi,,keep it up, may ALLAH bless

Hamba Ilahi 04/04/2012, 16:33  

vavavum! *koff3* petanda dah semakin banyak nampaknya. Alhamdulillah ^.6

Anonymous 04/04/2012, 18:22  

bila msuk bab kawen mmg ramai yg jd super duper excited...

meSsy.La 04/04/2012, 20:09  

haA~~~
sweet gile tajokk entry...
tp sweet lagi isi entry^^
troskan la :)
smoga ramai lagi dpt ilmu.

azie fke uitm shah alam 04/04/2012, 22:51  

haahha,,,kelakar ,,err ye ke kelakar?..
sibuk cerita psal bakal pendamping diri,,,pasal cinta sesama manusia,,,cinta pada Allah da cukup utuh dah ke? haiyooo,,
hahah ok2 fine pdnpt masing2,,
hai encik gabbana

Anonymous 05/04/2012, 01:20  

kerana 'kita' ada 'tamayyuz'nya...

nok dara 05/04/2012, 03:31  

geli tengok kapel yg over ni apatah lagi yg bergerak atas jln dakwah mungkin mereka lupa kerana nafsu menguasai..

contohi sunnah rasulullah saw.

Ranger Hijau 05/04/2012, 09:32  

jiwang r inche gabbana. *Uhukkk~

Unknown 05/04/2012, 10:18  

terima kasih mengingatkan.
alhamdulillah,boleh diterima.

Ziyad Imani 05/04/2012, 12:35  

*koff*
Alhamdulillah,sampai kat hati.Jzkk

Syeikha Zulaikha 05/04/2012, 14:25  

inche gabbana,nice^^
tahniah lah pn. gabbana..haha.
post memberi erti.:)

Anonymous 05/04/2012, 15:08  

bessh tapi xbape paham dengan bulatan gembira :)

Budak sebelah tingkap 06/04/2012, 01:46  

Sangat setuju dengan Mr. Gabana. kita terlalu hormonally unstable bila sebut zauj/ah. Benar, fitrah manusia nak berpasangan. Tapi tak perlu la kot sampai menggelepar. Alhamdulillah, moga pencerahan Mr.Gabana memurnikan kita sume yang menggelar diri sebagai daie. Aman takde perang. (peace no war :)

kak mah 07/04/2012, 00:44  

assalamualaikum en.gabana
nice post
kak mah suka topi putih tu huhuhu :)

Anonymous 07/04/2012, 13:59  

setuju sangat dengan article kali ini. ramai yang dikaburi dgn 'cinta islamik' kononnya

keyboard warrior 07/04/2012, 23:42  

salam...saya rase post ni paling menarik setakat nih.,,,whahahahah.. sebab saya ni budak baru masuk..ad mmber habaq mai pasal blog ni..tu sj usha2..cme ad sdikit kemusykilan..
soalan nya: [xyah nak berdebar sangat la inche gabbana oiiii]

MACAM MANA PULAK KALAU GAMBAR KAHWIN TU BUKAN TUAN PUNYA BADAN YG POST SEBALIKNYA TEMAN2 / HADIRIN HADIRAT YG UPLOAD KAN DLM MUKA BUKU?"

Inche gabbana 09/04/2012, 08:36  

keyboard warrior: kalau beyond our control, nak buat cane. the least we can do, untag gambar2 kita atau yg lebih baik, hubungi kawan kita tu dah soh dia remove sume gambar2 yg ada kita di dalamnya.

ok ke camtu..?

oh, salam ukhuwwah dan mahabbah! moga belog yg marhaen ini dapat memberi manfaat yg besar dan baik kepada anda. ;)

Anonymous 09/04/2012, 11:31  

haha~ ramainya orang komen dekat post ni...

keyboard warrior 09/04/2012, 12:57  

em..ok..jawapan anda diterima.. cuma kalau org share2, tu yg mnjadi masalah, bukan? Jadi nak xnak kita terpaksa biarkan, betol x?

owh..salam ukhwah.. terima kasih..doa2 kan lah saya yg sdg mncari ilmu ni..banyak lagi perkara yg saya x tau..InsyaALLLAH, saya akn follow blog ni.. thanks dude!

A Khalid 09/04/2012, 19:03  

gelak golek2. ROFL.

Anonymous 10/04/2012, 19:49  

Fitrah manusia mmg mahu berpasangan, jd x hairanlah kalau ade org yg terover excited...dh Allah jdkan begitu...tp pandai2xlah control...
Tp skrg ni x ramai org tajarrud dlm mncari jodoh...Mungkin inche gabbana boleh buat entry mengenai tajarrud dlm pencarian jodoh pula...

lampu 18/04/2012, 02:02  

adik2 bulatan gembira saya pun sgt suka bertanya 'bila nak kahwin?'
dan sgt akan bersemangat mengusik saya bila sebut kahwin,pasangan,couple, atau yg sewaktu dgnnya.... haih...

iTTeW saYe... 28/04/2012, 23:41  

~ SUPER KEWL & OSEM inchek gabana...kita boleh meletakkn impian kriteria pendamping donia kita.. tp betoi ka itu ciri2 yg boleh bahagiakn kita?? bagi saya..jika kita nak yg baik..menjaga solat slalu qiam di mlm hari.. membaca quran.. kita dahulu yg kena tarrbiyah diri.. n ciri2 tu xperlu diwawarkn takut nnt memakan diri..rancangan ALLAH yg terbaik (Al-Anfal:30).kerana yg terbaik hanya ALLAH yg mengetahui (Al-Baarah:216).hiasilah perasaan malu dalam diri tiap perempuan..~

bimo 14/05/2012, 21:17  

bismillahirrahmanirrahim

errr...IG,
mmm bukan nk cari kesalahan tapi nk meminta kepastian...hadis yang IG taip kat atas tu yg part last tu maksud dia binasalah kedua tanganmu ea??

mmm tapi yg ana belajar la...maksud dia kurang lebih, maka beruntunglah kamu (coz dia akn membantu memelihara iman kita)

so mmm hmm mcm tu laa...mohon penjelasannya IG...sama2 kongsi ilmu...
err x salah kn IG???

Bukan Heliza 20/05/2012, 09:04  

inche gabbana, g la minang Heliza Helmi, ada agama, cantik, sopan santun

Anonymous 08/11/2012, 14:34  

Setuju sangat.. T_T

Saya 08/11/2012, 14:36  

Menjadikan perkahwinan seorang daie itu bukan perkahwinan manusia biasa. Allahu Allah.

Miss Kelabu 22/09/2013, 22:00  

Mang setuju ngn inche gabbana. Sbb sy mang ada member yg bru kahwin dan ade gak letak gmbr ngn suami kt fb. Sy pun penah rasa bnda mcm tu semua xpyh nak tunjuk2 sgt. X manis kata org Melayu. So, lepas nie boleh la sy forwardkan artikel nie utkk die baca. Tq inche gabbana for this nice entry..! Tp ada satu perkataan yg sy xbpe nk phm. Actually 'sayugia' tu ape ek? Entry2 sblum ni ada gak terbaca perkatan tu. Tp xpenah nak tnye. Ni ada org dah tlg tnyekan, so mang nak tau sgt r apekebendanya tu? heee.

Unknown 22/09/2013, 22:23  

Tak mustahil juga malaikat maut jumpa kita dulu sebelum sempat nak ucap, "salam alaik, zauj" (awkward moment). Dan disebabkan kemungkinan itu, kita kena persiapkan diri kita dulu ×_×.

nurul 23/09/2013, 00:47  

Benar sekali. saya pernah rasa lemas dengan luahan tak habis tentang bakal atau pasangan..Yang dah kahwin cer pikiaq perasaan orang yang tak kahiwn lagi melihat kemesraan anda tu..kesian..ehhe..bawak bersabarla..sampai rumah bermanja2lah puas puas..

Dan nak tulis surat chenta, tulis2, lepastu masuk dalam botol dan bagi kat suami bila dah kahwin nanti..kan romantik tu..haha...aduhai..apepun, mari kawal diri kita..-)

Anonymous 23/09/2013, 10:14  

1st time baca entri dr blog ni..like.. :)

Anonymous 23/09/2013, 13:43  

bukan ada apa pun...dia bt entry nie sbb nk hentam org yg suka tulis surat cheta kpd bakal imam/makmum dgn org yg dok post gambaq mesra perkahwinan...saja cari kerja. Bekpi kt depa laa nk post kt wall depa klu xketerlaluan, hg tau kaa gabbana klu depa post tue sbb niat nk dakwah. ak pun meluat jgk kdg2 tapi xkecoh pun, gagau cari hujjah yg xbrapa nk kuat mna...hg jeles nie

qaseh 23/09/2013, 16:23  

Alhamdulillah dan terima kasih.

inche gabbana..inche gabbana...
bile bercerita bab kawin nie, mmg ramai yg excited..
utk peroleh yg yg t'baik dikalangan yg t'baik..kite sendiri kena jadi yang t'baik..betul x
tp x salah juga jika kita peroleh yang kurang baik..di situ lagi luas kite yang terbaik ini mengajak yang kurang baik ke jalan-Nya

Anonymous 23/09/2013, 18:54  

ahaha suka gila dgn post kali ni.tergelak pun tergelak tp still dpt msj yg jelas & bmanfaat.insyaAllah.

saya setuju dgn inche gabbbana psl mereka2 yg upload/post gmbr yg intim/sweet bagai tu.ianya smpaikan kekadang bila saya baca caption gmbr tu saya sendiri segan..dek kerana saya rasa benda tu patutnya diperkatakan secara private kpd pasangan masing2. ehem..

Wallahua'lam.may He guide us all to the right path.Assalamualaikum :)

Nurul Farhana 24/09/2013, 15:47  

Seconded. An awesome article about the other half. Hot topic these days.

And at any rate may Allah Most High guide all of us to what is best for us in this life and the next.

Anonymous 24/09/2013, 18:24  

Betul IG, tak elok majlis 'intim' di khalayak ramai. Apa lagi kalau dihebohkan pula..

Anonymous 05/10/2013, 21:08  

Artikel yang tersangat osem.

Jzkk for the reminder.

>. 15/10/2013, 19:21  

inche gabbana single lagi?

Anonymous 02/12/2013, 14:09  

to be honest, br knl dgn blog ni and baru jek bace. this entry ohsem!keep writing btw.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP