Kaca Mata Cap Ayam. Anyone?
[Kredit] |
Ketika anda dengan riang
gembiranya membaca post ini, alhamdulillah, saya sudah pon sampai ke destinasi
yang dituju. Saya menulis post ini di dalam pesawat Air Asia, dalam keadaan
tempat duduk yang sempit, orang di sebelah yang sedang tidur (di sebelah hujung
kanan, mujur tempat duduk di sebelah kanan kosong) dan badan yang kesakitan dek
mengangkat beg dengan postur yang tidak betul sebelum berlepas tadi.
Sempurna.
Pesawat? Berlepas..? Anda nak ke
mana Inche gabbana?
Ahah. Biarlah ia menjadi rahsia.
Walaupon saya yakin manusia-manusia dan makhluk yang bermastautin di destinasi
yang saya tuju sudah tahu lebih awal akan kedatangan saya. Peluh. Ini semua
akibat sedikit masalah teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan identiti saya
terbongkar tanpa segan silu lagi.
Tidak mengapa. Saya yakin ini
semua sudah termaktub dalam perancanganNya yang Maha osem itu.
Kali terakhir saya ke luar negara
adalah pada awal tahun dahulu, percutian bersama keluarga. Takdelah luar negara
mana pon, Thailand je pon. Hohoho.. Kali terakhir saya ke luar negara untuk
urusan dakwah dan tarbiyah? Err..
Tidak pernah. Ini yang pertama
kali. Pertama kali semenjak saya balik ke Malaysia secara bagus (Baca: Back for good).
Awal tahun lepas pernahlah saya
ke Kerajaan Bersatu. Adalah saya membuat perkongsian bersama ikhwah dan
memberikan pengisian Saya Hosem. Tapi di samping ke sana untuk berjumpa ikhwah
dan melalui kembali jalan memori, antara tujuan lainnya adalah atas urusan
perniagaan. Kiranya tidaklah saya ke sana seratus peratus untuk tujuan dakwah
dan tarbiyah (Ya ya, saya tahu. Dakwah dan tarbiyah itu sepatutnya setiap masa
dan ketika, bila-bila masa dan di mana-mana kita berada. Terima kasih kerana
mengingatkan. Peluh kecil, tersipu-sipu).
Tapi perjalanan seumpama ini,
adalah yang pertama kali. Sememangnya ketika saya meminta Puan Mama untuk
membelikan tiket penerbangan saya pada bulan Januari dahulu, ketika itu tiada
yang lain bermain di kepala saya melainkan dakwah dan tarbiyah. Awal-awal lagi
saya sudah memasang niat pemergian saya ini adalah untuk meninggalkan sesuatu
yang berfaedah dan berguna di tempat yang saya singgahi nanti, Insha-Allah.
Nota kecil: Of koslah ada juga
terlintas untuk berjalan-jalan sambil menangkap gambar riang gembira di musim bunga
yang sungguh jelita ini! *koff koff*
Sudah lama saya begitu cemburu
melihatkan ikhwah atau mendengar tentang akhawat yang ke luar negara atas
urusan dakwah dan tarbiyah. Kepingin benar saya untuk melakukan perkara yang
sama. Pada saya, seorang akh atau ukht itu belum lagi benar-benar komited dan
bersungguh dengan dakwah dan tarbiyahnya kalau dia belum lagi boleh dihantar ke
mana-mana untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Pada pandangan saya
yang marhaen inilah.
Jadi saya amat gembira, teruja
dan bersyukur apabila diberikan peluang ini. Semacam mata bersinar-sinar
apabila peluang ini dibuka kepada kami pertama kali dahulu. Saya pon apa lagi,
teruslah menyambarnya ibarat seorang lelaki yang menyambar peluang dakwah yang
datang kepadanya bergolek-golek. Eh.
Jujurnya, dakwah dan tarbiyah
telah banyak mengubah diri ini, terutamanya persepsi dan pandangan saya
terhadap semua benda. Contohnya, dahulu, tidak pernah langsung terlintas di
hati saya untuk belajar sehingga ke tahap PhD. Tetapi kini, setelah melihatkan
ustaz-ustazah dan ikhwah-akhawat yang mempunyai PhD dan impak yang diberikan
kepada hadek-hadek atau masyarakat di sekeliling, kini saya mula memasang niat
untuk berPhD pula (Bukan Perasan hot debabommm tahu…?? Wahahaha).
Atau dahulunya saya tidak tahu,
malah amat jahil dengan apa tujuan saya diciptakan. Misi utama adalah untuk
menjadi seorang Muslim ‘baik-baik’ dan pada masa yang sama, menjadi super kaya
dengan sebuah Bentley, sebuah Jaguar dan sebuah Volkswagen Kumbang, yang
diparkir di rumah banglo saiz jumbo, lengkap dengan kolam renang dan jakuzi,
serta bilik rahsia bawah tanah. Cukuplah baik seorang diri, berkahwin dengan
orang yang baik juga dan melahirkan zuriat yang baik. Dakwah? Tarbiyah? Bahasa
Ugandakah itu?
Tetapi berkecimpung dengan dakwah
dan tarbiyah telah mengubah segala-galanya. Segala-galanya! Sungguh benar
kata-kata yang sungguh hoyeaaahhh ini: “Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi
segala-galanya bermula dengan tarbiyah!”
Begitulah. Jika Syed Qutb
mengatakan nikmat berada di bawah bayangan al-Quran adalah nikmat yang luhur
dan membersihkan, maka saya mahu mengatakan, nikmat berada di bawah bayangan
dakwah dan tarbiyah adalah suatu nikmat sumpah osem yang luhur dan
membersihkan! Wahai!
Seolah-olahnya dahulu sebelum
disentuh oleh dakwah dan tarbiyah, saya melihat dunia ini dengan kaca mata tak
cukup kuasa; semuanya kabur dan tidak jelas. Lubang dan lopak di atas jalan, ah
tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Duri dan paku saya nampak sebagai nikmat
dan hiasan. Samseng-samseng di jalanan saya sangkakan hero dan kawan.
Allah, jahilnya saya!
Namun, dakwah dan tarbiyah telah
memberikan saya sepasang kaca mata yang baru; kaca mata yang bukan sahaja cukup
kuasanya, malah kool dan bergaya pula! Kerana kaca mata ini, saya dapat melihat
jahiliyyah dengan lebih jelas. Kerana kaca mata ini, saya lebih faham dan yakin
dengan tujuan hidup saya diciptakan. Kerana kaca mata ini, saya tersedar dari
lena saya yang panjang! Apa lagi yang mahu saya pinta..??
Subhanallah walhamdulillah allahu
akbar! Air mata mengalir laju.
Ooh, sungguh comel dan bergaya tahu, anda yang memakai kaca mata dakwah dan tarbiyah ini..? ;D [Kredit] |
Maka itulah misi saya sepanjang
berada di negara asing ini. Kalau bukan memberikan kaca mata baru yang penuh
bergaya sekali pon, izinkan saya untuk mengelap dan menggilap kaca mata yang
sedia ada. Izinkan saya untuk berkongsikan persepsi dan pandangan pada dunia
yang wajib akan membuatkan anda teruja! Insha-Allah!
Kerana ini adalah kaca mata
kehidupan. Dengan kaca mata inilah, ia akan membimbing kita untuk melalui
liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. Dengan kaca mata ini
juga ia akan membantu kita membuat keputusan-keputusan penting di dalam
kehidupan; dari nak kerja apa di syarikat mana, nak kahwin dengan siapa hatta
sehinggalah nak beli rumah di mana sekali pon, kaca mata inilah yang akan
memudahkan urusan kita. Kaca mata inilah yang akan memastikan keputusan yang
kita ambil nanti bukan keputusan yang dibuat berdasarkan bisikan syaitonirojim
atau kehendak hawa nafsu diri.
Kerana kaca mata ini digilap
dengan sentuhan rabbani. Kaca mata ini dicuci dengan air kasih-sayang keranaNya
dan dilap pula dengan kain tarbiyah yang membasahkan jiwa. Tidak hairanlah ia
adalah sepasang kaca mata yang cukup berkuasa dan bergaya pula! Kalah kaca mata
cap Rebeng atau Okeli itu tahu..?? Wah!
Kini anda sudah tahu. Kehidupan di
dunia di fana ini tidak lama. Maka sudah pastilah sepanjang perjalanan menuju
redhaNya ini, kita mahu memakai sepasang kaca mata yang akan membantu kita
melihat jalan yang kita lalui ini dengan lebih jelas dan terang-benderang
bukan?
Eh anda, takkanlah untuk sesuatu yang
altimet penting seperti kehidupan kita ini, kita mahu ia dibimbing dan dipandu
oleh kaca mata cap ayam sahaja..? Ahah.
Senyum kenyit mata.
-gabbana-
15 Caci Maki Puji Muji:
en gabbana...en gabbana... apa2 pun all the best..selamat mnyerabutkan kepala di sana..kerana kita murabbi bukan penceramah...
mana shoutbox IG? :(
"kerana kita murobbi bukan penceramah."
...makes me ponder a lot...
"kerana kita murobbi bukan penceramah." *echoes*
"antara ilmu dan fikrah"
teringat diri sendiri jugak bila bawa usrah. huu
Ada banyak cara yang kita boleh bantu orang lain menuju jalanNya. Yang penting kita sampaikan dengan ikhlas kan? Sebab degan keikhlasan tu, insyaAllah senang penerimaannya :D
mau tahu, apa beza murabbi dan penceramah? nak cakap beza mengajar dan mendidik ke?
Assalamu'alaykum
Selamat. Semoga tenang bila teruji dalam beramal.
like :-)
tersenyum sendirian menikmati keindahan dakwah dan tarbiyah dari kaca mata org yg osem spt kamu.. mcm tgok drama korea dgn adegan pada musim bunga.. oppss.. hehe.
Apa2 pun selamat berjaulah dan bertadabbur.
Ikhlas,
Si pencari.
Buleh pinjam cermin mata yg osem tur
Assalamualaikum wbt.
Kalau mengharapkan bergambar dengan bunga tu , mungkin dah habis gugur kot. haha.
musuh utama org breiman adalah nafsu sendiri..semoga perjalanan mencari redha ilahi diberkati..
Encik....entri br pls.
selamat bermusafir. bermusafir dgn membetulkan niat kerana Allah akan memberikan makna yg besar kpd anda. seperti mini umrah/haji.
assalamu'alaikum inche.. boleh jawab soalan saya?
Tamrin tu ap?
Post a Comment