3 May 2012

Kotor 3.0?

[Kredit]

Saya kira sudah agak terlewat untuk saya menulis tentang Bersih 3.0. Dan ketika anda membaca ini, saya pasti anda sudah pon mempunyai analisa/konklusi anda yang tersendiri. Sudah ramai penulis, baik di dada-dada akhbar, portal-portal atas talian mahu pon belog belog menulis dengan panjang lebar tentang isu ini. Antaranya termasuklah saudara Hilal Asyraf yang glamor dan sungguh bergaya itu. Wah!

Tetapi izinkan saya untuk berkongsi sedikit pandangan dan pendapat yang marhaen, sekadar menambahkan kerancakan perbincangan tentang Bersih 3.0 yang sedia ada. Ewah!

Jujurnya, saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang Bersih 3.0. Pertamanya kerana saya tiada di medan ketika peristiwa yang cukup bersejarah itu berlaku. Keduanya, saya hanya mendapat tahu berita-berita tentang Bersih 3.0 hanya selepas beberapa jam peristiwa tersebut meletus, kerana berada di ruang udara ketika itu.
Kiranya, maklumat-maklumat yang saya terima adalah daripada internet sahajalah. Sayugia ada pelbagai versi yang masuk ke dalam kepala otak ini; yang pro-Bersih ada, yang anti Bersih ada dan yang duduk di atas pagar pon ada.  Sukar juga untuk menapis berita dan sumber mana yang benar-benar terpercaya. Cuma, mujur saya mendapat akses terus tentang apa yang berlaku di medan Bersih kerana ramai ikhwah yang saya kenali turut menyertai ‘Duduk Bantah’ tersebut.
Pada awalannya, saya agak skeptikal dengan penganjuran Bersih 3.0 kali ini. Entah mengapa, saya rasakan Bersih kali ini kurang faktor ‘Ummppphh’nya jika hendak dibandingkan dengan Bersih 2.0 yang dahulu. Seolah-olah sambutan terhadap Bersih 3.0 agak hambar dan kurang memberansangkan. Mungkin faktor promosi yang tidak segah dahulu dan keputusan untuk menganjurkannya yang agak lewat menyebabkan hal ini berlaku.
Kerajaan juga agak bijak apabila pada awalannya, mereka memberikan lampu hijau kepada penganjur Bersih untuk mengadakan ‘Perhimpunan Aman’ tersebut tanpa meletakkan apa-apa syarat. Seolah-olahnya mereka telus dan ikhlas dalam mengotakan janji-janji mereka untuk melaksanakan reformasi terhadap sistem keadilan dan perundangan yang sedia ada, selain sistem pilihanraya seperti yang dituntut Bersih. Hal ini telah sedikit-sebanyak berjaya menggambarkan kerajaan sebagai ‘budak baik’ manakala penganjur Bersih 3.0. yang rata-ratanya disokong oleh para pembangkang sebagai ‘budak nakal’ dan ‘budak degil’ kerana persistennya mereka dalam mendesak kerajaan.
Namun imej kerajaan sedikit-sebanyak tercalar apabila DBKL begitu keras menghalang Bersih untuk menganjurkan ‘Duduk Bantah’ di Dataran Merdeka. Walaupon DBKL sewajarnya bebas daripada pengaruh kerajaan pusat, tindakannya yang keras menghalang Bersih daripada berhimpun dilihat sebagai hobi di masa lapang untuk menjilat dan mengipas kerajaan.
Saya terkejut apabila mengetahui begitu ramai manusia yang turun padang di hari Bersih. Setibanya saya ke destinasi selepas hampir tujuh jam di ruang udara, antara perkara pertama yang saya cari adalah berita-berita tentang Bersih. Bulat jugalah mata saya apabila melihat foto-foto Bersih yang menjadi saksi kepada ratusan ribu manusia yang turun ke medan Bersih 3.0. 28 April 2012 mencatatkan sejarah sebagai perhimpunan rakyat Malaysia yang terbesar dalam menuntut pilihanraya yang lebih telus dan bersih.  
Maka analisa yang akan saya lakukan adalah analisa sebagai orang luar yang tidak berada di tempat kejadian, yang hanya bergantung kepada sumber-sumber berita yang ada. Boleh jadi analisa saya akan bias dan berat sebelah, dan boleh jadi juga, analisa saya lebih neutral dan adil memandangkan saya akan cuba sebaiknya melihat dan menjustifikasi Besih 3.0 dari kaca mata seorang jejaka kacak (Eh?) yang tidak punya apa-apa kepentingan peribadi.
Pada dasarnya, tuntutan-tuntutan Bersih 3.0 adalah tuntutan yang relevan, masuk akal dan penting ke arah  pembentukan sebuah negara maju yang lebih demokratik (Eceh). Jika benar kerajaan Barisan Nasional serius dalam menjalankan reformasi politik dan keseluruhan sistem pentadbiran yang sedia ada, wajar mereka menilai dan melihat tuntutan-tuntutan yang dikemukakan secara adil dan saksama.
Pelik juga mengapa kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib seolah-olahnya begitu fobia dan paranoid dengan Bersih. Mungkin Bersih 1.0 dan 2.0 benar-benar menggugah keyakinan mereka terhadap kepercayaan rakyat terhadap mereka.  Dan mereka wajar berpeluh tengkuk dan menggaru kepala; jika benar lebih 250,000 orang yang turun padang pada 28 April yang lalu, angka itu mewakili kurang lebih 1% daripada rakyat Malaysia. Itu cukup signifikan! Ironinya, mereka sewajarnya lebih matang dan bijak dalam menangani Bersih 3.0, setelah apa yang mereka alami dengan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0. Pisang sepatutnya tidak berbuah dua kali!
Keengganan DBKL untuk memenuhi permintaan jawatankuasa Bersih 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka merupakan tamparan pertama terhadap kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN. Meletakkan pihak polis dan FRU dalam keadaan berjaga-jaga juga memberi isyarat seolah-olah kerajaan skeptikal dan tidak percaya terhadap rakyat mereka sendiri. Secara peribadi, saya melihat tindakan kerajaan yang satu inilah yang sebenarnya memulakan provokasi dan ketegangan pada Bersih 3.0.
Saya tidak mahu memberi ulasan tentang sama ada benar atau tidak penyusupan masuk pihak Special Branch ke dalam para peserta Bersih untuk memulakan provokasi, kerana tiada bukti yang benar-benar sahih untuk menjustifikasi perkara tersebut. Tetapi yang pasti, tindakan pihak polis dan FRU melepaskan gas pemedih mata dan menembak para peserta Bersih bukanlah suatu tindakan yang pandai lagi bijaksana. Lupakah mereka ahli-ahli media dari seluruh pelosk dunia berada di tempat kejadian untuk merakamkan setiap perlakuan kedua-dua belah pihak? Dan lupakah mereka orang ramai yang pergi berdemo pada hari itu adalah rakyat mereka sendiri?
Dan apa yang berlaku sewaktu Bersih 3.0 benar-benar mengejutkan saya. Bersih 3.0 yang pada mulanya dilihat paling aman dan bertamadun, tiba-tiba bertukar menjadi raksasa gorgon dalam sekelip mata. Semuanya gara-gara tindakan segelintir pihak yang sama ada sengaja atau tidak, memulakan provokasi dan mencetuskan ketegangan, yang akhirnya memulakan kesan Domino (Baca: Domino’s effect dan bukan pizza Domino’s. Eh).


Realiti atau sekadar provokasi? [Kredit]


Walaupon banyak isyarat-isyarat yang menunjukkan bahawa terdapatnya unsur-unsur yang meragukan dan bukti-bukti yang menggambarkan bahawa provokasi yang berlaku dicetuskan secara sengaja, sekali lagi saya mengambil pendekatan ‘No comment’ ala-ala artis Malaysia yang tidak mahu memberi sebarang ulasan selepas ditangkap basah.. Err. Kerana saya tidak mempunyai bukti-bukti yang cukup kukuh dan sahih untuk membenarkan perkara sedemikian.
Di pihak Bersih pula, mereka tidak sewajarnya dilepaskan tidak bersalah begitu sahaja. Kamon la brader, kalau sudah berhimpun ramai-ramai sebegitu, mustahillah kalau tidak ada seorang pon datang dengan niat yang benar-benar bersih..? Malah di awalan lagi, mereka dilihat sebagai ego dan keras kepala, apabila kerajaan yang sudah mengalah membenarkan mereka untuk menganjurkan Bersih tetap berkeras untuk menggunakan Dataran Merdeka, walaupon awal-awal lagi DBKL telah mengatakan yang mereka tidak akan membenarkan dataran penuh bersejarah itu dijadikan tempat untuk ‘Duduk Bantah.’
Mungkin melihatkan kejayaan Bersih 1.0 dan 2.0, kali ini Bersih 3.0 tampil dengan ego yang lebih menggemok. Mereka terlalu yakin yang rakyat akan bersama-sama mereka dalam perjuangan menuntut pembersihan besar-besaran daripada kerajaan. Sehinggakan by hook or by crook, mereka tetap akan duduk dan bantah, walau apa pon yang berlaku tanpa mengira lagi sentimen dan pandangan rakyat yang mungkin tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu. Dan sama ada suka atau tidak, anda perlu akui bahawa perjalanan Bersih 3.0 banyak dicorakkan oleh pihak pembangkang, walaupon Bersih mendakwa dirinya sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hanya mahu menuntu pilihan raya yang lebih bersih. Maka secara langsung atau tidak, pastilah kepentingan politik mereka dijadikan agenda dalam Bersih.
Dalam hal ini, saya amat senang dan suka membaca komentar Hamka Kereta Mayat. Katanya, tak semua orang BN tu jahat dan tak semua pembangkan tu baik. Siapa yang salah, wajar dipertanggungjawabkan, tidak kiralah si pesalah menyokong pihak yang mana. Dan yang benar dan tulus, wajar diberikan penghargaan dan pengiktirafan. Give credits when it’s due; nobody is perfect in this world.
Melihatkan apa yang berlaku pada Bersih 3.0, saya tertanya-tanya; sekiranya suatu hari nanti Pakatan Rakyat benar-benar dapat menawan Putrajaya dan seandainya Barisan Nasional selaku pembangkang ketika itu mengajurkan suatu perhimpunan atau demonstrasi yang hampir sama, bagaimana agaknya pendekatan Pakatan Rakyat selaku kerajaan ketika itu? Adakah mereka akan membenarkan protes dan demonstrasi berlangsung secara aman, sepertimana yang berlaku di negara-negara maju. Atau mereka ibarat meludah ke langit, dua kali lima sepuluh?
Sudah bersediakah mereka menjadi kerajaan yang telus dan bersih seperti yang mereka canang-canangkan? Atau mereka hanya lebih tukul dari pahat? Bom bam bom bam, hanya pandai berkata-kata dan merembeskan air liur, tapi bila sudah diberi amanah dan tanggungjawab yang sebegitu besar, mereka juga akan gelap mata dan jadi pelupa?
Yang lebih utama, sejauh mana Bersih 3.0 benar-benar dapat mencorakkan perjalanan politik negara.? Sejauh mana Bersih 3.0 mendokong aspirasi perjuangan rakyat yang sebenar, atau ia hanya suatu gimik pilihanraya? Dan seandainya tuntutan-tuntutan Bersih dipenuhi oleh kerajaan sekalipon, sejauh mana ia boleh memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan tidak hanya kepada segelintir pihak? Adakah rakyat sudah benar-benar bersedia untuk berubah, atau hanya berani melaungkan dan mencanangkan perubahan, tetapi masih belum benar-benar ikhlas dan telus untuk berubah?
Secara peribadinya, saya menyokong Bersih 3.0. Saya melihat ia sebagai suatu perkembangan positif rakyat Malaysia yang selama ini mungkin memilih untuk duduk, lihat dan buat biskut sahaja. Ia juga menggambarkan kita sedang melalui proses untuk menjadi matang, selepas lebih lima puluh tahun merdeka daripada penjajahan fizikal pihak British. Oleh sebab itu, kita wajar berterima kasih kepada pimpinan Dato’ Sri Najib, yang telah dirintis oleh Tun Abdullah Badawi sebenarnya, kerana membenarkan semua ini menjadi suatu  kenyataan; Bersih akan tinggal suatu impian dan angan-angan di bawah pemerintahan kuku besi Tun Dr. Mahathir Mohamed. 

Bersih selama-lamanya telah mengubah lanskap politik Malaysia. Sama ada kita sudah bersedia untuk bersama arus perubahan ini, atau kita akan ditenggelami tsunami perubahan ini! [Kredit]

Ya, Bersih adalah suatu perkembangan yang positif dan cukup menarik. Tetapi Bersih sahaja tidak mungkin akan dapat mengubah negara yang kita cintai ini secara holistik dan lebih berkesan. Ia mungkin merintis jalan untuk suatu perubahan dan penambahbaikan yang lebih terjamin, tetapi untuk merubah negara ini menjadi sebuah negara maju yang lebih dinamis dan bertamadun, perubahan itu mesti berakar umbi daripada kita sendiri. Mudah untuk kita menuding jari dan melarikan diri daripada dipertanggungjawabkan, walhal kitalah yang menentukan halatuju negara yang kita cintai ini. Kerana kita adalah Malaysia dan Malaysia adalah kita!
Jangan biarkan perjuangan Bersih yang pada dasarnya ikhlas dan tulus itu menjadi kotor dek kepentingan diri sendiri dan kejahilan kita dalam melihat dan menilai prioriti yang lebih utama!
Fulsetop. Begitulah. Itu pandangan saya. Bagaimana? Bolehkah anda menerimanya..? Senyum.
-gabbana-
Dalam kita sibuk berbahas dan bergaduh pasca-Bersih 3.0; siapa yang betul, benarkah itu ini dan begitu begini berlaku, siapakah yang wajar dipersalahkan, apakah yang sebenarnya berlaku dan gerai mamak mana yang paling untung pada hari kejadian… Err.
Jangan pula kita lupa dan leka dengan saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Somalia, Checnya, Kashmir, Sudan dan seluruh dunia. Ketika kita sibuk berbalah tentang isu politik yang tampaknya tiada titik noktahnya, saban hari mereka sedang bertarung nyawa hanya untuk melihat fajar di keesokan harinya.
Jangan biarkan keegoan dan kebodohan kita menjadikan kita alpa pada masalah dan isu yang lebih utama!
p/s: Berjaya juga saya siapkan penulisan ini setelah berhari-hari mencuba. Ditulis dan disiapkan di dalam bas dalam perjalanan ke sebuah program yang Insha-Allah osem! Hoyeaaahh!

21 Caci Maki Puji Muji:

azwa berbicara ~ 04/05/2012, 00:13  

minta komen saudara gabbana tntang ulamak yg mngeluarkan knyataan yg BERSIH itu haram diadakan .

dan juga wajarkah kita mmperjuangkan pjuangan kita dgn orang spt Dato' Ambiga krana dgn jelasnya dia menyokong kes murtad dan sbgainya .

sekadar ingin mngetahui pendapat saudara :D
salam ukhuwah .

Anonymous 04/05/2012, 00:37  

SEKADAR MAHU MINTAK PENDAPAT..

adakah anda suka/gembira sekiranya Tun Dr Mahathir masih lgi menjadi PM Mlaysia?

zul hassan 04/05/2012, 01:10  

meyertai bersih bukan menyokong ambiga tetapi ingin menuntut pilihanraya yang bersih.
ramaii yang tidak faham mengangap menyertai bersih iaitu meyokong ambiga. kalau mcam tu kita patut perang habis-habisan MCd dan seangkatan dengannya kerana mereka menyalurkan keuntungan kepada zionis. namun tiada apa tindakan

Naim 04/05/2012, 01:30  

nice entry saudara,Ini pandangan peribadi saya ~ kalau mahu baca, silakan, kalau x mahu, x mengapa ..

http://naimpital.blogspot.com/2012/05/bersih-suatu-pengajaran-buat-semua.html

pembacategar 04/05/2012, 02:10  

nice ! susah nak dpt penulisan yg fair. cuma beberapa org saja sy kira menulis macam anda ni.

jujur, mulanya saya teragak sikit nak membaca post ini kerana sy tahu dulu anda menyokong hebat bersih 2.0. jadi terfikir, adakah akan ada 'bias' dalam pandangan kali ni. maaf sgt atas skeptikal itu ;(

tapi bila dah habis baca, sgt setuju dengan pandangan anda ^__^

EG 04/05/2012, 04:01  

This is osem. Mantap dan padat.

bawaku ke syurga 04/05/2012, 05:30  

alhamdulillah..no matter what we still live in a peaceful country.

dunia politik dan hiburan memang sentiasa meriah dgn pelbagai kontroversi yg mencuit hati dan menggocang jiwa..

hakikatnya tiada kebebasan mutlak di dunia ni kerana segalanya ada pemilik.

nak jadi baik mesti taat pada pemilik..

nak jadi jahat kita rebel buat ikut suka hati kita..

namun akhirnya pemilik kita yg tentukan segalanya dalam semua skala kehidupan..

we dont really have choice.

norlizakassim 04/05/2012, 07:29  
This comment has been removed by the author.
norlizakassim 04/05/2012, 07:36  

salam,inche blh x terangkan apa yang dimaksudkan dengan pilihanraya yang bersih dan telus? sy kurang fahamlah..tq

mira 04/05/2012, 14:02  

bagaimana dengan pendapat dan fatwa mengenai hukum menjatuhkan pemerintah Islam, adakah tindakan ini wajar seandainya perpecahan ummah yang akan berlaku? apakah maksud 'khawarij' dan 'muktazilah'? hurmm...saya tak berapa pandai dalam politik tapi saya cuma sayangkan Islam dan suadara2 saya, dan saya takut kalau saya sendiri terkeluar dari landsan Quran dan Sunnah, apakah pendekatan Rasulullah mengenai ini? bagaimana dengan hadis ini?
"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.), dan mohon pandangan mengenai puak khawarij dan muktazilah semasa zaman pemerintahan Islam dahulu,
bagaimana pula dengan hadis ini:
"Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim),

bukankah jika ada perselisihan, kita perlu berpegang dan berbalik pada Quran dan Hadis, saya juga sayangkan Islam dan mahu Islam itu tertegak, tapi di dalam keghairahan memperjuangkannya, saya bimbang saya sendiri akan terkeluar dari pegangan Quran dan Sunnah, :/

nurul hafizah hashim 04/05/2012, 20:29  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 05/05/2012, 02:47  

terbaikkkk, Alhamdulillah penulisan dan ulasan yang sangat 'fair' saya kira, dan tidak bias.

Setuju dengan point- tak semua orang kerajaan jahat dan tidak semua pembangkang baik.

Anonymous 05/05/2012, 07:29  

provokasi...
org yg pling kuat adlh yg dpt mnahan amarahnya...

bila melihat incident aritu, saya rsau dgan sorakan musuh2 luar malaysia n musuh nyata manusia...

AB=) 05/05/2012, 11:56  

Setuju dgn apa yg saudara tulis.
izinkan saya share sdikit utk Bersih dan Ambiga ni ye.ni sy dapat dr kawan2.

A: Bodoh betul sape yang sokong si Ambiga tu dalam BERSIH!

B: Kenapa pulak?

A: Yela..dia kan pendukung IFC, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah bla..bla..bla..So, siapa yang sokong dia maknanya dia menyokong Ambiga!Siapa yg sokong si Ambiga memang x sayangkan ISLAM!

B: Oh..macam tu sekali ea..urm..nak tanya sikit boleh?

A: Hah! Tanya ape pulak ni??

B: Ko ade facebook x?Ko guna henpon jenis ape ek?Suka minum milo?Ada twitter x, aku nak add la..hehe..

A: Ape punya soalan la ko ni..memang la aku ada akaun facebook.Aku guna nokia dengan IPAD..canggih x aku?Milo tu memang la peberet aku la..Nanti aku PM fb ko aku punya akaun twitter ea..

B: Hah! Sah ko AHLI NERAKA!!!!

A: Aik?Kenapa lak ko ni?Jangan tuduh sembarangan!

B: Memang la..ko tau x fb tu milik Mark Zuckberg?Dia tu kafir tau!Nokia dan IPAD pun org kafir yang punya.Twitter punya founder tu si Jack Dorsey tau!Dia pun kafir!Milo tu pun pemiliknya Nestle.Pun org kafir gak!

A: Dah tu apasal aku ni ahli neraka pulak?

B: Dah kau guna barangan dia, kira ko sokong org kafir la..Ko x sayangkan Islam!

A: Eh..bukan macam tu..aku cuma gunakan kemudahan yg dia sediakan..gunakan kepakaran yg dorang ada..bukan bermaksud aku sokong dia tu..Lg pun aku gunakan fb dan twitter utk kebaikan..untuk sebarkan maklumat dsbgnya..

B: Owh..macam tu ea..untuk pengetahuan ko..mcm tu juga dengan org yang menghadiri BERSIH, mereka menyokong tentang tuntutan BERSIH..dalam tuntutan tu, xde pon disebutkan tentang menyokong seks bebas, xsokong mahkamah syariah or etc..mereka bersama-sama untuk 8 perkara tersebut sahaja..itu pun berkaitan dengan keadilan mengenai PRU13..tentang daftar undi dsbgnya..

A: Owh..mcm tu ke..huhu..kalau aku cakap yang sokong Bersih tu x sayang Islam..maknenye aku pon sama la ek..huhu

-copy paste-

dan 1 lagi yang sy baca:
ibnu Taimiyah berkata : "Sesungguhnya, Allah akn menegakkan sebuah pemerintahan yg adil,walaupun diperintah oleh org kafir dan akan meruntuhkan pemerintahan yg zalim walaupun diperintah oleh orang Muslim.

petikan dari novel sejarah "Mustafa Kamal Ataturk-Penegak Agenda Yahudi",karya Pak Abdul Latip Talib~

Anonymous 05/05/2012, 19:33  

"Yang lebih utama, sejauh mana Bersih 3.0 benar-benar dapat mencorakkan perjalanan politik negara.? Sejauh mana Bersih 3.0 mendokong aspirasi perjuangan rakyat yang sebenar, atau ia hanya suatu gimik pilihanraya? Dan seandainya tuntutan-tuntutan Bersih dipenuhi oleh kerajaan sekalipon,..."
...erm, kata2 penulis mengingatkn saya pda soklan sorang kawan ni, "sejauh mana GMJ dpt mbantu palestin? kaw ingat nyanyi2 pastu berarak ramai2 tu dpt bantu palestin ke??"
...komen saya: sekurang2nya kita melakukan sesuatu, drpd duduk diam dan melihat saja, at least klu kat akhirat ALLAH tanya, kita ada jawapan..it may not be the best, but the effort that is count. =)

Anonymous 05/05/2012, 20:58  

Btol. Setuju dgn pendapat tu. Tp best jugak klu kita bley blaja politik dan faham betul2 apakah simbolik putrajaya kpd rakyat. :D

Sayap Pejuang 05/05/2012, 23:17  

sy sokong bersih3.0, sy sokong saudara Hilal Asyraf, dan sy juga sokong Inche Gabbana!

ketupat mak tom 06/05/2012, 22:33  

sedih bila tengok bonda azmin ali.. mak tom menangis meluahkan perasaan pasal sikap azmin yg kurang ajar..

setiap masalah boleh selesai dgn cara baik..tak perlu gaduh sampai mendatangkan cedera dan kematian..tapi ini hakikat dunia politik..

Anonymous 07/05/2012, 10:32  

yeah. ISLAM sepakat, ISLAM berdaulat!! ^_^

Anonymous 09/05/2012, 08:48  

Rsnye x perlu ckp..tp, nak request jugak. Post baru pls....

Anonymous 17/06/2012, 16:29  

Assalamu alaikum semua.
Kesalahan paradigma kita ialah undi kita adalah untuk menguntungkan pihak yang diundi.

Itu salah.

Kerja kita bukan hanya mengundi.

Mengundi hanya permulaan.

Kita mengundi untuk menyediakan ruang kita berperanan. Pihak yang perlu dimenangkan ialah pihak yang apabila menang, dia mahu mendengar nasihat, tunjuk ajar dan cadangan kita. Dalam erti kata yang lain, selepas pilihanraya, kita mesti terus bekerjasama untuk mengisi keputusan pilihanraya dengan maslahah-maslahah masyarakat, Yakni kita aktif membantu pihak yang menang mengisi kemenangan.

Bukannya selepas undi, kita tinggalkan politik dan komen dari jauh sama ada orang politik sudah buat kerja atau tidak!

Al-Imam Ahmad dan al-Baihaqi meriwayatkan cerita oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang wasiat Nabi Nuh ‘alayhi al-Salaam kepada anaknya di ambang kewafatan Baginda. Hadith yang panjang itu menyentuh perkara berikut:

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

Perjuangan kita ialah untuk menundukkan kesombongan agar yang memerintah ialah pihak yang mahu mendengar kata. Bukan meremehkan saranan-saranan, mentertawakan kritikan, pandai dalam semua benda hingga politik tidak perlu mendengar pendapat ahli bahasa dalam masalah bahasa, ahli sukan dalam masalah sukan, ahli pendidikan dalam masalah pendidikan, semata-mata kerana AL-KIBR!

Pihak yang masuk ke Parlimen dan Dewan Rakyat itu memang bukan nasib kita bergantung kepada mereka, tetapi keputusan-keputusan mereka menimpa kita secara langsung.

" Maka siapa yang mahu dihantar masuk ke bilik-bilik mesyuarat penggubalan dasar pusat dan negeri itu, amat kritikal!

Namun usaha semua orang di bidang masing-masing mesti diteruskan sama ada di ahli politik atau tidak.

Terutamanya kakitangan awam yang mesti terus berkhidmat kepada rakyat, dan bukannya kepada parti, tanpa mengira apakah bentuk peralihan kuasa pasca Pilihanraya Umum. Kakitangan awam adalah tunggak utama urus tadbir negara."
-Atas Pagar Makan Budi ( http://saifulislam.com/?p=11171 )

Yang penting, 8 tuntutan bersih 3.0 jika dipenuhi dapat membuka jalan untuk pihak yang inginkan Islam sebenarnya dinikmati oleh rakyat menang dalam PRU-13. kita pemuda mesti menyumbang kepada usaha untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada golongan yang mahu menegakkan Islam. jangan nanti Islam memerintah baru kita hendak crouch in to join. Salam Ukhuwwah. :D

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP