11 April 2012

Berus Jamban, Ubat Jerawat dan Dawai Kokot

[Kredit]

Mari kita lakukan satu senaman ringan.

Pejam mata anda selama sepuluh saat. Sepuluh saat sahaja, lebih-lebih nanti anda akan merayap ke tempat lain pula! Haish. Dalam masa sepuluh saat itu, kembangkan hidung anda seluas-luasnya (sehingga anda merasakan seolah-olahnya ada orang yang menarik hidung anda itu) dan pastikan oksigen menerjah masuk ke dalam lubang hidung anda dengan sebanyak-banyaknya.

Cukup sepuluh saat, buka mata anda perlahan-lahan. Ukirkan senyuman mesra menusuk kalbu. Sekiranya anda rongak, pastikan anda tidak membuka mulut anda. Eheh.

Sekarang pandang ke kanan, pandang ke kiri dan pusingkan kepala anda seratus lapan puluh darjah lawan arah jam. 

Apa yang dapat anda perhatikan..?

Sekiranya anda berada di rumah, pastilah anda akan dapat melihat barang-barangan seperti sofa, penyapu lidi, karpet setebal tiga inci buatan Afghan, pasu bunga kristal Puan Mama anda, kain saprah, televisyen skrin leper, berus jamban, kipas angin, lampu meja dan sebagainya. 

Sekiranya anda berada di asrama atau dorm anda, pemandangannya mungkin sedikit berbeza. Kalau di asrama lelaki (Kaum perempuan, saya tak pasti sama ada anda mahu meneruskan pembacaan atau tidak; sekiranya anda mengambil keputusan untuk terus membaca, pastikan anda berada dekat dengan bilik air atau ada beg kertas kosong di tepi. Ahah!), barang-barang seperti kotak rokok, pencukur pakai buang, *koff sotong koff*, mangkuk berisi sisa-baki megi yang tidak dibasuh seminggu, kain pelikat, ubat ketiak, ubat jerawat, gitar kapok dan sebagainya adalah pemandangan biasa.

Dan sekiranya anda berada di opis seperti saya ini, barang-barang seperti kole, telefon, komputer meja, dawai kokot, gunting, kertas bertimbun-timbun, Nota Tampallah! (Baca: Post-It Note), kalendar, surat khabar dan patung beruang (ehem!) pula adalah pemandangan yang cukup tipikal. 

Baiklah. Apa poin anda Inche gabbana..? Penat sahaja kami buat senaman ringan yang Inche gabbana syorkan tadi. Sakit hidung ni tahu...?? 

Begini. 

Bagaimanakah anda memandang barangan yang saya sebutkan tadi selama ini..? Adakah mereka memberi makna apa-apa selain daripada barangan kelengkapan sehari-hari? Adakah mereka hanya berfungsi sebagai pelengkap kehidupan anda setiap hari? Atau bagaimana..?

Pernahkah anda terfikir yang barang-barang yang terdapat di sekeliling anda sebenarnya boleh menjadi analogi untuk kehidupan yang cukup osem buat anda..? Dan yang lebih bergaya daripada itu, pernahkah ia menerjah otak anda bahawasanya kehidupan anda yang sehari-hari dengan barang-barang di sekeliling anda yang tampak bosan dan tidak punya nilai itu, sebenarnya mampu memberikan erti dan makna yang besar untuk dakwah dan tarbiyah..?

Anda tidak percaya..? Jangan garu kepala lagi. Botak nanti! Wahahaha.. Mari saya tunjukkan sekiranya anda masih skeptikal dengan kenyataan saya.

Pencuci Muka: Muka yang berminyak macam mana pon, kalau disental dengan pencuci muka yang sesuai, pastilah akan menghasilkan wajah yang licin lagi berseri-seri. Dosa kita yang sebanyak mana sekalipon, kalau disental dengan zikir, solat taubat, bacaan quran yang berterusan, pastilah dosa-dosa kita akan diampunkan. Dan seperti pencuci muka, jiwa dan diri kita perlu dibersihkan dan dicuci setiap hari!

Klip Kertas: Jadilah seperti klip kertas, walaupun kurus melidi dan tampak seperti tidak punya nilai yang tinggi, tetapi mampu mencantumkan helaian-helaian kertas bersama-sama. Walaupon orang memandang kita seolah-olah tiada pengaruh dan kedudukan, jadilah insan yang menyatukan ummah ini menuju cahaya kebenaran, walaupon mereka berasal daripada latar belakang dan cara pemikiran yang perlbagai dan berbeza-beza!

Berus Jamban: Seperti berus jamban, kadang-kadang kita perlu berkorban, terpaksa mengharungi cabaran yang benar-benar menguji iman, demi membersihkan dan menyucikan masyarakat di sekitar. Gulp. Hasilnya? Jamban yang berkilat lagi putih bersih! (Maaf untuk anda yang baharu sahaja menikmati makanan. Wahahahaha..)

Mi Megi: Memasak megi sememangnya mudah; panaskan air, pecah-pecahkan kepingan megi anda sambil menunggu air untuk mendidih. Masukkan perencah, kacau dan masukkan megi. Voila! Nak lebih lazat, masukkan bawang, cili dan telur. Yummmeyyy! Mudah bukan...?? Tapi, err.. Mencari keredhaan Ilahi tidak semudah memasak Megi, tahu..? Ahah!

Penyapu Lidi: Ok ini klasik. Sebatang, dua batang, tiga batang, empat batang hatta lima batang..? Semuanya itu mudah dipatahkan. Kalau seberkas lidi..? Itu juara karate benua Afriak pon belum tentu dapat patahkan. Amalkanlah prinsip seberkas lidi itu dalam kehidupan beramal jamai'e! Hoyeeaaahh!

Bantal Busuk: Bantal busuk ni, kalau tak dapat peluk, tak dapat cium, pastilah tidak lena tidur kita dibuatnya en..? Jadikan dakwah dan tarbiyah seperti bantal busuk kepada diri kita; sehari tak berdakwah, sehari tak mentarbiyah, akan menjadikan diri kita resah gelisah, panas punggung dibuatnya! Wahai!

Air Sirap: Lebih pekat kordial sirap yang kita bubuh di dalam air, maka lebih manis dan pekatlah air sirap yang dihasilkan. Sirap yang sedikit itu dapat mendominasi molekul-molekul air yang jauh lebih banyak. Kalau lebih pekat sibgah (celupan/acuan) Allah dalam diri kita, maka lebih pekat dan manislah iman dalam diri kita! Keimanan yang mantap dan ketaqwaan yang mapan pasti dapat mengalahkan jahiliyyah dan syaitonirojim yang menyerang bertalu-talu. Dan akhirnya, kebenaran pasti menang!

Kaca Mata Bergaya: Bila power mata kita naik, maka kita perlulah menukar kanta kaca mata kita dengan kanta yang baru agar kita dapat melihat dengan lebih terang dan jelas. Maka untuk melihat hakikat kehidupan ini dengan lebih jelas dan bergaya, yang sesuai dan bertepatan dengan kehendak Allah, sayugia kita perlulah menukar kaca mata kita dengan kaca mata Islam, dakwah dan tarbiyah! Barulah osemmness! 

Tong Sampah dan Lalat: Kita sibuk nak halau lalat yang secara berjemaah menghurung tong sampah kita yang berbau busuk. Penatlah kita berkali-kali mengibas tangan atau mengambil penyembur serangga untuk menghalau lalat-lalat tersebut, walhal punca sebenar adalah tong sampah kita yang busuk itu! Kalaulah kita buang sampah kita tu, cuci tong sampah, konfem selesai masalah!

Kita sering terhegeh-hegeh dan berpenat-lelah mahu menyelesaikan sesuatu masalah, contohnya masalah buang anak, masalah sosial, masalah politik korup dan sebagainya. Tetapi rupa-rupanya kita sibuk menyelesaikan simptom-simptom kepada masalah, dan bukannya punca masalah yang sebenar! Dan kadang-kadang penyelesaian kepada sesuatu masalah tu mudah sahaja, tidak perlu pon berbelanja jutaan ringgit dan menghabiskan bermacam sumber! Cukuplah sekadar kita ikat dengan kemas plastik sampah kita dan buang sampah kita jauh-jauh!

Batu Lesung dan Bawang Merah: Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan! Eheh.

Bagaimana..? Sekarang anda boleh percaya dengan kata-kata saya bukan..? Malah saya yakin, kini anda boleh datang dengan analogi anda sendiri, hanya dengan melihat barang-barangan di sekeliling anda! Syabas!

Uish sekarang ni pastilah anda boleh jadi seorang pakar analogi! Wah! [Kredit]

Benarlah, tiada kebetulan di dalam hidup ini. Setiap yang Allah ciptakan itu, pasti ada ibrah dan hikmahnya untuk manusia!


"(Semua itu) untuk kesenanganmu dan haiwan-haiwan ternakmu." 
[an-Naziat, 79:33]


...Hanya untuk orang yang berilmu, berakal dan menghayati dengan hatinya!

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan...?"
-gabbana-

9 Caci Maki Puji Muji:

atikahTarmizi 11/04/2012, 18:44  

Ni namanya celik hati. memandang sesuatu dengan mata hati memang akan telus. Jazakallah. this post is osem!

Anonymous 11/04/2012, 18:58  

thanks en gabbana.wlpn x seperti yg sy harapkan. btw, otak u mmg geliga!

jejaka topengan kegelapan 11/04/2012, 23:28  

xtau nk cakap ape akhi..ap yang blh ana ckp ialah thanz n ini betul2 OSEM...

joenyz 12/04/2012, 20:27  

adehhh, inche gabbana, boleh imiginasi dgn sangt tgi... double thumbs up untuk entry ni... *part asrama lelaki tu betullah saya geli*

Anonymous 12/04/2012, 21:17  

jzkk akhi..
sngguh..post ini Osemm skali. hehe^^
moga anda slalu drahmati jga dberkahi-Nya :)

akulah budak yg dixxxxxxxxx itu.. 13/04/2012, 02:47  

one thing i keep readin this blog is content..IG is full of colors..

Unknown 13/04/2012, 10:30  

otak anda sgt kreatif mengaitkan segala benda dgn tarbiyah. Sejauh saya mengikuti blog ni secara senyap, saya mendapati anda seorang yg tinggi imiginasinya. tak terkawal. meh nak pinjam kepala otak anda. satu lagi, adakah Hlovate antara inspirasi anda dalam penulisan?sebab cara anda menulis sumpah macam sama.

budakserius™ 14/04/2012, 02:36  

Ok.senaman yang bagus utk mnyegrkan kpala otak.

lampu 17/04/2012, 01:11  

kalau tambah lagi, kereta api... analagi dgn fasa2 hidup. atau tak mau terlepas dari gerabak dakwah... pergh! ini yg paling saya tak boleh lupakan.... takut kena tinggal!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP