Buta IT Atau Buta Hati?
Tidak perlu tunjuk perasaan anti Presiden Syria
ZAINUDDIN MAIDIN
Putrajaya
Putrajaya
SAYA sungguh
terkejut membaca berita anak-anak Malaysia yang pada keseluruhannya
menganggotai pertubuhan atau NGO Islam akan menyertai tunjuk perasaan anti
Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dirancang akan diadakan di pekarangan
kedutaan Syria pada Sabtu ini. >>> (Komen saya - Hallo..? Jumaat kot..??)
Penganjur
perhimpunan itu mempropagandakan lebih 10,000 akan menyertainya dengan tujuan
untuk menentang kezaliman presiden itu. Tetapi apakah benar beliau zalim atau
pihak yang menyusun 'Jenayah Hasutan' dengan berselindung di sebalik 'Arab
Spring' yang lebih kejam dalam menumpahkan darah rakyat Syria?
Kita tahu
Syria adalah sebuah negara yang makmur dan disenangi oleh orang luar,
terutamanya pelajar-pelajar dan rakyat kita yang berada di negara itu. Tetapi
sejak kebangkitan pemberontakan dalaman dari 'Jenayah Hasutan' luar maka kita
telah disogokkan dengan hanya berita dari suatu pihak sahaja. >>> (Komen saya - Satu pihak..?? Siapa? Utusan Malaysia kah..??)
Kita harus
menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun kita percaya kepada jalur globalisasi
tetapi dalam beberapa hal kita mempunyai pendirian sendiri.
Kita mempunyai
maruah sendiri, tidak mudah diperalatkan untuk menyampaikan hasrat kuasa besar
untuk matlamat 'Regime Change' yang menumpahkan darah tetapi
digambarkan sebagai indah dengan istilah 'Arab Spring' atau
Musim Bunga di dunia Arab.
Tidak
mungkin apa yang berlaku terhadap Syria sekarang tidak akan berlaku dalam
negara kita untuk tujuan 'Regime Change' sekiranya kuasa besar memikirkan ini
perlu dilakukan. Bagaimanakah perasaan kita jika dalam suasana tekanan rakyat
negara negara sahabat mengadakan tunjuk perasaan menyokong musuh kita? >>> (Negara sahabat..?? Gasp.)
Jika kita
memperlihatkan diri kita mudah dipergunakan untuk matlamat melumpuhkan sebuah
negara asing yang bersahabat karib dengan kita, maka ini akan membuka laluan
mudah kepada mereka untuk mempergunakan rakyat kita bagi mencapai matlamat roadmap mereka.
Kuasa Besar
mempunyai ejen di mana-mana termasuk rakyat mereka di luar negara seperti
pelajar-pelajar Syria atau ahli perniagaan mereka di Malaysia dan sebagainya
untuk membantu menyempurnakan matlamat terakhir bagi demokrasi mengikut acuan
mereka di dunia Arab.
Janganlah
kita begitu mudah mengecap Presiden Syria sebagai zalim kerana sebenarnya apa
yang berlaku di negara ini adalah 'Jenayah Hasutan' Barat yang terancang,
tersusun dan kejam yang dijuarai oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan
dukungan negara-negara Barat. >>> (Pengsan)
Matlamat
terakhir mereka ialah Iran. Tetapi sebelum Iran, Syria mesti dilumpuhkan
seperti mereka lakukan terhadap Tunisia, Libya dan Mesir. Maka akan sempurnalah
sebuah kekejaman yang tidak ada taranya yang berselindung di sebalik
bunga-bunga berkembang. Sebenarnya ia telah mula berkembang dari Iraq.
Saya hairan
bagaimana NGO yang diketuai oleh orang-orang cerdik di negara kita terutama
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Jemaah Islam
Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan Islam terlibat dalam penganjuran
perhimpunan ini? Ini menggambarkan taraf intelektualiti mereka. Bagaimanapun
saya tidak terkejut dengan penglibatan ABIM.
Sumber - Utusan Online
***
Gasp.
Itu sahaja yang boleh saya katakan pertama kali saya membaca tulisan ini.
Err.. Hallo...? Anda tak pernah buka internetkah..? Atau setiap hari sumber maklumat anda hanyalah Utusan Online..?
Saya tidak hairan kalau ramai lagi rakyat Malaysia di luar sana mempunyai gelombang pemikiran yang sama. Aduhai Mak Minah Sayang... Aduhai banyak lagi kerja kita rupa-rupanya.
Dan tuan penulis, anda ni Zainudin Maidin yang sama yang pernah memegang jawatan Menteri Penerangan dahulukah..? Kalau ya, saya tidak terkejut. Ahah!
[Kredit] |
-gabbana-
Jom demo Syria selepas solat Jumaat hari ini! Jom tunjukkan solidariti kita! Jom tunjukkan pada saudara-saudara kita di Syria yang kita peduli pada nasib mereka dan ummah ini!
Carilah saya. Saya berbaju putih! Wahahaha.. Kacang pis, roger and out!
13 Caci Maki Puji Muji:
Seriously ada orang tulis macam ni? Saya honestly tengah terkejut ni (saya tak baca Utusan). Tak sangka ada orang yang fikir macam ni. I thought semua tahu tentang Syria...
Selamat berdemo di Malaysia nun--Kami di seberang laut akan doakan.
Pening kepala dgn org macam ni. Wujud org macam ni bukan sedikit, ramai. Sikit2 kata ini konspirasi.. Padahal kat Mesir ni, doktor-doctor universiti pon semangat cerita masa mereka turun ke padang untuk demo. Duduk mesir tau la jahatnya Mubarak tu. Bukan sbb terpengaruh ke hape. adoi... Syiria pon same, dah sah sah diorg sembelh mcm ape.still kate tipu?? pening2....
BUta !
btw gambr last tuh mantap !
kok udah namanya utusan meloya.
memang meloyakan. hak tuih!
tak apalah. dia sudah ada dalil-dalil untuk menjawab dalam mahkamah Allah nanti.
we wait and see. heh.
p/s: seperti dia, kita juga sudah cukup maklum tentang taraf intelektualiti kroni-kroni utusan meloya. meloyakan.
p/s/s: ini bukan statement politik! ~ngeeee :DDD
Inche gabbana, seriously dude, u got to make a rebuttal statement (or essay in ur case..haha) on dis one. Make a WHOLE(SOME) OSEM POST OF FACTS N TRUTH!! Go go go!! cepat2!
huh.... pening ade org am nih~~~''=
btw..slamat berdemo d m'sia. org2 ug jauh d sini mendoakn :D
Cepat juga ye IG komen tentang artikel tu. Syabas!
Untuk pengetahuan anda2 yang tidak tahu, ramai je yg diluar sana tak setuju dengan demo syria ni.
(cepatlah habis waktu pejabat... tak sabar nak share kat fb!huu)
salam...
inche gabbana, boleh x buat satu post tentang konflik di syria ni drp pemahaman inche gabbana. harap sangat ye..=)
jzzk..
*pengsan*
T-T
IG, how's the demo? boleh x nk reqquest IG cerita pasal demo td.. jzkk :)
Mungkin kita selalu dgr reverse psychology. Ini plak reverse delusion. http://www.youtube.com/watch?v=psGeux8Pj1A
=.=" (sweatttt..)
dey hamba Allah zek em (z.m) ni..ksian,mungkin xde orang story kt dia..dia pun xsempat nk ikut pkembangan..moga Allah beri hidayah pd dia dan Allah bg panduan utk kita2 yg terjebak ni utk bawak org yg senasib dgn z.m. ni terjebak dgn kita..yg pening tu g amik madu, cari remedi, buat eksperimen cmane nk hambat manusia2 gini..
ramai jer lg yg xtau.. lg2 plaja ipt yg duk study memanjang jer...
yg bernaseb baek, ade lecturer yg bagi tau... yg xbernaseb baek, smpai biler2 pun xtau..
dieorg xambek kesah pun.. jnji dieorg lulus exam..
Post a Comment