12 February 2012

Surat Dari Pembaca #1: Ini Pembakar Semangat!

Biar btol... [Kredit]

Tahukah anda, antara perkara yang membuatkan saya terus bersemangat untuk menulis dan berkarya adalah komen-komen anda yang bergaya, juga email-email sumpah osemmness yang ditujukan buat saya...??

Selalu tertawa bersendirian membawa komen-komen dan email-email yang khalakar, tapi diselitkan dengan unsur-unsur tepung penaik semangat dan pembakar jiwa. Memang osem.

Teringat kisah Syaikh Ahmad Rasyid a.k.a. Abu Ammar yang pernah suatu ketika hilang semangat dan hampir berputus-asa untuk berkarya kerana dirasakan penulisannya tidak cukup dihargai, dan tidak pula menyentuh jiwa-jiwa di luar sana. Dia kemudiannya berjumpa dengan seorang pemuda di lapangan terbang, yang ingin ke Palestin untuk berjihad, selepas terkesan dengan karya penulisannya! Allahu Akbar! Setelah itu Abu Ammar menarik balik hasratnya untuk berhenti menulis. Langsung tidak disangkanya, penulisannya cukup berkuasa untuk membangkitkan gergasi yang sedang nyenyak lena!

Ok, sila jangan buat speku atau propa di sini. Tiadalah saya berniat untuk menyamakan diri saya dengan Abu Ammar yang sungguh Super Saiya it. Tiadalah layak juga adanya. Dan di saat ini, tiadalah pula saya hilang bersemangat atau putus-asa untuk menulis lagi (walaupon perasaan itu sekali-sekala pernah juga datang menyapa).

Cumanya nak kata, kadang-kadang, saya juga perlukan secangkir kopi penyegar jiwa seperti itu. Apatah lagi saya seorang manusia biasa, yang turun naik imannya. 

Arakian di sini, ingin saya kongsikan sebuah email yang saya rasakan, cukup menyegarkan semangat saya untuk terus berkarya. Moga menjadi manfaat buat anda semua juga. Senyum.

(Nota: Email ini diterbitkan semula dengan izin penghantarnya. Juga diedit dari segi huruf besar huruf kecilnya dan tanda bacanya. Yang ini tanpa izin. Wahahaha..)

***

Tajuk Email: Assalamualaikum dan terima kasih :)

Assalamualaikum Inche Gabbana. Sy tau byk email yg masuk dlm inbox email Inche, dan saya tak harap pon Inche bace email dr sy ni. Tp kalau Inche smpat bace, Alhamdulillah... :)

Tujuan sy melayangkan email ni adalah untuk mngucapkan terima kasih yg tak terhingga pada Inche Gabbana sebab lepas bace blog Angel Pakai Gucci ni, Inche Gabbana mmg byk menyedarkan sy untuk menjadi insan yg lebih baik.

Secara jujurnye, sy mmg jarang dekatkan diri pd pencipta kita yang super duper awesome tu. solat 5 kali sehari tu mmg la ade, tak tinggal pn.. Tp just sekadar buat.. Hrmm teruk sy ni kan? Bace Al-Quran pun jarang sy menghayati maksudnye wpon tiap2 hari bace.... Sekadar bace cukuplahh.. Mcm tu la dulu sy..

Sy br saje dipostingkan sbg guru di Johor.. And tekanan kerja mmg byk. Jauh dr family... Mmg buat sy salu nangis. Dulu ramai kawan, skarang dh pegi tmpat baru, sy tak ramai sgt kwn. Rase sunyi je tmbahan pula sy takut dgn the uncertainty of the relationship between me and a friend of mine... Hubungan sesame manusia mmg tak trjamin kan? Sy byk nanges sorang2 lpas balik dr kerja, nanges smpai sakit kepala ... Kat skolah pon masuk kelas slalu moody.. Kesannya anak2 pelajar yang dimarahi.. Terukkan sy ni, lpaskan geram dekat diorg plak.. Sy ni bukan jenis pemarah orangnye, used to be a very happy go lucky person and honestly i didnt know who i was.. Hati salu tak keruan, rase nk nagis aje spnjang masa..

Smpailah sy bace blog Inche Gabbana and blog2 lain mcm langit Ilahi.. Sy br tersentap nk dekatkan diri kepada Allah.. Dulu sy skolah agama, ade la jugak bgn malam utk solat, tp just sekadar buat sbb kwn yg lain pon buat jugak, sy tak pernah nk hayati. Mase zaman U, lagila, sy rase tak penah buat pon. Malam2 melangok tido lambat sbb maen internet.. Hrmmh jaaaaaauh sgt sy dgn Allah. Hrmmmm...

Skarang sy cube perbaiki diri sy balik. Btollah ape yg Ince Gabbana ckp kan tu yg mengadu and menangis dekat Allah lebih baik. Millions time better drpd nangis tak tntu arah and mengadu kat manusia. Alhamdulillah sekarang sy lebih tenang. Biarlah menangis teruk smpai meleleh hingus, nangis smpai sakit2 kepala dekat tikar sejadah pon, mata sy jadi panda pon bile pegi skolah pagi2, sy TENANG. TENANG SANGAT. Allah tu Maha Mendengar kan :)

Hrmm itu je la sy nk crite. Just nk ucapkan terima kasih kat Inche Gabbana. Tolong halalkan ilmu2 yg sy belajar dr Inche k. Doakan sy dapat mendidik anak bangsa dgn elok ok and dpt rezeki halal yg diredhai Allah :D And kalau bole sy nk jodoh yg baik2 spy dapat bimbing sy ke akhirat.. Ececece. >>> (Nota saya: Sempat lagi tu...! Peluh kecil.)

Trimas! ;)

p/s: Mcm surat dr fan pulak kan? Sy tak penah tulis surat peminat ni. Hihihi. Kalo Inche Gabbana rajin and ade mase, balasla spy sy tau Inche Gabbana dh bace (typical type of fan) :P

***

Bagaimana..? Saya tidak berbohong bukan..? Saya pasti ada di kalangan anda yang turut kembang kempis hidung akibat turut menumpang semangat daripada surat ini. 

Dan ini email balas saya kepadanya:

***

Salaam a'laikum warah matullah,

Saudari [XYZ] yg dikasihi Allah,

Saya tak tau nak gambarkan perasaan saya bila baca email anda ni. Terasa sgt bersemangat dan teruja. ;) Kalau anda izinkan, boleh saya re-publish email anda ni di dalam belog saya nnt..?

Anyway, semuanya ni dari Allah. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dgn sedikit kelebihan ni kpd saya. Maka selagi hayat dikandung badan dan selagi mana penulisan saya memberi manfaat kepada org yg membacanya, iAllah saya akan terus menulis. ;) Doa2kan agar Allah terus beri saya kekuatan ntok berdakwah dgn cara ni.

Satu benda yg mungkin sy nak kongsi.. Sy amat respek dgn kerjaya guru ni. Tanpa guru-guru yg pernah mendidik saya, tak mungkin saya menjadi saya seperti hari ini. Dan saya selalu cemburu kepada mereka yang bergelar guru. Pengorbanan mereka ini.. Allah, hanya Dia sahajalah yang bisa membalasnya.

Saya mendoakan yg terbaik ntok anda sebagai seorg guru. Gunakalah peluang ini sebaiknya, bukan shj untuk mendidik anak bangsa, tp juga ntok menyebarkan risalahNya. Jadikan kerjaya anda sebagai platform dan wadah ntok anda mendekatkan lagi diri anda kepadaNya, dan bukan mengundang murkaNya..

Asam garam dalam kehidupan, biasalah tu. Kalau tiada masalah dan krisis, tiada maknalah pula kehidupan ini. Anggaplah ia sbg ujian dariNya, untuk menguatkan diri anda sebenarnya. iAllah sekiranya anda sabar dan tabah menghadapinya, percayalah, anda akan rasa lebih dekat dan chenta padaNya.

Jgn sedih2 dan moody2 ok..? Kalau dulu, saya amat syg dan suka pada guru yg ceria, hepi dan penyayang. Saya yakin, anak2 murid anda juga mengharapkan benda yg sama. ;)

Moga Allah permudahkan urusan anda. Dan moga Dia tidak lelah membimbing dan memandu anda iAllah. Moga menjadi guru yg sukses, dunia wal akhirah. ^^

Allahu a'lam, He and only Himself knows best.

Jazakumullahu khairan katheera.

Wassalamu a'laikum.

***

Selepas itu, Saudari XYZ ada membalas email saya sekali lagi. Tetapi cukuplah saya berkongsi setakat ini. Sharing maring is caring daring, but sharing too much is going to be boring. Wahahaha..  

Terima kasih kepada Saudari XYZ atas email luahan rasa yang tulus dan ikhlas ini (saya tahu daripada bait-baitnya!). Dan terima kasih juga kerana membenarkan saya untuk menerbitkannya semula. Anda tiada idea bagaimana email yang sesimpel itu membangkitkan dan membakar semangat saya untuk terus berjuang melalui medium penulisan ini!

Untuk itu, jazakillahu khairan katheera! Senyum.

Moral daripada cerita ini..? (Err.. Kena ada moral jugakah..? Garu kepala.) Baiklah. Moralnya.. Selepas ini anda kenalah hantar lebih banyak email yang osem dan tinggalkan komen yang bergaya untuk saya..! Wahahahaha..

Debuukkkkk. Bunyi orang kena tumbuk.

-gabbana-

Malam ini akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur, setelah tiga malam dan tiga hari bersemayam di Kelantan. Moganya semuanya berjalan lancar. Doakan keselamatan perjalanan saya dan keluarga!



7 Caci Maki Puji Muji:

satria baju hitam 12/02/2012, 14:36  

wah, surat yang best. utk penghantar surat, moga Allah terus membimbing dan memancar kan hidayah dan taufikNya utk anda. saya yakin anda boleh jadi guru yang paling osem kat sekolah itu! :)

inche gabbana, teruskan menulis. moga Allah terus menjaga hati anda supaya boleh terus menulis dari hati yang bercahaya dan smpi pada hati2 pembaca straight dan menyedarkan kami semua. cewah.

it s o sweet how allah plan for everything. dan kerana tarbiyahlah diri kita menjadi diri kita yg sekarang! jzkk inche!

p/s: doakan saya exam final esok!peace!

cipansakti 12/02/2012, 15:40  

*senyum senget*

terkenang peristiwa serupa.

dan, sungguh kamu ini seperti kanak-kanak ribena riang gumbira! wohah! (sila jangan marah)

a cry soldier 12/02/2012, 16:30  

berkhalwat dgn ilahi di mlm sepi adalah perkongsian rasa teragung bagi insan yg merindui ketenangan sejati..

setiap air mata yg mengalir itu bukti pengakuan cinta sejati kepada ilahi nescaya perhubungan itu kekal abadi..

setiap yg terjadi ada hikmah yg terang dan tersembunyi oleh itu lihatlah setiap ilustrasi kehidupan ini dgn mata hati agar diri tidak sesat hanyut arus duniawi..

Anonymous 12/02/2012, 20:09  

Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest. [13:28] :)

Miss NJAN@XYZ :)

tun teja 12/02/2012, 21:32  

menjadi seorang guru itu mmg superb best sampai ke mati nama 'cikgu' akan dibawa..kesabaran mestilah menggunung tinggi utk mendidik...bukan senang memanusiakan manusia.

Unknown 13/02/2012, 13:18  

terima kasih ya inchek gabbana kerana terus menulis. Siapa sangkakan penulisan kita dibaca oleh orang lain dan memberi kesan. semoga saham akhirat inchek gabbana terus meningkat.

Anonymous 17/11/2012, 22:07  

Pujian melambung Inche Gabbana terhadap profesion perguruan menguatkan semangat saya untuk melanjutkan ijazah perguruan lepas ni inshaAllah. Disebabkan kos itu dianggap kurang glamour kononnya (ataupun mainan minda saya sahaja berbanding dengan kos kos lain yang ditawarkan,. by the way, Nice Post this one :)

AHH - CFS IIUM

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP