29 December 2012

Andainya Kalian Faham...

[Kredit]

Adli baharu sahaja pulang dari berjaulah bersama-sama ikhwah. Kali ini mereka ke Terengganu, menziarah shuyukh dan asatizah di sana. Memang osem.

Adli tiba di rumah dalam jam sepuluh malam lebih sedikit, selepas menghantar ikhwah yang tinggal berdekatan dengan rumahnya dan usai menikmati sate arnab dan nasi lemak sambal kerang. Pergh.

Dia kepenatan. Sumpah. Di samping menjadi pemandu tetap untuk jaulah tersebut, dia adalah perancang utama kepada program hujung minggu tersebut. Beberapa kali ketika memandu pulang ke rumahnya, dia terlelap ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Astaghfirullah. Dia benar-benar keletihan.

Setibanya di rumah, ibunya sedang sibuk menggunakan komputer. Bisnes lah tu, fikir Adli. Adli memberi salam ringkas kemudian terus masuk ke biliknya. Dia mengeluarkan pakaian kotor dari beg galasnya, menanggalkan pakaiannya dan bersedia untuk membersihkan dirinya. 

Air panas yang memancur ke atas kepalanya benar-benar menyegarkannya. Aaaahh. Kalau boleh dia tidak mahu terus berdiri di bawah pancuran air panas itu. Puas dia menyental muka dan seluruh tubuhnya. Dilap seluruh tubuhnya dengan cermat. Kemudian sempat dia berdiri di hadapan cermin, sambil mengagumi ciptaan Allah yang satu ini. Hensem jugak aku ni. Kikiki.. 

Dia menyarungkan kain cap Gajah Bersila, baju tee hitam 'Israel Is Not Real!' yang dibelinya dua tahun lalu sewaktu Minggu Penghayatan Islam di kolejnya. Kemudian dia keluar dari biliknya, dengan niat mahu berborak-borak dengan ibunya jika masih ada.

Ibunya masih khusyuk di hadapan komputer. Dia tersenyum ketika melihat kelibat Adli.

"Buat apa tu Ma..? Bisnes ke..?"

"Haah. Ada customer baru ni. Nak settlekan registration membership dia ni."

"Oooh..."

"How was your trip..?"

"Ok, best."

"Good good. Sapa yang ada..?"

"Adalah.. Mama bukan kenal pon kalau Adli bitau."

Ibunya hanya tersenyum mendengar jawapan anak keduanya itu. Matanya masih tertumpu pada skrin komputer.

"So Monday minggu depan Adli nak ikut Mama tak pergi IKEA?"

"Adli ada camping la Ma."

"Ha? Bila?"

"Monday tu la. Adli amik cuti kan..? Nak pergi camping dengan kawan-kawan."

Raut wajah ibunya berubah. Diam. Kemudian dia bersuara.

"Adli... Mama rasa... Uhmmm.. It's time for you to focus on climbing the corporate ladder. You have been spending too much time on your dakwah stuff.."

Not again, getus Adli. 

"Mama.. Apa ni..? Tiba-tiba je.."

"Ye la.. Mama tengok, Adli tak habis-habis ke sana sini, buat benda-benda dakwah tu. You need some rest. You need to focus on your career."

Adli panas.

"Tapi Ma.. My passion is not there, not with my job. Bukan tu yang Adli nak buat. You don't understand.."

"Apa yang Mama tak understandnya..? Mama kesian tengok Adli. Asyik penat je.. Macam mana nak excel in your job..? I know you can do better. I know you. You just need to push a little harder."

Adli mengerut dahinya. Jantungnya berdegup kencang. Lehernya berpeluh. Kemudian dia meletup.

"You will never understand. It's not for me! Just because you and Papa didn't make it, janganlah impose on me! 

Air muka ibunya berubah serta-merta. Adli tahu dia baharu sahaja melintas garisan yang sepatutnya tidak dilintasinya.

Kemudian ibunya tersenyum. Kelat.

"Bukan macam tu Adli..."

Adli tidak mahu meneruskan perbualan itu. Dia segera meluru masuk ke dalam biliknya. 

Malam itu hati Adli tidak tenang. Dia rasa sangat-sangat bersalah pada ibunya. Namun egonya dan rasa panas yang masih belum reda menghalang dirinya daripada pergi mengucup pipi ibunya dan meminta maaf. 

Berbolak-balik dia di atas katil. Gusar. Biliknya yang nyaman dengan kedinginan ekon cap Hitaci langsung tidak menyejukkan jiwanya. Kemudian hatinya berbisik,

"Kalaulah kau mati malam ni, konfem masuk neraka sebab mati dalam keadaan Mama tak redha!"

Gulp.  

Dia lantas mencapai Samson Nota yang dibelinya dengan duit bonusnya tahun ini. Dia memberanikan diri menaip sebuah mesej untuk ibunya.

"Mama sory kalau Mama kecik hati tadi. ;( I must have been tired. Shud nt hav said whateva I sed. Sorry.. I love u, will alwaiz do. Gudnite and salaam.. Muah!"

Berdebar-debar juga Adli menanti mesej balas. Namun Samson Notanya diam seribu bahasa. Dah tidur kot..

Akhirnya Adli dapat melelapkan matanya. Lebih tenang rasanya. 

Esoknya ketika hendak ke kerja, Adli cuba berlagak biasa dengan ibunya. Ibunya juga tampak biasa-biasa sahaja, namun Adli tahu ada sesuatu yang tidak kena. Ibunya lebih senyap daripada biasa.

Sebelum keluar rumah, seperti biasa Adli bersalam dengan ibunya dan membalas kucupan pipi dengannya. Mesra masih mesra, tapi ada sesuatu yang tidak semena. Merajuk?

Di opis, kepala Adli serabut memikirkan apa yang berlaku semalam. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengatakan apa yang tersembul dari mulutnya. Jika dia menjadi ibunya, sudah tentu dia akan berkecil hati dibuatnya. 

Namun dia benar-benar tidak dapat mengawal perasaannya malam tadi. Isu dakwah dan kerjaya ini sudah lama dipendamkan dalam sanubarinya. Agaknya malam tadi terkeluar juga akhirnya apa yang selama ini disimpan di dalam benaknya yang paling dalam.

Hakikatnya, dia memang tidak dapat menghayati pekerjaannya sekarang ini. Bukan itu yang mahu dilakukannya. Dia tidak punya minat dengan kerjaya yang diceburinya kini. Hanya kerana mahu menghabiskan keterikatan dengan penajanya sewaktu belajar di luar negara dahulu; jika tidak, sudah lama dia berlari-lari gembira melakukan apa yang amat-amat dichentainya - tarbiyah dan dakwah. 

Sukar untuk dia menjelaskan kepada ibu dan ayahnya, hatta kepada rakan-rakannya yang lain. Pada pandangan mata mereka, tiada salahnya berdakwah sambil bekerja. Tapi mestilah seimbang antara keduanya. Dakwah berjalan, kerjaya pon lumayan! Barulah Islamik! Barulah menjadi qudwah kepada orang lain! 

Malah, dalam kalangan ikhwah juga ada yang berpandangan sedemikian. Setiap kali dia meluahkan perasaannya dan meminta pandangan mereka, pasti jawapan yang akan diterimnya hampir serupa. 

"Oh ok je, anta buatlah kerja anta sehabis baik, tapi dakwah janganlah tinggal..!"

"Ish apa masalahnya? Boleh je kan nak ekselen dalam kedua-dua bidang..?"

"La apa yang anta risaukan ni akhi..? Biasalah tu, ujian kerjaya. Sebagai seorang dai'e, anta kenalah beri yang terbaik! Barulah epik!"

Adli faham. Malah dia bersetuju sahaja dengan pandangan mereka semua. Namun yang mereka tidak faham dengan situasi Adli adalah dia mahu pergi lebih jauh lagi dalam tarbiyah dan dakwah. Dia tidak mahu biasa-biasa sahaja; setakat bawa bulatan gembira, sekadar berkonferens riang di hujung minggu, sekali-sekali menjadi muwajjih apabila dijemput...

Tidak, dia mahu jadi lebih daripada itu! Dia mahu menjadi Super Saiya peringkat kelapan! 


Oleh sebab itu, dia terpaksa mengorbankan aspek kerjayanya. Apabila diberi tugas, dia akan laksanakan dengan sebaiknya. Tepati masa. Buat segala apa yang diamanahkan. Namun tidak lebih daripada itu. Dia tidak kuasa mahu kerja lebih-lebih, semata-mata mahu mengambil hati Puan Bos Besarnya. Atau sengaja pulang lewat kerana mahu menunjukkan kepada rakan-rakan sekerjanya yang dia amat rajin bekerja. Tidak.

Kerana dia perlu berkejaran ke bulatan gembira. Dia ada mesyuarat tarbiyah yang perlu dipengerusikan. Dia mahu bertalaqi pula dengan mana-mana shuyukh besar atau murabbi agung bagi memantapkan ilmu di dada. 

Dia mahu jadi pendakwah tegar. Dia kepingin benar menjadi murabbi agung. Dia mahu berlari laju menuju redha dan sorgaNya! Nah, mana ada masa untuk menaiki tangga kerjaya..?? 

Aduhai, andainya mereka faham. 

Adli yakin benar, seandainya dia tidak bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah, sudah pasti dia kini menjadi pekerja cemerlang syarikat dan anak buah kesayangan Puan Bos Besarnya. Dia tahu dia mampu. Dia yakin yang dia ada kapasiti itu. 

Tetapi bukan itu yang dia mahu. Bukan itu yang didambakannya kini. Dia sangat bersyukur kerana tarbiyah dan dakwah telah membantunya membetulkan kompas kehidupannya.

Adli dikejutkan daripada lamunannya apabila peringatan emel masuk berbunyi pada iPapannya. Mama. Adli berdebar-debar mahu membuka emel yang dihantar ibunya.  

Life Is Such. Tajuk emel ibunya.

"Assalamualaikum dearest Adli,

What you said last night about us, your parents, was right.  We BUMPED our life... We didn't make it!

Adli, all the more reason why we want our children to succeed in their respective life.  We don't want your children to be embarrassed of you... The way you are embarrassed of me and your Papa."


Adli sebak.

"All I am asking is for you to realize your full potential in the corporate world.  I don't think you are doing that at the moment. The Company spent hundred of thousands of ringgit to sent you to Chicago... Don't you think it is Islamic for you to repay by proving your worth?  I am confident that you will make a good corporate guy and bring a lot of positive changes to any organizations. As someone who heads a big corporation, you would be in the position to do or start a lot of things/policies.  You can then inculcate all things Islamic.

I am not asking you to totally abandon your dakwah activities but to confine them to your non-working days only.  Your body needs enough rest for it to function well for you."


Adli menarik nafas. Panjang.

"Adli, Allah wants you to excell in both worlds - NOW and HEREAFTER.

Pernah tak Adli terfikir... Kenapa Adli ditakdirkan mendapat jawatan sekarang?  Mama yakin yang Allah SWT memberi Adli peluang untuk mempamerkan kebolehan Adli di dalam urusan DUNIAWI jugak.  It would be your greatest feat if you excel in both fields... DUNIA dan AKHIRAT!

Adli dah cukup dewasa untuk mempertimbangkan permintaan Mama ini.  I don't want you to have any regrets.

Teruskan berdakwah tapi jangan lupa to push yourself up the corporate ladder as well.  I know You can and You will not regret it!"


Air mata Adli mengalir perlahan.

Ya Allah... Andainya mereka faham...

-gabbana- 

Kisah ini sembilan puluh tiga perpuluhan empat lima peratus ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang err, belum mati lagi. Juga ada kena mengena dengan status saya yang lalu, "Puan Mama dan Inche Papa menginginkan aku mendaki tangga korporat dengan segera, walhal aku mahu menaiki tangga sorga dengan bergaya. Aduhai."

Matilaaaahh kalau Puan Mama baca ni! Gulp.

42 Caci Maki Puji Muji:

Balqis Azhar 29/12/2012, 14:57  

hakhak !

Inche Gabbana I love this post very well :))

Umar 29/12/2012, 15:11  

Ramai yang rasa perkara yang sama. Parents nak kita boleh bina rumah besar di dunia sedangkan yang kita mahukan adalah mahligai di syurga sana. Bersabarlah dan berdoalah semoga mereka redha dengan arah tuju hidup kita... Dan paling penting, semoga kita tak menjadi anak2 derhaka...naudzubillah....
Kuatkan hati, akhi.

AkuBudakMelayu 29/12/2012, 15:18  

Hrmm.. andainya depa faham. Kadang2 rasa takut pula nak angkat phone saat depa col, time kita ada program..etc

-first tkt menipu
-takut kena marah
-takut kecewakan hati mereka..
-takut hendak tinggikan suara.

And the worst thing paling takut sekali, terpacul ayat ini

"kenapa membelakangkan keluarga ? "

AllahuAllah..

Sorry komen pjg2 plak..meluahkan perasaan skit.. huhu..

inspirasi zahra 29/12/2012, 15:44  

Yr mom rite..and u also rite..just balance it..evrything will be ok insyallah..hmmmm

Lintasan Hati 29/12/2012, 16:09  

Dear Inche Gabanna.....Saya rasa ada point Pn Mama anda betul disitu........You can exel in both actually....Dunia dan akhirat.....And I agree with you sometimes 24 hours tak cukup untuk semua itu........Even saya sendiri rasa tak cukup masa walaupun tak perlu memberi talk utk konfren riang ria.....Sbb tu banyak pelapis perlu dibina sbb kita tidak mungkin membuat semua kerja itu seorang diri....Mayb you can ask a person who can be a role model such as Prof Dr Harlina some tips on how she manage her time? Ya mungkin kondisi tidak sama tetapi mana tau ada kata-kata hikmah yang anda tertinggal.
Hakikatnya dakwah juga memerlukan wang ringgit....sbb tu Allah kurniakan para sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf dan Abu Bakar bersama2 Rasullulah dlm perjuangan baginda....In fact mereka adalah 10 sahabat dijanjikan syurga......I know it is not easy and I hope some how you can find the way.........Teruskan berusaha demi mengapai redhaNya.......

rHeed 29/12/2012, 16:32  

@Inche gabbana:
wr're in the same cabin. Maybe?
Anyway, you should be grateful for what u've. At least, Puan Mama encourage you to be excel in the world and the Hereafter. At least, your mum didn't angry you for your involvement in gerabak da'wah and tarbiyah.At least,-fill in the blank.
Sebab ramai lagi parents diorang yang tentang dakwah ni. Yang tentang kerja2 agama. Yang even tak praktikkan islam as the way of life. Yang-you name it.
yep, nobody can understand us. Nobody know what we we feel.
Nobody think what we want.
Nobody. Except Him.
Allah.
He knows what we want. Indeed, Dia tahu apa dalam hati kita.
May Allah grant us His blessing and gives us strength so that kita terus thsabat di jalan dakwah ni.


@asyraf
we can apply hadith ghulam for answering calls by our parents. Helah. Perhaps.
Wallahu a'lam
May Allah

Insan 29/12/2012, 16:37  

I know that feel bro..
Semoga berjaya dalam DnT dan kerjaya :D

Anonymous 29/12/2012, 17:05  

diary? :)

all the best inche gabbana..you can do it!!

moga dipermudahkan urusan enta

Nur 29/12/2012, 18:00  

bila bantu agama Allah, Dia akn m'perteguhkan kdudukan kita dbumi.. iA... sy percaya suatu hari nanti anda mampu jdik super saiya tahap 8 dunia n akhirat.. moga meraka cpt2 phm... ameen..

Unknown 29/12/2012, 18:23  

inche gabbana,,fighting!!!
u can do it!

Akhi. 29/12/2012, 19:20  

Koff koff.

Meh ambo teman Puan Mama ke IKEA Isnin ni?

lalalalala~
:P

Anonymous 29/12/2012, 19:25  

saya tak tahu nak cakap apa untuk bantu awak encik gabbana tapi saya boleh tolong doakan Allah legakan hati awak dan bagi petunjuk apa yang terbaik untuk awak.

Eternal Love Seeker 29/12/2012, 20:26  

Post yg veghi dekat di hati.. Allah melihat usahamu..

Saya 30/12/2012, 00:07  

I think i know ur feeling. Ive been given a scholarship in medicine, dan pernah terlintas utk berhenti menjadi doktor krn teringin sgt nk jd full timer (pendakwah sepenuh masa). Andai mereka faham. T_T

Ainaa athirah 30/12/2012, 01:21  

bismillah.
salam all.

ehm,sorry..tapi,sampai bila kita nak cakap "andainya orang itu-orang ini faham tentang masalah kita?"

hm.sampai bila?senyum.

anda tahu tak?

hakikatnya,hanya ALLAH yang Maha Memahami
kita hanya mampu doa doa doa.
dan,jangan lupa usaha.oh..itu semestinya kan.


[Surah Saba']
Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab." (35)

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendakiNya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (36)

Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga). (37)

hm,see?USRATI adalah ujian hidup kita.
kepada anda-anda di atas yang juga mengalami situasi yang sama,saya doakan anda semua berjaya mengharungi ujian Tuhan dengan jayanya!cuba-lah handle sebaik mungkin ya.insya-ALLAH.

dah dah.kesat air mata tu.tak payah nangis² lagi.
Allah ada.sentiasa ada.
mungkin hari ni mereka tak faham,tapi esok?lusa?..dan seterusnya?kita belum tahu kan.

Allah uji sebab sayang..(eheh,saya tahu ayat ini klise tapi nak sebut jugak :P)

Anonymous 30/12/2012, 03:14  

Tak tau lah ada kena mengena atau tak.

Ada sorang sahabat, masuk satu universiti ni. Bukan sebab cita-cita dia nak masuk universiti tu tapi sebab nak kerjakan, i mean dakwahkan jiwa2 yang ada di situ sehingga jiwa2 ini pun boleh mengerjakan orang lain. Sedangkan dia dapat jer tawaran ke luar negara. Juga ke universiti islamik. Tapi disebabkan da ramai sangat yang hebat2 ke luar negara dan di universiti islamik tu pun da kencang, so die pun pegilah universiti ni yang persekitarannya biasa2 dan tak islamik sangat.

Even course yang dipilih pun bukan atas dasar minat tapi sebab course ni x busy sangat dengan project, assignment, test berbanding dengan course yang lagi satu ni, di mana pada pandangan umum kerjayanya lebih cerah dan lumayan. So dengan course yang x berapa nak busy ni, dia boleh tumpu lebih pada tarbiyyah dan dakwah yang medannya bukan sekadar di universiti, malah di sekolah lama dia.

Next week da mula final exam dan kebanyakan student tengah pulun buat revision. Yang dia ni pulak tengah pulun duk bagi ISK, pegi daurah penguasaan bahan, meeting lagi. Punya busy dengan DnT sampai usrah yang dia bawak pun melalui skype jer. Itu pun boleh kasi basah anak2 usrah dia. Subhanallah.

Dan dah lama tak sit BBQ sama-sama, bincang bahan apa yang patut bagi kat hadek2, keadaan mutarabbi di universiti juga perancangan masa depan. Kalo dapat face to face pun, 5 minit ja. Tak pun melalui pm di fb. Itupun, kita punyalah karang ayat panjang2 nak minta pendapat, dia reply jawapan dengan video ja. Alhamdulillah, at least dia reply kan.

Mungkin sebab "Allah ghayatuna", semua benda yang kadang2 kita main redah pun boleh jadi mudah. Kan.

"Ya Allah, walaupun kami rasa kami da jalankan tujuan hidup yang telah Engkau tetapkan iaitu sebagai 'abid dan khalifah, Engkau berikanlah kami petunjuk supaya kami tidak terbabas dari menggapai redhaMu."

bunga 30/12/2012, 06:12  

I think you are a bit selfish..um, but not in a bad way..

u remind me of my younger brother..and we do feel disappointed in him..i mean, we always want the best for him, but at the same time..well..

anyway, just bear in mind, anything that u do, u'll always have your family by ur side, supporting u, rooting for u.and actually they are really proud of u

just show ur love more to ur family, and don't stop telling them about it, about ur cita-cita..one day, mayb they'll understand..

we don't know what future holds for us..tapi harapan kan tunjang kesabaran..(gentle reminder to myself)..

n last but not least, hidup ini kan satu perjuangan,atasi kelemahan dgn bijaksana.all d best!

lunia_luvgud 30/12/2012, 08:05  

yyup.it is the most complicated matter when parents involve. i mean bila parents x setuju dengan pilihan kita. :)it does hurt physically and emotionally. be the best akh in whatever field you are into :) i pray for the best :)

Unknown 30/12/2012, 09:40  

salam.maybe adli kene ckp baik2 dgn mama dia? dan ckp tentang cita2 dia? what makes him happy, etc..dan cakap yg mereka x pernah memalukan adli as anak? and maybe a bit time for her too (applied as well to all family members).and maybe a proof, that shows he really could be the 8th levelled super saiyya.All the best to Adli then~

macyhumaira 30/12/2012, 10:07  

andainya mereka faham.

mungkin kisah kita tidak sama. cuma, dalam aspek mereka tidak faham, macy faham keadaannya. dalam pemilihan kerjaya masa depan macy, juga hampir dalam perihal jodoh semuanya ditentukan oleh ibu bapa. lebih-lebih lagi sebagai anak perempuan, apa saja yg boleh dilakukan?

kata mereka, hak sendiri boleh ditegakkan. tapi sebagai seorang anak, dan dididik utk menghormati ibu bapa, kebiasaannya mengorbankan kehendak sendiri. namun, alhamdulillah di pengakhiran semuanya manis-manis belaka.

dalam kes adli ini, hanya yg faham dpt memahami. perlu diterangkan kepada mereka sebaiknya. dan, apa kata jika dipanjat kedua tangga yakni tangga korporat dan tangga dakwah dgn bergaya.

indahnya punya hati yg kuat utk berdakwah. lebih indah jika semua faham dan mudah menerima.

tapi mungkin ini jalan yg Allah tunjuk, utk membuka mata Adli utk mengorak langkah seperti kehendak ibu, mana tahu sebenarnya jalan dakwah baru dan lebih luas terbuka?

redha ibu bapa. sedangkan tatkala kita mengadap ilahi bangun solat malam, tetapi tidak menghiraukan panggilan ibu pun sudah berdosa.

ya Allah, semoga ibu bapa Adli faham situasi Adli agar kesemua hati puas dan tidak terluka, sekaligus mencapai redhaNya..

jihaHAHA 30/12/2012, 13:41  

redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa :DD

Anonymous 30/12/2012, 14:18  

salam. saya ada cadangan yang mungkin extreme bagi sesetengah pihak, tapi, Inchek G tak nak try pindah rumah selain rumah parents?

Anonymous 30/12/2012, 16:08  

well, yg ni je sy mampu komen,
jgn jdkn dakwah itu fitnah :)


all the best.
jgn sesekali futur dgn dugaan sebegini.

Anonymous 30/12/2012, 23:02  

hmm.. teringat perbualan dengan ibu dulu, even diri ini belum bekerja dan there is a long journey upcoming..

"jangan sia siakan peluang yang orang bagi belajar obersee. ibu tahu adik sibuk dengan usrah, tapi ingat ur ambition."

dan kakak usrah: "Allah send us here untuk lebih mengenali dia. Dalam pelajaran dan dalam kehidupan harian, untuk buka mata kita daripada sesuatu yang mungkin kita tak nampak jika kita di Malaysia"

kakak usrah lama: "akak nak awak serious dalam tarbiyah"

*peluh*

situasi ni mungkin tak sama dan mungkin tiada kaitan, cuma~ I just realize, Pn Mama got it right.
and you got it right

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yangtelah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan"
[al-Qasas;28:77]
- always be the favourite ayah to keep the self-awareness.
may Allah bless,Inche Gabbana

dr 'afifah 31/12/2012, 00:59  

mak ayah sy sokong sy join DnT w/pun selalu terlebih concern n risau klau sy join prog mane2~

tp sy bersyukur sbb at least skrg sy dpt peluang utk join semua ni b'bnding tahun lepas..

hati mrk Allah yg pegang~insha Allah mrk akn faham~teruskn berdoa n berusaha..

*teringin nk tgk cerita Hero karya Hilal Asyraf jd kenyataan. dlm tu 10 jutawan Islam yg berjaya jugak berjaya dlm DnT.

khaliFah_maahad 31/12/2012, 02:59  

faham x?

XD

faham-faham la

:)

ConcernA'bid 31/12/2012, 04:33  

Warning! You are about to read a scathing and scornful comment. Please prepare a big open heart before proceed.

Salam alaikum,
Pada saya, Adli bersikap begitu sombong dan merasakan dirinya lebih mulia berbanding Puan Mama.
Adakah kerana Adli seorang yang mengikut tarbiyah maka dia merasakan segala keputusannya sahajalah yang betul dalam setiap perkara?
Adakah Adli menganggap ilmunya sudah begitu hebat sehingga dia berasa layak untuk memperlekeh nasihat Puan Mama?
Apakah Adli berpendapat Puan Mama tidak langsung mempunyai secebis iman yang mungkin nilainya lebih tinggi daripada kebajikan yang Adli lakukan?

Hatta seorang wanita penzina diampunkan dosanya kerana memberi minum seekor anjing. (HR Bukhari)

Dear Adli,
Stop being selfish and egoistic. You might think that you're searching for Allah's blessing with your decisions, but remember shayatin as well is whispering his 'advice' unconsciously for you to be strayed away by your own good intentions.
Adli, stop asking people to understand you but humble yourself first. Yes, you have a great knowledge of Islam compared to Puan Mama but... Allah says, "Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted."
We never know who is the righteous one and who is not as the knowledge belongs to Allah alone. And yet, who are we to judge?

Suka untuk saya berkongsi kisah Hati Emas Pemandu Teksi tulisan Ustaz Pahrol dalam blog beliau (http://genta-rasa.com/2011/09/24/hati-emas/). Si pemandu teksi bukanlah seorang yang hebat berhujah dengan ayat-ayat Al-Quran atau petikan hadith tapi tingkah beliaulah yang bercirikan acuan Allah dan sunnah Rasulullah.

Mungkin Puan Mama masih terbelenggu dengan jahiliyyahnya. Mungkin Puan Mama masih belum bebas sepenuhnya dari dosa-dosa kecil. Dosa-dosa yang terlihat di mata kasar kita yang tidak sempurna ini. Tapi, mungkin juga Adli terlepas pandang dosa besar seperti berkata 'ah' pada seorang ibu.

Wallahu a'lam.

PS, Saya amat tertarik dengan perwatakan Puan Mama yang penyabar dan mudah tersenyum. Inshallah, setiap kebajikan Puan Mama tidah terlepas dari ganjaran Allah.

Anonymous 31/12/2012, 07:53  

Bismillah
Dunia ialah jambatan ke akhirat betul tak...
(Macam sabda Allah dlm komen atas)
semua orang kena lalu dunia...utk kumpul bekalan
Tak semua orang diberi peluang mcm antum.
Tak semua orang berpotensi memegang tanggungjawab korporat.
Dan mungkin, tak banyak orang yang 'berfikrah' dalam dunia korporat itu

Ana masih student, maybe tak betul2 faham situasi org bekerjaya...lagilah perihal korporat tak tahu sepatah pun...
Tapi, ana rasa nak kongsi pendapat...
Kerjaya pun cabang dakwah betul tak
Kalau itu potensi antum, why not kan, ia akan jadi tool dakwah yg sangat bernilai
Antum impikan supersaiya, mungkin Allah buka jalan dalam bidang yang mama antum mahu...Allahu a'lam

Tak apa..yang penting penuhkan tuntutan Allah, nak puaskan hati semua pihak memang mustahil...
Reset niat. Jangan kasi syaitan peluang nak serang
'Bila kita dah 'faham', syaitan attack cara lain plak'
Moga dimudahkanNya

Lintasan Hati 31/12/2012, 11:16  

concern abid saya setuju dgn point anda disitu and tks becoz you make me realize something........

Crystal Putih 31/12/2012, 11:33  

Assalammualaikum,

ana pun stuju sngt dengan Anonymous diatas ana ni..Tak semua org diberi peluang mcm antum,berpotensi memegang tanggunjawab sbgi koporat apatah lg ahli koporat berfikrah(tu point utama)..

ana juga sorg student yg juga x lah mempunyai dan mengetahui sangat cabaran dialam perkerjaan,tetapi melihat orang2 disekeliling ana yang juga terlibat dalam gerabak DnT ni dan dlam masa yang sma juga seorg pekerja,,ana pasti cabaran nya lebih hebat berbanding cabaran d alam seorg pelajar universiti..

sbgi org sefikrah anda..ana pun nak share pendapat ana..

Benar,blh jadi juga Allah buka jalan bg antum menjalankan dakwah dalam bidang ini..siapa kata antum x blh jadi super saiya tahap 8 melalui medan ini??mengimbau kembali sirah Nabi..rasullullah juga ahli koporat;D..tp kerja DnT tetap berjalan..dan melalui medan itu juga baginda mengenali ramai manusia2 logam yang berguna dalam islam..seorg pendakwah itu seperti air dan asap..ia mengalir dan meresap,mempunyai personaliti adaptif yang bersedia menghadapi apa jua situasi..walaupun pada mulanya suasana sekeliling yang bakal anda tempuhi negetif, anda lah yang akan mengubahnya menjadi positif, 'Law of attraction'..bila kita positif org lain pun positif..lebih2 lg jika peluang antum terbuka luas depan mata utk memegang jwatan lebih tinggi, peluang lebih besar sbenarnya..kerana org bwh perlu ikut org atas,jd antum berpeluang besar utk mengubah suasanan ke arah positif,in sha Allah,dalam hal ini ana sendiri pelajari daripd abah ana,,yang juga dalam gerabak DnT,,tp bezanya beliau, beliau mula dari bawah..dan bila beliau dberi pelunag oleh Allah dgn mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam jambatannya, beliau mengubah sistem yang biasa org lakukan dahulu dgn sistem baru yang lebih mengikut cara islam..bila bercanggahan pendapat,, jadi kan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan..sebelum mulakan mesyuarat, mula dgn taddabur ayat..dan banyak lg..bagi sesetengah pihak ianya mustahil dlakukan jika dilihat pada keadaan2 manusia2 di sekelilingnya..tp sejarah terbukti..apabila keadaan itu masih d kekal kn shingga kini..dan dgn izin Allah,daripada medan ini beliau dapat membantu lebih banyak hal dalam DnT ni,,dan alhamdulillah, staf2 beliau juga akhirnya ada juga yang masuk dalam DnT..Jadi, bagi ana,,inilah peluang antum, utk mengubah suasana dalam bidang koporat ini..apabila matlamat kita jelas,,kita tahu bwh kita ini perlu menjadi khalifah pemimpin diri dan org lain dsekeliling kita utk mengimarahkan dunia ikut hukum Allah..org bijak seperti anda,,or seorg pendakwah yg bergaya..sepatutnya x terpengaruh dengan persekitaran, tapi dia mempengaruhi keadaan,,kerana dia tahu hidupnya untuk mendapat keredhaan Allah..mungkin anda rasa takut or myb x yakin adakah anda mampu istiqamah bila dah terjebah alam koporat yg agak mencabar ni n x pasti dapt nak adapt sorg2 utk jd kan keadaan dunia koporat ni mnjd biah solehah,,jd dgn jwtn yang anda bakal sandang, mungkin anda blh membuka peluang kpd sahabat hoyeaahh anda turut membantu;D..

ana minta maaf jika pendapat ana x lah yang diharap oleh antum..apa2 pun memang kita selalu n perlu berharap 'sekirananya mereka faham'..dan kita la perlu berusaha utk memahamkan mereka..tp, ingat,,hati2 tu Allah yang pegang,,jd,,banyak kan doa kpd Allah..moga Allah berikan kefahamn kepada mereka..

dan dalam hal ini jua..apapa pun..buat la istikharah,,smga Allah tunjukkan penyelesaiannya..

dan ana nak tambah..melihat keadaan antum..perlunya antum mempunyai seorg 'Khadijah',yang faham n sefikrah,yang akan memberikn sokongan dan mnjdi kekuatan kepda antum,,org pertama yang mempercayai dan mengia kan cerita Rasullullah adalah khadijah..lihat betapa agak penting juga sorg zaujah dlm hidup kita sbgi pendakwah=).

n skali lg ana menyokong pendapat anonymous d atas,,yg penting penuhkan tuntutan Allah, sbb hati manusia x pernah nak puas..niat jaga..sbb syaitan sntiasa kretif dalam mendapat kan peluang n ruang menyampaikan agendanya kepada manusia..smga Allah permudahkan antum..

rakyatjelata 31/12/2012, 12:13  

Alhamdulillah Inche sedang melalui satu fasa ujian bgi meningkatkan tahap kesaiyaan anda.. Tahniah!

i agree with concern'abid, and anonymous di atas.

Untuk menang mungkin perlu mengalah sedikit. n be careful bila kte dah start terfikir kte lebih baik dri yg lain even dgn parents.. sbb Syaitan Alien ini akan cube pelbagai cara utk memfuturkan kte walaupun tatkala kita sdg berenang kegembiraan dlm iman dan ukhuwah.

sharing a famous Quote:
(QS2:286) n istikharah.. dr Allah kte datang n dari Allah kte kembali.

Jzkk

Unknown 31/12/2012, 17:39  

Saya pernah berada lebih kurang seperti situasi di atas, cumanya bukan dalam corporate world. Tapi yes, antara dunia dan akhirat.
Selalu juga bermain di minda; "Kenapa mereka tak faham?"

Sehingga saya dengar talk ini;
"Don't blame anybody but yourself. Don't blame your parents if they are not religious. See the example from the sahabah. You don't blame Allah, 'Why Allah didnt give guidance to them', Don't blame Allah's Qadar. Don't blame the syaitan if you did wrong thing...."

Saya dengar. Saya muhasabah. Hubungan saya dengan ibu dan keluarga bertambah jauh baik. Dan hubungan baik ini membuahkan hasil yang jauh lebih lumayan! Dakwah, bukan hanya dengan bulatan gembira, konference riang, program je kan? Sambil panjat tangga korporat, mungkin dapat peluang naik 'lif' ke syurga? Wallahualam.

Above all, bukan niat saya untuk menasihati Inche, sebab saya tak kenal dan jarang baca blog ini. Saya cerita mengikut pengalaman saya. Semoga diRedhai segala urusan. Allah knows best.

Ummi ibrahim 31/12/2012, 20:59  

I love this post, but weren't you at mukhayyam, not updating yr blog ?
sebagai akh, saya tahu Adli mengalami krisis agak berat, sebab harus menghormati pendapat dan pandangan kedua orang tua, berbanding jika akhawat yg boleh bersyukur jika dilindungi akh yg super saiya dlm D&T sebagai suaminya. sebaiknya, adli mesti jangan lupakan Allah, munajatlah kepadaNya, mohonlah sungguh2 dalam sujud di pertengahan malam, allah kan yang jua memegang hati2 orang yang kita sayangi? semuanya akan ditunjuki Allah , In Shaa Allah. Adli takkan apa2 , sebab diakan dah berada dalam trek yang betul, hanya Allah nak uji sikit jer...

nursafa amanda 31/12/2012, 22:01  

salam, i have nothing to say except to share this hadeeth

"daripada abu hurairah berkata: Rasulullah bersabda "Selagi akan datang suatu masa di mana orang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain.Maka apabila zaman itu telah terjadi ,segala pencarian(pendapatan kehidupan) kecuali yan membabitkan kemurkaan allah. Maka apabila ini terjadi kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isteri dan ank-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak maka kebinasaannya adalah berpunca daripada menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kerabat nya(adik beradiknya sendiri) atau daripada menepati kehendak jirannya." Ssahabat bertanya," wahai Rasulullah apakah maksud perkataan engkau itu?" (Kebinasaan seseorang dari isterinya atau anaknya atau orang tuanya atau keluarganya atau jirannya). Nabi S.A.W ,"mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. maka, dari kerana itu,ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang2 kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya." [HR Baihaqi]

jadi wajar shj kalau mereka expect smething better dari kita. tapi kita lah harus kuat dan berteguh hati dan remind ourselves that we are actually giving much more better than what they expect. Rumah kat surga jauh lebih bernilai dan besar dari banglo berjuta2 di dunia

Muaz Faris 01/01/2013, 02:55  

mabruk akh. macam ada kaitan dgn diri penulis je.. hihi :-)

Anonymous 02/01/2013, 22:53  

Bismillahirrahmanirrahim

I think I understand Adi's situation. In our situation right now, there are less people who will to devote full time into Dakwah. Programs, Meetings.
If Adi were to work as corporate I couldn't imagine how would Adi spend time dakwah and corporate.

I know someone who works in Engineering background and quit dan jadi Penceramah bebas.

It is not for me to judge.

His passion is there.

There are a lot of people out there who have been working in different fields. Tapi in dakwah?

Maybe Adi could make a business to earn money to help himself in terms of financial as well.

I believe the post here shows Adi dalam dilemma. Bukan Adi merasakan dirinya mulia.and Adi pun dah sedar dah that die bersalah sebab terherdik ibunya.

-and may Allah makes Adi to remember that not to repeat in the future.
-May this strengthens more the relationship between Adi and his mother.
-and may this helps Adi to enhance creativity in communication skills in Adi as needed in a Muslim.


I would love to suggest Adi to:-

1) Mesyuarah with Naqibsss
2) Solat Istikharah

May Allah ease your affairs and all people who face this similar situation.

Wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun.

Anonymous 03/01/2013, 00:37  

dakwah bukan hobi masa lapang...
dakwah bukan profession mahupun kerjaya...
dakwah itu mudah, kan...
Moga kita tidak dipandang sebagai 'mangsa' dakwah islamiyah yang menyekat perkembangan potensi diri kita...
Allah tahu segalanya...
May Allah bless you

Usrah IKRAM 20/03/2013, 19:46  

Erm ini la yg saya rasa sekarang ini hingga ke detik ini.. andaila keluarga ini dapat memahami apa yg diri ini nak kan di jalan DNT ini.. erm.. andaila rakan2 sekeliling faham apa yg diri ini hendak di jalan DNT ini... andaila semua orang tahu apa diri ini hendak di jalan DNT ini.. Kalau boleh 24 jam diri ini ingin berada di jalan DNT ini.. tapi semua xkan mengerti.. hurm....

Usrah IKRAM 21/03/2013, 01:54  

Erm tah mengapa saya buka balik dan suka baca post ini... saya baru balik dari program.... apa yg saya fikir selama ini saya dapat inputnya pd mlm tadi...

Situasi adli sama dgn saya.. cuma dari aspek keluarga yg berbeza..keluarga saya xkaya mcm keluarga adli...

Entah mengapa kekadang diri ini teringin nak berhijrah ke Mesir.. Ya ke sana... tempat yg mungkin boleh memberi sesuatu yg saya inginkan.. Saya rasa gagal..gagal kerana masih belum berjaya mengheret keluarga sendiri ke kancah DNT.. kadang2 airmata ini gugur.. ye sering sgt2 gugur... Sesungguhnya saya sygkan mereka... hanya mampu terus berdoa... Pernah di fitnah oleh makcik di kg belajar ajaran sesat kerana hanya sy usrah di bawah IKRAM dan juga saya xkelihatan seperti "biru"....

Walaupun sekarang tengah sambung belajar ke level sterusnya..tapi kekadang merasakan bukan itu yg saya nak.. yg saya nak ialah di jalan DNT sepenuh masa... erm...

wahai ma,ayah,abang dan adik,,sesungguhnya saya sayangkan kalian sebab itu saya memilih di jalan DNT ini.... ALLAH... T_T

TQ atas post ini.. walaupun ianya hanya cerita, tapi saya rasa saya tidak keseorangan... hurmm

Anonymous 08/04/2013, 08:37  

Ohh. Adli tu budak/bks kt upsi ye? sori, outdtd fsl tu..apala dieorang, tgh belaja , study la bbetol. Baru dpt free ptptn bila skor. Sume nk free.. tak berkat blajar. Guna duit seniri lbh berkat, dan stdy leklok ye sume!!Lps tu tanggung org lain plk yg nk belajar. Tu bgs lain bh buat, ada support gp dieorg, toke2 dn mamak gp. Dieorg tk hrp menadah je,tula berkat.

Anonymous 27/11/2013, 18:38  

Inche Gabbana.
Serius.
Saya teringin nak tau siapa anda.
Serius.
Tapi macam merepek je kan.
Abaikan.

syazwanisyaaa 08/12/2013, 19:10  

andainya mereka faham...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP