Menjadi Burung Kecil Yang Osem
Satu lagi karya dari Cik Beah yang sungguh osemmmness. Memang nama tengah anda osem kah..?
Saya tahu perkataan apa yang pertama sekali menerjah kepala hotak anda seusai menonton video ini.. OSEMMMM...! Saya dah kata dah, bukan saya tak kata.
Rasanya tak perlu nak ulas panjang dah. Sebab mesej dia jelas, terang-benderang.
Jangan teragak untuk melangkah, kerana larian laju itu bermula dengan langkah permulaan kecil yang pertama.
Dan ketika berlari, jangan hiraukan cacian dan makian di tepi, yang cuba untuk menjatuhkan dan meruntuhkan semanagat anda berlari. Kerana akhirnya, anda juga yang akan sampai ke garisan penamat. Mereka..? Mereka akan pulang ke rumah dan meneruskan kehidupan mereka sehari-hari. Mereka tidak peduli pon ke manakah halatuju hidup anda.
Mulakan langkah anda sekarang juga, walau sekecil mana pon ia. Kerana Allah tidak pernah dan tidak akan pernah melihat kepada sejauh mana yang telah anda pergi dengan langkahan anda itu. Tetapi dia melihat dan menilai setiap langkah yang anda ambil.
Andalah pemegang obor perjuangan ini. Maka suka atau tidak, anda mesti berusaha sebaiknya untuk sampai ke garisan penamatnya.
Dan apakah garisan penamat itu..? Itulah, mati syahid atau hidup mulia.
Senyum kenyit mata.
-gabbana-
Ini auto-post. Ketika ini saya sedang bersiap-siap untuk menaiki burung besi gergasi (Ironi... Angkat kening.) untuk pulang ke tanah air. Erk. Tanah air la sangat. Wahahaha. Peluh sedikit.
Moga bermanfaat!
Bismillah...
6 Caci Maki Puji Muji:
Dah rajin update balik nampak ! Hee ^^
Jemput baca post terbaru saya.
Baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan.
Law kana bainana, aku harap hampa beriman la na. XD
erk!
agak termalu dan agak terkujat di situ.
terima kasih tuan gabbana.
semoga Allah redha!
p/s: ye, nama tengah cik beah memang osem. *sengih*
Cik Beah memang ohsem kan? Serius!;)
cikbeah dlm realiti hidup mesti muka mcm pelakon melayu veteran wan maimunah yg pernah berlakon sbg mak ayam dlm drama astro berjudul aku bukan rabiatul..sarat dgn pengajaran inspirasi kisah wali ilahi rabiatul adawiyah..
ana nak mati syahid dan hidup mulia:D
inche gabbana + cik beah = sinergi. yeahhhh!!! teruskan usaha anda berdua. sampaikan ayatNya dengan cara yang gembira~ :D
Post a Comment