13 December 2011

Cabaran Kental 3 Hari Sebelum Tarikh Tutup Pertandingan Video Osem APG '11

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya sudah menerima dua puluh tiga penyertaan untuk Pertandingan Video Osem APG '11. Kalau anda tidak memahaminya dalam bentuk perkataan, izinkan saya menulisnya dalam bentuk nombor pula.

7292 78324 63637462 23 7963912886 86885 73782636426 84336 6796 274 11! 

Wahahaha.. Hamek!

Jujurnya, saya amat kagum dengan penyertaan-penyertaan yang dihantar. Sumpah saya langsung tidak menyangkakan yang sambutan akan menjadi sehangat dan sepanas ini. Masha-Allah, semuanya ini adalah kehendakNya dan saya sememangnya amat berharap yang ini adalah yang terbaik untuk Islam, dakwah dan tarbiyyah, insha-Allah. Moga Allah membalas usaha-usaha murni anda semua hoyeaaahh!

Apa-apa jalan, dalam banyak video-video yang dihantar, belum ada satu pon lagi video yang membakar semangat. Video yang pom pam pom pam selepas menontonnya, peluh anda mengalir perlahan sambil hidung anda kembang-kempis penuh dengan semangat terasa hendak pergi berjihad tang tang itu juga. Belum ada lagi.

Ok saya tipu sedikit. Banyak je video yang menaikkan semangat dan mengejutkan diri yang sedang lena untuk bangun berbuat sesuatu. Tetapi semangat yang saya maksudkan di sini adalah semangat untuk berjihad. Semangat untuk keluar ke medan amal dan berperang, yakni dalam konteks bekerja bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan umat ini.

Hampir semua video yang dihantar berunsur kejiwangan atau bunga-bunga segar di taman. Konsep dan tema yang digunakan lebih menjurus kepada, ish, tak tahulah macam mana nak sifatkan. Senang katanya, video-video yang ada sangat bagus dari segi mesejnya, tetapi mungkin kurang dari segi menaikkan semangat berkobar-kobar.

Eh tiada salahnya anda hendak menghantar apa-apa jenis video sekalipon. Itu hak anda dan ini adalah suatu pertandingan yang terbuka. Saya bukannya sedang merintih atau membuat aduan tidak puas hati, tahu..?

Cuma yalah, menarik juga kalau-kalau ada penyertaan video yang bersemangat, yang terangkat punggung apabila menontonnya. Video-video yang memukul jiwa lantas terasa seperti mahu ke Palestin ketika itu juga.

Jadi di sini saya ingin memberi cabaran kepada anda yang masih menyimpan hasrat untuk menghantar penyertaan untuk pertandingan ini; hasilkan video bersemangat yang bisa menjadikan orang yang seusai menontonnya bertukar menjadi Super Saiya. Hantar penyertaan yang bakal menaikkan malah melonjakkan semangat jihad rijal-rijal yang menontonnya. Senyum penuh pengharapan.

Amacam..? Ada berani..?


-gabbana-

7 Caci Maki Puji Muji:

Syariful Bahri 13/12/2011, 23:52  

sebab ramai akhawat yang buat? :P

Anonymous 14/12/2011, 03:12  

mana sempat lagi 3 hari...wuu T_T

Anonymous 14/12/2011, 05:51  

c'mon ikhwah! more videos pleaseeee~

klu sisters buat haruslah kembang bunga di taman. susah sikit nak terbakar-terbakar ni.

-tunjuk org je pandai. sendiri buat tak pandai-

syafarah 14/12/2011, 12:13  

assalamualaikum,

inche gabbana, yourushku, extend lagi tarikh tutup boleh? idea baru datang 2 hari lepas. syuro dengan tak buat lagi, nak shoot lagi, nak edit lagi. boleh x?

Inche gabbana 14/12/2011, 17:44  

wa'laikumussalam.

minta maaf, saya terpaksa menolak permintaan anda demi berlaku adil kepada semua.

iAllah boleh cuba tahun depan. ^^

harap anda tidak berkecil hati. Moga Allah permudahkan urusan anda.

allahu a'lam.

Anonymous 14/12/2011, 18:15  

ade ikhwah ckp..

"ikhwah suka yg ganas2 je, yg smangat2 je... pastu harapkan smangat je berapi2 masa tgk video... lepas tu... sume senyap...

kene blaja dari akhawat... jiwang setiap masa... baru sntiasa smangat di jalan dakwah... kerana berjalan dgn cinta...."

jiwang pun sumpah osem.haha..

Unknown 14/12/2011, 18:31  

siapalah cik/encik anonymous ne...
apapun, kamsa hamnida!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP