1 December 2011

Saya Cakap 'Hoyyeeeaahh!', Anda Pon Cakap 'Hoyeeaaahhh!' Juga

Hari ini 1 Disember.

Pelbagai peristiwa penting berlaku pada bulan ini. Contohnya pada 1 Disember setiap tahun, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh pelosok alam. Pada 10 Disember setiap tahun pula, acara penyampaian Anugerah Nobel, kemungkinan anugerah yang paling popular dan berprestij selepas Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Musik, diadakan di Sweden. 

Tidak lupa kepada hari Natal yang disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh mereka yang beragama Krisitian (walaupon ada juga segelintir mereka yang beragama Islam gatal tangan, kaki dan badan nak seleberet juga..) atas kepercayaan mereka Jesus Kristus dilahirkan pada hari itu; walaupon fakta menunjukkan sebaliknya. Oh oh! Kepada anda yang pernah tinggal di luar negara, espeseli di negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian, anda pasti tidak boleh melupakan tarikh 26 Disember bukan..?? Itu Hari Bertinju, hari di mana hampir seluruh makhluk alam buana berpusu-pusu ke pusat beli-belah untuk menghabiskan wang masing-masing sehingga pengsan..! Gelak sambil berpeluh besar.

Tetapi ada peristiwa yang lebih penting akan berlaku pada bulan ini, bulan Disember.

Menunggu dengan penuh sabar.

Ada peristiwa yang lebih penting, osem dan bergaya akan berlaku pada bulan ini, bulan Disember...

Menunggu lagi dengan penuh sabar lagi.

Haih. Baiklah. Terima kasih kerana mencuba ya..?

Seperti yang dah diwar-warkan hampir sebulan yang lalu dan selepas dilanjutkan pula tarikh tutupnya, dengan ini saya umumkan...

 PERTANDINGAN VIDEO OSEM APG 2011

tinggal lagi 15 hari sebelum dilabuhkan tirainya.

Apa, anda masih tidak jelas dengan mesej yang cuba saya sampaikan..? Garu kepala sambil urut dada.

Tidak mengapa, demi anda wahai pembaca budiman dan setia sekalian, saya sanggup melakukakannya sekali lagi. Baiklah.

Dengan ini saya umumkan sekali lagi..

(Sekiranya anda ada sudu atau pensel kayu di depan anda sekarang ini, sila ketuk meja atau apa-apa yang boleh diketuk bagi menggantikan ketukan dram...)

PERTANDINGAN VIDEO OSEM APG 2011 HANYA TINGGAL 15 HARI SAHAJA LAGI!

Fuh! Sungguh mendebarkan bukan..??

Maka kepada anda yang masih ragu-ragu sama ada mahu menyertai pertandingan ini atau pon tidak, dengar cakap saya ini; SERTAILAH!

Kepada anda yang dalam proses untuk menyiapkannya, ini pula nasihat saya kepada anda: Ambil masa anda, hasilkan video yang paling super amat berkualiti tapi jangan hantar selepas pukul 12 malam waktu Malaysia 15 haribulan itu! Hihihi..

Oh, saya juga perlukan pertolongan anda semua untuk menjayakan pertandingan ini. Anda yang kool lagi gorjes pastilah mahu menolong saya bukan..? Gelak kecil.

Pertamanya, saya sudah menyediakan dua poster edisi khas untuk pelancaran gelombang kedua pertandingan ini. Poster yang, err, boleh tahan osem jugaklah en..? Wahahaha. Ok sila cubit pipi saya dengan kuat sekarang juga.

Arakian dengan rendah hati lagi penuh rasa hina lagi dina, saya ingin meminta kepada anda yang sudi, untuk menjadikan poster ini sebagai gambar profail di akaun MukaBuku anda. Ini hanyalah permintaan dan bukan paksaan. Jangan risau saya tidak akan bakar rumah atau pancitkan tayar kereta anda sekiranya anda tidak mahu melakukannya. Mungkinlah saya hanya akan mengekori anda di waktu malam di mana-mana sahaja anda berada. Wahahaha. Ok psiko.

Eh tetapi, sekiranya anda ada upacara atau peristiwa lain yang jaaauuhh lebih penting dan patut diutamakan seperti Southern Gathering atau Perhimpunan Musim Sejuk itu, pastikan anda memprioritaskan mereka itu! Tidak perlu tukar gambar profail anda kepada poster pertandingan saya ini. Pertandingan saya ini sepatutnya menjadi prioriti anda yang terakhir dan yang paling tidak penting..! Tahu..? Ini hanya untuk anda yang benar-benar bosan dan tidak ada kerja berfaedah lain yang boleh dilakukan! Wahahaha.. Eh.

Poster osem sempena pertandingan video yang osem yang dimaksudkan adalah seperti berikut:



dan 




Ha, kan dah kata, osem bukan...? Wah!

Keduanya, saya juga ingin meminta pertolongan anda untuk sama-sama mengganggu hidup meminta tolong Puan Wardina Safiyyah untuk menjadi salah seorang hakim pertandingan ini. Kicauan saya kepadanya tidak pernah dibalas. Saya kira dia tidak jelas dengan tujuan pertandingan ini; saya dapat merasakan yang kicauan saya menjemputnya menjadi hakim hanyalah kicauan seorang peminat gila yang cuba untuk mengganggu-gugat kestabilan dan kegembiraan hidupnya. Dan saya juga merasakan yang dia tidak pernah membuka apatah lagi membaca belog ini. Maka apabila dia meneriwa kicauan daripada @angelpakaigucci, pastilah dia menyangka "Siapalah pulak manusia pelik lagi wahan yang kacau aku ni..? Manusia manusia. *sambil menggeleng kepala*"

Ok sungguh su'udzan di situ. Maafkan saya Puan Wardina.

Jadi kepada anda yang memiliki akaun Pengicau, saya minta anda untuk berkicau kepada Puan Wardina untuk menerima jemputan saya menjadi hakim untuk pertandingan ini. Saya sendiri akan berkicau dahulu pada hari ini untuk menjemputnya sekali lagi. Kemudian anda bolehlah pula mula berkicau. Kicauan anda untuk hari ini sahaja. Kicauan anda bolehlah berbunyi: 

@WardinaSafiyyah silalah terima pelawaan @angelpakaigucci untuk menjadi hakim pertandingan video osem APG 11! Sekian terima kasih!

atau

@WardinaSafiyyah kami mahu anda menjadi hakim Pertandingan Video Osem @angelpakaigucci! Terima kasih!

 atau boleh juga

Ada berita tergempar! @WardinaSafiyyah menerima jemputan @angelpakaigucci untuk menjadi hakim pertandingan video osem APG 2011! Saya sangat teruja..! @WardinaSafiyyah silalah terima silalah terima!


Wahaha. Dan apa-apalah yang sewaktu dengannya. Boleh..? Mudah bukan..? Saya tahu anda semua sangat kool lagi sporting sekian terima kasih heyyy!

Dah kalau mendapat tiga ribu tujuh ratus lapan puluh lima kicauan sekaligus yang mengjaknya menjadi Puan Hakim Yang Arif Lagi Bijakaksana, kalau sedikit pon tidak tergerak hatinya untuk menerima jemputan itu, tidak tahulah saya nak kata apa! Hohoho..

Anda pasti tertanya-tanya mengapa saya begitu bersemangat dan bersemangat waja untuk mengajaknya menjadi hakim pertandingan ini bukan..? Pertamanya sudah tentulah kerana profailnya yang bakal menaikkan lagi prestij pertandingan ini; mungkin lebih ramai yang akan menyertainya sekiranya dia bersetuju untuk menjadi hakim yang arif lagi bijaksana.

Tetapi yang lebih utama, kerana Puan Wardina Safiyyah juga berbulatan gembira. Dan saya tahu dia komited dengannya. Itu akan menghantar mesej yang sangat berkuasa lagi berkesan kepada pertandingan ini; yang saya benar-benar seriyes dalam membawa mesej dakwah dan tarbiyyah, sehinggakan para hakimnya juga terdiri daripada mereka yang berkecimpung di dalam arena ini. Senyum kenyit mata.

Dan oh, terakhir, sebagai hadiah istimewa kepada anda para pembaca dan penyokong sekalian.. Bak kata orang, simpan yang terbaik di akhirnya bukan..?

Jeng jeng jeng.

Pertandingan video sewajarnya wajiblah mempunyai video promosi bukan..? (Saya sudah boleh membayangkan wajah anda yang sumpah teruja sekarang ini). Terima kasih tidak terhingga kepada Inche Tuan Direktur Hadi Pahmi, dia telah bersetuju untuk membantu saya menghasilkan video promosi gelombang kedua Pertandingan Video Osem APG 2011 ini. Jazakallahu khiaran katheera jaza' kepada Inche Tuan Direktur; saya tahu saya boleh percaya kepada anda! Anda sumpah osem aaaahhhhhh...! Ok.

Hadirin hadirat, tuan-tuan dan puan-puan, para pembaca Angel Pakai Gucci yang budiman lagi berakhlak mulia sekalian.. Terimalah...



-gabbana

Semakin hari semakin berdebar-debar. tak pasti sama ada akan menerima sehingga sepuluh penyertaan atau pon tidak. Tetapi lebih berdebar-debar kerana tidak sabar-sabar mahu menonton hasil-hasil video yang dihasilkan..! Hoyeeaaahh!

Nanti-nantikan hapdet-hadpet terbaru dan kira bawah (Baca: Countdown) lima belas hari dari sekarang!

Semoga Allah merahmati usaha-usaha murni anda semua!

6 Caci Maki Puji Muji:

haliqA 01/12/2011, 20:04  

May Allah bless inche~

najwa 01/12/2011, 21:52  

bertabah inche!

Anonymous 02/12/2011, 11:00  

salam..boleh jugak try approach irma hasmi..dia pon berbulatan gembira seperti Wardina..

Anonymous 02/12/2011, 15:28  

Apa kata minta izin murabbi die dlu..afab tatasusila diutamakan..

Anonymous 03/12/2011, 01:13  

:)

Anonymous 03/12/2011, 15:10  

why not kite2 jd juri tlong like bg bape bintang ...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP