16 November 2011

Permohonan Maaf

Sebagai seorang blogger dan insha-Allah dai'e yang marhaen dan cuba untuk menjadi seorang individu sivik yang bertanggungjawab, saya dengan ini menarik kembali artikel 'Post Ini Sedikit Emo Dan Hanya Mengandungi 0.9mg Unsur Tarbawi.'

Saya terlepas pandang bahawa belog ini kini dibaca oleh pelbagai jenis manusia dari pelbagai latar belakang yang datangnya dari seantero dunia. Dahulu mungkin artikel sebegitu tidaklah sekontroversi mana, tetapi kini sesuai dengan waqi' semasa, saya mengakui tulisan saya itu mungkin tidak sesuai untuk dibaca oleh semua.

Kepada anda yang telah mengikuti belog ini sejak zaman Nabi Idris lagi, anda pasti sudah kenal benar dengan cara penulisan saya. Sarkastik, selamba dan err, selalunya tidak menepati adab kesopanan timur yang konvensional itu. Malah, jika anda masih ingat, memang banyak artikel yang saya tulis tentang ketidakpuasan hati saya dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Juga artikel-artikel 'tidak puas hati' yang lain. Dan nada penulisan saya dalam artikel-artikel tersebut tidak jauh bezanya dengan 'Post Ini Sedikit Emo Dan Hanya Mengandungi 0.9mg Unsur Tarbawi.'

Namun begitu, saya mengakui yang walaupon ini belog saya, saya tidak wajar dengan sewenang-wenangnya sesuka-suki hati menulis apa-apa sahaja yang terlintas di kepala hotak saya. Saya tidak sewajarnya menghamburkan apa-apa yang saya rasakan tidak betul atau tidak puas hati. Saya tiada hak untuk berbuat demikian; kerana hak itu datang dengan tanggungjawab dan saya gagal melunaskan tanggungjawab itu dengan baik.

Saya sewajarnya lebih bertanggungjawab dengan pandangan dan penulisan saya, kerana belog ini dibaca oleh anda semua. Kerana saya menulis untuk anda yang baca.

Dengan itu, saya dengan sepenuh dan seikhlas hati, ingin memohon maaf kepada anda semua yang terasa dengan post tersebut. Dan terima kasih kepada anda yang punya keberanian dan kesensitivitian, mengambil inisiatif untuk menegur saya. Jazakumullahu khairan katheera.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa dan kekhilafan saya.

Allahu a'lam.

-gabbana- 
 

13 Caci Maki Puji Muji:

pakurawan 16/11/2011, 01:06  

kah. anda tarik balik post emo.

makanya saya juga.

Anonymous 16/11/2011, 01:13  

T_T nasib baek da tarik balik,,

aqel 16/11/2011, 01:44  

nasib baik dah baca.
yep, sarkastik tapi benda yang betul. so mungkin okay je kot.
tak mengapa, lain orang lain penerimaan.
teruskan menulis.

Syariful Bahri 16/11/2011, 02:06  

baru je baca tadi -.-

aku,bukankau 16/11/2011, 03:22  

kadang2 yg benar itu pahit nak diterima...tapi sampai bila umat nak dihidangkan dgn yg enak2 saja kan?

Anonymous 16/11/2011, 07:27  

apa sebenarnya berlaku bro? aku baca ar tajuk post tu tapi isinya aku tak baca. ce citer sikit?

Anonymous 16/11/2011, 07:35  

Alah xsempat bace..

Anonymous 16/11/2011, 11:36  

saya dah baca post tersebut dan saya okay. :D

Anonymous 16/11/2011, 11:44  

berani mengakui kesalahan itu bkn satu perkara yg mudah. u've done a good job. tahniah akh!

Gh 16/11/2011, 13:53  

:) tak sempat baca lagi... Xpa tu teguran dari Allah. . Itulah nilai tarbawi nya... Tarbiyyah bukan sekadar datang dari penulisan...

Kami tetap membaca penulisan iG

موسليماتوصليها 16/11/2011, 17:07  

Personally article tu okay. Nasihat boleh dalam pelbagai bentuk tapi terpulang kepada yang mentafsir bagaimana... dan cara kamu menulis article tu boleh diterima walaupun bahana marahnya boleh dirasai oleh pembaca. Apapun tahniah kerana humble dalam meminta maaf, kekalkan sikap itu. Sungguh yang lebih layak mengadili hanya ALLAH.

p/s: Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr:3).

barumakansandwichsardin 17/11/2011, 05:14  

Saya tidak pasti apa masalah artikel tersebut. Saya setuju dengan isinya, saya tak terasa dengan bahasanya. Jantina saya sama dengan jantina yang ditegur dalam artikel itu.

I guess this is the case of "siapa makan cili dia terasa pedas". Ramai sangat terasa pedas.

Saya dah banyak terasa pedas dengan hasil tulisan inche, tapi takde la sampai terasa melampau-lampau pulak.

bibik 17/11/2011, 23:24  

waduh pak gaban..ngapain ditarik postnya..mantap dong isianya..terus maju ya pak..ana sentiasa mendukung niatmu dlm dakwah demi kemaslahatan ummah.peace

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP