Badan Lesu, Jiwa Lemau, Otak Kacau
[Kredit] |
Minggu ini tahap kesibukan saya di opis bukan setakat mencapai tahap tenggiling lagi, malah sudah mencecah tahap tenggiling terbang.
Sudah tiga hari berturut-turut saya pulang lebih lewat daripada biasa. Indikator saya pulang lewat adalah saya dapat menunaikan solat berjemaah Mahrib di opis. (Ok sila jangan bandingkan diri saya ini dengan anda yang bekerja sebagai tabib atau auditor itu. Itu satu perbandingan yang tidak adil!)
Kadang-kadang tu bukannya sibuk apa pon; sibuk menunggu maklum balas daripada Puan Bos Besar atau Dato' Bos Lagi Besar *koff koff*. Sampai panas punggung. Haih. Akhirnya walaupun tidak berbuat apa sangat, penat juga jadinya disebabkan terperap dan terceruk di dalam opis dari pagi sehinggalah petang.
Tapi hari ini dan kelmarin sumpah sibuk. Sibuk sehinggakan apabila pulang ke rumah, dan saya letakkan kepala di atas bantal atau tilam, komfem terus berada bersama Cik Alice dan Alam Khayalannya. Eh. Sibuk sehinggakan saya terpaksa membatalkan pelan ziarah saya ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan dan juta Kolej Maha Busy. Wah, hadek-hadek Kolej Maha Busy pon tak sebusy ini! Peluh kecil.
Akibat pembatalan itu, saya mengalami tekanan melampau tahap merbahaya. Ok tipu. Tapi betul saya tak berdusta, memang rasa sungguh sedih dan seperti ada yang tak kena apabila tidak dapat menatap wajah hadek-hadek terchenta. Sudah terbayang-bayang dan terpancar gambaran kegembiraan dan keseronokan bertemu mata dengan mata dengan mereka. Aduhai mak minah sayang. Errr... Macam orang kena angau la pulak! Wahahaha..
Ok tak kelakar.
Saya kira, itulah salah satu daripada magika dan keajaiban membawa dan mengikuti bulatan gembira. Bulatan yang benar-benar gembira dan hidup, apabila ditinggalkan atau terlepas satu-dua sesi, pasti akan terasa serba-salah dan seperti mahu terjun gaung seribu tiga ratus dua puluh lima meter dalamnya.
(Nota: Bulatan gembira yang saya maksudkan di sini adalah bulatan gembira dan bukannya, er, keluarga itu. Tahu..?)
Di dalam post 'Penyucian Jiwa', saya ada menceritakan hikmah besar mengikuti tarbiyyah yang kool dan bergaya ini. Mungkin kita tidak nampak ganjaran atau pulangannya di depan mata. Tidaklah pula setiap kali kita membaca al-Quran atau komited dengan bulatan gembira atau bangun malam untuk bermunajat kepadaNya, trang tang tang ketika itu juga jatuh gedebuk sebuah kereta Kumbang (gulp) atau seguni bongkah emas ala-ala pemilikan Ali Baba adalah juga. Tidaklah begitu. (Kalau berlaku begitu, saya rasa sama ada saya pengsan dahulu atau lari laju-laju sambil menjerit ketakutan.)
Hikmahnya adalah Allah 'menjaga' kita. Hati kita sentiasa tenang dan bersih. Malah kita sendiri boleh merasakan 'kebersihan' dan 'keinosenan' hati kita itu. Sumpah.
Cuba ingat kembali; berapa kali sudah, setiap kali kita ponteng berbulatan gembira untuk beberapa kali berturut-turut, dalam tempoh masa yang sama kita amat mudah futur (gugur, banyak buat maksiat)..? Tidakkah dalam tempoh masa yang sama kita merasakan diri kita tidak tenang, hati kita kotor dan tubuh serta anggota-anggota badan amat mudah untuk melakukan maksiat. Dan bukankah dalam tempoh masa yang sama kita berpontengan itu, kita terasa seolah-olah jauh daripadaNya..?
Hamek baru tahu penangan bulatan gembira.
Kebaikan apakah yang paling baik di dalam dunia ini, apabila kita jauh daripada kebaikan, dan Allah menyalakan lampu isyarat amaran..? Kebaikan apakah yang paling osem sekali, apabila kita sudah berada di dalam suasana yang baik dan solehah dan kita merasa suka dan selesa dengannya? Dan kebaikan apakah yang paling kool sekali, Allah memilih kita untuk terus berada di dalam kebaikan...??
Hamek sekali lagi tumbukan padu dan sepakan mapan bulatan gembira.
Kerana itu saya melihat bulatan gembira sebagai wasilah (cara) yang paling amat super berkesan dan osem sekali untuk membentuk manusia menjadi seorang individu Muslim yang benar-benar taat dan patuh kepada TuhanNya. Kerana di dalamnya terkandung pelbagai aspek dan pendekatan yang saya kira, sekiranya dilaksanakan dengan bersungguh dan efektif, pasti akan melahirkan manusia-manusia yang berjiwa hamba. Sukar hendak saya terangkan satu-persatu secara terperinci di sini. Kalau mahu tahu, anda kenalah berbulatan gembira dahulu! Gelak kecil yang sedikit keji.
Tidak hairan juga Datuk Tariq Ramadhan menjadikan bulatan gembira (ha kali ini konsep bulatan gembira dalam konteks yang lebih besar) sebagai asas, nukleus kepada pergerakan dakwahnya. Kerana bulatan gembira itu benar-benar menggembirakan ruh dan hati seseorang manusia!
Ya benar, bukan semua bulatan gembira itu benar-benar menggembirakan anda. Mungkin ada yang lemau. Mungkin ada yang mandom, muram durjana. Tiada apa yang sempurna di muka bumi mahupon planet Musytari, percayalah. Tetapi disebabkan anda berkorban, bermujahadah memaksa diri untuk terus komited di dalam bulatan gembira kerana anda tahu dan faham penangan bulatan gembira, anda sedar peri pentingnya untuk berada di dalam suasana dan keadaan yang baik lagi solehah... Yakin dan percayalah, Allah akan membayar pengorbanan anda itu secara 'tunai', dalam keadaaan dan cara yang anda mungkin tidak sangka-sangkakan.
"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[at-Talaq, 65:2-3]
Saya sendiri sudah banyak kali merasa kenikmatan 'dibayar' oleh Allah ini, dan terus-terang saya katakan, saya masih belum puas hoyeeaahhh! Eh, macam tamak pula bunyinya. Kata kuncinya, kena yakin, sabar dan bersungguh-sungguh!
Itu baru bayaran tunai, belum lagi bayaran kredit tertangguh yang menanti kita di akhirat nanti. Mata bersinar-sinar.
Itu baru bayaran tunai, belum lagi bayaran kredit tertangguh yang menanti kita di akhirat nanti. Mata bersinar-sinar.
Dan kerana itu juga saya sedih banget kerana tidak dapat ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan dan Kolej Maha Busy pada minggu ini. Haih. Terasa bateri di dalam diri begitu lemah sekali.
Apa-apa jalan, saya melihat kesibukan saya ini sebagai tarbiyyah daripada Allah jua. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan dan ajarkan kepada saya. Terpulanglah kepada saya sama ada mahu melihat kesibukan ini daripada kaca mata seorang manusia biasa yang dikuasai hawanya, atau melihatnya dengan kaca mata dakwah dan tarbiyyah yang sudah kompem-sekompemnya bergaya.
Dan kini lebih faham 'penderitaan' yang dialami oleh ikhwah/akhawat yang berkerjaya sebagai tabib, auditor, pekerja kilang atau pon kerjaya-kerjaya lain yang sememangnya sibuk lagi menyibukkan tahap Perdana Menteri Zimbabwe. Juga lebih faham mengapa kerjaya adalah salah satu ujian atau mehnah besar yang perlu diberi perhatian seriyes oleh kita semua yang memanggil diri kita ini du'at. Kepada anda semua, kuatkan semangat dan jangan sekali-kali berputus-asa tahu..?? Ketahuilah, ada cahaya bersinar-sinar di hujung terowong!
Meminjam kata-kata Inche gabbana:
"Apakah cobaan yang paling mengerikan? Cobaan yang paling mengerikan, itulah apabila kita langsung tidak sedar yang ia adalah cobaan. Sekian."
Air mata mengalir perlahan.
"Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah. Dan berlindung daripada lemah dan malas. Dan berlindung daripada takut dan bakhil. Dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang."
Amin, ya robbal a'lamin.
-gabbana-
14 Caci Maki Puji Muji:
assalamualaikum inche gabbana. maaf kalau soalan saya tidak ada ebarang kaitan dengan post ini.
err, adakah anda merupakan seorang pendebat/pembahas kedua semasa mewakili sekolah bintang dahulu? kerana cara anda berceloteh dan membuat ayat adalah tipikal sifat seorang pendebat kedua, yang secara naturalnya adalah seorang yang gemar bercerita...bukan begitu?
hihi sekadar bertanya. tak jawab pun tak mengapa. amannn :D
Jangan lupa juga kepada Encik Jurutera... :)
ikhwah & ex-pendebat: hampir tepat tekaan anda di situ.
saya pernah merasa menjadi ketiga-tiga jenis pendebat. tp peberet saya adalah pendebat yg ketiga, malah saya bersara dari sekolah bintang dahulu sbg pendebat ketiga. ;)
mari tubuhkan kebab débat ikhwah...? ^^
abah: jurutera sentiasa di hati. saya juga seorang jurutera; jurutera manusia. hohoho.. ;)
sy jg pendebat ketiga msa d skola dlu
I dunno why whatever you have said in this blog mengena saja situasinya. It seems you have the sixth sense en gabbana. apa2 pun, this post just exactly what we felt during those days... masa di tahap kesibukan melampau, mcm rasa nak buat rule- no more in the office after six pm...
oohh...untungla..kami di sini da berapa mggu x berbulatan gembira dek masing2 bz study medic, cuti yg x sama n jarak yg agak jauh utk berusrah, bknnya mcm kl..nak daurah etc petik jari..ok tipu...terasa nak berusrah online
cmne nnt kerjaya tabib..heheh
owh wahai tabib2 sekalian, walaupun korang sume sangat busy dalam kerjaya dan mengejar2 untuk usrah dan daurah; bersyukur kerana saya perasan pelajar2 ubat ubatan nih pandai membaca mad'u.. ye la selalu berinteraksi dengan manusia melapangkan lagi pengalaman..
orang2 engine pula selalu melihat mesin2.. kurang berinteraksi maka agak sukar membaca apa yang difikirkan mad'u...
tapi orang2 engine ni kretif sket.. hehe..
yg study len2 tuh xtau nak komen..
=P
salam inche ghabba-nantoka-
bolehkah saya tanya soalan peraivet?
di manakah inche ghabba-nantoka- menunaikan solat wajib jumaat?
saya bagaikan terlihat kelibat inche ghabba-nantoka- di masjid yang bentuknya sedikit unik dari masjid2 yang lain -seakan2 boleh digolek2 bentuknya, berhadapan dgn UMW.
adakah benar itu inche ghabba-nantoka-?ataukah sekadar kerinduan dalam diri ini yang menyerupai inche ghabba-nantoka-?(tolong pastikan keyboard anda selamat dari muntah2 hijau anda untuk memastikan msg ini segera dibalas, terima kasih)
aku bukan dia: -____-" anda pastikah anda mengenali saya..?
UMW di shah alam kah..? komfem la anda angau tu. saya solat di belakang istana negara tadi.... ^^"
apa2 pon terima kasih kerana merindui saya... hohoho..
salam,
saya rasa sangat ghumbira bila melihat mesej pulangan daripada inche ghabba-nantoka-.bagaikan terubat rindu di lubuk hati.saya akan sediakan plastik muntahan jika kita ditakdirkan bertemu nanti bi'iznillah.
ya, saya kenal anda.anda yang tak kenal saya!hahaha~.gelak keji tempias air kahak.
perseneli saya cadangkan supaya inche ghabba-nantoka- untuk rajin2 membalas komen2 kawan2 di post2 inche ghabba-nantoka-.selain berasa ghumbira melawat blog ini,dgn izin Allah ianya lebih mengeratkan lagi tali-tali kasut kita.
ok.
bukan di shah alam.mungkin bkn UMW, tapi toyota.
nasib baik saya tidak memeluk-sergah kelibat kambing 7serupa dgn inche ghabba-nantoka- itu.
Assalamualaikum wrh wbt...
Apapun jua, ada kerja&tanggungjawab di sebalik title "guru", "doktor", "jurutera", "chemist", "nelayan", "jaga", "tukang kasut",
"imam", "hakim", "peladang", "ustaz/ustazah", "akauntan", "angkasawan", "doktor" dsb...
tapi kita mesti faham, bahawa title2 di atas diamanahkan oleh manusia
atas dasar kemahiran yang diperolehi di bidang2 berkenaan bagi memenuhi keperluan keduniaan semata2...
(i.e gaji dibayar oleh manusia juga, sekadar kegunaan di dunia)
walhal title "muslimin" diamanahkan oleh Allah SWT bukan berdasarkan kemahiran,
bahkan atas dasar penyerahan diri kepada Rabb bagi memenuhi keperluan dunia dan akhirat...
(i.e gaji dibayar oleh Allah SWT, meliputi alam dunia&akhirat)
dan keperluan akhirat itu pasti&pasti mendahului keperluan dunia,
justeru menuntut keutamaan dalam pemberesannya...
lalu keperluan keduniaan itu ditunaikan dalam takluk mengusahakan keperluan akhirat...
bukan sebaliknya...
(keperluan akhirat ditunaikan dalam takluk mengusahakan keperluan dunia"
maka guru yang juga muslimin, mempunyai amanah untuk bereskan kerja&tanggungjawab
yang datang bersama title gurunya dalam lingkungan perlaksanaan title musliminnya...
maka engineer yang juga muslimin, mempunyai amanah untuk bereskan kerja&tanggungjawab
yang datang bersama title engineernya dalam lingkungan perlaksanaan title musliminnya...
maka doktor yang juga muslimin, mempunyai amanah untuk bereskan kerja&tanggungjawab
yang datang bersama title doktornya dalam lingkungan perlaksanaan title musliminnya...
begitulah seterusnya...
saya budak baru belajar,
jika ada silap dan salah,
minta diperbetulkan...
semoga ada keberkatan dariNya..
Ins Allah..
wasalam...^_^
:')
Tough times in being pregnant, tough times of working in hospital, tough times of thinking about life ahead, tough times of missing my husband and family, semua tu cair dalam bulatan gembira..
Gembira yang jadi sumber kekuatan.
Kekuatan iman.
Kekuatan mental.
Kekuatan physical.
Alhamdulillah..
Betul, merasa kemanisan berbulatan gembira kadang-kadang tak mesti ketika menghadirinya, bila tak dapat pergi baru tau penangan rindu akan manisnya
Post a Comment