13 October 2011

Syaitan Pakai Gucci

[Kredit]

Tersedak jugalah saya bila melihat frasa 'syaitan pakai gucci' pada kata kunci statistik Nuffnang (anda yang mendaftar dengan Nuffnang pasti faham apa yang saya maksudkan). Saya tak pasti sama ada dia memang jujur sedang mencari belog saya, tapi tersalah faham antara 'angel' dan 'devil' (peluh besar saiz jambo) atau dia memang sedang mencari belog bernama 'Syaitan Pakai Gucci.' Hoh.

Anda yang setia bersama belog ini pasti ingat, di awal-awal dulu, saya pernah menulis beberapa post berkaitan, err, kekecewaan saya dengan jumlah pembaca yang kurang mengujakan. Post yang saya maksudkan termasuklah 'Jika Saya Hendak Tubuhkan Parti Politik Pasti Sudah Kalah Teruk' dan 'Ada Apa Dengan Angka Dua Ratus?'.

Tetapi itu dahulu. Kini masha-Allah, jumlah pengikut belog ini sudah mencapai hampir sembilan ratus orang. Jumlah 'suka' di MukaBuku pula mencecah hampir seribu empat ratus orang. Jumlahnya tidaklah seramai belog-belog hebat yang lain, saya tahu. Tapi saya juga tahu yang jumlah pembaca gelap, eh, pembaca senyap di luar sana tidak kurang ramainya. Jumlah pembaca setiap hari juga meningkat dengan mendadaknya sejak baru-baru ini. Setiap hari, hampir dua ribu klik kemasukan ke dalam belog ini dicatatkan. Sesuatu yang tidak pernah saya impikan setahun yang lalu.

Itu bukan point saya.

Mutakhir ini, begitu banyak cobaan yang datang menimpa-nimpa dalam kerjaya saya menjadi penulis belog separuh masa ini. Cobaan yang bagaimana..? Cobaan berat untuk menjaga hati dan niat. 

Hari ini sahaja dua peristiwa, satu melalui email dan satu lagi melalui sms, menyatakan 'kehebatan' dan kekaguman dengan belog ini. Astaghfirullahal adzim..

Hari Ahad yang lepas, dalam perjalan pulang dari Pavilion menuju ke Kuala Lumpur Nampak-Nampak bersama Cik Adik Perempuan, saya terserempak dengan sahabat lama dari Sekolah Ekonomi London dahulu. Dia sempat memberitahu saya:

"Eh kawan aku puji belog kau.."

Astaghfirullahal adzim..

Itu belum lagi dikira cobaan-cobaan pihak tertentu untuk membongkar identiti Inche gabbana. Belum juga lagi dihitung caci-maki puji-muji (Lebih banyak pujian.. Peluh menitik-nitik), kotak dialog di tepi belog dan dinding-dindingan di MukaBuku yang melambung-lambung pujian mereka terhadap belog ini. Juga belum lagi dihisab cerita-cerita yang saya dengar yang menyatakan ketaksuban peminat kipas susah mati terhadap belog ini di luar sana, bukan setakat di Malaysia malah di seantero dunia.

Astaghfirullahal adzim...

Seorang ukhti Super Saiya (eh ada ke watak Super Saiya perempuan eh..? Hohoho..), Puan Hakak Muharikah pernah menasihatkan saya suatu ketika dahulu, yang berjaga-jagalah dengan ujian kepopularitian ini. Ketika itu saya masih belum lagi terkenal seperti sekarang ini (Tolong jangan muntah ungu. Sumpah tiada niat untuk membangga diri..). Dan sekarang baharulah saya benar-benar merasakan bahang keglamoran dan kepopularitian itu.

Ketika mula-mula aktif menulis dahulu (saya mula menulis pada tahun 2008, tetapi hanya benar-benar aktif setahun yang lalu), saya berani jamin yang niat saya menulis benar-benar kerana minat saya dalam bidang penulisan. Juga kerana bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kefahaman dakwah dari kaca mata kefahaman saya. Tetapi kini... Allahu Allah...

Menangis.

Tipulah kalau saya katakan, saya langsung tidak terkesan dengan puji-mujian yang setinggi Gunung Kilimanjaro itu. Bohonglah sekiranya saya katakan, saya sumpah tidak seronok, rasa syok dengan kepopularitian yang semakin menggemuk ini. Dan dustalah saya katakan, saya tidak rasa hebat dan gah dengan penulisan saya.

Menangis sebak.

Kini, lebih sering daripada tidak, setiap kali saya menulis sesuatu post yang baru, pasti terlintas di dalam hati, "Wah sumpah para pembaca akan teruja dengan penulisan ini!" atau "Wahai pasti komen bertimbun-timbun dengan post ini" tak pon "Walaweh! Memang bergaya la Inche gabbana ni...!" Benar, memang ada post-post yang saya tulis terus dari hati. Benar-benar ikhlas dan tulus. Tetapi dasawarsa ini, lebih banyak yang tidak seratus-peratus halal dan tayyibah!

Pernah juga beberapa kali terlintas di dalam hati, ketika berada di dalam keramaian yang menghimpunkan ikhwah dan akhawat, "Kalaulah mereka orang ini tahu saya ini adalah Inche gabbana itu..."

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah..

Ini pengakuan berani mati, hidup semula dan mati sekali lagi. Tapi perlu untuk saya mengaku dan nyatakan di sini.

Menangis teresak-esak.

Ini adalah antara sebab utama mengapa pernah terlintas beberapa kali di dalam hati untuk saya berhenti menulis. Antara sebab mengapa saya hilang ruh, hilang semangat untuk berkarya. Seperti yang saya nukilkan di dalam 'Ikhwah Dari Sorga.' Kerana saya rasakan itu yang lebih baik untuk saya. Itu yang lebih awla', yang lebih utama untuk saya berhenti sahaja menulis. Bukankah saya perlu menyelamatkan diri saya dari api neraka terlebih dahulu, sebelum mneyelamatkan anda yang lain..? 

Dan itu belum lagi dilihat kepada post-post yang cakap tak serupa bikin..!

Tunduk malu, air mata mengalir laju.

Hakikatnya, saya hanyalah seorang manusia biasa, yang penuh dengan dosa dan noda...

Dah tu, kenapa anda masih menulis Inche gabbana..? Anda bertanya sambil mencekak pinggang saiz tiga puluh empat itu.

Entahlah. Nafsu mungkin? Atau minat..? Atau saya cukup lemah, tidak dapat mengalahkan kepentingan emosi dan diri..? Entahlah.

Tapi saya yang saya pasti, antara sebab mengapa saya terus menulis adalah kerana respon yang luar biasa yang saya terima. Tidak saya sangka-sangkakan, penulisan saya yang gila-gila ini rupa-rupanya, entah bagaimana, menyentuh hati-hati di luar sana. Langsung tidak terlintas di pemikiran saya, penulisan saya yang merosakkan bahasa bangsa ini dapat memberi semangat kepada mereka yang sedang mencari-carinya. Dan lebih mengejutkan saya, ada juga yang menangis, terharu dan tersentuh dengan karya-karya saya yang mengarut dan merapek meraban ini..!

La hawla quwwata illa billah. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah jua. Semuanya itu datangnya dari Allah dan Allah sahaja. 

Kini saya benar-benar kurang pasti sama ada saya wajar terus menulis atau pon tidak. Tidak pasti mana yang lebih utama; sama ada meninggalkan terus perkara yang boleh merosakkan amalan saya, malah mungkin boleh mencampakkan saya ke dalam api neraka (Nau'dzubillahi min dzalik...) atau meneruskan perjuangan ini yang tampaknya bisa menambahkan saham sorga saya secara pukal lagi ekspres rakyat. Eh. 

Pening pening. Adeh...

Cumanya, ada beberapa perkara yang saya amat butuhkan bantuan anda semua, wahai para pembaca budiman sekalian. Penting sekali untuk anda membantu saya ini, dalam memastikan saya terus kuat dan tsabat di atas jalan ini:

  1. Hentikanlah mencari identiti Inche gabbana. Sumpah, tiada faedah apa pon sekiranya anda terus mencari. Anda fikir, mengapalah agaknya saya bersungguh-sungguh mahu merahsiakan identiti saya ini..?
  2. Kepada anda yang melinkkan belog saya di dalam belog, harapannya agar anda tidaklah menggunakan nama saya yang sebenar. Espeseli di kalangan rakan-rakan mahupon  hadek-hadek yang sudah pon mengenali diri ini. Tolong tolong dan tolong...
  3. Berhentilah daripada memuji-muji belog ini mahupon pemiliknya. Konfem anda tak dapat apa. Lebih baik anda memuji Allah sebanyak-banyaknya. Itu lebih berfaedah dan bergaya. 

Ekele, kerek pulak Inche gabbana ni! Getus anda sambil perasaan geram, tak puas hati dan meluat bercampur-baur di dalam diri.


Bantulah saya meniti jalan yang sukar ini... [Kredit]

Terpulanglah kepada anda untuk fikirkan apa-apa sekalipon. Tetapi saya amat berharap anda dapat menolong saya melalui tiga langkah di atas demi menjaga kesihatan, kesejahteraan dan kebergayaan mental dan hati saya ini.

Dalam pada itu, sekiranya saya ditakdirkan untuk terus menulis, adalah menjadi harapan besar saya tahap ikan paus biru goreng tepung, yang belog ini akan terus memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Harapannya agar penulisan saya yang cukup marhaen ini dapatlah sedikit-sebanyak menyentuh hati dan jiwa di luar sana. Dan karya-karya saya yang tidak laku dibuat buku ini dapatlah menambah saham-saham sorga saya yang tampaknya seperti hendak defisit ini.

Allahu a'lam. Hanya Dia dan Dia sahajalah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini. Aku serahkan segala-galaNya padaMu ya Allah...

Izinkan saya untuk terus menjadi 'Angel' dan bukannya 'Syaitan' yang memakai Gucci...


[Kredit]
-gabbana-

Apa yang penting...?? MUJAHADAH...!

50 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 13/10/2011, 16:07  

saya xtahu nak komen ape, 1st time bace blog ni, addicted la jgak sbb bhse yg dgunakan sangat relax lagi santai.ade part yg mengalirkan air mata kerana terkesan dan kerana lawak.sy rase semua bergantung kpd inche g,smada nak teruskan ataupun x.kalau bende ni memudaratkan anda,saya rase anda patut stop.huhu. banyakkan mohon kpda allah spya diberikan petunjuk.^_^

Hisham Mahir 13/10/2011, 16:26  

how can people not love you? haih, they can sense the keikhlasan within you. it's a forever struggle, untuk jaga hati ni, and the greater ujian Allah bagi untuk our heart the greater it can resist ujian in the future, alah macam orang pergi gym la, angkat berat, lagi berat lagi besar muscle naik, lagi kuat dia punya tangan. so my suggestion is, do continue to write, for it might be the extra point yang buat anda ke syurga. (oh, kami pun nak turut ke syurga dengan bergaya juga)

aidil razahli 13/10/2011, 16:33  

inche gabbana,hati manusia ni memang sentiasa berubah-ubah.... mintalah Allah tetapkan hatimu....anggapla ini sebagai ujian daripada Allah dan inche harus menghadapinya..bukankah bidang penulisan ini telah menjadi medan dakwah bagi inche...jangan sia-siakan hati...JIHADlah dengan hatimu...lawan hatimu yg membuahkan ketakburan,keria'kan dan kebanggan,, InsyaAllah...bukankah ini UJIAN?
insyaAllah.. gambatte inche.. jangan mengalah

Anonymous 13/10/2011, 16:41  

inche gabbana!diharap jgn berhenti menulis,rest if u must but never stop,
n plus,ikhlas tuh sndiri adalah rahsia Allah,so...keep on writing!

beribiru 13/10/2011, 16:45  

teruskan perjuangan inche g. kami sokong. xde nak stalk2 lagi dah. kami terima seadanya.hehe.kami doakan. kene lebih kuat!

ni ade link yg sy juga bincangkan ttg masalah inche.tp ini di peringkat saya je.mungkin boleh membantu sedikit.insyaAllah.

http://tomatomerahberibiru.blogspot.com/2011/10/bincang.html

khuza hasan 13/10/2011, 17:19  

satu je nk ckp..TOLONG JGN BERHENTI MENULIS!sekian~
*aman*

Anonymous 13/10/2011, 17:36  

Assalamualaikum.

Jangan gundah gulana.

"InsyaAllah, ada jalannya..."
(Maher Zain)

(^__^)

Anonymous 13/10/2011, 17:51  

assalamualaikum wbt...

tak nak puji inche gabbana...
tak nak puji, tak nak puji...

Subbahanallah..Allahuakbar, segala puji bagi Allah yang mengurniakan hati mujahid kepada inche...

Penulisan yang jujur dan ikhlas
...juga sangat mempengaruhi...

semoga tsabat; istiqamah dalam keikhlasan...
juga harus tsiqah pada diri! ganbattekudasai!

raksasa majin buu 13/10/2011, 18:40  

salam,

saya dah agak dah perkara ini akhirnya akan timbul. sejak dari awal lagi pabila orang memuji dan mula membicarakan tentang blog ini bukan saja di alam maya, malah di kehidupan realiti. saya dah risau sebab saya kipas susah mati belog ni. saya takut penulisan sudah lari niatnya, dan kerana itu dari dulu saya lebih suka inche gabbana merahsiakan identiti.

itu saja

sekian, belog ni taklah best sangat

"Biarlah yang besar itu karyamu, bukan dirimu. Biarlah yang tinggi itu prestasimu, bukan hatimu." salim a fillah

Anonymous 13/10/2011, 20:32  

just to help...blog ni xbest pom..

Anonymous 13/10/2011, 21:23  

inche gabbana..pertamanya sy kenal inche gabbana tp anta x knal ana..tp mmg penulisan anta betul2 jd medan dakwah..insyaAllah smga terjaga hati...

silentdreamer 13/10/2011, 22:56  

insyaAllah, apa jua decisionnya harap baik utk semua pihak :D

Anonymous 13/10/2011, 23:01  

salam,
1 thing yg saya nak cadangkan spy kita tak tertipu oleh angka2 yg melawat ke blog kita ialah buang feedjit.

insya Allah hati lebih terjaga :)

Muizz 13/10/2011, 23:06  

Selamat berjuang kawan. Salam Ukhuwwah. Moga Allah tetapkan hati kita di jalannya, Insyaallah.

Anonymous 13/10/2011, 23:30  

hati yang ikhlas tak akan terkesan dengan pujian mahupun kutukan :)

teruskan nawaitu baik inche:D
kami semua pun nak manfaat penulisan anda juga, kita sama2 mahu jadi keep on writting !

Anonymous 14/10/2011, 00:55  

INCHE gabbana..

'Bila cintamu benar, maka semuanya menjadi mudah.Setiap yang ada diatas tanah adalah TANAH.'

kenapa nak berhnti menulis hanya kerana tanah?

Anonymous 14/10/2011, 03:01  

seriusly, blog ini biasa shj...mcm blog2 dakwah yg lain..
enta tak perlulah rasa terbeban atau takut tergelincir selagi hati masih kerana Allah
tajdid niat selalu...

abbasiyyah,qahirah,elmisr

Anonymous 14/10/2011, 03:32  

i been anonymous to all blog i read coz am juz a shy person in nature..erm

its a big world en.G we duno wuts next so juz stay true to yoself..u got lotsa love frm readers..juz feel the love n keep on writng yo stuff.peace

Abu Khalid 14/10/2011, 07:36  

Rileks

Menulis bukan kerana orang

Berhenti menulis juga bukan kerana orang

Ilah kita jelas

Asim Abdullah 14/10/2011, 07:54  

Bro...gua faham maksud lu bro...

tak pe, gua saport lu bro...gua tak cari id lu bro...gua rileks dengan content bro...

huhu~ tapi bro, gua doakan lu terus kuat untuk jaga 'ikhlas'...

"dakwah with love, bro"...huhu~

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* 14/10/2011, 09:15  

salam.
hmm semalam terbaca post "Daie, kita bukan selebriti" di web kak Muharikah.
moral of her entry: kamu yang punya masa untuk menulis ni, tulislah dan berkongsilah. 'kerana dakwah, menuntut segalanya dari kita'.

masalah ikhlas sampai mati pun takkan habis.
maka bermati-matianlah utk terus ikhlas.
(tapi jangan sampai blog ni mati plak)

wallahua'lam.
sekupang dari saya
-syaimaa'-

Anonymous 14/10/2011, 12:18  

salam. saya pun nk minta maaf sbb sy pernah terjumpa nama sebenar inche gabbana and terus search di fb.kalau betul itula inche gabbana, sy minta maaf sgt2:(

sy tahu sy x patut buat mcm tu and harap inche gabbana dpt maafkan sy yg selalu buat slh & silap ni T__T

sy harap inche gabbana dpt terus mencurah idea dan perkongsian dlm jalan dakwah & tarbiyyah ni memandangkan sy juga baru lagi bertatih and berjinak-jinak dlm jln ni.

semoga Allah memberkati tulisan inche gabbana:)

CheCardio 14/10/2011, 12:25  

semoga Encik G terus sukses dan maju jaya dalam mardhatillah! jaga diri jaga hati. anda pasti selamat. amin~

Lady P 14/10/2011, 12:47  

^^
lek,bro!jgn sentap.
semuanya dari Allah, kite kan tukang taip jer. Apa nak bangga sgt pon?Hehe...

dun worai,walaupon sy dh tertau nama inche, seperti biasa, mari kita berukhuwah d alam maya dengan buat tak tau akan satu sama lain.
Sehabis manis adalah sekeh menyekeh dengan penuh adat kesopanan timur
Hoyeah.
Biarpon hutang sekeh menimbun, ade aku kesah..?miahaha

p/s:dh try nak jadi sopan, tapi once a huha, will always be one
-_-"
Reborn of Inche P

Otromen dhaif 14/10/2011, 15:01  

Moga terus kuat menangkis masalah hati..
bukankah anda nak jadi super saiya peringkat ke sembilan yang bergaya =D
mungkin ini salah satu cubaannya.
Teruskan menulis kerana Allah, pasti hati tidak gundah..

Doa yang berterusan untuk anda.

diva meroyan 14/10/2011, 18:34  

hai en.G
sori la ye komen sy yg busuk ni
sy rasa en.G x ya lah nk poyo berenti menulis takut org tau identiti lah takut riya' la takut jadi setan bagai wuteverrr
eee..tolonglaaa paututnya awk bersyukur sebab followers wutever tu makin byk sy rasa awk ni memang DIVA kot dlm real life..elooo dato ct yg diva no.1 tu pon tak pernah riya' dari dulu humble je dgn public...yg awk ni setakat org baru kenal sikit dah mcm2 apa kes?? nak mamposs??
well sepanjang sy baca blog ni though i duno u in person sy rasa en.G ni seorg yg poyo syok perasan n bit psiko! BERSYUKUR LAH SEBAB TUHAN BUKA HATI AWK NK BERDAKWAH KALAU AWK TERUS HANYUT ENTAH2 DAH JADI SUNDAL.hahaha

Anonymous 14/10/2011, 18:42  

nk share.

1. Takut Riya’ adalah Riya’. Hal ini terkait dengan perkataan Sayyidina Ali :

"Beramal dengan takut riya' adalah suci dari riya’, sedangkan meninggalkan amal kerana takut riya' adalah riya’."

2. nk elak pujian menggunung, disable je komen bg org baca, then 'like' je cukup. atau letak button kool,osem,nympah..yg tick2 tu je..xpyh komen. klau btol2 nk jaga hati lah. sbb komen/soal jwb, dh jd mcm kaunter pertanyaan plak. atau mcm program tanyalah ustaz plak. baik manfaatkn lebih masa utk menulis, bukan mengreply n mengstruggle dgn mslh hati.

sekian.just pndangan yg mungkin akn difire oleh kipas susah mati encik gucci.

enornimous 15/10/2011, 00:57  

Semoga Allah bersamamu dalam tiap bait-bait penulisanmu akhi...

Sadarlah tulisanmu itu sedang menyentuh hati2 yang setia bersama dnt

Be strong and keep the faith going

"hidup kan satu mujahadah :-)"-inche gabbana

Budak ngantuk tgh taip asgmt malang 15/10/2011, 04:10  

Salam bro
Apa kata ubah setting kat fb personal bro
It is the easiest n first place org akan pergi utk cari n stalk org
So, ubah setting fb tu supaya
1) orang x bleh search nama bro, klu search tade profile bernama bro akan dijumpai
2) private everything utk fren je

Rileks2 ah bro. Chill~ Take a rest for a little while and come back. Selalu taip asgmt buat gaya gitu kan? Jgn x balik pulak. Fail subject ni nt.

Just my 2 cents. Keep writing. This is an ujian. Once u pass it, u will become stronger coz
"What doesn't kill u will make u stronger."

Anonymous 15/10/2011, 09:00  

salam IG.

if IG membuat kptusan utk stop menulis blog suatu hari nanti,saya harap IG tak delete blog ini agar saya dapat baca isi yg terkandung dalam blog ini . :)

about merahsiakan identiti IG saya sangatlah stuju 110%..sebabnya lebih selesa untuk kita menulis tulus dr hati kalau orang tak kenal siapa kita kan...

ImfromIndiana 16/10/2011, 20:29  

Salam ukhuwah.

Just nak share one of my murobbi's favorite stories:

Seorang sahabat nak solat sunat tapi dihalang oleh perasaan was-was (dari syaitan) yang kata dia riya'. Banyak kali cuba tapi same thing happen. Dia pun consult nabi and nabi kata buat je. (sebab kalau orang tu berenti buat solat sunat maknanya syaitan dah berjaya buat orang berhenti amalkan solat sunat)

So, sila berinteraksi dengan kisah di atas dengan menggantikan sahabat nabi tersebut dengan enta. Pastu, nabi jawab buat je. *senyum comel gigiless*. Aman.

p/s: Ana selalu gune blog ni untuk buat orang kenal islam. So, boleh jugak enta berniat "aku nak tulis blog ni sebab nak jadi alat untuk orang lain guna untuk lasso orang". (ok ana tahu ini sangat lame. but nak jugak bagitahu sebab nak try gune ubat lame kat hati enta. *wink) Aman.

Anonymous 17/10/2011, 13:08  

da lame x bce blog I.G ni.huhu.

da byk mutiara kata kat atas.

so nak bg dedication lagu:

nyanyi la sendiri eh:

lagu 'u can do it'(mgkin bukan ni name sbnr die.layan..)
ost: cinderella(disney nye version tau)
penyanyi: tikus2 cinderella yg comel

*aman.senyum*

...ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Anonymous 17/10/2011, 22:54  

nice post..hope IG enjoy selalu

Amierah Nabillah 18/10/2011, 08:00  

exactly what i was searching for :')

Anonymous 30/10/2011, 21:23  

woh lama dah xbukak AWG ni.

relax bro.

try tgk saifulislam n keretamayat. cool je. n nak jaga, maybe buang la kot feedjit tu. atau counter kalau ada. sedikit sebanyak membantu iA.

teruskan menulis kerana Allah.

elyse 08/11/2011, 19:50  

best of luck!

Anonymous 06/12/2011, 13:33  

salam en. gaban,

kalau x diuji dari segi ni, akan diuji dari segi lain. stopping doesn't stop us from being tested. nabi pn x stop walaupun madinah dh jd negeri terkuat kt tanah arab masa tu...n bayangkan perasaan menjadi raja yg diataati oleh ramai org. lg payah nk jaga hati ooii..n yes u're not nabi, but the point is there. Allah yusahil.

Anonymous 08/12/2011, 14:09  

ikan paus biru masak tepung??

TERBAIK!!

DAEBAK!!

btw,bleh x klu inche gabbana post something psl kgilaan thdp org korea yg mlnda bdak2 kt mlysia..sgt dasyat owh dorng..smpai tkut I!
haha..

k peace..

bintuhanafi 14/01/2012, 02:20  

astaghfirullah..mohon pelindung dari DIA dari segala riak, takabbur dan semumpama dengannya...

teringat kata2 sorg muwajjih masa daurah...nak buat apa2 terus kena pikir, apa benefitnya utk dakwah?? kalau rase cam ade benefit, sila teruskan...

sentiasa perbaharui niat...

err, niat nk membantu je..konon cam bg advice la..tataw le if membantuke tak...

istighfar~

goku 30/01/2012, 08:32  

salam akhi,nk kongsi pendapat,harap2 boleh bantu insyaAllah..pandangan saya,teruskan tulis blog walau perasaan riak tu dah menggunung mcm gunung everest sekalipun..hehe..bukan nk suruh riyak,tp mcm yg akhi kate,kite manusia,salu sgt kena tipu dgan setan..masa buat bnda baik pon kene tipu,masa buat maksiat apatah lg kan :p ..amek contoh mcm seorang raja yg sgt hensem dan bertaqwa,mesti ramai gadis2 yg menggilai beliau kan kerana kehensemannya dan juga kepempinan beliau yg superb menambahkan lg kehensemannya itu..maka,perasaan bangga diri dan rase ujub dan perasan dan riyak dsb pasti muncul dalam diri raja tersebut..tp adakah patut die bersara jd seorang raja? begitu juga dgn anda,seorang daie super saiya yg ke dua yg pandai mencuit hati pembaca pembaca dlm mengingati Allah am nya n memperkenalkan dakwah "kita" kepada orang ramai,Segala Puji bg Allah lah yg selayak layaknya..akhi,hidup ini adalah ujian semata mata,jika kita dalam dakwah pon Allah uji,x masuk dakwah pon Allah uji..n ujian yg Allah bg pada kita memang apa yg kita mampu tanggung kan?terpulang pada kita pilih tindakan paling sesuai semasa uijian itu :) ..akhir kata,kepada Allahlah sebaik baik tempat kembali

inche stalker 29/03/2012, 18:16  

Assalam Inche Gabbana,

Hmm..sy pun pernah hadapi situasi yg sama..sampai kadang2 tu sy akan privatekan sesuatu entry meskipun sebenarnye sy nk sangat share2 ngan teman2 juz kerana takut wujudnya perasaab riak takbur dan yg sewaktu dgnnya..adoi.. =.='
Susah jgk kan..tp papepun teruskan menulis yer! kalo IG x nak menulis then nt kami nk dpt dr mana lg entry2 yg xberapenksuperb nie. Hehe :P

anasyaheed 29/03/2012, 23:01  

assalam, akhi...

smoga allah memelihara hati2 kita utk sentiasa menjadikan Allah sbg Ilah kita...

mungkin akhi bole melapangkan masa utk berjalan2 di
http://imam-abuhanifah.blogspot.com/2010/12/surah-al-nasr.html

dan mungkin jugak...

http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/07/istighfar-dapat-hilangkan-perasaan.html

dan satu lagi...
http://wordpressaku.com/?p=364

insyaallah...
'sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam' (Al-An'am: 162)

Ummi Rai 25/08/2012, 20:43  

wahai inche banana.Manusia manakah yang tidak pernah diuji?Manusia mana yang kadang2 terasa dirinya tidak ikhlas?Manusia mana yang tak pernah rasa dirinya hebat?.Wahai inche banana ,perlulah anda tahu ini adalah salah satu kesan penulisan anda yang super..err entahlah.tapi yang penting inche banana,yang nak hitung itu Allah.Yang terkesan Alhamdulillah.Inche banana jgn cepat give up.Percayalah ,inche banan tidak perlu berhenti menulis dek ujian ini.Allah sedang uji inche banana kerana Dia sayang.Bukan ke orang yang kena uji tu Allah sayang?.Kata nak jadi super saiya? ;)

Anonymous 25/08/2012, 21:54  

jgn ghisauu, insyaAllah anda menulis dgn ikhlas selagi niatnya betol.
tapi saya yakin tulisan anda di kolum"alma mater" dan pengalaman peribadi(walao perlu diolah) adlh yg paling ikhlas;P
ke guane?haha

mutiara bd 25/08/2012, 22:12  

Kalau ada idea dan kepentingan dakwah, tulis dengan penuh tanggungjawab...

kalau takde idea dan takde kepentingan, toksah tulis.

Lain-lain urusan, serah aja pada Allah.

Selamat berjaya di hadapan Allah.

1412 26/08/2012, 20:37  

*muntah ungu* ehee, guraugurau. can't blame them, eh? humans, running their mouths freely as they please, unless the Khaliq says otherwise. if i am to compliment you, i would say that you are gifted; the very same compliment that i've gave to anyone that has managed to err... impress me. but then again, instead of the former, i would prefer to say 'thank you' to you Inche Gabbana ;) thanks, and that's just it. or maybe some other things along this line, "..i'll remember to mention you in my prayer, insya-Allah." (i am a new lurker of this blog. mwahaha. heard about you from my sister, she asked me what is kamehameha, i jumped into a long explanation from goku to master roshi. then she told me about your blog and APG! in JOM! Have you not used the word, i might never discover APG. ahaha..)
改善、ね~ がんばれましょお!!
ah, and talking about 'being gifted', do you know that 'gift' in German means 'poison' in English?
Assalamualaikum.

Unknown 28/08/2012, 09:47  

Alamak, sory inche, baru perasan post ni. aritu ada ter"slip" nama inche di twitter.

tapi bukan full name pun, so x pe kot eh? hehe.

selamat hari raya~

Anonymous 21/09/2012, 09:20  

huahua kebetulan memang taip devil pakai gucci waktu nak search tadi..tibe2 ade entri pasal ni...ekekekeke

Anonymous 02/03/2013, 08:34  

salam. maaf inche gabbana tapi identiti anda sangatlah tidak sukar untuk dicari dan tidak mengambil masa yang lama untuk diketahui. mungkin sebab terdapat penceritaan mengenai kisah anda di blog ini spt sekolah.(amat mudah diketahui)
ana sudah pun tahu identiti anda. *gelak jahat*
Tapi bagi ana, kite kene pegang dengan perkataan yang ingin disampaikan bukan lihat pada orangnya. Tapi kalau orangnya ohsem dan bergaya seperti blognya lagi molek, bukan? bersama mujahadah. InsyaAllah

Anonymous 11/01/2015, 15:10  

you can take a rest, but I hope you not stop doing this daawah.daawah perlukan mujahadah:) keep it up ..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP