22 November 2010

Jika Saya Hendak Tubuhkan Parti Politik Pasti Sudah Kalah Teruk

Sudah hampir 3 tahun saya mula menulis di dalam belog ini. Saya rasa, jika hendak dikomperkan dengan penulis belog yang lain, saya bolehlah dikatakan sebagai 'agak' senior dalam industri belog-membelog ini. Wahahaha.. Perah santan.

Saya menulis secara kasual sahaja. Bila ada masa percuma (Baca: Free time), barulah saya menulis. Cuma baru-baru ini saya agak aktif menulis. Hampir setiap hari pasti ada post yang baharu. Kadang-kadang tu sampaikan 2-3 post dalam masa satu hari. Dan ada sahaja idea untuk menulis. Datang mencurah-curah! Wah! Gaya penulisan juga agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan zaman sebelum aktif sewaktu ketika dahulu.

Cuma, jika anda perasan, jumlah pengikut setia berani mati belog ini tidaklah seramai belog-belog yang lain. Malah jauh ketinggalan di belakang sebenarnya. Belum pon mencecah angka seratus. Jumlah komen bagi setiap post pon tidak banyak. Jarang sekali lebih dua puluh komen. Dan baru-baru ini saya juga meletakkan butang 'suka' (Baca: Like) Mukabuku di bahagian tepi kanan belog ini. Dan sehingga kini, baru dua puluh empat manusia yang menyukai belog ini. ^^"

Saya tahu. Menyedihkan.

Sudah banyak belog yang saya lawati mempunyai pengikut setia beratus-ratus ramainya. Yang beribu pon not bad jumlahnya. Saya juga kenal beberapa belog yang baru sahaja setahun nangka di dalam industri ini, tetapi sudah pon mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Tahniah!

Baiklah, anda bertanya, adakah Inche gabbana menulis demi populariti? Bukan, Inche gabbana tidak memerlukan semua itu kerana Inche gabbana sudah pun tersangat popular. Wahahaha.. Eh bukan. Sila rewind semula.

Adakah Inche gabbana menulis demi populariti? Tidak, Inche gabbana menulis atas minatnya menulis. Inche gabbana suka bercerita, suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada pada dirinya (Eh macam jadi jurucakap untuk orang lain pula. Ok tukar kepada mode 'saya pula. 1,2,3.. Sekarang!). Dan saya rasa saya boleh menyampaikan mesej dengan lebih baik melalui penulisan.

Tetapi tipulah jika anda (sebagai salah seorang penulis belog) mengatakan yang anda langsung tidak kisah pada jumlah pengikut belog anda. Atau berapa ramai yang mengomel pada post anda. Cukup cukup, sila jagan jadi pembohong.

Walau apa sekali pun niat anda ketika anda mula-mula menulis, pasti sekarang ini anda akan berasa teruja setiap kali angka pengikut anda naik. Betul tak? Pasti anda berasa gembira apabila ada manusia yang mengomen pada post anda. Sentiasa menanti-nanti komen yang baru. Betul tak? Dan pastinya anda lebih gembira apabila mengetahui anda mempunyai pengkalan peminat (Baca: Fan Base) yang boleh tahan besarnya di luar sana. 

Bukankah begitu? Saya berani kerat jari sekarang juga jika anda langsung tidak bersetuju untuk ketiga-tiga perkara di atas. 

Untuk saya sendiri, ya saya mengaku, memang saya gembira apabila ada komen yang baharu pada post saya. Dan kadang-kadang berasa sedikit down apabila post yang ditulis panjang-panjang dan penat-penat, namun komen yang diberikan hanya secoet. Saya berasa teruja apabila ada orang yang sudi menjadi pengikut belog ini. Gembira apabila ada manusia yang menekan butang 'suka' di belog ini. Lebih gembira apabila ada manusia yang mahu berkongsi dan menyebarkan post saya.

Tetapi kegembiraan saya berasas. Saya rasalah. Seperti yang saya katakan tadi, saya amat suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya yang tidaklah sebanyak mana. Maka saya berasa gembira dan seronok apabila ada manusia lain yang mahu menerima perkongsian ini. Saya berasa teruja dan dihargai apabila ada manusia lain yang memberikan respon, tidak kiralah positif atau negatif, pada perkongsian saya yang tidak seberapa ini. Bak kata pepatah moden, "Apabila kita memberi, kita sebenarnya lebih banyak menerima!" Sungguh benar pepatah moden itu!

Menulis untuk berkongsi! ;) [Kredit Gambar]

Dan yang lebih utama, saya berasa amat gembira apabila ada manusia yang rasa bermanfaat dengan perkongsian saya, lantas mengamalkan dan menyebarkan apa-apa kebaikan yang mereka dapat di sini. Mungkin tak banyak, tapi sikit pon apa salahnya? Ini merupakan salah satu pelaburan saya di dalam Amanah Saham Syurga. Siapa tahu pelaburan ini bakal memberikan pulangan yang lumayan sekali di akhirat nanti? Yeayyy!

Namun saya sedar di mana saya berdiri. Apabila dikomperkan belog saya yang dhaif ini dengan belog-belog lain yang hangat di pasaran, saya menyedari banyak kekurangan pada belog ini. Antaranya, belog ini kurang sentuhan peribadi (Baca: Personal touch) antara Inche gabbana dan para pembaca. Identiti Inche gabbana yang terus dirahsiakan menyebabkan pembaca tertanya-tanya siapakah empunya diri dan mereka kurang merasakan komunikasi dua hala dengan penulis. Eh betulkah begitu? Wahahaha.

Saya rasa agak betul juga, kerana jika diperhatikan belog-belog tahap Super Saiya yang ada, hampir seratus peratus daripada mereka tidak menggunakan nama pena atau identiti rahsia. Dalam hal ini, saya sudah pun menjelaskannya di dalam post 'Angel Wears Gucci.' Dan cukuplah saya katakan saya amat selesa menulis sebagai Inche gabbana dan tidak bercadang untuk menukar polisi negara ini dalam masa yang terdekat. Sekiranya itu adalah faktor utama mengapa belog ini tidak menarik dan tertarik, saya rela. Ewah.

Kemudian mungkin post-post yang ditulis kurang sensasi dan tidak menarik perhatian untuk dibaca. Saya pernah membaca di sebuah belog ini, yang menyarankan agar tajuk post hendaklah kontroversi dan sensasi untuk menarik minat orang membacanya. Bagi saya, yang lebih utama adalah konten post itu sendiri. Kalau tajuk meletop-letop pom pom pom tetapi kontennya tahap lipas, bagi saya itu adalah satu pengkhianatan. Anda telah mengkhianati pembaca potensi yang tertarik dengan tajuk post anda. Pernah juga saya terbaca post yang kontennya langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk postnya itu. Bau-bau bacang pon minta maaf tiada. Hampagas.
 
Saya sendiri, saya tidak akan mengikuti sesuatu belog itu kalau saya rasakan belog itu tidak mampu menawarkan apa-apa nilai yang bagus dan bermanfaat untuk diri saya. Maaf tapi itu prinsip saya. Sebab itu saya cukup tidak gemar kepada tawaran 'Ikut belog saya dan saya akan ikut belog anda.' Wah! Itu dah macam rasyuah dah tu! Saya hanya akan menjadi peminat anda sekiranya saya rasakan dan yakin anda berhak diminati. Hihihi.. 

Jangan risau! Saya tidak akan menjadi sefreaky ini apabila anda follow blog saya! Wahahaha.. [Kredit Gambar]
Apa pendapat anda wahai para pembaca yang budiman? Bagaimanakah saya boleh menjadikan belog ini lebih menarik dan bermanfaat untuk anda semua? Anda semua adalah 'pelanggan' saya dan pelanggan itu selalunya betul. Wahahaha.. Yalah, saya menulis untuk anda yang baca. Takkan saya tulis untuk diri sendiri bukan? Gila. Kalau nak tulis untuk diri sendiri baik saya tulis diari sahaja. Wahahaha.. ^^"

Saya rasalah, selama ni saya syok sendiri sahaja. Selalu rasakan post yang saya tulis tu menarik, dan pastinya anda akan tertarik. Ceh. Atau mungkin kerana post yang saya tulis selalunya panjang? Atau susun atur dan presentation belog ini tidak menarik pada pandangan anda mungkin? Atau kombinasi warna yang bosan? Atau belog ini tiada nilai tambahan (Baca: Added Value) pada anda? Atau anda tidak mendapat faedah dalam bentuk apa-apa sekali pon apabila membaca belog ini?

Bagaimana ya? Saya memerlukan pendapat dan pandangan anda yang jujur, ikhlas dan yang lebih penting, membina dan bergaya! Wahahaha.. ;)

Terima kasih in advanced!

-gabbana-

Menantikan siapakah yang cukup bertuah (Malang?) untuk menjadi pengikut setia berani mati yang ke-seratus.

29 Caci Maki Puji Muji:

N 22/11/2010, 14:56  

saya ingatkan inche gabbana tak kisah dgn jumlah follower blog ni hehe...

mmg kalau nak naikkan rating pembaca, tajuk kena sensasi gila mcm akhbar2 tabloid kat luar tu.

yang penting, niat menulis tu kan? ye, dak?

jgn sedih2 sgt. mungkin kalau nak populariti dgn lebih cpt, terpaksalah bergabung dgn dR. Rozmey :P

Anonymous 22/11/2010, 15:13  

salam...inche gabbana...walaupun anda rase cam followers anda x ramai..tapi sebenarnye ade je peminat kipas-susah-mati anda yang shy2 cat (baca: malu2 kucing)..mane tau banyak je sebenarnye..mungkin diorg ni low profile..x mo komen banyak2..
anda juga mgkin boleh menaik taraf background kaler..buat ceria2 sket..tapi series cakap kisah musab itu tetap menjadi igauan sehingga kini dan dipromote kpd rakan2 lain..erk..panjang pulang..haha..dah macm tulis mini blog!!
okies..all d best in ur writing..
'never give up..never surrender!!'
p's: mungkin klau anda mendedahkan identiti anda..maka belog anda memang meletup letop mengalahkan goreng pisang panas dikala hari hujan..wahaha

Inche gabbana 22/11/2010, 16:05  

N: Haha.. Kalau ikutkan memang tak kisah sgt pon. Tapi mcm pelik kenapa belog org lainboleh dapat beribu-ribu lemon pengikut. Apa rahsia mereka?

Setuju setuju. Memang niat tu sgt2 lah penting. Tak guna gak kalau tulis belog popular pom pom pom, tapi niatnya memang untuk mencari glamor!

tak sedih pon N. Malah saya sgt gembira dan bersyukur sebab saya ada pembaca macam anda! ^^ Terima kasih N!

Inche gabbana 22/11/2010, 16:08  

anonymous: wah, saya sgt terharu membaca komen anda... *sob s0b* pembaca seperti andalah yang membuatkan saya bertambah bersemangat dan teruja untuk menulis! Terima kasih byk2 inche/puan anonymous! ^^

p/s: saya pon rasa begitu. tapi nanti org jual goreng pisang takde bisnis pulak! Wahahaha.. Ok tak lawak.

IMANSHAH 22/11/2010, 19:05  

Kalau tajuk meletop-letop pom pom pom tetapi kontennya tahap lipas, bagi saya itu adalah satu pengkhianatan.

Ini yang paling menarik..haha macam terkena batang hidung je..

Jangan risau, anda ada khalayak yang tersendiri yang akan membaca blog ini. Saya tak tahu apa yang kurang pada blog ini. Banyak yang menariknya Gabbana. Satu lagi pernah singgah di Hilal Ashraf (antara my feveret belog dik)..penulisannya ringkas, tapi mak ai kesanya sangat besar..Pada saya lah kan.

One thing.. rasanya tak salah mendedahkan diri..ke apa pandangan en Gabbana??

Anonymous 22/11/2010, 20:05  

ke hadapan incik gabbana,

saya sangat suka membaca belog anda ini..santai, kasual tapi mampu memberi kesan yg mendalam...cuma saya neyh termasuk dalam golongan makhluk2 yg shy2 cat miaow2 yg malas nak memunculkan diri setelah selesai membaca belog incik gabbana..bukan aper, takut nnt curi limelight katanyer...(steal the limelight bak kater omputeh)

teruskan menulis dan berkarya...

ikhlas,

incik abibas

Anonymous 22/11/2010, 21:03  

saya lebih suka jika inche gabbana merahsiakan identiti supaya pembaca takde tendency utk menjadi judgemental dgn menilai penulisan melalui penulisnye
oh... ayatku begitu tunggang langgang sekali!

fikri Liverpool 23/11/2010, 06:15  

salam akhi..ana salah seorang follower yg setia blog 'APG' nie *blushing*
dalam byk2 post ana paling suka baca kisah mus'ab tu..siap bg mase usrah kat mad'u...dlm citer tu byk sifat2 mus'ab yg bole mad'u-mad'u nie amek iktibar...bagi ana lah kan,ana suke kalu akhi boleh ceritakan kisah2 sahabat dan jln ceritanya mcm dlm cerita mus'ab tu...gaya penulisan yg menarik dan tak jemu2 baca...setiap kali usrah pasti ana akan recommend pada anak2 usrah tentang kewujudan 'APG' nie... huhu...sekian itu saja yg ana nak bgtaw...salam ;)

Inche gabbana 23/11/2010, 08:08  

cikgu: hehe.. jgn risau cikgu, sepjg yg saya baca belog cikgu, sume2 mantap je post cikgu! ;)

oohh... mekaseh cikgu. mcm sgt terharu. (Minta tisu sekotak boleh..? ;p)

Uhmm.. tula, tgh fikir2kan jugak. but for now, iAllah saya rasa dgn terus menulis menggunakan pena gabbana adalah yg terbaik. ;) doakan saya!

Inche gabbana 23/11/2010, 08:09  

inche abibas: anda ada pertalian sdara mara dgn pembuat rempah alagapas ke..? hihihi.

ooohhh... takpe, saya tahu mmg ada golongan seperti anda, dan saya sgt menghargainya. terima kasih kerana menguatkan diri untuk memberi juga komen! ^^

teruskan membaca yea..?

Inche gabbana 23/11/2010, 08:11  

inche anonymous: wah, saya suka anda..! ;) hehe..

bese la tu tunggang tebalik. hidup mesti sempoi, kasual dan santai. yg paling penting, bergaya..! wahaha.. ;)

Inche gabbana 23/11/2010, 08:12  

fikri: *gulp* woah ni beban besar ni, kalau bahan dalam belog ni dah dijadikan bahan usrah! huhu..

pape pon, jzkk akhi! mekaseh kerana tolong menambahkan pelaburan saya dalam amanah saham sorga! doakan agar saya terus menulis demi Allah dan islam! ^^

yann 23/11/2010, 09:00  

Salam inche gabbana... saya adalah antara orang baru kat sini, sebab saya baru jumpe blog anda ini, tapi tak bleh nak follow la saya pn xtau kenape. xpe2 saya akan cuba lagi. Saya cuma nak gtau yg saya tersangkut ngan blog anda pada kali pertama saya membaca (mungkin cinta 'baca' pertama? huhu). Saya rasa boley jugak kalo nak tukar kaler jd ceria sikit, tapi itu tak penting; yang penting kandungan blog dan cara anda menulis. Saya x tau la kenape pengikut x ramai sgt, tp pada saya blog anda ini gempak wa cakap lu! hehe ok la byk plak membebel tp diharapkan jumlah pengikut x mematahkan semangat inche utk terus menulis sbb kami yg ade ini akan terus membaca :)
Sekian terime kasih.

Anonymous 23/11/2010, 09:43  

salam incek gabbana, saya mulai follow belog incek sejak baca post 'akhi' yang begitu menyentuh perasaan dan mengingatkan saya tentang persahabatan saya dengan seorang sahabat yang berada jauh dimata dekat di hati.

ada juga post beri inspirasi.

apa pun, teruskan tulis dengan sempoi dan santai tapi beri 'sesuatu'! insyaALLAH saya akan share dengan orang ramai belog ini.

saya lagi suka incek rahsiakan identiti.

p/s: ingatkan incek tak kisah pun bilangan follower

Inche gabbana 23/11/2010, 14:35  

yann: *blushing* anda membuatkan saya terbang di angkasa.. wahahaha.. ok cukup cukup.

macam mana nak patah semanagt kalau dah baca komen2 yg membara dan meletop-letop camni...?? ;D

Inche gabbana 23/11/2010, 14:37  

anonymous: terima kasih. tiada apa yg lebih menggembirakan saya daripada mengetahui yang tulisan saya memberi manfaat kepada anda yg membacanya. ;)

p/s: haih.. saya tak tahu nak cakap mcm mana. saya hanya manusia biasa yg hina dan sungguh byk kelemahan.. T__T

Anonymous 23/11/2010, 15:12  

utk en gabbana...sudah terang lagi bersuluh-reasons yg en bagi dah menerangkan segalanya.musykilah sudah berjawab...tp,if en masih mahu berterusan seperti ini... nampaknya banyak ni sajalah follower en gabbana.
but, i'm sure mmg byk sgt kat atas muka bumi Allah yang Maha Luas ni yang senantiasa membuka n membaca blog en ni.sabarlah dan teruskan menulis :) sepotong peribahasa utk en gabbana - 'naik membilang tangga,turun selangkah jejaklah bumi' bila dah famaous nnt,jgn pula meninggi diri...adios!

Inche gabbana 23/11/2010, 15:55  

koyak... TTT___TTT *air mata bercucuran laju tak terhenti-henti*

mekasih anonymous. saya akan igt sampai bebila..

TT__TT *sambung air mata bercucuran laju*

mr.helianthus 06/12/2010, 18:48  

salam wrt

pertama2 tahu blog ni adalah melalui kawan..time tuh kami belajar di seberang laut,di negara yg agak sejuk,tp jarang snow, lately bila sy dah blik barulah dia nak snow lelebat..huhu.
bila kwn tunjuk blog ni, xdelah bother sgt nak baca (nnt jap,jgn sedih dulu) sbb nmpak penulisan sempoi sgt(jgn nangis lg)..almaklumlah,nak yg ada pengisian je..sempoi2 byk2 melawak ni xnak, tak thiqah katanye..heheh..itu apa yg berlaku 2 tahun yg lepas.
selepas 2 tahun, tetiba hati tergerak nak jengah blog ni,mana tahu dah ada perubahan...surprisingly,tahniah...anda masih mengekalkan lawak yg kadang2 sy ketawa even xpham bahasa lawak yg digunakan...TP kali ini ia didatangkan dgn pengisian yg cukup bagus...selingan pengisian utk setiap post boleh dikatakan short and sweet...(maaf jika terlalu memuji, sbb pujian itu amat merbahaya sbnarnya)
ttg identiti en,gabbana...to me biarlah rahsia..lg susah org nak kenal kte, lg senang kte nak express the idea tanpa rs segan silu malu xbertempat..
baiklah itu aje..maap comment agak berjela-jela..
ganbatte kudasai!

Inche gabbana 08/12/2010, 09:01  

helainthus: Errr... *speechless* jzkk! moga belog ini akan terus memberi manfaat kepada anda dan sesiapa sahaja yg membacanya..! biidznillah.. ;)

sweet n sour 12/03/2011, 05:08  

bg sye,sye ske entry2 post inche gabbana..sempoi tp ksnnye mendalam.rase t'tampar2..huhu teruskan usaha anda:)

Inche gabbana 13/03/2011, 00:43  

terima kasih manis dan masam. semoga allah tros memberi manfaat kepada anda dan sesiapa shj yg membaca belog ini, IAllah. ;)

Abe Am 02/08/2011, 23:56  

sekarang official follower dah ratus2, tak kira yg follow manually cam saye ag.. ahakz

Inspector Saahab 17/11/2011, 10:26  

ala inche gabbana : kalau follower rmai tp yang membaca 1 per 88 je buat ape jugak

yg penting ikhlas menulis, nk sebar kebaikan :)

tp harus stuju yg excited bila follower ramai dan komen melimpah ruah. HEW EHW

KID 06/12/2011, 20:27  

haha.aku nak komen pon terpaksa roll mouse jauh k bwah,,
papepun blog yg bgus,bru jumpe hri ni,rase ade smangt(hamasah) dalam ke'cool'an yg dtunjukkn! Bez2!!

Ummu A'liya 20/10/2012, 08:30  

Baru baca artikel ni... kebanyakan blog yg popular tu penulisnya dikenali. Blog ni anonymous... tapi sgtlah popular dan berkesan utk mereka yg mengikuti D & T dan berjiwa muda-muda. Even bagi pakcik makcik pun terhibur jugak. Teruskan menulis... insyaAllah saham akhirat ni akan mengalir berkekalan. Amin.

tudubgterbang 02/01/2013, 16:14  

inche gabbana..belog anda sudah sememangnya menarik, tertarik dan da boom..sekian~

memang tersangatlah suka dengan gaya penulisan anda..sekian~

dan minta ijin untuk meniru gaya penulisan anda..sekian~

mabruk! sy antara peminat setia berani mati belog anda.....

Anonymous 24/07/2014, 16:22  

baru jumpe belog ni..
kalu tau dr dulu da jadi peminat setia berani mati belog anda.....

teruskan menulis! thumbs up!
- SAM

Anonymous 06/12/2016, 11:30  

Salam,

2016 follower anda dah 8k..tahniah..
sy br tau blog inche melalui tarbiah sentap 2016. alhamdullillah..inche byk membantu menghidupkan hati saye.subhanallah, alhamdullillah..
tp syg ckit la y post in english kurangberkesan dihati saye sb xberape pandai english.
Pe2 pun tahniah dan terime kasih..tolong update mgenai isi2 bulatan gumbira sb sy xde link setakat nie untuk join mane2 bulatan.huhu.
Terima kasih lagi..arap gak inche dpt tolong bg care bgmana nk hidupkan hati2 org y dekat dengan kite..sgt susah..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP