Riadhah Otak Di Malam Ahad #8
Jalan perjuangan ini panjang. Sumpah panjang.
Tapi kita tetap perlu berlari, tanpa henti dan tanpa mengenal erti berputus-asa.
Kerana jalan ini panjang, maka kita perlu berlari. Berlari lebih baik daripada berjalan. Dan jika kita memilih untuk berjalan perlahan, kita pasti akan ditinggalkan. Jauh.
Dalam kita berlari, pasti ada dugaan dan cabaran yang menanti. Dugaan, mehnah dan cobaan yang sangat dekat dengan kita. Yang membuatkan kita tergugat. Yang menyebabkan nafas kita menjadi lebih pendek daripada biasa. Yang mengakibatkan kita menjadi lelah lebih cepat, walhal kita masih mampu untuk meneruskan larian kita.
Kadang-kadang ada panda bulat gebu-gebu yang sedang memakan pucuk buluh dengan penuh comel sekali geram-geram. Malangnya kalau kita berhenti semata-mata mahu mencubit pipinya. Kadang-kadang kasut kita mungkin haus dek larian tanpa henti yang kita lakukan. Malangnya kalau kita hentikan larian semata-mata mahu menukar kasut cap Harimau Onitsuka yang baru. Dan kadang-kadang paru-paru atau ginjal kita berasa sakit, pedih dek tidak cukup oksigen. Alangkah malangnya kita berhenti semata-mata mahu berehat sebentar, menghilangkan kesakitan di badan. Alangkah...!
Kadang-kadang ada panda bulat gebu-gebu yang sedang memakan pucuk buluh dengan penuh comel sekali geram-geram. Malangnya kalau kita berhenti semata-mata mahu mencubit pipinya. Kadang-kadang kasut kita mungkin haus dek larian tanpa henti yang kita lakukan. Malangnya kalau kita hentikan larian semata-mata mahu menukar kasut cap Harimau Onitsuka yang baru. Dan kadang-kadang paru-paru atau ginjal kita berasa sakit, pedih dek tidak cukup oksigen. Alangkah malangnya kita berhenti semata-mata mahu berehat sebentar, menghilangkan kesakitan di badan. Alangkah...!
Bertahanlah. Dan teruskan larian. Berlarilah. Dan teruskan perjuangan sehingga ke garisan penamat.
Kerana nikmat apabila berjaya melintasi garisan penamat itu sungguh hoyeeeaaahhh. Sumpah.
Percayalah. Anda tidak jauh lagi dari garisan penamat. Sedikit lagi... Sedikit lagi.. Sedikit sahaja lagi...!
Berlarilah..! Berlarilah..! Teruskan berlari....!
Jumpa anda di garisan penamat nanti...!
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung."
[at-Taubah, 9:111]
-gabbana-
Kredit video untuk.. err.. Obviyes kot..? Hoh.
8 Caci Maki Puji Muji:
selamat bermarathon la ye en gabbana ^_^
haruskah mereka berlari?
tiada ruangkah untuk mereka bertatih apabila penat?
mereka hanya manusia biasa
dgn iman yg yazid wa yanqus
:)
sangat mendalam :)
enonimus: tu laa. saya pon ada terfikir jugak.
but at the end, saya came up with a conclusion; mmg tak boleh berhenti berlari.
sbb takut sgt kalau berhenti dah tak akan lari-lari dah.. =(
plus, boleh berehat sambil berlari kan..? plus, ada org kat tepi2 yg hulurkan air tu sume. kira orait ah tu.. ;)
hihihi.. jom kita sama2 lari jom!
mamat dlm vid tu obviyelsy bukan atlet marathon..hes fat haha
p/s:jln dakwah ni pun mcm bersukan..nak dpt kemenangan hakiki we must be strong.
enonimus: Memang terkadang rasa lelah asik berlari, lalu bertatih sebentar. Tapi soalan yg saya selalu tanya diri sendiri, layak ke utk kita rasa penat? Utk saya, belum lagi..
mabruk pada yang dapat berlari tanpa henti... kalau sy, kdg2 perlu berhenti kejap, bukan untuk curi tulang dan swktu dengannya, tapi ntk kdg2 kte semak balik, betul ke tidak ap y kita lakukan.. ad tak salah atau silap di mana-mana... takut leka berlari, rupanya tak jmpa 'garisan penamat' sbb tersilap pilih jalan..
Post a Comment