4 October 2011

Pesanan Bergaya Buat Ikhwah

Ikhwah kena macho dan radikal. Heh.

Saya menerima sepucuk email dari Puan A, yang meminta nasihat saya berkaitan isu ikhtilat (interaksi antara lelaki dan perempuan). Berikut merupakan emailnya (saya kopipes segi empat segi empat):

***

salam'alaik,
akh,
ana nk tanye, mcm mane carenye, kte nk tegur ikhwah yg suke tgk akhawat especially mase blajar.
kdg2 smpai ade akhawat ni naik rimas dgn ikhwah2 yg mcm nihh.
sgt perlu kpd jwpn, & tlg bls di email ni gak.
terima kasih banyakbanyak.

***

Tergaru-garu juga kepala saya yang bebas ketombe ini apabila membacanya. Dalam keadaan separuh sedar (mengantuk tahap penguin raja di opis) dan tidak mahu menghampakan Puan A, arakian saya menjawab dengan jawapan yang berikut:

***

Salaam a'laikum warah matullah,

Menemui ukht [A] yang dihormati fillah,

Huhu. Saya nak tanya something boleh..? Kalau lelaki lain yg pandang, akan marah yg serupa ke tak..? Ke perasaan tu hanya untuk ikhwah...?

Mungkin anda (dan rakan2 anda) merasakan ikhwah kenalah lagi menjaga pandangan, betul kan..? Saya setuju dengan pendapat itu.

TAPI hakikatnya, ikhwah juga adalah seorang LELAKI. Dan lelaki ada nafsu. (Ni saya jujur berabes dah ni!)

Dan nafsu lelaki amatlah berbeza dgn nafsu perempuan. Dengan hanya melihat, lelaki dah boleh memuaskan nafsunya (more or less). Sbb tu industri porno lebih rancak dan meriah untuk golongan lelaki.

Kena tgk gak ikhwah tu dah berapa lama ditarbiyyah. Kiranya, tak boleh lah nak expect kelakuan/akhlak diorang ni  seolah-olah diorang ni dah lama atas jalan dakwah ni.

My underlying point is, kena bykkan bersabar dan husnudzan. Dan doakan agar Allah berikan mereka kesedaran. Yakinlah dengan kuasa doa; bukankah doa itu senjata bagi orang mukmin..?

'Ala kullihal, demi menjawab pertanyaan anda mcm mana nak tegur... Err..

Mungkin boleh cakap mcm ni:

"Lelaki yang soleh hanya untuk perempuan yang solehah. Dan sebaliknya, perempuan yang solehah tu, Allah simpan dan reserve untuk lelaki soleh yang benar-benar berhak sahaja. Kalau anda (ikhwah tersebut) betul-betul jaga hati dan pandangan anda sekarang ni, lagi best dan tinggi nilainya bila anda kahwin nanti. Itu janji Allah.

Jangan mengimpikan wanita seperti Fatimah kalau anda tidak berakhlak seperti 'Ali.."

Hohoh.. Boleh ke..? harap menjawab.

Allahu a'lam, He and only Himself knows best.

Jazakumullahu khairan katheera.

Wassalamu a'laikum.
 


***

Dan saya terus menerima jawapan balas dari Puan A pada hari yang sama:

***

salam'alaik,
syukran 'ala kulli hal atas jawapan, maybe boleh cube diaplikasikan. tapi seriously, agak susah kott nk husnudzan.
based on soalan anda, sy cume rase agak-sedikit terkilan la kalo ikhwah/mereka yg skolah agama buat camtu. lagi2 kalo dlm kelas, buatnye tgk student perempuan lagi byk dari tgk cikgu. cumenye, em, sedikit gerun la kot nk tegur dy macam tu, tapi takpe, mungkin sy kot yg perlu lebih menjage pandangan.
terima kasih atas pandangan.

***

Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang tepat lagi layak untuk membicarakan isu ikhtilat. Pandang kiri, pandang kanan. Tarik nafas dalam-dalam. Tetapi sebagai orang yang masih bertatih dalam jalan dakwah ini, saya amat faham isu ikhtilat ini adalah isu yang agak kritikal dan penting untuk dibincangkan buat ikhwah. Sayugia izinkan saya untuk berkongsi sedikit-sebanyak pandangan saya tentang isu ini.

Bayangkan, seorang anak muda yang dahulunya bebas bergaul dengan rakan-rakan perempuannya, ada gelpren mungkin, membuat aktiviti berkumpulan bersama perempuan, bertepuk-pelempang bersama mereka... Tiba-tiba setelah mendapat sentuhan tarbiyyah, mereka diberitahu yang hubungan bebas antara lelaki dan perempuan itu haram. Berkapel itu jahiliyyah. Lelaki yang beriman mesti sentiasa menundukkan pandangannya. Mesti menjauhi zina. Bla bla bla..

Bukan mudah untuk anak muda tadi menyerap segala tok nenek nasihat, saranan dan larangan. Hatta dia tampak bersemangat lagak Son Goku yang baru menelan kacang ajaib setelah disentuh tarbiyyah, untuk kita meletakkan pengharapan tinggi yang dia akan lantas dan pantas meninggalkan jahililiyyahnya adalah, pada pendapat saya, kurang adil. Espeseli jahiliyyah yang berkaitan dengan perempuan. Mengapa..?

Kerana Allah berfirman di dalam al-Quran:

"Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik"
[ali-Imran, 3:14]

Perhatikan, Allah menyebut perkataan 'perempuan' terlebih dahulu, sebelum perkara-perkara yang lain. Jelas perempuan merupakan 'fitnah' yang cukup besar dan kuat buat seorang insan bernama lelaki. 

Apatah lagi kalau si lelaki itu sebelum disentuh tarbiyyah sudah terlalu amat biasa dengan suasana yang dikelilingi oleh makhluk berlawanan jantina. Apatah lagi kita dibesarkan dalam dunia di mana hubungan atau interaksi antara lelaki dan perempuan itu dilihat normal dan tiada salahnya. Baik sistem pendidikan, sistem kekeluargaan mahupun struktur sosial secara amnya, semuanya berfahaman sama-rata; yang membezakan lelaki dan perempuan hanyalah jantinanya sahaja.

Oh adinda, kekanda jatuh chenta pada adinda. Sudikah adinda menjadi bibik dirumah kekanda...? Errr.. [Kredit]

Dan jangan dikata mereka yang baru disentuh tarbiyyah, mereka yang telah lama di jalan dakwah dan tarbiyyah ini juga kadangkala boleh tewas dan jatuh tersungkur dengan ujian perempuan ini.

Seorang ustaz pernah berkata:

"Ana tak akan respek antum di atas jalan dakwah ni selagi antum tak lalui dua ujian; ujian kerjaya dan ujian perkahwinan."

Ramai ikhwah yang telah tewas dengan ujian kerjaya. Tetapi lebih ramai yang tewas dengan ujian yang kedua itu. Astaghfirullah...

Apa-apa pon, ikhwah tetap seorang LELAKI. Dan akhawat tetap seorang PEREMPUAN. Amat penting untuk kedua-dua belah pihak memahami hakikat ini. Secara fisiologi dan fitrahnya, lelaki akan tetap menjadi seorang lelaki dan memiliki ciri-ciri sebagai seorang lelaki. Maka meminati akhawat itu jauh lebih baik daripada ikhwah meminati ikhwah sesama sendiri. Matilaaaa terbalik bumi. Eh.

TETAPI, ini tidak bermakna saya menghalalkan atau redha dengan situasi yang disebut oleh Puan A di atas. Tidak sama sekali.

Kerana itu saya adalah seorang yang amat tegar dengan tarbiyyah yang berterusan. Kerana saya yakin, akhlak yang osem, keperibadian yang bergaya dan perilaku yang kool akan terbit dengan sendirinya daripada kefahaman yang mantap dalam dakwah dan tarbiyyah ini. Seorang raksasa gorgon pon boleh bertukar menjadi otromen Taro dengan tarbiyyah yang mantap lagi berterusan. Percayalah.  

Biar lambat asal selamat. Sikit-sikit lama-lama jadi Super Saiya..! Hoyeeaahhh!

Ok, sekarang pesanan khas buat ikhwah pula. Akhawat bolehlah menekan ikon 'X' di bahagian atas sebelah kanan sekali. Hehehe..

Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah orang yang paling layak untuk memberi nasihat ini. Arakian nasihat-nasihat yang bakal saya nukilkan di sini sudah tentunya untuk diri saya terlebih dahulu, sebelum dihalakan kepada anda semua.

Ikhwati fillah. Percaya dan yakinlah, Allah telah menjanjikan wanita-wanita yang solehah untuk anda semua. Dia telah menyimpan mutiara-mutiara bersinar cerah, laksana bulan purnama di malam kelimabelas setiap bulan (Errr...) untuk anda. Untuk anda sahaja dan bukan untuk orang lain. Tetapi untuk berlaku adil kerana adil itu adalah sifatNya yang mulia, wanita yang solehah hanya berhak dimiliki oleh lelaki yang soleh juga. 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah buat wanita-wanita yang baik..."
[an-Nur, 24:26]

Wanita yang baik itu pelengkapnya adalah lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik itu, tidak syak lagi yang melengkapinya hanyalah seorang wanita yang beriman dan solehah.

Maka sekiranya anda menginginkan seorang wanita solehah menjadi permaisuri hati anda dan menginginkan seorang wanita yang beriman menjadi ibu kepada anak-anak anda, ia bermula dengan diri anda terlebih dahulu. 

Jagalah pandangan mata anda. Jagalah mulut dan telinga anda. Jagalah tangan dan kaki anda. Dan yang lebih utama, jagalah pandangan hati anda kerana pandangan hati itu lebih tajam dan berbisa.

Bersabarlah. Masanya akan tiba Insha-Allah. Dan seandainya anda tidak sempat menikmatinya di dunia yang fana ini, percaya dan yakinlah, anda akan disambut oleh bidadari-bidadari jelita, yang sudah tertulis nama anda pada setiap daripada mereka, menanti-nantikan anda dengan penuh ketidaksabaran dan keterujaan. 

Bidadari-bidadari syurga sedang mengintai-ngintai anda yang layak memiliki mereka. Bersabarlah! [Kredit]

Lebih bersungguh dan kuat mujahadah kita menjaga diri daripada tersungkur masuk ke dalam perangkap syaitonirojim ini, lebih elok dan mulialah wanita yang bakal menyuri hati kita nanti. Dan lebih hebat dan lebih kuat kita bersabar dengan ujian nafsu ini, lebih hebat dan mahallah ganjaran yang menanti kita.

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira buat orang-orang yang sabar."
[al-Baqarah, 2:155]

Ikhwah! Usah impikan wanita sesetia Hawa seandainya imanmu tidak sedalam Adam! Jangan berangan-angan mahu memiliki wanita sehebat Puteri Balqis kalau dirimu tidak semapan Sulaiman! Usah terdetik di dalam hatimu seorang wanita semulia Khadijah, jika dirimu tidak sesabar Muhammad! Dan jangan mengimpikan wanita solehah seperti Fatimah sekiranya akhlak dan budi pekertimu tidak seperti 'Ali!  

Percayalah. Yakinlah! Wanita-wanita yang baik itu hanya untuk lelaki-lelaki yang baik sahaja!

-gabbana

Dah dah. Harapnya dah takde yang tanya saya pasal isu ikhtilat ni. Amat berat untuk saya menjawabnya... Peluh berpeluh-peluh. Oktengsbai!

19 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/10/2011, 12:15  

ok.phm.ptt ler ~.~ alhamdulillah dpt muke x gojes,.^^

hambaNya 04/10/2011, 14:02  

salam wbt.

huhu memang tajuk yg sgt sesuai dgn apa yg berlaku pd saya hari ni. cume rsenye apa yg bleh dibuat kalau ade seorang lelaki ni yg agak obses dgn kawan sye ni? selalu ajak keluar etc tp kawan sye mmg x suke & mengelak sedaya upaya dr sume tu. sampai de terpaksa jadi fugitive dekat uni sendiri.
(peluh besar sangat2)

asra humairah 04/10/2011, 16:46  

Assalammualaikum.
minor correction je. rasenye typo mistake.

al-imran ( 2: 14) <--- (3 : 14)

Inche gabbana 04/10/2011, 17:08  

hambaNya: report pada polis. huhu.. seriyes.

Inche gabbana 04/10/2011, 17:08  

asra humairah: jzkk. ;) dah betulkan.

Faaein Talip Roy 04/10/2011, 18:21  

seronok baca entri2 inche gabbana... teruskan menyampaikan isi2 yang bermanfaat... ^^,

ummusarah 04/10/2011, 18:41  

salam..mcm mana pula nak nasihat kepada lelaki (bukan ihwah) yg dah berkahwin (berPJJ dgn isterinya), tapi masih melihat perempuan lain dengan pandangan yang merimaskan & menakutkan?

Anonymous 04/10/2011, 19:08  

meh sini nak kasi lekuk kat kepala ikhwah yg xjage pandangan ni!eh. pembetulan, meh sini nak share lagu best yg menaikan semangat ikhwah supaya terus bersabar menanti bidadari hati.:
http://www.youtube.com/watch?v=0Q-UD948_K8
peace^_^

Anonymous 04/10/2011, 22:55  

sy ada kwn lelaki yg baik mcm angel tapi satu je problem..dia tak suka ada gf dan dia tak nak kahwin dia cuma nak adopt ank angkat bila keje nanti sebab dia suka baby..dia ckp dia nk jadi bidadari kat syurga nanti.dia komfem ada gender disorder.. sy selalu nasihat yg tuhan maha memahami dan i.allah dia boleh jadi bidadari syurga.oktengsbai.

Liyana 05/10/2011, 07:20  

"Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya."

Khalifah Ali bin Abi Talib

Anonymous 05/10/2011, 16:03  

salam
hoho,,entry yg menarik!
rasenye setiap ikhw/akhawat still ade karat2 jahiliah yg masih cuba dibuang,,walaupon dah berada dlm medan tarbiah,tp mereka bukan malaikat,
n mendidik diri sesuatu yg supersaiya rambut emas sj yg dapt buat!hohoh

barbie 05/10/2011, 22:34  

jihad terbaik adalah jihad melawan hawa nafsu sendiri..

p/s:pelik dgn lelaki n perempuan yg berajakan hawa nafsu sampai leh buat ape je yg mengarut.

Anonymous 06/10/2011, 01:13  

itu sebab ade yg ke tiga

Anonymous 06/10/2011, 10:40  

nafsu laki ni cam tangga(1-3 anak tangga)(JGN NAIK 1 PUN ANAK TANGGA kcuali lps kahwin, tu pon limit urself.thats y rasulullah encourages kahwin sbb agama).. u get 1 u "explore", then u wan a step higher,until u reach the highest limit(3rd)which i think is the limit ive reached (DUN EVER REACH THIS)kcuali kalau fulfill 2 criterias - it's a secret.yup ive done so much sins.astaghfirullah.once smpai limit ni,idea dah tertanam.Allah je yg bole cabut idea(mnusia x kn mampu nye)..dua je jln kluar;1) syahid. sbb bunuh diri xleh.2)oper8? maybe.. hukum kahwin dlm tangga 3 = haram kot if without the criterias mentioned. (This is a crazy comment..i noe -sori to readers, i cant reveal all) prevention is better than cure.. i love "u" n always "u" till i die though it meets halfway..Allah maha penyayang..now is my turn to turn to Allah.. i went astray way too far.. to readers- sry u cant understand all(forbidden2share) saudaraku,dont just jaga mata(iman).. jaga akal jgk..

buterfly 06/10/2011, 23:09  

cinta pada ilahi yg terbaik..

Anonymous 07/10/2011, 11:01  

anonymous yg bermasalah:

I understand you. Just repent and do not repeat it again. Allah is the most glorious n merciful ^_^

Anonymous 02/09/2013, 00:12  

dosn't make any sense ~~

Anonymous 02/09/2013, 00:21  

Ikhtilat bahayanya... raser ditampar oleh ulasan inche gabana... syukran.

Brader Kopi Pekat 02/09/2013, 10:57  

terima kasih IG. benar seperti ditujukan buat saya.. itulah yang berlaku dalam hidup saya.. dalam kelas saya ada 3 sahaja lelaki dan yang selebihnya (17) perempuan.. apa2 kerja berkumpulan wajib, kena gabung dengan perempuan.. macam mana nak sekat ikhtilat kalau macam tu keadaan..??

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP