Ikan Apakah Ini...??
Saya tahu anda semua sedang merindui saya..! *koff koff* Saya sebut merindui saya ke tadi..? Maksud saya, penulisan saya! Hihihi..
Wahai, begitu banyak yang telah berlaku semenjak kali terakhir saya menulis.
Pada wiken yang lepas, telah berlangsung satu lagi siri konferens riang untuk hadek-hadek yang tersayang. Kebiasaannya, sesi konferens riang bersama hadek-hadek adalah antara masa-masa yang paling dinanti-nantikan. Sememangnya saya teruja untuk menghadiri konferens riang kali ini.
Tetapi entah mengapa, ada beberapa masalah-masalah teknikal yang berlaku yang menyebabkan saya menjadi sangatlah teramat bawah. Sumpah tidak pernah lagi merasakan bawah sebegitu dalam sesi konferens riang dengan hadek-hadek. Malah saya begitu bawah sehingga hampir-hampir sahaja saya gugur (Baca: Futur)..! Astaghfirullah...
Mujurlah saya segera bermuhasarawak dan cuba sedaya upaya untuk tampak ceria dan riang gembira di hapadan hadek-hadek. Khuatir sekiranya mereka juga nanti yang akan terkesan apabila melihatkan saya yang lemau dan tidak bermaya. Dan alhamdulillah, keadaan sedikit-sedikit menjadi bertambah baik. Semakin baik. Sungguh baik. Dan sumpah osem. Heh.
Malah tidak keterlaluan saya katakan ini mungkin adalah antara konferens riang yang terbaik yang pernah dianjuran untuk hadek-hadek. Alhamdulillah.. Walaupon of kos masih banyak perkara yang boleh diperbaiki, saya sungguh teruja membaca maklumbalas hadek-hadek yang rata-ratanya mengalami keracunan darah akibat tahap adrenalin yang terlalu tinggi! Wahahaha.. Terima kasih Allah.
Itu wiken yang lepas. (Seriyes yang saya ceritakan ini adalah versi super ringkas. Sila rasa kechiwa sedikit. Hoh.) Yang saya mahu kongsikan adalah apa yang berlaku pada hari ini.
Hati berdebar-debar. Baiklah..
Hari ini saya mengambil cuti kerana mahu menghadiri majlis graduasi Cik Adik Perempuan. Pada mulanya saya langsung tiada perancangan untuk menghadirinya. Leceh juga mahu mengambil cuti. Sayang cuti woo. Namun Puan Mama meminta saya menghadirinya. Untuk Cik Adik Perempuan, katanya. Bukan selalu pon, katanya lagi.
Baiklah Puan Mama.
Bagus juga saya mengambil cuti kerana memang saya penat tahap tenggiling setelah konferens riang hadek-hadek dan satu lagi upacara gilang-gemilang sebaik sahaja setelah itu. Saya kira kalau saya ke opis juga pada hari ini, sudah pasti saya akan kelihatan seperti zombie Kampung Buah Nenas. Eh.
Nak pendekkan cerita, hari ini sungguhlah teramat panas. Dan sepanjang pagi sampai ke tengah hari, saya hanya duduk di luar kerana hanya Inche Papa dan Puan Mama sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam dewan utama. Arakian berpeluh-peluhlah ketiak saya ini.
Setelah puas membaling-baling topi, menangkap gambar berdozen keping dan bersosial di sekeliling, akhirnya selesai lah sudah majlis graduasi Cik Adik Perempuan. Hoyeeaaahhh. Ok sekejap sahaja hoyeeaahh itu kerana neraka pula bakal menyusul.
Untuk kembali ke tempat parkir kereta, kami terpaksa mengambil bas yang disediakan oleh pihak universiti. Dan pihak universiti XXX (saya rahsiakan nama kerana tidak mahu menjatuhkan air muka universiti tersebut) yang sungguh pandai lagi bijaksana, hanya menyediakan satu atau dua bas dalam satu-satu masa untuk ke tempat parkir tersebut. Banyaknya bas yang datang tidak ke tempat parkir tersebut. Ikan apakah ini...?? (Baca: What the Fish..??) Akibatnya..? Berlakulah rusuhan berebut-rebut untuk menaiki bas. Macam tak kenal pula budi pekerti dan adab tatasusila rakyat Malaysia kan..?
Sayugia lama selepas menunggu bas dan masih tidak dapat menaikinya, saya mula hilang kesabaran. Inche Papa juga mula berang. Dan akhirnya meletup jua gunung berapi Krakatoa itu setelah datang lagi dua bas tetapi kami dimaklumkan yang kedua-duanya tidak ke tempat parkir. Mangsanya adalah seorang petugas yang hanya cuba menjalankan tanggungjawabnya.
"Dah nak dekat sejam tunggu ni tapi bas tak sampai-sampai lagi...!" Marah Inche Papa.
"Ni orang ramai nak pergi padang kawat (tempat parkir), bagilah banyak sikit bas!" Marah saya pula.
Kasihan mamat petugas itu. Terdiam dia. Dan obviyes jugalah wajahnya berubah setelah dimarahi kami berdua. Aduhai.
Saya menyalahkan cuaca panas dan pundi peluh yang merembeskan cecair di badan tanpa henti yang menyebabkan saya meletup. *koff koff* Peluh besar mengalir.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke tempat parkir kereta. Tetapi sepanjang perjalanan ke sana, saya tidak henti-henti memarahi diri sendiri; begitu menyesal atas tindakan bodoh dan gopoh memarahi mamat petugas itu. Ya Allah, tipisnya iman kamu Inche gabbana. Kulit bawang merah itu tebal lagi tahu...??
Malah ketika saya menyuarakan kekesalan saya kepada Puan Mama, saya dimarahinya pula. Katanya, dia begitu malu dengan tindakan saya dan Inche Papa. Ujarnya lagi, kalau tak puas hati sekali pon, tidak perlulah memalukan mamat petugas itu di hadapan orang ramai. Saya terkedu. Sodaqta ya Puan Mama. Ada benarnya kata-kata Puan Mama itu.
Air mata jantan mengalir laju.
Dan seolah-olah Allah mahu menunjukkan sesuatu kepada saya, ketika hendak memarkir terbalik (Baca: Reverse parking) di sebuah komplek beli-belah untuk makan tengah hari setelah pulang dari majlis graduasi itu, saya tersalah jangka jarak antara belakang kereta dengan dinding dan... BAAAMMMM! Tahniah Inche gabbana kerana berjaya menjahanamkan kereta Inche Papa buat sekian kalinya heyyy! Dan anda boleh bayangkan perasaan Inche Papa ketika itu.
Gelak rasa bersalah sambil peluh dingin mengalir.
Di sebalik perkara-perkara malang yang berlaku, masih ada sinar di hujung terowong. Ketika masuk ke dalam saf untuk solat berjemaah Zuhur di surau komplek beli-belah itu, seperti ku kenal suara imam ini tetapi siapa ya..? Oh rupa-rupanya seorang akh yang amat saya kenali lagi sayangi! Masha-Allah. Dan seperti terlupa sebentar semua masalah dan krisis yang berlaku pada hari ini apabila dapat bersalam dan memeluk erat akh tersebut. Bukankah hiburan bagi seorang akh tiu adalah apabila dapat menatap wajah ikhwah yang lain..? Subhanallah...
Begitulah agaknya caranya Allah menenangkan hati hambaNya yang ini yang sungguh gusar lagi berkecamuk. Sungguh hebat lagi osem perancangan Allah. Lagi terharu apabila memikirkan apa yang telah saya lakukan pada hari ini, tetapi Allah masih mahu menunjukkan kasih dan chentaNya kepada saya.
Sudah tiga tahun dalam tarbiyyah, tapi saya masih belum berjaya menundukkan syaitonirojim amarah saya. Sudah tiga tahun berbulatan gembira dan berkonferens riang, saya masih belum berjaya mengawal kegopohan dan ketidaksabaran saya. Dan sudah tiga tahun konon-kononnya melaksanakan tugas Syahadatul Haq ini, tetapi masih belum lagi menjumpai formula paling berkesan untuk melaser sampai mati raksasa gorgon dalam diri ini.
Air mata suci mengalir perlahan.
Air mata suci mengalir perlahan.
Dari Abu Hurairah ra, bahwa seseorang berkata kepada Nabi Saw : berwasiatlah kepadaku. Beliau bersabda : “Jangan marah”. Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan beliau bersabda : “Jangan marah.”
[Hadith Riwayat Bukhari]
Sudah tiga tahun dalam tarbiyyah dan perjuangan mesti diteruskan...!
Doakan saya terus tsabat di atas jalan ini, biidznillah..
-gabbana-
Di sebalik haru-biru yang berlaku sungguh syok cuti di hari Isnin. Sumpah. Dan Rabu ini cuti lagi. Hoyeeaaahhhh!
17 Caci Maki Puji Muji:
ehem2..1st time comment..artikel kali ni terkena tercucuk batang pokok sendri..peluh besar..3 tahun dlm tarbiyyah juga, tp alahai.... diri sendiri tak boleh lagi istiqamah n cepat betul nk moody2..hadoi...kdg2 ikutkan perasaan sgt T_T .. cmane nk ajak org jd baik kalau sendiri kdg2 ok, kdg2 tak ... peluh besar beribu2 lemon..
jzkk artikel kali ni =)
terkesan part 'kulit bawang lagi tebal tahu' and berjumpa ikhwah. uhuh. mesti terasa sangat bahagia time tu. semoga thama thama thabat akhi. :P
Somehow can sense ur cheerfulness. Welcome back~ U should say Tadaima'~ =)
hebatnya cinta akh pd ikhawah seperjuangan...ana kagum!
Teruskan usaha ye akh..Doakan agar kte semua tsabat di jalan ini=)
Macam tu kan! ;p
Salam..
Inche Gabbana.Mak saya kirimsalam.Dia berkenan nak jadikan Inche Gabbana sebahagian daripada family kami..
wohooo..seriosuly..
Setuju sangat2.
Marah tuh kadang2 datang, bila dah lepas rasa menyesal sangat.
"kenapalah aku snapped tadi? hadoi.."
Tapi lega bila ada musibah berlaku selepas itu, kita rasa dapat teguran daripada Allah. Berharap ia kifarah la kan.
Btw, part jumpa akhi tuh sangat setuju! dan saya kalau snapped nih lagi, bila dapat dgr suara ibu. Bahagianya. Kat asrama, kat obersea nih, kalau tension mesti rasa nak kol. huuu
p/s: first time komen nih. nak hadiah hehe.
begitulah manusia inchi gabana gaban. susah tau nak jaga muwasafat.
kalau nak test tahap sabar, nak control marah supaya tak keluar perkataan kesat dari mulut amat payah (i.e "banganlah driver depan tu"). saya cadangakan para naqib boleh uji hadik hadik ni dengan suruh drive kereta di jalan yang jam.
Ps, saya harap semua nanti lulus dengan banyakan istigfar :)
Inche. kawal perasaan marah, itu baru panas dunia. egoo tinggi ni :P
Dalam bersabar pun butuh kesabaran..
Bersabarlah.. dengan mujahadah yang sebenar2 nya dan izin dari Allah, hari jahiliah itu terkikis dari diri akan tiba.. biiznillah..
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (az-Zumar: 10)
Sabar Itu Indah.
peace
hi inche gabana]
kalau rasa nk marah maki atau belasah org segera nikmati kesedapan air sirap bandung dgn selasih atau sugus stoberi..gerenti anda kembali senyum dan terus urge nak belasah tu tukar jadi nak peluk..ermm huhuhu..:P
p/s:sifat marah ni memang jahanam..dulu sy pernah marah sampai tendang kucing dlm longkang.alhamdulillah..kini sy pencinta kucing.
"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
amin ya rabb
minta maaf ye inche Gabbana. komen saya agak tak sedap. sbb itu lah saya kdg2 tak setuju dgn segelintir sikap adik2 yg ikut usrah ni.(dari pembacaansaya (minta maaf saya akan membuat SANGKAAN) saya rasa inche gabbana ni pun geng2 usrah itu)
sikap mereka yg mcm mana yg saya maksudkan? sikap yg memandang rendah pada orang2lain yg tidak ikut/sertai usrah mereka. merasakan mereka lebih bagus dari org2 selain kumpulan mereka. padahal masalah akhlak pada diri mereka sgt banyak. contohnya, mcm yg inche gabbana alami, memarahi org tanpa fikirkan keadaan orang itu. kalau di sini pula, ada ahli dlm kesusahan tapi tidak ditolong sbb puncanya adalah silap ahliitu sendiri. akhirnya org luar yg dipandang rendah itulah yg susah payah tolong ahlitadi kerana DIA DLM Kesusahan.
kami org luar kumpulan usrah kamu ni sedar, kamu juga manusia, muda, masih belajar dan tak terlepas dari membuat kesalahan. tapi cuba amalkan apa yg kamu belajar dlm usrah/liqo2 kamu, hadis 40 (?), ayat2Al-Quran yg kami ini tak pernah dengar. Maasya Allah sungguh mengkagumkan,
sekurang2nya jangan pandang rendah pada orang lain. kita tak tahu siapa org depan kita pada Allah. mungkin dia nampak hina di bumi tapi mulia di langit,Allahua'lam.
Kalau sudi, sebar2kanlah pandangan saya di konferens dgn adik2.
selalu berlaku sedemikian kepada saya :( mesti rasa down sangat sampai kadang-kadang tak mampu berfikir secara rasional.tapi , bile dah cool down ,baru menyesal
saya rasa universiti yg dimaksudkan IG tu U yg terletak kt serdang rasanya...kan? kan? kan?
Post a Comment