25 October 2011

Fanatisme Sorga

[Kredit]

Dibesarkan dalam keluarga yang bukan berlatarbelakangkan agama, kemudian menyambung pelajaran pula ke Kolej yang boleh tahan wahannya, kemudian diberi pula peluang untuk melangkahkan kaki ke luar negara, tidak dapat tidak, pengaruh-pengaruh duniawi amat memberkas di hati ini.

Mahu berpakaian mewah. Mahu memiliki gajet-gajet terbaru lagi berjenama. Berangan-angan mahu memandu kereta mahal lagi bergaya. Termimpi-mimpi melancong ke sana ke mari; sarapan pagi di New York, makan tengah hari di Paris dan makan malam di Geneva! Wah!

Waima setelah disentuh tarbiyyah, pengaruh-pengaruh ini masih melekat juga di dalam diri. Dahulu ketika di London, saya amat dikenali sebagai orang yang kuat berbelanja. Duit banyak dihabiskan untuk membeli kasut, jaket, jam tangan dan bermacam lagi tok nenek barang-barangan yang bila dimuasarawakkan, tidak menjadi keperluan pon sebenarnya. Natijahnya, ada masa-masanya saya kesempitan wang kerana telah banyak yang dibazirkan begitu sahaja. Padanlah wahai muka.

Sanggup berlapar semata-mata mahu memakai minyak wangi yang diperbuat daripada air mata badak air Afrika. Sanggup menyusahkan diri hanya kerana mahu memakai kasut yang diperbuat daripada bulu harimau putih Alaska. Adeh. Apatah lagi di Kerajaan Bersatu dahulu, internetnya sangat laju seperti lipas kudung. Maka selalu sahajalah membeli-belah atas talian, klik klik klik hoyeaaahh sungguh menggembirakan heyy...! Peluh dan air mata mengalir laju selepas itu. Perkara ini pernah saya nukilkan dalam 'Boros Poros Moros.'

Alhamdulillah, selepas pulang ke Malaysia, setelah mula bekerja, saya lebih menghargai nilai wang; betapa sukarnya untuk mendapatkan sesen dengan hasil keringat sendiri (walaupon kerja kat opis yang dilengkapi dengan pendingin hawa). Apatah lagi ditugaskan pula untuk membawa bulatan gembira yang agak jauh jaraknya dengan jumlah hadek-hadek yang agak ramai, arakian sewajibnya saya perlu berjimat-cermat. Dan.. Err.. Juga menyimpan duit untuk... *koff koff belanja nasi minyak koff koff hantaran lagi koff koff walaupun lambat lagi koff koff insha-Allah koff* Wahahaha.. Peluh kecil mengalir perlahan.

Namun begitu, karat-karat jahiliyyah itu rupa-rupanya masih menapak di dalam hati. Aisshh susah betul nak tanggal, walaupun setelah disental dengan kelorok dan berus jamban dawai.  Maka bukan jarang-jarang saya berasa cemburu apabila melihat mereka yang memandu kereta-kereta sumpah osem bergaya. Bukan sekali saya berasa jeles melihat anak-anak muda berpakaian sungguh bergaya. Dan boleh tahan selalu jugalah tergerak di dalam hati, "Holoiii muda-muda lagi dah sungguh berjaya dengan rumah mewah dan ada gelpren cunnn..!"

Errr... Pandang kiri, pandang kanan, lari laju-laju. Eh.

Tetapi begitulah. Kadang-kadang tu, pernah juga cemburu dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya dicemburukan. Maksudnya, er, seperti pakaian yang tidak pon selari dengan kehendak Islam, atau perbuatan yang jelas menyalahi syarak. Adohai. Sungguh pelik dan ekstrem bukan Inche gabbana ni..? Tunduk malu.

Saya kira, saya hanyalah seorang manusia yang sumpah marhaen lagi hina. Bukan nak berikan alasan, tapi nak beritahu di sini, betapa lemahnya iman saya sampaikan tergamak untuk berasa jeles meles dengan perkara-perkara yang tiada nilai pon di sisi Allah. Betapa nipis dan goyahnya iman saya...! Eh, kenapa baju saya tiba-tiba basah ni...?

TAPI.. Ada satu perkara yang menjadikan saya kuat. Ada satu faktor yang menghalang saya daripada berasa bawah yang teramat atau jeles tahap tenggiling. Ada satu benda yang keadang-kadang menyebabkan saya tersenyum seorang diri ibarat orang kena angau lagaknya.

Fanatiknya saya pada sorga.

Ya, saya terlalu amat teringin untuk melangkahkan kaki yang hina-dina ini ke dalam sorga. Dan fanatisme inilah antara penyebab terkuat yang menyebabkan saya terus mahu kuat di atas jalan ini.

Setiap kali saya melihat lelaki-lelaki yang berpakaian, er, tidaklah berapa sopan tapi agak bergaya *koff koff*, saya terus berfikir yang di sorga nanti, saya juga boleh berpakaian sebegitu rupa malah lebih bergaya dan kool daripada itu. 

Setiap kali saya berasa geram melihatkan kereta mewah yang konpem saya tak mampu atau akan beli sebab tiada justifikasi untuk dakwah dan tarbiyyah, saya terus berazam untuk memandunya di sorga nanti. Bukan satu jenis, bukan dua jenis dan bukan juga tiga jenis. Tetapi berjenis-jenis..! Gelak kecil yang keji.

Setiap kali saya terpandang (err...) wanita-wanita cantik yang seriyes menaikkan bulu tengkuk dan menggegar jiwa raga (ok ikhwah juga adalah seorang lelaki normal.. hohoho..), saya terus mengimpikan bidadari-bidadari yang jauh lebih panas dan cun melecun di sorga nanti. (Sila matikan imaginasi anda yang nakal di sini juga. Sekarang!)

Saya juga sangat sukakan laut. Laut yang jernih, bersih dan seluas pandangan mata. Sumpah suka gila-gila. Maka antara perkara yang saya amat teringinkan adalah untuk memiliki laut saya sendiri yang paling cantik dan paling indah dan paling kool dan paling jernih di sorga nanti! Saya malah boleh tersenyum sendirian apabila memikirkannya. Seerti sekarang ini. Wahaha..  

Ok kurang siuman juga Inche gabbana ni. Hohoho..

Kalaulah di dunia ni pon sudah ada tempat yang secantik ini, bayangkan di sorga nanti! Allahu Allah.. [Kredit: Great Barrier Reef, Australia]

Tapi kan Inche gabbana, ayat-ayat chenta yang bercerita tentang sorga, tak basahlah..

Tak basah..?? *garu kepala* Apa maksud anda..?

Ye la, ayat-ayat tu dok cita pasal mutiara lah, sutera hijau lah, buah-buahan lah, air yang mengalir lah, dipan-dipan lah.. Tak rasa teruja pon..? Tak menarik langsung..! Orang-orang muda lagi kool macam kami ni, mana suka benda-benda macam tu..! Haish.

Oh hahaha.. Anda salah konsep tahu..? Anda kena faham, ketika ayat-ayat Quran itu diturunkan di zaman Mekah dahulu, bagaimana keadaan para sahabat ketika itu.

Bayangkan para sahabat yang miskin tegar lagi papa kedana, diceritakan bagaimana di syurga nanti mereka akan dipakaikan dengan sutera tebal dan duduk di atas singgahsana!

Bayangkan perasaan para sahabat yang hampir setiap hari terpaksa berlaparan, menahan kebulur dan dahaga apabila mendengar ayat-ayat yang menjanjikan buah-buahan dan minuman syurga yang tidak putus-putus bekalannya!

Bayangkan juga para sahabat yang pada pandangan masyarakat bangsawan ketika itu adalah golongan  yang hina dina lagi sampah masyarakat, dijanjikan dengan kedudukan seorang raja lagaknya, dengan status dan kerajaan seluas langit dan bumi!

Walaweh.

Jadi hakikat sebenar sorga itu adalah di luar jangkauan kita. Senang kata, sorga akan dipenuhi dengan benda-benda dan perkara-perkara yang paling kita sukai dan ingini di dunia ini. Malah, lebih osem daripada itu, ia akan dipenuhi dengan perkara-perkara nikmat dan best-best yang langsung tidak terjangkau oleh fikiran kita yang sememangnya lemah lagi marhaen ini.

Anda suka pada kereta mewah lagi laju? Insha-Allah ada di sorga sana. Anda terlalu ingin untuk minum arak..? Komfem ada di sorga nanti, halal dan tayyibah lagi. Anda suka makan dan mengimpikan makanan yang lazat menjilat jari dan ingin makan tanpa henti? Pon boleh dilakukan di sorga nanti. Pendek kata, macam-macam ada..! 

"Di sorga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa sahaja yang mereka inginkan."
[Yaasiin, 36:57]


TETAPI, untuk menikmati semua itu, kita perlu terlalu amat bersabar. Malah sabar adalah antara kunci utama untuk memasuki sorga. Sabar dalam menahan nafsu syahwat yang bergelojak. Sabar dalam menahan nafsu amarah yang membuak (zaasssss...). Sabar dalam mematikan ego diri yang sedang memuncak. Sabar, sabar dan banyakkan bersabar..!

Apalah sangat lima puluh, enam puluh atau tujuh puluh tahun hidup dalam keadaan serba kekurangan di dunia ini, sekiranya sorga yang kekal abadi sedang menanti-nantikan kita di akhirat sana..? Apalah sangat penderitaan diseksa, dicaci dan dimaki, apabila sorga yang terbentang luas langit dan bumi sudah menjadikan kita sebagai penghuni tetapnya..? Dan apalah sangat mengorbankan masa, tenaga, emosi dan jiwa demi dakwah dan tarbiyyah dalam menyebarkan agama Allah di muka bumi ini, jika di sorga nanti kita mempunyai segala-galanya..?

Bunyinya seperti mudah bukan..? Hakikatnya, mencari keredhaan Ilahi itu tidaklah semudah memasak megi. Cakap dan menulis dengan laju dan penuh riang gembira seperti yang saya lakukan ini, sememangnya semudah memakan kacang goreng Menglembu yang sudah siap dikupas kulitnya. Untuk melaksanakannya, saya rasa menanam kacang, tunggu ia membesar tumbuh sihat gebu-gebu, menuai hasil kacang yang sudah besar lagi sihat, menggorengnya dengan penuh perasaan dan kemudian membungkusnya, itu lebih mudah dan lurus ke hadapan.

Peluh kecil.

Tetapi kerana fanatik terhadap sorgalah, perkara yang sesukar itu mampu dilakukan oleh para sahabat. Rasulullah SAW berjaya mentarbiyyah mereka sehinggakan seolah-olahnya mereka dapat melihat sorga di depan mata. Kisah-kisah Super Saiya seperti Hudzaifah Abi Yaman dan Khubab al-'Adiyy membuktikan hakikat ini. Kerana fanatik dengan sorga, lautan api sanggup mereka renangi, gunung tinggi sanggup mereka daki!

“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni surga. Lalu ia dicelupkan ke dalam surga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.” 
[Hadith Riwayat Muslim]

 Realitinya, dunia itu tiada apa. Sorgalah segala-galanya. Dunia itu hina lagi dina. Sedangkan sorga itu kool lagi bergaya. Dan kehidupan di dunia itu sekejap cuma, walhal kehidupan di akhirat sana adalah abadan abadaa.. 

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.”
[al-Ankabut, 29:64]

Jadi bagaimana..? Anda rasa sukar untuk melakukan dakwah dan tarbiyyah? Anda rasa tidak mampu untuk menahan nafsu syahwat yang membara itu? Anda rasa tidak cukup kuat untuk berhenti merokok atau menghisap dadah? Anda rasa anda tidak dapat berhenti daripada membakar duit anda begitu sahaja?

Ingatlah kepada sorga. Dan sila rasa fanatik kepadanya..! Insha-Allah, ada akan peroleh kekuatan yang luar biasa yang tidak anda sangka-sangkakan, menjadi perisai dan senjata melindungi diri anda daripada marabahaya dunia! Fanatiklah kepada sorga dan berazamlah untuk menjejakinya, kerana dengan izinNya, anda pasti akan dapat memasukinya dan bergembira di dalamnya!


Bersabarlah! Bersabarlah! Bersabarlah! Kerana ketahuilah, sorga juga sebenarnya sedang fanatik kepada anda...!

Senyum besar nampak gigi yang putih suci.

-gabbana-

Obviyes sangat, peringatan dan tazkiyatun nafs di atas adalah lebih untuk diri saya terlebih dahulu sebelum anda. Of kos dalam hal ini saya perlu mementingkan diri dan kedekut sedikit. Hohoho...

Moga Allah masukkan kita semua ke dalam Jannatul FirdausNya, tanpa perlu kita dimasukkan ke dalam api nerakaNya terlebih dahulu. Nau'dzubillah. Amin ya robbal a'lamin.

24 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/10/2011, 18:55  

fanatik!

Anonymous 25/10/2011, 19:41  

Naqib saya Baru je ckap kat saya psal hadis yg sama bila saya tanya dia. X penat ke buat dakwah ni? Mana dpt energy bebanyaK?

IMANSHAH 25/10/2011, 19:48  

saya pun nak ke sorga...

N 25/10/2011, 19:51  

oh! terima kasih inche gabbana utk artikel ni :)

Suria Arjuna 25/10/2011, 21:13  

kalau nk fanatik jumpa Allah je boleh tak???hoho

Anonymous 25/10/2011, 21:24  

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wf1oEb0fmBY#!
arini byk Allah tegur psl bnde ni...

Anonymous 25/10/2011, 23:21  

Thanks for this post.
Such as inspiration for me. :)

pieja zainuddin 26/10/2011, 01:16  

very interesting post!..=)

kimora abdullah 26/10/2011, 06:32  

semoga kita semua yg memilih jln dakwah dan kekal dgn jln ini hingga akhir hayat akan terpilih utk ke jannah-NYA yg fabulous yet unimaginable itu.amin

zulaikha 26/10/2011, 06:35  

salam inche gabbana...

T___T

bestnyer kalu ramai yg berlomba-lomba nak masuk syurga. bukan cuma dia je nk masuk, tp dia pun excited jugak kawan2 + family + sape2 yang dia kenal atau x = masuk syurga.

nice sharing (:

Zulkifli 26/10/2011, 06:54  

A mistake maybe: Ayat-ayat chenta yang bercerita tentang al-Quran, tak basahlah..
Maybe you mean ayat-ayat yang bercerita tentang syurga dalam al-Quran

Thanks for the sharing!

心からkokorokara 26/10/2011, 07:33  

Jazakallahu khair...
Rasenye dah jumpe kunci utk istiqamah dlm mujahadah..
SABAR dan DOA...

Fasobrun jamil..


peace

fina 26/10/2011, 08:47  

~dats rite inche gabbana..
sumtime bile p mall asyik2 t'pegang y mahal2(mybe dh kene sindrom mhal means quality+pride)..hehe so tme nk shopping kene ajak akhawat y syadid ckit dlam b'belanja(x pa ka gune term tu..hoho)..sebab nanti akhawat akn tegur..
"nti mmg perlu ke barang ni"..x pon.."nti baju y 50 hengget tdi cntik gak x payah la y 200 hengget nih..klau beli y 50 hengget tu boleh dpat 4.."
ermm haha...zasssssss skali ja kena cantas ngan ukht tu..haha..jzkk akhawat ku sayang...
~terima kasih ya Allah atas sahabat2 y sweet ini!~

Anonymous 26/10/2011, 09:10  

inche gabana gaban

pandangan terhadap nuffnang tu tak conclusive. gamaknya, boleh buat perbincangan dengan pihak nuffnang berkatan isu no 3 yang diutarakan oleh ustaz.

karat jahilyah ni susah betul nak sental. aduhh....saya pernah baca tulisan inche pada entry "ikhwah nakal", dan itu yang first entry saya baca dalam blog ni. kawan saya kasi link.

sentap betul entry tu. tapi itu antara cabaran yang cuba dirungkaikan sekarang. zman jahiliyah dulu memang gemilang, dan kesan karat2 tu terbawa sampai sekarang.

kadang2 tercalar thiqah. ada cadangan untuk penawar kepada pembaca2 yang "EX-ikhwah nakal"?

semoga jannah milik kita. insyaAllah.

Anonymous 26/10/2011, 09:12  

atau, untuk masaalah nuffnang ni, mungkin dah sampai masanya kita kena fikir cara tubuhkan syarikat macam nuffnang yang versi islami?

Unknown 26/10/2011, 16:08  

huaa sy yg hina ni siyes teringin....namun.....yeahhh harus konsisten perbaiki diri. cayok2~

gadis inferior 26/10/2011, 16:13  

This is my first time reading your blog, and I really fell in love with your proficiency in Bahasa Melayu. I wish I can be as good as you. Keep on writing good stuff. I'm so looking forward into it :)

muna 26/10/2011, 18:40  

ohmyyy! artikel ini sumpah kool.

mari bersama berlari mengejar sorga lengkap dengan amal soleh disertai dengan redha daripada-Nya!

semoga keinginan yg kuat untuk meraih syurga-Nya memanifestasikan kesungguhan dalam amal dan gerak kerja. ameen.

baarakallahu fiik (:

Inche gabbana 28/10/2011, 09:45  

enonimus II: tak. BEST GILLLEEEE...! ;D

Inche gabbana 28/10/2011, 09:45  

supir dakwah: itu yg terbhoooeekkk. ;D

Inche gabbana 28/10/2011, 09:46  

zulkifli: dah tak lama tak mendapat komen dari anda. ^^

jzkk, dah betulkan.

Inche gabbana 28/10/2011, 09:48  

darus interferon:

ISU NUFFNANG: saya rasa baik stop je la. byk sgt syubhahnya. kalau kita dok main nga benda2 syubhah ni, dikhuatiri kita akan jatuh ke dalam wilayah yg haram! (Having said tht, saya tak remove legi Nuff nagn saya! =S)

oh anda memg satu wavelength dgn saya! Mmg saya ada terfikir nak buat nuffnang ala-ala islamik! takyah pening2 kepala! ;D

ISU LAIN: errr.. ex-ikhwah nakal tu maksudnya, anda ni ex-ikwah ke atau anda ex-nakal..? huhuhu..

Anonymous 28/10/2011, 23:18  

bila bace part
Setiap kali saya terpandang (err...) wanita-wanita cantik yang seriyes menaikkan bulu tengkuk dan menggegar jiwa raga (ok ikhwah juga adalah seorang lelaki normal.. hohoho..), saya terus mengimpikan bidadari-bidadari yang jauh lebih panas dan cun melecun di sorga nanti. (Sila matikan imaginasi anda yang nakal di sini juga. Sekarang!)...

erm.. mungkin expectationnorang terhadapa ikhwah bole berubah..
not in a negative way..
cume before ni rase ikhwah xde feeling2 gini.. baik mcm malaikat..

Anonymous 06/09/2013, 15:57  

baguihnya, keep it up!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP