Bakar-Membakar Itu Mulia Lagi Bergaya
Minggu lepas saya berpeluang untuk berbulatan gembira bersama beberapa orang adik Kolej Maha Busy yang sedang bercuti. Bagi meraikan hadek-hadek yang duduk di Shah Alam, sayugia bulatan gembira pada hari itu dirancang untuk dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau nama galmornya, Masjid Biru.
Saya bertolak dari rumah kurang lebih jam lapan malam, bersama dengan seorang adik yang duduk di sekitar Ampang. Memandangkan MRR2 adalah jalan menuju ke neraka pada waktu petang, maka adik itu telah menunggu saya di sebuah stesen LRT dan bukannya saya mengambilnya di rumahnya di Ampang. Ya benar, bunyinya sedikit keji tapi kalau saya pergi mengambilnya di rumah, alamatnya tak sampailah kami ke Masjid Biru.
Saya bertolak dari rumah kurang lebih jam lapan malam, bersama dengan seorang adik yang duduk di sekitar Ampang. Memandangkan MRR2 adalah jalan menuju ke neraka pada waktu petang, maka adik itu telah menunggu saya di sebuah stesen LRT dan bukannya saya mengambilnya di rumahnya di Ampang. Ya benar, bunyinya sedikit keji tapi kalau saya pergi mengambilnya di rumah, alamatnya tak sampailah kami ke Masjid Biru.
Seperti biasa saya bergantung harap kepada Puan Garmin untuk menunjukkan arah. Ya, malu untuk mengaku tapi hakikatnya, saya masih belum seratus-peratus konfiden untuk memandu tanpa adanya Puan Garmin di sisi. Masalahnya, kadang-kadang Puan Garmin ni boleh jadi hilang ingatan atau sedikit meroyan. Dan pada hari itu, entah macam mana, ketika Masjid Biru sudah pon boleh dilihat tidak jauh dari tempat kami berada, saya tersalah ambil jalan dan selepas itu Puan Garmin tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan dengan cemerlang.
Akibatnya? Saya hampir-hampir dapat makan percuma di sebuah kenduri yang diadakan di dewan bankuet berdekatan dengan tempat kejadian. Hohoho.. Sebenarnya kami sedang mengejar untuk menyempatkan diri solat berjemaah di masjid. Oleh kerana kesesat-baratan kami, setibanya kami di masjid, solat berjemaah sudah pon bermula.
Akibatnya? Saya hampir-hampir dapat makan percuma di sebuah kenduri yang diadakan di dewan bankuet berdekatan dengan tempat kejadian. Hohoho.. Sebenarnya kami sedang mengejar untuk menyempatkan diri solat berjemaah di masjid. Oleh kerana kesesat-baratan kami, setibanya kami di masjid, solat berjemaah sudah pon bermula.
Dan setibanya kami masjid, kami sedikit terkujat (Terkejut campur teruja) melihatkan begitu banyak kenderaan yang memarkir di kawasan parkir masjid. Sehinggakan sukar untuk kami mencari kotak parkir yang kosong. Kami terus berburuk sangka terhadap orang-orang Shah Alam dengan mengatakan pasti ada majlis atau program di masjid pada malam itu. Ramainya orang semata-mata untuk bersolat jemaah di masjid..? Tak mungkin. Itu dah capai Ustadziyatul 'Alam dah tu..!
Telahan kami bertambah kuat apabila masuk ke dalam dewan masjid, kami ternampak beberapa buah sofa yang disusun di atas sebuah platform. Dah agak dah, mesti ada forum ke apa. Kata hati saya yang memang tak boleh nak bersangka baik pada orang-orang Shah Alam.
Telahan kami bertambah kuat apabila masuk ke dalam dewan masjid, kami ternampak beberapa buah sofa yang disusun di atas sebuah platform. Dah agak dah, mesti ada forum ke apa. Kata hati saya yang memang tak boleh nak bersangka baik pada orang-orang Shah Alam.
Kami sempat menyertai imam pada rakaat yang terakhir. Alhamdulillah. Dan sekali lagi sangkaan kami dikuatkan seusai solat apabila melihatkan ada kamera yang dipasang tidak jauh daripada platform tadi. Saya tersenyum sendirian, mengiyakan agakan dan tekaan saya awal-awal tadi.
Sementara menunggu hadek-hadek Shah Alam yang masih belum tiba, saya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar bazar yang ada di kawasan belakang masjid. Memang seronok berada di Masjid Biru. Masjidnya begitu hidup dan meriah! Ada kelas-kelas mengaji, ada kelas untuk orang dewasa, ada bulatan-bulatan gembira, ada mesyuarat yang dilakukan di kawasan lapang, ada bazar lagi. Fulamaweh. Saya rasa dalam banyak-banyak masjid yang ada di Malaysia ni, Masjid Biru adalah antara masjid yang paling imarah dan makmur yang saya pernah pergi!
Dan tunggu punya tunggu, eh, masjlis yang disangka ada masih belum bermula. Tidak pula kedengaran orang berucap atau menyampaikan forum perdana. Pelik. Akhirnya saya terpaksa menelan ludah sendiri apabila sememangnya tiada apa-apa majlis khusus atau istimewa pada malam itu. Habis tu, kenapa ada sofa-sofa dan kamera video bagai tu..? Entah.
Tetapi faktanya, memang tiada ceramah perdana atau forum agama pada malam itu. Kiranya, ramainya jemaah pada malam itu adalah perkara biasa yang berlaku di Masjid Biru; ramainya orang adalah kerana mereka semua solat berjemaah di masjid! Walaweh..! Saya benar-benar kagum dengan apa yang saya lihat dan saksikan! Ini.. Ini benar-benar menakjubkan!
Kagum dan terujanya saya, sehinggakan saya lantas menghantar perkhidmatan pesanan ringkas kepada seorang hadek di Kolej Yang-namanya-dirahsiakan untuk menceritakan kekaguman saya kepadanya, memandangkan dia adalah rakyat jati Shah Alam. Seriyes kagum.
Kagum dan terujanya saya, sehinggakan saya lantas menghantar perkhidmatan pesanan ringkas kepada seorang hadek di Kolej Yang-namanya-dirahsiakan untuk menceritakan kekaguman saya kepadanya, memandangkan dia adalah rakyat jati Shah Alam. Seriyes kagum.
Respek dow kat Masjid Biru! Eh kat orang-orang Shah Alam! ;) [Kredit] |
Apa-apa jalan, malam itu dengan izin dan rahmatNya, kami dapat juga duduk-duduk untuk beriman sejenak, walaupon tidak ramai. Malam itu saya tidak membuat persediaan yang begitu rapi kerana sememangnya pelan awal adalah untuk duduk-duduk santai-santai sahaja. Walaupon saya sudah menyedian artikel KLCC, tapi macam tak basahlah kalau nak membaca artikel itu sahaja. Tidak bergaya langsung! Maka secara spontan saya mencadangkan agar untuk permulaan, sesi tilawah dan tadabbur dibuat bagi memanaskan badan. Dan surah yang dipilih adalah surah al-Anfal, dari mula ayat.
Benarlah tiada istilah kebetulan di dalam hidup ini. Ketika sesi tadabbur dijalankan, hadek I, hadek yang sama dalam post ini dan ini, telah memberi pandangan ikhlas, tulus dan sucinya tentang ayat dua puluh tujuh:
"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui."
[al-Anfal, 8:27]
Anda bersedia untuk mendengar tadabburnya..? Oh anda sudah menyapu losen kalis api dan juga memakai baju kalis api? Sudah sediakan alat pemadam kebakaran di tepi..? Baiklah. Ayuh!
[Ini adalah versi saya sendiri, setakat mana yang saya ingat. Jadi memang akan ada banyak unsur-unsur mitos dan tokok tambah. Hohoho..]
Allah bagi kita macam-macam nikmat kat dunia ni. Dan setiap nikmat tu adalah amanah dari Allah.
Apa maksud khianat? Khianat bermaksud membuat sesuatu berlawanan dengan tujuan asalnya. Contohnya kalau mak kita bagi duit suruh beli sayur, tapi kita pergi beli Nini cokelat celup, celup celup! Itu khianat namanya.
Jadi Allah bagi kita nikmat untuk apa..? Digunakan untuk apa..? Mesti nikmat dan segala kelebihan yang Allah bagi tu ada hak dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Tapi kita khianat. Kita tidak gunakan nikmat yang Allah bagi tu sesuai dengan haknya.
[Ketika ini hati saya sudah mula berdebar-debar. Seolah-olah daun-daun kering dan ranting-ranting kayu sedang disiapkan untuk menyalakan unggun api yang lebih besar nanti]
Yang paling bestnya, kita tahu. Kita tahu yang kita khianat. Kita tahu apa yang kita buat tu salah dan bukan apa yang Allah dan Rasul nak. Kita sedar yang kita tak penuhi amanah yang Allah bagi kepada kita. Orang-orang macam ni memang sungguh tidak senonoh dan buruk perangai mereka.
[Ketika ini saya rasa seperti hendak bangun dan meninggalkan bulatan gembira dek hati yang dicucuk-cucuk dengan besi daging untuk digolekkan di atas api yang membara pula]
Begitulah. Bagaimana..? Cukup tak losen yang anda sapu tadi..? Baju kalis api anda masih ada..? Atau sudah habis hangus terbakar..?
Saya siap tambah petrol lagi selepas itu dengan mengatakan bahawa berdakwah itu juga satu amanah besar dari Allah. Meninggalkan jahiliyyah itu juga satu tanggungjawab yang Allah letakkan pada bahu kita. Yet, apa yang kita buat..? Apa yang telah kita lakukan selama ini..?
For most of the time, kita khianat. Kita telah mengkhianati amanah ini dengan tidak melakukannya bersungguh-sunnguh. Kita telah mengkhianati tanggungjawab ini dengan berlengah-lengah dalam melaksanakan tugas Syahadatul Haq kita. Nikmat dan segala kemudahan yang Allah kurniakan, kita gunakan bukan untuk menyebarluaskan risalahNya. Masa yang ada lebih banyak untuk kita bazirkan untuk dunia dan bukan untuk mendekatkan diri kita kepadaNya.
Dengan niat untuk membakar hadek-hadek yang ada, saya juga sebenarnya telah pon membakar diri sendiri.
Dengan niat untuk membakar hadek-hadek yang ada, saya juga sebenarnya telah pon membakar diri sendiri.
Kita khianat dan kita tahu tentangnya.
Kalau kita nak rasa ayat tu ditujukan kepada kita, maksudnya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman, maka sudah tiba masanya untuk kita menukar kepada gear lima (kepada yang masih belum) dalam dakwah dan tarbiyyah ini. Sudah tiba masanya untuk kita lebih seriyes dan bersungguh-sungguh dalam kerja-kerja kejuruteraan manusia ini. Tiada masa untukkita bazirkan. Tiada masa untuk dilengahkan. Tiada masa untuk kita mengkhianati amanah Allah ini..!
Ayuh!
Untuk hadek I, walaupon anda tidak membaca belog ini, syabas diucapkan! Anda sudah mula mewarisi bakat bakar-membakar. Malah saya dapat merasakan yang anda akan menjadi tukang bakar yang sungguh berjaya, gilang-gemilang suatu hari nanti. Tahniah..!
[Ucapan ini sedikit sarkastik kerana kami sama-sama saling membakar malam itu. Dan sungguh, luka bakarannya sungguh pedih dan menusuk kalbu!]
Dan untuk orang-orang Shah Alam, maaf sekiranya anda terasa hati saya berburuk sangka kepada anda. Sungguh saya kagum melihatkan betapa meriahnya masjid pada malam itu! (Walaupun pada masa yang sama, ramai lagi kat SACC tu, dan masih ingat kenduri yang saya katakan di dewan bankuet? Nampak begitu meriah walaupon azan isyak sedang berkumandang.. Hohoho..)
Kerana dakwah ini kita tanggung bersama...!
-gabbana-
11 Caci Maki Puji Muji:
Salam.
Nice new look, especially the rabbit. :P
Kita tahu kita sedang mengkhianati amanah Allah.
Kita tahu kita sedang buat dosa.
Kita tahu Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Kita tahu ada syurga dan neraka.
Tetapi kita masih buat!
So, either there is something seriously wrong with our iman to Allah and the Hereafter or we think we have all the time in the world to atone for our sins.
:(
P.S.: Saya orang Shah Alam!!! :)
ouch!*rasa mcm kena hempap batu jap*
dan,ya bukan kebetulan,mmg Allah dah susun~seusai balik ziarah kawan,hati ni terdetik tentang nikmat.Ya,si kawan tu tak larat nak belajar tapi digagahkn juga,tapi errr,kita? *sigh*
dah tu balik-balik bukak belog inche penulis ni,waduh2~~~~bisa!memang tepat padat sendat sasaran nya!!huhu
(hyper jap,hehe)
'Kerana dakwah ini kita tanggung besama...!'
Ya!betul!Semoga kita masih punya peluang untuk turut serta hingga ke akhir~~~
*terbakar* hangit..
"Mencari keredhaan Ilahi tak semudah memasak maggi"
senyum pahit.
"Dah agak dah, mesti ada forum ke apa. Kata hati saya yang memang tak boleh nak bersangka baik pada orang-orang Shah Alam."
senyum lebar skit.
"Kita khianat dan kita tahu tentangnya"
..erkk..telan air liur..tak mampu untuk senyum..
peace
zulkifli: "So, either there is something seriously wrong with our iman to Allah and the Hereafter or we think we have all the time in the world to atone for our sins."
dua2 pilihan tu sgt mengzaaasss sekian terima kasih. TT__TT
enonimus I: mmg tepat tindakan anda membuka belog ini. xp
semuanya tu dah ada dalam perancangan Allah. bersyukurlah dgn nikmatnya yg masih beri peluang untuk anda bermuhasabah.. ;)
aman.
mutiara bd: *ssshhhuuuuuuussshhhh* (bunyi kena sembur dengan alat pemadam kebakaran)
;)
enonimus II: kalau ada butang 'like' pada komen anda, saya dah tekan lapan kali hoyeeaahhh!
adam kalu datang lg shah alam kasitau la..sbb selalu je ke masjid maghrib isyak..sbb rmi org mmg susah nak jumpa..
p/s: nikmatnya sejak berada di bawah pimpinan PR nih, masjid n surau kembali hidup..
el nino: alamak cha, nombor kau pon aku takde. bilenya nak sms..? kata nak gi lunch..? tak sudi ke cha...? ^__^"
alhamdulillah. semuanya tu dari Allah cha.. ;)
"Kita khianat dan kita tahu tentangnya"
Mmg terbakar tahap kronik ni T_T
terima kasih kpd tukang bakar!
p/s: sila bersangka baik terhadap org shah alam :) peace
Post a Comment