5 July 2011

Nota Ringkas Yang Seriyes Di Petang Hari #2

[Kredit]

Futur.

Ya semua orang pon pernah futur. Hanya malaikat sahaja yang tidak pernah futur. Maka kalau anda rasa anda tidak pernah futur, sama ada anda mengucing menganjing atau anda adalah seorang malaikat! Vavavum!

Futur itu normal, kerana iman itu ada naik dan turunnya. Tidak bermakna saya menggalakkan anda untuk futur. Cuma, sebagai manusia marhaen yang penuh dengan kelemahan dan kebobrokan, kita tidak lari daripada terjelepok ke dalam lembah dosa dan noda. Sekali-sekala, ya.

Tetapi apa yang lebih merbahaya adalah futur yang dihiasi. Yakni kita merasa seronok, indah dan bahagia dengan kefuturan kita, apabila sekali-sekala itu berlaku.

Wah seronoknya bulatan gembira pada malam ini dibatalkan! Kata hati anda.

Ya Allah, nikmatnya dapat berehat pada hujung minggu ni. Dah lama tak rasa macam ni. Getus Inche Otak anda.

Eeyyh, best jugak dapat tengok movie tadi. Dah lama tak tengok, rindu rasa hati. Jiwa anda bermonolog.

Ya, sungguh bahaya. Kerana apabila kita mula berasa syok dan teruja dengan kefuturan kita, bermakna anda mahu dan pandang ke hadapan untuk ia berlaku lagi. Dan bila ia berlaku dan berlaku dan berlaku lagi, mungkin satu hari nanti iman kita akan terus jatuh dan jatuh dan jatuh. Merudum.

Jadi jangan biarkan itu berlaku. Kalau sudah mula berasa seronok dengan kefuturan, buatlah sesuatu. Sekiranya sudah mula rasa best wow wa wee dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang ada, mungkin kita wajar disimbah dengan sebaldi air sejuk Alaska. Jika sudah mula berasa bahagia dengan kelalaian, sudah tiba masanya untuk iman kita dibelasah, supaya bangun tersedar!

Jangan biarkan futur kita dihiasi!

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan (fujur) dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwanya itu) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
[as-Shams, 91:8-10]

-gabbana- 

Maaf, masih dalam proses menyusun dan menapis ayat-ayat chenta... 

9 Caci Maki Puji Muji:

I 05/07/2011, 23:38  

JZKK atas peringatan.
tepat di saat diulit keindahan jahiliyah
tepat di saat iman jatuh merudum tanpa mampu berdiri kembali
tepat di saat futur berpanjangan tanpa penghujung
tepat di saat keputusasaan menghimpit
tepat sekali, apakah kebetulan?
jzkk

kamisukabulatangembira 06/07/2011, 00:01  

assalamualaikum,
this is nice. saat diri pun dah mula terasa bahang kefuturan.jzkk IG!
owh how much i miss bulatan gembira kami :(

Anonymous 06/07/2011, 00:32  

Astaghfirullah...dush..dushhh..dushhh..

Inche gabbana 06/07/2011, 11:50  

I: anda sudah lupa..? Kebetulan kan tu bahasa argentina..? ;)

mungkin Allah mahu mengingatkan anda sudah tiba masanya untuk bangun kembali, melalui post saya yg marhaen ini.

mahu saya hulurkan tangan..? ;)

Inche gabbana 06/07/2011, 11:52  

kamisukabulatangembira: uish, bahaya tu dah rasa bahang. kalau biar lama2, nnt dia jadi api yang marak menyala; habislah rentung anda terbakar nanti..! hohoho..

so jgn biarkan anda larut dan hanyur dalam kefuturan itu! nnt mati lemas, karam mcm titanik baru tahu! hihih..

p/s: tak pernah lagi org panggil saya IG. mcm kool juga tu. hoh.

Inche gabbana 06/07/2011, 11:52  

enonimus: tolong dusshh kan ntok saya juga.. hohoho..

Mar 11/07/2011, 18:22  

bagaimana nak mengelakkan kerjaya meng-futur-kan kita? kadang2 rasa nak tuka keje, tapi takkan lah! muslim yg cemerlang kan perlu seimbang semuanya -_-" dan kerjaya sepatutnya jd ibadah juga kan

Inche gabbana 12/07/2011, 15:19  

Mar: uhm, kurang setuju di situ. kalau kerja anda betul2 menghalang/melambatkan anda daripada terus laju dalam berdakwah, mmg kena consider ntok tukar kerja. hohoho..

tapi kalau tak, well, the only solution i can think of, mmg kena mujahadah tahap gaban punya ah..! ;D

selamat maju jaya..!

sayacintacircleoflove 11/12/2011, 22:52  

alhamdulillah..aturan Allah sgt cantik! saat iman sedang goyah dpt diperingatkan dengan coretan ni..allahuakbar..Dia bole bg igtn dlm apa bentuk keadaan pun.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP