6 July 2011

Selepas Ke Jim, Ayuh Kita Pekena Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Pula!

Sedikit random.. [Kredit]

Saya adalah seorang semi health-freak. Err, dalam bahasa Melayunya, saya adalah seorang yang separuh kesihatan-aneh (Sumber: Inche Penterjemah Google). Wahaha.. Atau dengan bahasa mudahnya, saya adalah seorang yang separa risau dan khuatir tentang kesihatan diri.

Ok sedikit tipu di situ. Yang lebih tepat, saya adalah seorang yang amat mementingkan rupa bentuk badan. Err, maksudnya, tak nak buncit, tak nak nampak tembam, tak nak gemuk, begitu-begitulah! (Perlu diingatkan di sini yang Inche gabbana adalah seorang manusia biasa yang tinggal di planet bumi dalam galaksi bimasakti dan bukannya Superman yang berasal dari planet Krypton atau Son Goku berbangsa Saiya)

Tapi dalam konteks menjaga kesihatan diri yang sebenarnya, saya rasa saya bukanlah seorang yang pandai menjaga kesihatan diri, espeseli bab makan-memakan. Dalam isu ini, kadang-kadang saya boleh bertukar menjadi raksasa gorgon yang tidak dapat dikawal lagi. Peluh besar. 

Yalah, anda bayangkan. Sehari sebelum sudah bergelen-gelen peluh dirembeskan selepas berpenat-lelah beriadhah bersukan bagai. Tetapi pada pagi keesokannya, dibantai pula nasi lemak ayam goreng berempah atau pulut kuning rendang ayam bersama dua jenis kuih (Ini kisah benar... Peluh berpeluh-peluh) dan diakhiri pula dengan segelas milo tarik tak kurang manis! Aduhai.

Maka seolah-olah sia-sia jugalah aktiviti-aktiviti mengeluarkan peluh yang dilakukan. Anda bersenamlah macam mana pon, tapi kalau makan tak jaga, anda tetap tak dapat jadi macam Brad Pitt..! Eh. Paling hebat pon, dengan bersenam bagai nak rak, anda hanya dapat meng-offset lemak kolestrol bertan-tan yang anda ambil itu. Kira macam takat hidung je lah! Tiada langsung penambahbaikan!

Itu pon pasti ada kesan-kesan sampingannya. Yalah, anda bayangkan sahajalah. Nasi lemak lauk sambal kerang, dengan tiga jenis kuih dan segelas besar teh tarik; berapa agak-agaknya jumlah kalori di situ..? Dan anda kira pula berapa jam/minit (saat..?) yang anda habiskan dalam seminggu untuk bersenam dan bersukan..? Err... Arakian, anda rasalah, lebih banyak lemak yang dibakar atau lebih banyak lemak yang tertempel lantas bermastautin pada tubuh badan..?? Wahahaha.. 

Anda beritahu saya; siapa yang boleh menolak nasi lemak yang lazat sebegini..?? Haiyama.. [Kredit]

Tidak hairanlah, selepas penat bersenam dan bersukan, walaupon yakin tubuh badan saya sihat tetapi apabila dilakukan pemeriksaan kesihatan, rupa-rupanya kadar kolestrol dalam tubuh badan saya agak tinggi! Kisah ini ada saya coretkan di dalam post ini. Selepas peristiwa itu, bermulalah rejim memakan oat sebagai sarapan pagi (Font kecil: Sekali seminggu..). Wahahaha.. Peluh.

Senaman dan aktiviti mengeluarkan peluh perlu diseimbangkan dengan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Tawazun katanya. Ewah! Jika tidak, harapanlah anda untuk memiliki tubuh badan yang panaaasss benar-benar sihat dan bertenaga Suria Perkasa Hitam.

Begitu juga dengan 'kesihatan' tarbiyyah kita sebenarnya. Ya.

Kita begitu asyik dan bersungguh-sungguh dalam melakukan dakwah dan mentarbiyyah orang lain, tapi pada masa yang sama, kita biarkan diri kita leka dan hanyut di dalam jahiliyyah-jahiliyyah yang begitu banyak di sekeliling kita. Kadang-kadang jahiliyyah yang ada tidaklah besar mana, et lis pada pandangan mereka yang masih belum mengenali tarbiyyah. Tetapi sebagai seorang dai'e, kita sewajarnya tegas dan keras dalam menghadapi jahiliyyah tersebut.

Baik rokok, wanita, game, bola dan apa-apa sahaja... (Anda sendiri tahu sama ada perkara yang anda lakukan itu jahiliyyah atau tidak. Anda tidak bisa menipu diri sendiri!) Perkara-perkara sedemikian sekiranya tidak dicantas dan dibuang jauh-jauh daripada diri kita, kesannya nanti samalah seperti lemak-lemak tepu dan kolesterol yang sebati dalam diri kita. Penat kita mengikuti bulatan gembira ini dan itu, konferens riang itu dan ini, tapi dek kelalaian kita dalam menjaga diri daripada terjerumus di dalam lembah jahiliyyah, akhirnya kita terjelepok, tersungkur berputus-asa.

Maka tidak hairanlah di kalangan kita ada yang amat mudah berasa kecewa dengan jalan dakwah ini..

Tidak pelik apabila ramai juga di kalangan kita yang tampak hebat dan gah dalam berdakwah ketika belajar, tetapi akhirnya tersungkur dan tidak bangun-bangun lagi..

Tidak juga janggal apabila ada antara kita yang dek disebabkan masalah yang kecil dan remeh, terus lari dan melupakan masalah yang lebih besar di luar sana..!

Rupa-rupanya kita sendiri yang lemah..! Rupa-rupanya kita sendiri yang tidak pandai menjaga diri..! Rupa-rupanya masalah-masalah yang ada berpunca daripada diri kita sendiri..! Astaghfirullah..

Tahukah anda kisah sebuah peperangan yang berlaku di zaman 'Umar al-Khattab, di mana selepas puas menyerang pihak lawan, tentera Islam masih gagal meraih kemenangan? Anda tahu apakah puncanya..? Rupa-rupanya para mujahidin terlupa untuk bersugi..! Masha-Allah.. Dan benar sekali, sebaik sahaja mereka melunaskan adab atau aktiviti yang tampak seperti remeh dan tidak punya nilai apa-apa itu, mereka berjaya memenangi peperangan tersebut! Subhanallah..!

Pointnya di sini bukanlah bersugi itu, tetapi perkara-perkara yang mungkin sering kita alpa dan leka, hanya kerana kita melihat perkara-perkara tersebut sebagai ringan dan tidak perlu diberi keutamaan. Tidak bersugi dalam kisah ini, mungkinlah 'jahiliyyah' untuk para sahabat ketika itu. Maka apabila mereka meninggalkan jahiliyyah tersebut, mereka akhirnya memperoleh kemenangan. Allah mengurniakan mereka dengan kejayaan apabila mereka akhirnya menyelesaikan masalah yang ada pada diri mereka.

Pernahkah kita terfikir, masalah yang berlaku pada dakwah kita adalah disebabkan oleh kelemahan kita sendiri..? Hadek-hadek begitu sukar untuk dijala dan dipancing bukanlah disebabkan oleh kedegilan atau jahiliyyah tegar yang ada pada diri mereka, tetapi disebabkan oleh ego, kemalasan, ketidak-proaktifan dan tiadanya tadhiyyah (pengorbanan) kita sendiri..?? Masalah yang timbul adalah disebabkan jahiliyyah kita sendiri! Nau'dzubillah..


Semat gila poster nih.. Sila buat wallpaper anda sekarang juga hey! [Kredit]

Samalah seperti bersukan dan bersenam di mana kita juga perlu menjaga pemakanan kita; tarbiyyah diri kita juga perlu seimbang antara tarbiyyah fardhi (kita mentarbiyyah orang lain) dan tarbiyyah dzatiyyah (tarbiyyah diri sendiri). Amat penting untuk kita memastikan dalam kita mencuci dan membasuh pinggan mangkuk, tangan kita yang kotor turut dicuci sama..!

Kerana kita tidak mahu menjadi fitnah kepada dakwah ini. Biarlah mehnah-mehnah pada jalan dakwah ini datangnya daripada faktor-faktor eksternal dan bukannya berpunca daripada diri kita..!

Ayuh! Ayuh kita buang lemak-lemak jahiliyyah dan kolestrol futur dalam diri kita kita..! Kita buang sampai licin..! Kita buang berabessss baik...! Ayuh...!

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan pengikut-pengikut) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada pengikut-pengikutnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah!" Lalu segolongan dari kaum Bani Israil beriman, dan segolongan lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
[as-Saff, 61:14]

-gabbana-

20 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 06/07/2011, 18:10  

''Penat kita mengikuti bulatan gembira ini dan itu, konferens riang itu dan ini, tapi dek kelalaian kita dalam menjaga diri daripada terjerumus di dalam lembah jahiliyyah, akhirnya kita terjelepok, tersungkur berputus-asa.''
*TEARS*
(8:27)
memandangkan kita lebih tahu diri kita,,mari berusaha menentang karat2 jahiliyah..muge Allah kuatkan kita sume!

again jzkk IG !

Zulkifli 06/07/2011, 20:29  

T__T

Betul betul.
Just because we exercise, it does not mean we do not have to watch what we eat.
Just because we do dakwah, it does not mean we can forget about our own tarbiyah.

Down with fat! Down with jahiliyah! (Boleh guna peluang Ramadhan ini untuk buang kedua-duanya :P)

Jazakallah Encik Gabbana.

mutiara bd 06/07/2011, 20:54  

Apakah nama perang yang sahabat tidak bersugi itu..? Saya berminat untuk tahu.

Abe Am 07/07/2011, 00:25  

penulisa cenggini, nampaknya dah ada bau2 ustaz faridul dah..

hehe...

jauh bawak pusing pasal kalori and nasik lemak, pastu buat pusingan DnT plak...

suka post2 ceggini. bak kata zahir..
"pokok getahkan apa yang ada.."

*kene refer balik kisah pokok getah dan pak abu...

wan 07/07/2011, 00:50  

'Kerana kita tidak mahu menjadi fitnah kepada dakwah ini. Biarlah mehnah-mehnah pada jalan dakwah ini datangnya daripada faktor-faktor eksternal dan bukannya berpunca daripada diri kita..!'

Yup..indeed..jom jd mereka yg mmbntu menggerakkn malah melajukn DnT, bukan membantutkn..

Syukran for da remainder..

arissa myana 07/07/2011, 12:30  

salam...

nice one. mari singkirkan lemak2 itu.

eh. inche zulkifli tiada belog kah? tulisan beliau dalam setiap komen sgt membakar semangat.

barakallah hufiik ;)

Inche gabbana 07/07/2011, 15:46  

enonimus I: 8:27...? TTT____TTT

betul betul, kita tak boleh nak menipu diri kita sendiri!

o Allah! Help us all! Guide us to the straight path! Ameen!

Inche gabbana 07/07/2011, 15:47  

zulkifli: hahaha.. menarik sgt komen anda..!

sy sgt bersedtuju ngan arissa myana, anda tak berminat nak tulis belog..?

jom jom kita shed all our (trans)fats and cholesterol! woohoo!

Inche gabbana 07/07/2011, 15:48  

mutiara bd: tak sure nama perang apa. tapi perang dgn Rom.

kalau anda jumpa faktanya nnt, berkongsilah ye..? ;) jzkk!

Inche gabbana 07/07/2011, 15:50  

abe am: erk.. ye ke..? mana ada.. ni hasil karya orijinal tahu..? ohohoh..

betul2. kita kena jadi penoreh getah yg sgt berjaya! barulah boleh tarik org kepada kita..! aman.

p/s: eh? suka ati je bagi nama pak abu kan..? pak lain pon boleh! pak semail ke, pak osman ke.. hehe..

Inche gabbana 07/07/2011, 15:51  

wan: =) kalau kita sorang je yg terbantuit takpe lagi. ni disebabkan kelemahan dan kealpaan kita, org lain turut terbantut sama..! =(

jom kita improve dan perbaiki diri kita!

aslih nafsak, wad'u ghairak!

Inche gabbana 07/07/2011, 15:51  

enonimus II: V^^

Inche gabbana 07/07/2011, 15:52  

arissa myana: jgn singkirkan je. kita bakar sampai jadi abu..! hoh.

Anonymous 07/07/2011, 19:03  

oh
ttg inche-zulkifli-anda-tidak-mahu-berbelog-?...
sy pon setuju juga ^^

mbsms 11/07/2011, 04:18  

Salam~

Ades, Ada benda jatuh atas hidung.

Jahiliyyah = Chewing Gum.
[ sibuk je nak melekat-lekit sbb kita tak sibuk nak tarik buang ]

Inche gabbana 12/07/2011, 15:16  

mbsms: btol2. lama2 kalau kita tak nak buang, dia terus melekat kat situ jadi daging..! hohoho.. ^__^"

1453 14/07/2011, 11:10  

subhanallh... jazakallahu khairan katheera katheera katheera, i really needed that =_="

just like how we're worried about getting out of shape physically, that's exactly how we all should, MUST worry about our taqwa getting out of shape in front of Allah.

*nangis laju-laju diam-diam

tetiba je rasa takut 61:2

Inche gabbana 15/07/2011, 11:30  

1453: yes, can't agree more. but the thing is, it's easy for us to get carried away when it comes to our physique. but when it comes to our iman, taqwa and ruh... TT__TT

takpe, jgnt takut sgt. dalam surah yg sama allah bagi berita yg menggembirakan juga; 61:10-14

aman.

Anonymous 22/11/2011, 13:53  

Inche Gabbana.. walaupon agak lambat komen, tapi rasanya masih boleh cek tentang afterburn effect untuk exercise..

Haikal 26/10/2012, 10:21  

Sodaqta ya akhi.

Hmm. Mari kita tadabbur ayat 16 surah Al-Hadid sama-sama.

Wallahualam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP