19 July 2011

The Masquerading Tactic

Puan theonewhospiltthecoffee memanggilnya sebagai 'The Masking Effect' dan saya dengan sesuka-suki choka-choki menukarnya kepada 'The Masquerading Tactic' sekian terima kasih. Maka kredit sila berdiri tepuk tangan untuk beliau.

Dalam kamus tarbiyyahnya, the Masquerading Tactic ini bolehlah dipanggil kiat-kiat dakwah atau cara-cara untuk berdakwah. (Salah satu daripada begitu banyak cara-cara untuk berdakwah) 

Dan dalam bahasa yang lebih bergaya dan mudah untuk difahami; bagaimana mahu berdakwah dengan sungguh selamba tetapi kool sekali, tanpa menghilangkan maksud dan niat untuk berdakwah itu heyyy! 

Di sini saya kongsikan beberapa situasi dan cara konservatif/konvensional bagaimana kita menanganinya selama ini. Sebagai alternatif, juga disertakan cara moden yang sudah tentunya lebih hoyeeeaaah dan uhm uhm, angguk dua kali tanda anda setuju dengan kebergayaan cara ini, untuk menghadapi situasi-situasi tadi. 


Situasi 1: Nak mengajak rakan yang liat untuk pergi solat berjemaah.

Cara lama

Kita: Eh Sulaiman Akhlaken, jom kita pergi solat berjemaah jom..!
Sulaiman Akhlaken: Ala, ko pegi la dulu. Aku ada hal sket ni..
Kita: Eh jomlah teman aku. Pahala besar woo solat berjemaah nih! Ko tak nak ke pahala dua tujuh puluh kali ganda..??
Sulaiman Akhlaken: Err.. Nak! Tak takpe, kau gi dulu nanti aku join.
Kita: (Buat muka) Ok... (Beredar)

Kenapa cara ini kurang berkesan? 
Cara ajakan kita kurang menarik untuk rakan kita tu berikan perhatian. Tawaran yang diberikan adalah sesuatu yang maya, yakni tidak boleh dilihat dengan mata kepalanya. 

Cara Baru Yang Lebih Osem:

Kita: Panasss..! Panass...! Sulaiman! Lari lari...!! Panaaaasss...!
Sulaiman Akhlaken: Hah hah..?? Kenapa ni? Kenapa ni...??
Kita: Lari Sulaiman, lari..!! Panasss panassss...! LAAARRRRIIII CEPPPAAATTTT...!!

(Berlari pantas. Pastikan terus lari dan berlari sampai ke surau/masjid berdekatan)

Kita: (Mengah) Hah.. Hah.. Sampai pon.
Sulaiman Akhlaken: (Mengah jugak) Kau.. Kau ni pesal..?? Apa.. Apa yang panas panas tadi tu..??
Kita: Takde apa. Aku rasa panas semacam je rumah tu kalau orang kat dalam dia tak solat berjemaah. Eh, ha, dah azan dah pon. Jom kita amik wudhu'..?
Sulaiman Akhlaken: (Membuat muka seperti nak membaham)

Wahahaha..

Situasi 2: Kita nampak maksiat trang tang tang di depan mata. Nak buat apa..?

Cara lama

Kita: *koff koff* (sambil berlalu di tepi dan membenci dalam hati, dengan harapan orang yang buat maksiat tu terasa dan akan berhenti melakukannya)

Kenapa cara ini kurang berkesan? 
Orang yang larut dalam maksiat ni, selalunya tak pedulikan watak pipih macam kita ni. Dan mereka tak takut berani mati; sebab itulah mereka selamba badak buat maksiat di depan orang ramai. Maka tindakan yang lebih drastik diperlukan.

Cara Baru Yang Lebih Osem I 
Keluarkan handphone anda dan hafal dialog di bawah ini.

Kita: (Kuat) Ya Allaaaaahhh...! Betul ke ni...?? (Buat muka tertekan gila.) Kau jangan.. Kau jangan tipu aku...! Kena langgar sampai terburai otak...?? Ya Allahhh.... (Terduduk, kalau ada kerusi kat situ. Menangis dengan tersedak-sedak. Et lis buat-buat menangis.)

Kompem orang yang tengah buat maksiat tu, sama ada dia segan dan terus beredar atau dia akan datang pada kita sebab kesian kat kita. Wahahaha..

Cara Baru Yang Lebih Osem II
Kalau kita ni jenis muka tembok besar China, pergi duduk sebelah orang yang buat maksiat tu dengan muka selamba gaban, pandang jauh ke depan dan buat tak tahu dengan apa yang berlaku. Berlagak seolah-olah mereka tidak wujud. Mereka akan beredar tidak lama selepas itu (Peratus kejayaan: tujuh puluh empat peratus)

Cara Baru Yang Lebih Osem III
Hubungi rakan-rakan anda, lebih ramai lebih meriah. Bila dah cukup korum, ramai-ramai pergi ke tempat maksiat tu dan borak kuat-kuat, seolah-olah mereka yang sedang buat maksiat tu hanyalah sebutir pasir di tengah-tengah gurun. Buatlah apa-apa pon, asalkan orang yang sedang buat maksiat tu akan bersa janggal dan beredar.

Ketiga-tiga cara di atas adalah lebih kepada menegah perbuatan maksiat dilakukan secara trang tang tang, dan tidak bersifat mencegah dan mendidik.

Situasi 3: Kesukaran untuk menagajak/menarik rakan-rakan atau hadek-hadek kita berbulatan gembira

Cara Lama

(SMS)

Kita: Eh anda, Selasa malam ni percuma tak..?
Inche G: Percuma! Kenapa ek..?
Kita: Ha, semat dah tu. Takde apa, Selasa malam ni ada program best. Nak join..?
Inche G: (Senyap sebentar, mula mengesyaki sesuatu) Err, program apa..?
Kita: Aaaa... Ada duduk-duduk, minum-minum. Borak-borak sket. Jom ah! Best woo..
Inche G: (Senyap terus, tak balas langsung mesej kita)
Kita: (Wuwuwuwu.. TT__TT)

Kenapa cara ini kurang berkesan?
Bahasa yang digunakan terlalu obviyes. Dan dengan dia tidak membalas mesej anda, dia terselamat kerana di kemudian hari, dia mungkin boleh sahaja mendakwa yang dia tertidur sejurus selepas itu, dia terlupa untuk membalas, dia ada hal dan sebagainya.

Cara Baru Yang Lebih Osem

(SMS)

Kita: Weeyy..! Salaam! Buat apa tu..?
Inche G: Takde apa, tengah baring-baring ni.
Kita: Ooohh. Tengah percuma la ni eh..? Kat rumah ke ni?
Inche G: Haah, kat rumah. Percuma lah jugak.
Kita: Cantekkk. Saya dah kat luar rumah anda dah ni! Jom jalan-jalan? (Emoticon: Senyum besar nampak gigi)
Inche G: (Peluh besar) Oohh. Ok ok, tunggu jap. Aku siap-siap jap.

Ha, lepas tu pandai-pandailah anda nak berbulatan gembira bersamanya! Wahahaha..

Situasi 4: Dakwah fardhiah. Bagaimana mahu menyentuh hati bakal-bakal mutarabbi (orang yang bakal dibulatan-gembirakan) dengan cara yang paling berkesan..?

Cara lama
Selalunya kita akan mengajak pergi makan, main boling, jalan-jalan dan sebagainya. Habis baik pon kita akan membelikan hadiah, menghantar mesej-mesej menanam tebu di pinggir bibir (cara ini mungkin kurang berkesan di kalangan lelaki) dan menziarahnya di rumah.

Kenapa cara ini kurang berkesan?
Kadang-kadang berkesan sebenarnya, espeseli untuk bakal mutarabbi yang sungguh suci lagi hanif. Tetapi memandangkan bulatan gembira sudah semakin feymes dasawarsa ini, ramai di kalangan mereka yang sudah boleh menghidu taktik-taktik mencandat sotong ini.

Cara Baru Yang Lebih Osem I
Ketika si bakal mutarabbi mahu pulang ke kampung (hanya boleh diaplikasikan kepada mutarabbi yang tinggal jauh)

(Di stesen bas/keretapi. Saya membayangkan saya seorang akhawat pula. Hohoho..)

Kita: Eh nak ke mana tu..?
Puan S: Err, nak balik kampung lah! Kan dah start cuti..?
Kita: Ooohh.. Nak turun mana ni?
Puan S: Muar.
Kita: Eh..? Biar betul ni..?? Saya pon nak ke sana ni! Boleh la kita pergi sekali.
Puan S: Eh boleh boleh! Best juga kalau ada geng nak balik..!

(Sampai di Muar)

Puan S: Eh, nak beli tiket ke mana tu..?
Kita: Nak balik KL balik.
Puan S: Eh..?
Kita: Memang saya sengaja nak ke Muar semata-mata nak hantar anda balik pon. (Senyum sambil memandang ke depan, kenyit mata seorang-seorang)

Kompem mutarabbi tadi sujud pembebasan. Peratus kejayaan: Seratus peratus. (Ini kisah benar. Memang dah ada orang buat. Hohoho..)

Cara Baru Yang Lebih Osem II

Kita: Assalamu a'laikum! Oooohh assalamu a'laikum..! Enibadihom..?
Mahmud Danial: Waa'alaikumussalam. Eh Abang Shinji Kawamura..! Masuklah!
Kita: Eh takpe takpe. Ni nak bagi kek coklat berkacang badam kegemaran anda ni. Baru je keluar dari ketuhar ni. Saya yang buat tahu..? Oktengsbai! (Beredar pergi sambil membuat isyarat aman.) Assalamu a'laikum!
Mahmud Danial: (Mata berkaca-kaca)


Ok kalau anda mampu buat sebegini, saya pon nak masuk bulatan gembira andalah! [Kredit]

Pokok pangkalnya, mainlah dengan hatinya. Sekeras dan sebatu mana pon hati seseorang itu, kalau kena dengan tekniknya, pasti akan cair menitik-nitik..!

Situasi 5: Nak menegur hadek-hadek bulatan gembira yang ada masalah tertentu. Contoh: Masalah pemarah, masalah kedekut dan masalah kapel.

Cara Lama

Kita: Eh.. Tak baik tau anda (Isi masalah) tadi.. Orang semua perasan.
Adik B: Eh. Ye ke..? Sorry..
Kita: Takpe. Anda ok ke ni..? Kalau ada masalah bagitahu lah..
Adik B: Eh, ok je.. (Senyap. Kemungkinan akan senyum kelat.)

*Weird weird moment*

Kita: Ok...

Kenapa cara ini kurang berkesan?
Manusia secara fitrahnya tidak suka ditegur secara terus/direct. Kemungkinan besar akibat ego yang besar (esepeli untuk lelaki), mereka tidak dapat menerima teguran secara jujur walaupon ikhlas.

Cara Baru Yang Lebih Osem I (Untuk masalah pemarah)

Kita: Weh!
Adik B: Uhm?
Kita: Anda tahu tak tadi..? Kat universiti tadi, ada seorang mamat ni entah kenapa entah, tiba-tiba je macam kena rasuk. Dok marah-marah. Semua orang kena bantai dengan dia..!
Adik B: Eh? Kenapa sampai macam tu..?
Kita: Entah. Tapi kan, buat malu je. Malu kat dia la. Bila dia marah-marah tu, sebenarnya dia memalukan dia sendiri! Semua orang dok tengok, semua orang dok cakap belakang-belakang.
Adik B: (Fokus)
Kita: Bayangkan dia berada di tempat orang yang dia marah-marah tu, apalah agaknya perasaan dia.. Haish.
Adik B: (Senyap)

Anda agak-agak berjaya tak cara ni..? Hihihi..

Cara Baru Yang Lebih Osem II (Untuk masalah kedekut)
Anda belanja dia sampai lebam; sampai dia segan. Satu hari tu buat-buat lupa wallet, dan bagi hint untuk dia tolong bayarkan. Insha-Allah, apabila dia sudah mula biasa berbelanja untuk orang lain, hilanglah sifat kedekutnya itu. (Ini juga kisah benar)

Cara Baru Yang Lebih Osem III (Kapel)
Mula-mula kenal dahulu hadek anda itu. Kenal dia sampai anda tahulah dia ada tahi lalat belakang siku itu. Kemudian bila dah rapat, sibukkan dia dengan dengan pelbagai aktiviti riang gembira. Jangan biarkan dia selalu berseorangan (kalau tak mustahillah) dan selalu bertanya khabar. Jangan sentuh langsung pasal masalah kapelnya itu. Sehinggalah dia sudah benar-benar percaya pada anda dan dia sendiri yang bercerita tentangnya kepada anda. Ha, ketika inilah baru anda mula memasukkan jarum-jarum peniti, paku papan dan juga paku-pakis. Wahahaha.. (Cara ini mungkin mengambil masa tapi Insha-Allah sangat-sangat berkesan. Peratus kejayaan: Lapan puluh lapan peratus. Dan ya, ini juga kisah benar hey!)


Bila kena masanya, barulah tembak tepat pada hatinya! Wahai! [Kredit]

Pendek kata, anda perlulah menggunakan 'bahasa mereka' ketika mahu menegur hadek-hadek bulatan gembira anda, dan bukannya 'bahasa anda.' Kenalpasti masalah sebenar dan tegurlah dengan penuh kasih-sayang dan berhikmah. Insha-Allah, Allah akan tunjukkan jalan.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]

Ok itu sahaja untuk hari ini. Rasanya ada baaannnyyaaakkk lagi situasi-situasi yang memerlukan perhatian segera kita sebagai seorang dai'e. Dan untuk menyelesaikannya, pastilah kita memerlukan cara yang sumpah osem yang lebih efektif dan efisien. Insha-Allah di lain masa saya akan kongsikan lagi.

Eh seperti biasa, kena letak juga diskelemer di sini. Saya tidak bertanggungjawab di atas segala kehilangan nyawa, harta benda mahupon kucing peliharaan anda sekiranya anda bertekad untuk mencuba cara yang saya syorkan di atas tahu..?? Cuba pada risiko anda sendiri! (Baca: Try at your own risk)

Selamat ber'masquearade' demi dakwah dan tarbiyyah..! Wahahaha..

-gabbana-

30 Caci Maki Puji Muji:

mbsms 19/07/2011, 17:19  

Salam~

Wallahi, out of the BOX ! XD

mnazruladnan 19/07/2011, 17:31  

walaweee....... marbeles la...

I 19/07/2011, 19:02  

sangat suka n appreciate idea2 hoyeah anda.
dan selalu cube melaksanakan idea walau segila apapon...
sebab, selalu menjadi, kalau tak menjadi pon akan syok sendiri juga. wahaha...
JZKK
barakallahu fiik

Zulkifli 19/07/2011, 20:48  

Jazakallah!
Hujung minggu lepas dalam daurah ada bincang tentang cara mengubah manusia.
The only way to change a human being is by touching his heart and the only way to touch his heart is by hikmah.
Dan hikmah itu adalah milik Allah yang akan dikurniakan kepada orang yang melakukan sesuatu perkara sebaik mungkin (ihsan).
So, no matter what the methods may be, do it as best as we could and insyaAllah, He will grant us hikmah to touch our mad'u's heart.

:)

a d i n 19/07/2011, 22:06  

Salam bro, aku ni lampik sikit la.. bulatan gembira tu apa eh? lost sket, huhu..

Anonymous 19/07/2011, 23:07  

bulatan gembira itu usrah..tolong jawab bg inche gabbana

Anonymous 20/07/2011, 08:37  

hahaa..terbaekklah !

victoriasecretangel 20/07/2011, 22:30  

dlm situasi Cara Baru Yang Lebih Osem I tu kan..i wonder how situasi tu berkembang mesti menarik like makcik kaunter tiket mesti hairan tgk Puan S turun dgn stranger coz kebiasaan Puan S turun sorang atau dgn kwn same jantina..same goes to husband Puan S reaction bila Puan S pulang dgn lelaki single untuk berbulat gembira..phew..kisah ni mesti berakhir either dgn pembunuhan atau perkahwinan Puan S kali ke 1.5..omg!

cahayalembut 21/07/2011, 14:12  

JZKK untuk the masquerading tactic ini. Sangat-lah osemm!

btw, teringat video IniAnwarHadi tentang solat berjemaah. Beliau ada lakonkan macam mana cara nak ajak kawan pgi solat berjemaah :)

Inche gabbana 21/07/2011, 15:53  

mbsms: tu diaaa.. siap wallahi lagi tu..! ^^"

moga bermanfaat ntok kita semua iAllah.. ;)

Inche gabbana 21/07/2011, 15:56  

nazrul adnan: woah, suka la perkataan marbeles tu! nnt boleh guna dalam belog ni. hehehe.. boleh tak..? ke ada kopirait..? ;p

Inche gabbana 21/07/2011, 16:01  

I: uik, anda betul2 apply ke..? ^^" boleh kongsikan apakah hasil/kesannya..? Ada yg jatuh gaung tak..? Wahahaha.. eh.

ok, harapnya bermanffat dan harpnya bolehlah tambah ke dalam amanah saham sorga saya ye..?? ;)

jzkk!

Inche gabbana 21/07/2011, 16:05  

zulkifli: suka ngan komen anda.

hidayah itu milik allah. tapi kitalah yg bertanggungjawab untuk membuka pintu-pintu hati manusia di sekeliling kita, supaya hidayah tu boleh masuk..! ;)

peace.

Inche gabbana 21/07/2011, 16:06  

a d i n: hahaha.. enonimus dah tlg jawabkan. (tengs enonimus)

nama manja/tak berapa keras bagi, err, halaqah. hihihi.. ;)

Inche gabbana 21/07/2011, 16:07  

victoriasecretangel: erk. rasanya anda salah faham kot.

dalam situasi tersebut, kan saya tulis yg saya membayangkan diri saya sebagai seorang akhawat, yakni perempuan..?

harap tak konpius. hohoho..

Inche gabbana 21/07/2011, 16:07  

cahayalembut: oh..? menarik! mungkin anda boleh kongsikan..? jzkk! ^^

victoriasecretangel 21/07/2011, 16:19  

opss sori ye gabana..

sy pembaca baru blog anda so agak keliru dgn term2 dakwah ni hihi..

maafkan juge jika komen sy tu tak sesuai..sy budak baru belajar hihi:)

Anonymous 21/07/2011, 21:44  

inche gabbana...camne nak dakwah kat org yg merokok nie especially adik beradik kita..seorang adik perempuan kpd kepada sorang aban...hohoo

cahayalembut 21/07/2011, 21:49  

Nah, link kepada video 27 kali ganda :)

http://www.youtube.com/watch?v=m6zw5XRkcd0

Selamat menonton dan menyebarkan kepada yang lain ^_^

al-razi 22/07/2011, 03:56  

salam, berkenaan bulatan gembira tuh, pernah ada yg pernah buat mcm tuh kat adik2 baru-- kta nak ajak g mkn2 tgk2 ada program rupanya..natijahnya adik2 hilang kepercayaan n rasa ditipu.

konklusinya--lebih baik berterus terang drpd berkias-kias tntg program.kalau dorg x nak join IA ramai lagi nk join.
Allah pandg usaha bkn natijah.

btw-nice uslub dakwah. boleh dipraktikkan. jzzk.

theonewhospiltthekopi 22/07/2011, 22:54  

whoa...sy bru bc post anda harini...

jzklh khr inche gabbana for the credits...semoga post ini berpahala

tahniah for the briliant ideas..

semoga kita dpt aplikasikannya dlm kehidupan dan belajar dr kesilapan..

"make dakwah as natural as possible"


wallahua'lam :)

Inche gabbana 25/07/2011, 09:35  

victoriasecretangel: eh tadehal la. takde masalah.

beselah tu. kalau salah, kita sama2 tolong tunjukkan. itulah semangat dan ruh dalam berdakwah..! ;)

selalu2lah datang ziarah dan komen lagi ye? ^^

Inche gabbana 25/07/2011, 09:38  

enonimus II: hohoho.. sgt mencabar. sy pon ada abang ye merokok juge. ^^"

tapi kalau anda tanya, pada pendapat saya, tak boleh nak terus cakap "rokok tu haram" dan bla bla bla.

realisation tu kena datang dari hati dia sendiri, baru dia faham dan sedar kenapa kna tinggalkan rokok.

so proses nak bagi dia terjaga dan tersedar tu, of kos lah melalui tarbiyyhay yg berterusan. bawak dia kenal allah dulu, kenal rasulullah sume2 tu.

IAllah satu hari nnt, dia akan tinggalkan jahiliyyah2 dia. dan ini lebih berkesan sebab dia tinggalkan atas kerelaan dan kefahaman yg terbit dari hati dia sendiri. ;)

tapi mcm susah dan lama lah. espeseli ngan ahli keluarga sendiri. huhuh.. TT__TT

allahu a'lam.

Inche gabbana 25/07/2011, 09:38  

cahayalembut: jzkk. belum lagi berkesempatan ntok tfk. =(

Inche gabbana 25/07/2011, 09:41  

al-razi: uhm, saya kurang bersetuju dgn anda.

DF ni ada byk caranya; tak semestinya belanja makan sume2 tu je. plus, kita tak boleh la nak gopoh. kalau baru sekali dua DF, takkan terus nak ajak usrah kan..?

keyword dia kna byk bersabar dan jgn gopoh. ada seorang akh ni, amik masa nak dekat setahun baru dia ajak usrah! subhanallah..

bina dulu hubungan hati dengan kasih sayang. berterus terang mungkin salahs atu caranya, tapi bukan sume org boleh terima apabila kita berterus-terang.

betul, ramai lagi yg nak buat D&T ni. tapi sgt rugi dan sedih bila melihat logam2 hebat lari dari kita depan mata kita sendiri kan..?

so kena sgt berhati-hati dan berstrategi dalam berdakwah ni.

allahu a'lam. maaf seandainya ada tersalah kata.

Inche gabbana 25/07/2011, 09:42  

theonewhospiltthekopi: semoga menjadi saham sorga ntok anda juga, biidznillah.

dakwah akan jadi natural bila ia dilaksanakan dengan penuh keikhlasan yg terbit dari hati yg faham. ;)

amann.

aisya 27/07/2011, 09:15  

saya bersetuju dengan al-razi. saya pernah menjadi salah seorang mangsa yang ditipu kata ada makan2 tapi sbnrnya program.




tapi. disebabkan itu jugak la hati saya terbuka untuk join QC. pada saya bila dah kene tipu tu janganlah terus menolak kerana rasa tertipu. tengok pada side yang lebih baik. kalau kene tipu tapi kita dapat sesuatu yang lebih berharga why not we give it a try. and yes hati saya terpaut untuk join w/pn mula2 tu memberontak jugak.

p/s: saya tak kata saya setuju dengan taktik mcm tu. ia mungkin berkesan untuk sesetngah org je.

Inche gabbana 28/07/2011, 15:30  

aisya: terima kasih ntok komen anda.

yep, there's no such thing as 'the rule of thumb.' lain org, lain kuncinya untuk membuka pintu hatinya..! ;)

'tipu' untuk ajak orang berdakwah iAllah sgt bergaya..! ;D

al-razi 04/08/2011, 02:25  

salam inche gabbana, nampaknya inche tersalah sangka dgn sya, bkn hendak menidakkan uslub sebegini tapi sebolehnya sebagai seorang daie yang mengajak orang ke arah kebaikan, alangkah indahnya kalau kita ajak org tanpa diselitkan dgn perbuatan kiasan..
nasib baik dlam kes aisya dia nak jugak,kalau org bkn macam aisya, dia lari dr kita kemudian sebar-sebarkan...kan dh membawa fitnah pada jemaah..nauzubillah hi min zalik

apa2pun, mmg bnyak lagi uslub dakwah n yes ia berbeza untuk setiap org n yes mmg nak Df org tu sgt lma..i know..

ramadhan kareem..

Anonymous 11/09/2011, 18:24  

cara 'trick' adik2 into going to program tarbiyah by telling nk makan2 or sumting like dat, kemungkinan untuk berjaya mmg ada

tp once backfired, beberapa org nak kuar secara berjemaah,after a few yrs of tarbiyyah.
macamana tu eh?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP