5 May 2011

Kisah Manusia Normal Berjiwa Super Saiya

[Kredit]

Anda kenal dengan Thufail bin Amr' ad-Dausy r.a.? Apa..?? Tak kenal..? Ok kalau tak kenal sila terjun dari tingkap lima belas sekarang juga.

Eh eh jangan terjun lagi! Wahahaha.. Anda ni, tak kool lah! Nak bergurau-senda pon tak boleh! Haih...

Ok ok, sebelum saya melalut entah ke mana, mari saya kongsikan dengan anda bagaimana Thufail boleh termasuk 'perangkap' Nabi SAW dan kemudiannya menjadi seorang muslim yang Super Saiya peringkat ketiga.

Thufail adalah seorang bangsawan yang sangat disegani dan dihormati di kalangan kaumnya, kaum Daus. Dia adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan amat mengambil berat tentang kebajikan kaumnya. Ok ayat-ayat skema dalam buku teks di situ.

Apa-apa jalan, suatu hari dia ke kota Mekah untuk melakukan ritual ibadah jahiliyyah ketika itu. Sebagai seorang bangsawan, dia telah menetap di rumah yang disediakan khas oleh para pembesar Quraisy untuk para pemimpin seperti dirinya itu.

Di rumah itu, otaknya telah dicuci, disental dan diklorokkan oleh para pembesar Quraisy tentang 'bahaya'nya dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW. Dia telah diyakinkan supaya tidak mendekati Muhammad SAW kerana dikatakan baginda menguasai sihir super yang boleh merasuk sesiapa sahaja yang mendekatinya.

Punyalah yakin si Thufail ni dengan dakyah yang disebarkan oleh kuffar Quraisy, sehinggakan ketika dia mahu keluar untuk beribadah, dia akan menyumbatkan kapas ke telinganya untuk mengelakkan dirinya 'disihir' oleh Muhammad SAW. Jadi suatu hari thufail pergi untuk beribadah di hadapan Kaabah dengan telinganya yang disumbati dengan kapas.

Ketika masuk ke perkarangan Kaabah, dia melihat Nabi Muhammad SAW sedang beribadah (solat) di hadapan Kaabah. Sungguh pelik cara mamat ni beribadah, fikir Thufail. Lain sungguh dengan cara masayarakat Arab jahiliyyah beribadah, menyembah berhala mereka. Entah bagaimana, Thufail terdengar bait-bait suci yang keluar daripada mulut Nabi SAW, walaupon dengan telinganya yang sudah tersumbat.

Dek tertarik dengan bacaaan suci ayat-ayat al-Quran itu, Thufail pergi mendekati baginda. Semakin dekat dia dengan Nabi SAW, semakin jelas kedengaran bacaan baginda dan semakin tertariklah Thufail dengan bacaan tersebut.

Lantas Thufail memaki dirinya sendiri dengan berkata:

"Betapa celakanya engkau, hai Thufail! Engkau seorang pujangga dan penyair. Engkau tahu membezakan mana yang indah dan yang buruk. Apa salahnya kalau engkau dengarkan dia bertutur ? Mana yang baik boleh engkau ambil, mana yang buruk tinggalkan!"  

Lantas Thufail menanggalkan kapas daripada telinganya dan dapat mendengar dengan lebih jelas mesej-mesej suci lagi indah yang dilafazkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan bak kata omputih, selebihnya adalah sejarah. Thufail akhirnya berjaya 'disihir' oleh Nabi SAW dan bak kata omputih lagi, dia tidak pernah pandang ke belakang lagi selepas itu. 

Thufail dikenali sebagai seorang sahabat yang amat cintakan Allah dan rasulNya. Dia pulang ke kaumnya selepas itu dan berhasil mengIslamkan lebih lapan puluh keluarga ramainya, yang semuanya ikut berhijrah ke Madinah selepas perang Khandaq. Thufail syahid ketika berjuang menentang para murtad ketika Perang Yamamah.  

Ok itu cerita Thufail. Bagaimana pula dengan Usaid r.a., salah seorang Ansar yang terawal memeluk Islam? Anda pernah mendengar kisahnya..? Tak pernah jugak..? Ish ish ish.. Anda mesti tahu dari Alif sampai Ya kalau saya tanya pasal Michael Jackson, Mahatma Gandhi atau Sudirman kan..? Tapi kalau pasal sahabat dan sahabiah... Geleng kepala.

Eh, bunyi apa tu..? Macam bunyi terkoyak.

Wahahaha.. Eh gurau lagi. Marah ke..? Eh tak boleh marahlah kalau masuk belog ni. Belog ini hanya ntok orang-orang yang kachak dan bergaya yang tak reti nak marah! Hihihi.. Kecuali pada perkara-perkara yang berhak untuk dimarahi. Peace.

Ok, berbalik kepada Usaid r.a.. Cerita terjerumusnya Usaid ke dalam Islam juga tidak kurang menariknya. Ketika Mus'ab bin Umair menjadi naqib atau duta Islam ke Madinah, diceritakan betapa hebatnya dakwah Mus'ab sehinggakan tiada satu rumah pon yang tidak pernah dikunjungi Mus'ab untuk menyampaikan Islam.

Ketika Mus'ab sampai di perkampungan bani Abdul Asyhal untuk menyebarkan Islam, Sa'ad bin Muadz, pemimpin suku kaum tersebut menjadi berang lantas mengarahkan Usaid, seorang samseng tegar di kalangan bani Abdul Asyhal untuk menghalau Mus'ab. Sambil membawa lembing dengan wajah yang cukup taiko, Usaid mengherdik Mus'ab dengan berkata:

"Buat apa kau kat sini..?! Cepat berambus dari sini!"

Dan Mus'ab, being my super-hero, membalas dengan cukup tenang dan bergaya:

"Chill dulu bro. Cuba lek dulu, dengar apa yang aku nak cakapkan. Kalau suka, kau ambillah bawak balik rumah. Kalau tak, aku tak paksa apa-apa pon. Amacam..?"

Usaid berfikir sejenak dan bersetuju dengan unjuran Mus'ab itu. Dan selepas mendengar dakwah yang dibawa oleh Mus'ab, Usaid terus jatuh chenta pada Islam dan memeluk Islam trang tang tang ketika itu juga...! Subhanallah..!

Dan sekembalinya Usaid kepada Sa'ad, dia juga menyuruh Sa'ad untuk berjumpa sendiri dengan Mus'ab. Dan perkara yang sama turut berlaku kepada Sa'ad..! Sa'ad akhirnya menjadi muslim sejati yang akhirnya syahid di medan Khandaq..! Walaweh...! 




Mus'ab, Thufail dan Sa'ad bin Muadz (dan mungkin juga Usaid, saya tak pasti) semuanya syahid di jalan Allah. Pastinya syurga itu sudah terjamin untuk mereka. Kita...?? TT__TT [Kredit]

Bagaimana..? Anda teruja bukan mendengarkan kisah-kisah sebegini? Tapi kita bukan hanya mahu syok mendengar kisah-kisah seperti ini. Syok memanglah syok, tapi yang lebih utama dan bermakna adalah ibrah atau pengajaran yang kita boleh ambil daripada dua (tiga kalau ambil kira Sa'ad) kisah ini.

Tetapi memandangkan post ini sudah pon panjang berjela-mela, saya berhenti di sini dahulu. Lagi pon, anda pon tahu hobi saya bukan..? Saya suka biarkan anda terseksa untuk memikirkan apakah pengajaran daripada penulisan atau perkongsian saya. Hihihi.. Eh bagus la tu kan..?? Takdela saya menggalakkan anda menjadi bangsa yang malas berfikir, hanya bergantung harap kepada kerajaan untuk menghulurkan bantuan ini dan itu! Eh tiba.

Ok selamat berfikir! Dan sila jangan malu-malu untuk lontarkan pendapat dan kongsikan pengajarannya di bahagian 'Caci-maki Puji-Muji' ok..?? Tengs banyak-banyak!

-gabbana-

Hihihihi.. Gelak sorang-sorang sambil tutup mulut penuh sopan.

12 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 05/05/2011, 12:38  

haha, kelakarnya anda ini. saya ada pengajaran tapi saya tunggu pengajaran yang inche cakap nantilah !

Anonymous 05/05/2011, 13:34  

yg sy tahu, mus'ab mmg tidak pernah mengecewakan..cerita apa sahaja tentangnya, pasti jiwa bersemangat kembali!!!!

Merentas Horizon 05/05/2011, 14:59  

I adore Musab.. melangkah tak pernah mengalah hingga gugur syahid. T_T

ok, wish us trying to be like him!

mesin basuh 05/05/2011, 16:32  

mereka lah logam2 yang hebat, sesuai hadis logam feveret.
saatnye meninggalkan idola2 pop kontemporari n lakukan dasar pandang ke belakang...
supaya boleh menjadi logam yang tak kalah hebatnye.

Zulkifli 05/05/2011, 17:48  

All of them have one thing in common: they give a chance for hidayah to enter their hearts, and it does!
Just by listening with an open mind for a few minutes, they have received the greatest gift of iman.
Jadi, apalah salahnya kalau kita beri peluang dan dengar sekejap apa yang ingin disampaikan oleh naqib/murobbi/abang yang selalu sms ajak makan, entah-entah ini adalah cara Allah sentuh hati kita.

Jazakallah, Encik Gabbana!

Al-Mufakkir Hamidi 05/05/2011, 23:51  

Salam.

biasanya kita melihat pada 3 orang sahabat ini (Thufail, Usaid dan Sa'ad), macam mana mereka menerima Islam. sehingga kita terlupa orang yang menjadi asbab mereka memeluk Islam.

Lihat bagaimana Rasulullah, 'mendendang'kan bacaan Al-Qur'an dengan penuh kasih sayang ,sehinggakan menusuk ke telinga Thufail yang telah pun disumbat kapas.

Dan lihat bagaimana Mus'ab dengan penuh tenang dan yakin akan pertolongan Allah (plus dengan kata-kata yang penuh kasih), menjadi asbab kepada keIslaman Usaid dan Sa'ad.

oleh itu, hendaklah seorang da'i menyampaikan dakwahnya dengan penuh kasih sayang (plus Ikhlas), walaupun lawannya (objek dakwah) tidak menyukainya.

*Sentiasalah Senyum Sokmo.

Salam.

Inche gabbana 06/05/2011, 17:42  

enonimus I: jadi bagaimana? pengajaran saya sama tak macam pengajaran anda..? ;)

Inche gabbana 06/05/2011, 17:42  

enonimus II: kan...?? Mus'ab memang torbhhhaaiikk...! teringin sgt88x nak jumpa dia di sorga nnt...!! amiinn!

Inche gabbana 06/05/2011, 17:43  

merentas horizon: eh, knapa lak nak wish2..?? takyah wish2..! kena usaha gigih tahap superman ntok jadi macam dia..! xD

Inche gabbana 06/05/2011, 17:44  

mesin basuh: kita juga logam2 yg hebat iAllah. tinggal nak gilap dan bentuk sahaja..! ;)

jom sama2 kita polish bagi bersinar-sinar..! xD

Inche gabbana 06/05/2011, 17:45  

zulkifli: well said, well said.

indeed, itulah pengajaran besar yg saya dapat pon dari kisah mereka. bagi can dulu, baru tahu! belum cuba belum tahu..! ;)

jzkk kepada anda juga..! ^^

Inche gabbana 06/05/2011, 17:46  

hamidi: cantik sekali di situ.

samalah mcm umar. ramai org igt umar peluk Islam sbb dgr adik dia baca quran. sedangkan sebelum tu dah byk peristiwa2 yg menyebabkan dia tertarik dgn islam.

seorang dai'e kena guna semua sarana yg ada untuk tarik org kepada Islam, dan tak boleh berputus-asa..!

jzkk atas pandangan! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP