20 April 2011

...Tapi Menjadi Inche Anak Yang Bergaya Memang Sukar.

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, Inche Abang Sulong bercerita yang bateri keretanya mati malam semalam, disebabkan air bateri tidak pernah diganti. Maka dia terpaksa membeli bateri kereta baru memandangkan bateri yang mati itu sudah betul-batul mati dan tidak dapat dihidupkan lagi walaupon menggunakan teknik CPR mahupon pengecas dada elektrik itu hey! 

Inche Papa berasa hairan mendengar kenyataan tersebut. Menurutnya, bateri kereta untuk kereta-kereta baru sepatutnya tidak lagi menggunakan air. (Kereta Inche Abang Sulong agak baru)

Maka berlakulah perbualan, yang bertukar menjadi raksasa gorgon, eh, perdebatan antara Inche Abang Sulong dan Inche Papa. Inche Abang Sulong menegaskan bateri keretanya adalah bateri kereta yang menggunakan air, sedangkan Inche Papa mengatakan tak mungkin kereta baru menggunakan bateri yang 'berair'. Masing-masing berdegil dengan hujah masing-masing.

Saya dan Puan Mama di belakang hanya berpandangan satu sama lain.

Sehinggalah saya berasa rimas dan tidak tahan lagi dengan perdebatan tersebut dan mengambil keputusan untuk masuk campur.

"Inche Papa, terima je la apa yang Inche Abang Sulong cakap tu. Tu kereta dia, dia tahulah..!"

Inche Abang Sulong bertambah semangat kerana ada pihak yang menyokongnya.

"Entahnya. Tu kereta [Inche Abang Sulong], [Inche Abang Sulong] tahulah! Kawan-kawan [Inche Abang Sulong] pon pelik kenapa kereta tu pakai bateri air, tapi dah bateri air, nak buat camne..?? Yang Inche Papa nak marah-marah ni kenapa..??"

Dan perdebatan itu diteruskan lagi. Sehinggakan Puan Mama turut menyertai peperangan tersebut. Of kos la Puan Mama menyebelahi pihak Inche Papa. Dan beberapa kali Inche Papa tergelak besar melihatkan reaksi Inche Abang Sulong yang err, sedikit emo. (Maka walaupon ia sebuah perdebatan yang sengit lagi panas, namun disejukkan sedikit-sebanyak dengan reaksi Inche Papa itu)

Sehingga kami hampir sampai ke Stesen LRT pon, perdebatan tersebut masih belum selesai.

"Inche Papa, balik nanti Inche Papa check bateri kereta tu. Kalau betul bateri air, Inche Papa sms Inche Abang Sulong. Kalau tak betul pon, sms jugak. Abes cite..!" Kata saya.


Kalau kami kecil-kecil seperti dahulu, pasti sudah dipukul! Hoh. [Kredit Gambar]

Keluar sahaja dari kereta, perasaan menyesal tahap Ten Shin Han menyelubungi saya. disebabkan oleh dua perkara:
  1. Terasa topik yang diperdebatkan tu sangatlah tidak berfaedah
  2. Tidak dinafikan di dalam kehangatan perdebatan itu, beberapa kali juga saya meninggikan suara. Ego..?
Perkara kedua itulah yang membuatkan saya rasa betul-betul bersalah.

Semenjak dahulu saya bukanlah seorang anak yang betul betul baik lagi berakhlak mulia *koff koff*. Saya adalah seorang yang sangat panas baran, tidak sabar dan cepat melenting. Selalu sahaja terlepas pada Inche Papa dan Puan Mama. Alhamdulillah, selepas mengikuti siri-siri bulatan gembira dan konferens riang, setelah mendapat sentuhan tarbiyyah, saya merasakan banyak perubahan yang berlaku pada diri saya.

Namun part itu yang masih gigih berusaha untuk mengubah diri. Saya masih ingat ketika ber'jaulah' bersama mereka berdua ke Itali pada tahun lepas, banyak kali juga saya hilang sabar dan melenting pada mereka berdua. Astaghfirullahal adzim.. Sehingga Puan Mama mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengoyakkan jiwa...

"Puan Mama rasa bila Puan Mama dan Inche Papa dah tua nanti, mesti bukan [Inche gabbana] yang jaga kami, sebab [Inche gabbana] ni tak sabar orangnya..."

Air mata mengalir laju, tak terhenti-henti.

Jadi setiap kali saya terlepas atau meninggi suara atau melenting pada Inche Papa dan Puan Mama, pasti saya akan bermuhasabah lama, menyesali apa yang telah berlaku. Selalunya saya akan memarahi diri sendiri dengan berkata:

"Apa la kau ni [Inche gabbana]! Kata je dah ikut tarbiyyah.."

atau

"Ish kalau macam ni sama je la macam dulu. Tak qudwah langsung..!"

atau

"Buat malu je kau ni [Inche gabbana]! Macam ni macam mana nak sentuh hati Inche Papa dan Puan Mama..??"

Tunduk malu penuh keinsafan.

Begitulah. Bukankahterlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith yang menekankan kepentingan untuk taat pada ibu dan ayah..?? Allah berfirman:

"...Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” 
[al-Isra', 17:23-24]

Cakap 'ah' pon tak boleh, apatah lagi meninggi suara dan melenting dan tak sabar dan macam-macam lagi lah..! Hadohai. Dan entah berapa banyak tak terkira oleh kalkulator Casio fx-570MS jasa-jasa dan pengorbanan mereka terhadap diri ni. Sungguh anakkku Sazali saya ini.

Jadi pagi ini, selepas peristiwa tersebut, memang saya amat dihantui lah oleh perasaan kekesalan. Lantas sejurus sampai di tempat kerja, saya terus mengsms Inche Papa yang berbunyi:

"Inche Papa, sory bout diz mrning. I shouldn't have involved myself. sory kalau kecik ati... [emoticon berwajah sedih]"


Inche Papa..! Ampunkan anakmu ini..! Wuwuwu.. TT__TT [Kredit Gambar]
 
Uhm uhm.

Moga Inche Papa memaafkan anaknya yang kurang sopan ini. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang bertimbun-timbun ini.

-gabbana-

16 Caci Maki Puji Muji:

~Суара Табир~ 20/04/2011, 15:27  

erm..yup betul2, darah muda lah katakan, that's why kena slalu mntak maaf...respect inchik gabbana mampu merendah ego tuk send that msg..
allah alam

Papa 20/04/2011, 15:48  

Papa maafkan Adam

zulaikha 20/04/2011, 16:00  

salam ziarah :)

inche gabbana, sy pun mahu post soomething about parents dlm blog, cme belum berkesempatan..

memang, sebagai anak, sy sendiri mengaku sy juga cepat melenting, tambah2 bila parents tidak se'fikrah' dengan kita ( triple tee underscore triple tee ), tapi doa selalu agar kita bukanlah seorang pendendam.

di situ dipujuk hati agar memahami karenah parents yg sering sabar dengan karenah kita waktu kecik2 dulu.

alhamdulillah, kita hanya manusia biasa. insyaALLAH, byk2 muhasabah...x lari dr melakukan khilaf (credit to Syariful Bahri)

terimah kasih atas perkongsian =)

ps : bagusnya inche papa bce blog anaknya sendiri, alhamdulillah

Payung kecil 20/04/2011, 18:37  

Hoho ketika membaca entry kali ni, saya pun terfikir macam mana perdebatan tu boleh menjadi hangat :D

Syukur sbb Allah still kurniakan perasaan bersalah tu yang mendorong inche gabbana minta maaf dekat inche papa.

Pernah dengar hadith ni,

A man once said to the Prophet Muhammad(pbuh):"Teach me some words that I can live by. Do not make them too much for me, lest I forget."

The Prophet replied: "Do not become angry."

-Al-Muwatta,Volume 47, Hadith 11-

itachi 20/04/2011, 20:40  

ohh..saya rasa susahnya nak menutur maaf tu dgn mak ayah dgn sebenar2 mntk maaf..padahal byk wat salah T_T

theonewhospiltthekopi 21/04/2011, 01:31  

hmmm sy pon mengalami bende yg same dgn iche gabbana.. dan bende tuh lah menghantui sy sampai skarang....

" nama jek join d&t tp dgn parents sendiri pon perangai xbtol"

mungkin sbb dh terbiase dr kecik nmpk "qudwah" dr abang2 sendiri mcm tuh...

sy boleh jd giler sorang2 memikirkan hal ini shj...

apa bezanya dgn org lain kalo kite pon xpndai treat our parents how Islam teaches us to do it kan?

tp mmg susah..n masih lg gagal...

tp semua tuh bg sy tergantung kpd iman kita kan...

iman jek yg blh buat kita sbr...

so kuatkan iman, tingkatkan amal :)

sama2 kita berdoa kita semua dpt jadi anak yg sepatutnya pd parents kita.

Inche gabbana 21/04/2011, 12:10  

~Суара Табир~: susahnya nak eja nama anda.. seb baik boleh kopipes je. ^^"

uhm uhm.

takut nnt tak sempat nak mintak maaf je.. TT__TT

uh oh, tgh belajar juga cara2 nak tambat dan jinakkan ego ni, sbb ego adalah pemusnah diri..!

Inche gabbana 21/04/2011, 12:11  

papa: siapa and yg sebenarnya..? saya tahu anda bukan Inche Papa saya. bagaimana saya tahu..? adalah, tapi sy sgt yakin.

niat anda baik, tp anda telah membuatkan saya terkejut beruk smalam. hoh.

pape pon terima kasih.

Inche gabbana 21/04/2011, 12:12  

zulaikha: selalu kan dgr quote ni:

"Ibu seorang boleh jaga anak sepulo orang. Sepulo org anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu."

TT__TT

Moga kita dijauhkan daripada menjadianak yg durhaka dan golongan yg tidak mencium bau syurgaNya.

Nau'dzubillah..

Jzkk atas perkongsian.

Inche gabbana 21/04/2011, 12:13  

payung kecil: entahlah, mungkin itu mmg ujian/tarbiyyah ntok saya.

btol btol. sgt bersyukur allah kurniakan perasaan tu. ;)

jzkk atas perkongsian anda. ^^

Inche gabbana 21/04/2011, 12:14  

itachi: uh oh, kenapa susah eh? mereka kan mak ayah anda juga..?

cubalah sedaya upaya. takut nnt lambat tak sempat... no harm pon kan minta maaf..? malah mungkin mereka akan jadi sgt terharu dan gembira.

selamat maju jaya..!

Inche gabbana 21/04/2011, 12:15  

andaygnamapjgsgtdansukatumpahkankopi: sikit-sikit, lama-lama jadi..? ;)

itulah tarbiyyah. itulah mujahadah.

semakin besar mujahadah yg kita terpaksa lakukan, IAllah semakin besarlah ganjaran yg Allah akan bagi kepada kita. Biidznillah..

jom kita sama2 memimpin tgn mak, ayah dan keluarga kita ke sorgaNya..!

x)

Anonymous 22/04/2011, 19:50  

Salam AdamE,

Thanks for sharing this..this is something that we always take for granted.

Most of the time, bila kita buat something yg mengguris hati ibu bapa kita, they will not express their disappointment to us. and alhamdulillah that's why Allah keeps reminding us in the Quran to be good towards them.

Sabda al Rasul:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa''

Thanks bro,
Mujahid Pahmi

Anonymous 23/04/2011, 07:19  

tsk. T_T
ego itu sepatutnya sifat mustahil bg sorg daie bukan? *muhasabah. oh betapa banyaknye sifat ego dalam diri sendiri*

Inche gabbana 25/04/2011, 12:50  

moja: barakallahu fik.

itulah hebatnya mereka. yet, we keep hurting their feelings. ='(

takut nnt dah tak sempat nak mita ampun dari mereka... TT__TT

jzkk atas hadith dan perkongsian anda. ;)

Inche gabbana 25/04/2011, 12:51  

enonimus: kita manusia biasa, maka tidak lari daripada sifat ego.

tp sebagai seorang dai'e, kita sepatutnya tahu bagaimana nak mengawalnya dan tidak membiarkan ego menguasai diri dan keputusan kita!

all the best, ntok anda, saya dan semua! IAllah.. ^^

Allahu musta'an!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP