Pelik Itu Eksotik
Kalau anda seorang penulis belog, setiap kali anda mahu mengedjas saiz tulisan anda, anda akan ke ikon 'tee kecil tee besar' dan memilih sama ada mahu tulisan anda bersaiz 'smallest,' 'small,' 'normal,' 'large' atau 'largest' bukan..? Pilihan saya? Normal dan berfontkan 'Trebuchet.' Cukup bergaya sekian terima kasih.
Normal.
Cukup ironik. Perkataan yang terakhir di dalam dunia ini untuk mendefinisikan diri saya. Kerana saya jauh daripada normal.
Hakikatnya, saya pelik. Pelik lagi memelikkan.
Anda tidak percaya? Anda boleh bertanya kepada mereka yang mengenali diri ini. Kenal, maksudnya benar-benar kenal dan bukan setakat tambah kawan di MukaBuku, stalk gambar kemudian berdinding-dinding sekala-sekali, kemudian terus mendakwa yang anda telah mengenali saya. Itu bukan kenal, itu nakkenabalun. Eh.
Antara kepelikan tahap menggaru minda yang ada pada Inche gabbana adalah suka bercakap sorang-sorang. Ya, sangat kronik (unik?) bukan..? Wahahaha.. Masa yang paling digemari untuk bercakap seorang-seorang adalah selepas mandi sambil hendak memakai baju, ketika memandu dan ketika di dalam lif seorang-seorang. Juga ketika bermuhasabah (seperti peristiwa semalam) di mana saya akan memarahi diri sendiri.
Cakap pada tangan (Baca: Talk to the hand) lebih berfaedah mungkin..? [Kredit Gambar] |
Macam-macam topik yang saya perkatakan. Kadang-kadang tu memang tersangat paling random topik yang dipilih, sehinggakan saya sendiri tertawa dengan kerandoman saya (ketawa sorang-sorang tu pon dah dikira pelik en..?). Selalunya saya akan memberi ceramah agama, membayangkan anda penonton di hadapan saya.
Kadang-kadang saya berceramah dalam bahasa omputih, kadang-kadang dalam bahasa Ibunda, pernah juga di dalam bahasa Indon, sekali-sekali omputih ala-ala Latin gitu. Wah! Sungguh eksotik bukan..? (Sila berpeluh kecil atau besar sekarang)
Selalu juga saya hanya berbual dengan diri sendiri. Dan saya mengaku yang saya memang gemar berbual dengan diri sendiri. Sekiranya saya stress atau ada masalah, cara ini selalunya berjaya mengurangkan tahap tekanan marabahaya yang sedang melanda.
Uh oh, pernah juga terkantoi sedang bercakap/berbual sorang-sorang. Sumpah malu! Sekali tu dengan Inche Papa. Dia bertanya, "Eh [Inche gabbana] cakap dengan sapa tu..?"
Errr.. Err.. Cakap..? Salah dengar kot..! Tu kucing kat luar tu la..! Wahahaha..
Dan sekali tu dengan rakan sekerja. Yang ni seriyes malu. Tiba-tiba je Inche Rakan Sekerja menegur saya, "Bro, janganla cakap sorang-sorang bro. Ko ok ke ni..?" Sudah. Menutup muka sambil berlari-lari anak. Sumpah saya langsung tidak perasan yang saya bercakap sorang-sorang. Sungguh pelik tahu..??
Tapi saya rasalah, dek kerana saya suka bercakap sorang-sorang tu la datangnya kemahiran saya bercerita dan bercereka (mahir ke..?? :O). Kira anda bertuahlah juga sebab Inche gabbana suka bercakap sorang-sorang sebab kalau tak, pasti anda tidak dapat menikmati karya-karyanya yang bermutu tinggi lagi bergaya..! Choyyy..!
Di samping gemar bercakap seorang diri (tatkala ini sekiranya anda mula berasa ragu-ragu dengan tahap kewarasan Inche gabbana, saya tidak boleh menyalahkan anda), saya juga ada sifat-sifat kepelikan yang lain.
Antaranya, suka menyanyi-nyanyi pada masa yang paling random yang boleh anda fikirkan. Juga amat teliti dalam soal kekemasan dan kebersihan. Selain itu saya juga suka membuat muka pelik atau aksi gila di khalayak ramai.
Pokoknya, kalau diformulakan sifat dan perangai saya ini, anda akan mendapati jawapan kepada formula tersebut adalah Inche gabbana ni pelik lagi memelikkan! Weeheehee.
Tapi tunggu dahulu, saya tidak keseorangan. Rupa-rupanya, di dalam dunia ini bukan saya sahaja yang pelik. Siapa lagi yang pelik..? Tanya anda kehairanan tidak percaya kerana anda rasakan di dalam dunia ini selepas membaca post ini, tiada lagi yang lebih pelik dan memelikkan selain daripada Inche gabbana. Wah!
Soalan anda sepatutnya bukan 'siapa' tetapi 'apa.' Baiklah cuba anda tanya sekali lagi.
Err. Err.
Ish, cubalah tanya!
Ish, cubalah tanya!
Baiklah. (Peluh kecil mengalir perlahan) Apa lagi yang pelik di dalam dunia ini..?
Terima kasih anda kerana bertanya..! ISLAM! Ya, Dalam dunia ni, Islam-lah yang paling pelik sekali...! Anda tidak percaya..??
"Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali asing..."
[Hadith Riwayat Muslim]
Ha... Kan dah cakap, tapi anda tak nak percaya..! (Buat muka bangga minta pelempang)
Apa maksud asing dalam hadith ni..? Tidak lain dan tidak bukan, asing membawa maksud pelik. Nah! Cuba anda lihat sekeliling anda sekarang ni.. Bukankah Islam dipandang pelik lagi memelikkan..?
Islam tu kejam. Islam tu menindas. islam tu menidakkan hak kaum wanita. Islam itu tiada toleransi pada kaum homoseksual dan transeksual. Islam itu mundur. Islam itu __________ (sila isi dengan perkataan-perkataan yang menggambarkan bahawa Islam itu tidak kool dan bergaya)
Bagaimana sebuah ideologi atau kepercayaan yang para penganutnya mendakwa sebagai ajaran yang paling benar boleh sebegitu kompleks dan mengharubirukan..?? Pokoknya, masyarakat bukan Islam melihat Islam itu pelik! Dan orang-orang yang memeluk Islam itu juga pelik!
Maka tidak hairanlah kita melihat gelagat dan tingkah laku 'umat Islam' zaman ini yang langsung tidak menggambarkan Islam yang sebenar, kerana mereka juga malu untuk menjadi umat Islam! Mereka malu untuk dipandang pelik..!
Mereka lebih rela meniru gaya dan tingkah laku golongan yang ingkar pada Allah. Mereka lebih suka untuk menjalani hidup orang-orang yang menuruti hawa nafsu mereka. Dan mereka lebih cinta untuk hidup penuh dengan kemaksiatan, seperti orang yang tiada tujuan hidup lagaknya. Semuanya semata-mata kerana mahu mengikuti trend semasa. Kerana itulah yang dirasakan paling kool dan bergaya. Takut benar mereka dipandang pelik..!
Hakikatnya, siapa yang pelik? Atau apa yang pelik? Islam atau kita..??
Kita amat khuatir dan risau sekiranya dipandang pelik oleh masyarakat di sekeliling kita, tapi pernahkah kita risau Allah memandang pelik kepada kita..?
Kita takut benar kalau kita dilabel sebagai jakun, orang kampung, tak kool dan sebagainya sehingga sanggup mengorbankan prinsip hidup dan agama. Pernahkah kita takut Allah melabel kita sebagai munafik, sebagai fasik, sebagai orang yang ingkar kepadaNya..??
Kita cukup gelisah apa yang orang lain fikir dan kata tentang kita; tak boleh tidur malam dibuatnya kalau kita tahu ada orang yang mengutuk dan mencaci-maki kita. Tapi pernahkah kita gelisah, risau, khuatir dan takut apa yang Allah fikir tentang kita...??
Pelik pelik. Pelik sungguh manusia ni..!
Pelik pelik. Pelik sungguh manusia ni..!
Nak dipandang pelik oleh manusia atau Allah? Pilihan di tangan KITA! [Kredit Gambar] |
Biarlah kita dipandang pelik di dunia ini. Biarlah kita dipandang hina oleh masyarakat, hatta keluarga dan rakan-rakan kita. Dan biarlah kita asing di dunia yang fana ini. Asalkan Allah sayang, suka dan cinta kepada kita.
Biarlah kita dan Islam yang kita pegang itu pelik di mata masyarakat, asalkan kita ini sebutir mutiara berharga di mata Allah.
"...Maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba')."
[Sambungan hadith di atas]
Senyum lebar-lebar nak bagi nampak lesung pipit tapi tak boleh sebab takde lesung pipit.
Allahu a'lam.
Allahu a'lam.
-gabbana-
40 Caci Maki Puji Muji:
hadith dr zaman skola yg akan selalu diingati =)
Assalamualaikum.
Teringat doa Rasulullah SAW masa baginda berhijrah ke Thaif. One part of it says:
Jika Enkau tidak murka kepada aku maka semua itu tidak aku hiraukan.
Hebatkan? Walaupun pada masa itu orang lain menghina baginda, Rasulullah SAW tidak kisah selagi Allah tidak murka kepada baginda.
I'm disappointed with myself who cares about everyone's opinion except for the One whose opinion actually matters. :(
Seperti lagu Maher Zain: Is Allah satisfied?
P.S.: Encik Gabbana memang pelik!!! :P
sungguh pelik sebab en gabbana ni suka sgt cerita psl diri sendiri...hohoho...kalau dicantum2 agaknya boleh kot google classified siapakah en gabbana nih...
tapi Islam yg pelik bukan biasa2 saja. ada smpi pandang kita kira kanan atas bawah hanya kerana kita membaca doa menaiki kenderaan semasa naik tren...pelik sgt ker?
owh, malaysiaku...
bercakap dengan diri sendiri kadangkala bula menyedarkan diri kita semula. ;)
salam ziarah :)
teringat kalau ad org baca tafsir Quran dlm tren pown org lain dah tengok semacam.
seronok jadi orrang pelik nih, sebab kita bergerak dengan robb-orientated mind, insyaALLAH.
*jihad yang paling berharga ialah jihad mengawal nafsu diri-sendiri*
maaf, kalau silap fakta, tapi itu yg sy pernah dengar.
wallahu'alam. syukran atas karya inche gabbana yang so-called bergaya dan bermutu.
bismillah..
selama ini hanya membaca sahaja, takut nak komen, but then, untuk post nie, tergerak hati untuk mengomen sebab terkena pada diri sendiri jugak. muhaha..
owh, saya pun mengalami masalah yang sama jugak, suka becakap sendiri, dan kadang2 berceramah agama sdiri depan cermin pun dah makan masa 1 jam. Punyalah lama kan?
sebab dah biasa sangat, so macam tak heranlah. hehe satu hari tu, saya ade dengar lah super duper murabbi cakap, beliau kata, jangan sampai satu saat yang digunakan untuk berangan itu disoal di akhirat kelak sebabnya satu saat anda berangan/bercakap sorang2 tu, senanya kalau pergi buat "kerja", kemungkinan dah dapat tangkap sorang.. paham ke? maksudnya kemungkinan da dpt la sorang mad'u.
beliau ada jugaklah cakap kan, daie kene banyak kurang berangan sebab masa tak cukup untuk buat kerja yg smkin bnyk. kalau daie banyak berangan, kene check bali diri daie tue.. hurm, camtulah beliau cakap.
saya mendefinasikan ckp sensorg tu as berangan, tapi mungkin anda mendefinasikan nk praktis berckp spontan ke, atau saya da tersalah faham.. ngaaaa..~~
sorry kalau tersal just nak share ape yg dpt.. allahualam..~
errr..pelik ke? =.="
Kalau ckp pelik mmg la pelik jdiknya pikir positif lar
Fikirn seseorng tu y menentukn > <
Utamakn pndngn Allah.
salam,
jom jd org yg asing~~
mengejar cinta Ya Rabb~~
p/s:sy terfikir...mase inche gab tulis post ni pon..dia tgh berckp sorg2 ke??
sy suke buat kerja sambil nyanyi depan pc sensorang dengan nada yg totally out of tone... pelik ke? huhu...
salam.
suka cakap sensorang? laa.. yeke? awat tak habaq awai².
ok, inche gabbana masih ingat bila yang inche gabbana mula cakap sensorg? saya berani jamin, ketika masa nak jawab exam dulu, tatkala itulah paling banyak inche gabbana bercakap sensorg menjawab soalan kan?
pernah saya menegur diri saya sendiri, 'kesian..muda-muda lagi dah gila. muka dah ada, tapi cakap sensorg..'
tapi saya still happy bercakap sensorg dan menjadi makhluk asing! ^^
peace~
susun2 botol ikut ketinggian. eh. wlupun pelik mungkin tu juga ada pengajaran, kalau nak bawa benda asing, kena tersusun.
peace ^_^
uyun aman: bagus bagus. tp jgn igt je, kalau boleh hayati dan amalkan juga..! ^^
zulkifli: TT__TT doa itu mmg sgt teramat paling menyentuh jiwa kalbu.
hebatnya kebergantungan dan kepercayaan nabi SAW kepada Allah. kita...?
TTTT_______TTTT
Haha.. kan sy dah kata sy mmg pelik..? tp harapnya sy tidak pelik di mata allah! ^^
enonimus I: Hohoho.. dulu ada org pernah kata (Inche Zulkifli kalau tak silap), kalau boleh banyakkan cerita ttg diri sendiri sbb ibrah dan pengajaran yg dapat akan lagi dekat dgn org yg membaca..
skang ni anda cakap begitu pula.
maaflah, saya manusia biasa, tak dpt nak puaskan hati semua org.. =S
hamdan jean paul glitter: Ya betul..! maka sgt koolah sy bercakap sengsorang kan..?? xD
peace.
zulaikha: pelik pelik jugak, tp kena pastikan kita pelik kerana Allah lah..
kalau pelik dpn mata manusia dan pelik juga di depan mata Allah, itu namanya err, rugi. (cuba ntok bersopan santun di sini)
erk. saya naik lif tekan naik tingkat atas je tadi, anda jgnla sapot pulak..! ^^"
enonimus II: zzzzaaaaaaap.
air mata mengalir laju, tunduk keinsafan.
eh tapi saya bercakap sengsorang time mmg dah tak boleh bwat benda lain dah. as in, mcm tgh nak pakai baju, dok dalam lif..
tu kira byk berangan jugak ke..? hohoho..
novelgurl: yezzzaaa...! itulah point sy tulis post ni.
terima kasih sbb tolong pahamkan..! hehehe.. ;)
SN: hahahaha.. haah, kekadang kalau mcm terlalu eksaited menulis, mmg akan cakap sengsorang..! hehehe..
jom jom..! nak jadi kekasih allah yg hakiki..! xD
^ai-mie : 아이-미^: anda nak sy berlaku jujur ke...?
sangaaaaaaaaaaat pelik.
....
xp
yg jumpa saya ari rabu malam: kurang tepat di situ. saya rasa sejak saya join debat kot sy suka ckp sengsorang.
'kesian..muda-muda lagi dah gila. muka dah ada, tapi cakap sensorg..'
masalahnya, ada ke muka...? wahahahahahaha.. *larriiii....*
ikmal nordin: tenggsss ah ikmaaall..! -___-"
eh tapi menarik gak ibrah tu..! hehehe..
saaaaangattt pelik ea... wee~ takpe... i like~
but it's hard to maintain 'pelik' all the time.tambah2 di malaysia ni.. compared to overc we are more free to live in pelik's life. of course this is the choice..this is malaysia, the reality we live in.
moga terus mampu mengekalkan kepelikkan ini.i strongly believe that Allah will help us if we really sincere to do whatever He commands us to do..
subhanallah...saya sudah jatuh cinta dengan blog ini! terima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat!
chop!orang macam nila yang patut menjadi top blogger,ayat kau sungguh kaw-kaw.
Hebat!
kamus ape kau baca?
masya Allah..sangat menarik. kenapa baru sekarang saya jumpa entry semenarik ini?
Keep up :)
salam perkenalan...
nice and unique blog!
entri yang sangat menarik..
*senyum*
pelik kan?
memang pelik..
ahaha.pelik lalu di asingkan.
seperti sekarang, Islam sendiri di asingkan oleh org islam sendiri.
---
eit, mutiara pon kdg2 suka cakap sensorang. sumtime. masa menulis pun kadang.
^__^
yang pelik tu cakap sorang2...nice entry..=)..
^ai-mie : 아이-미^: bagus bagus, mengakui kepelikan diri sendiri. itu juga pelik tahu..?? wahahaha.. ;)
enonimus III (?): haha.. pelik tak pelik, itu pilihan kita. kita nak Allah yng nilai kita, atau allah..? ;)
yes, medan kita di Malaysia. maka suka tak suka, kena beramal di Malaysia lah! kalau bukan kita sapa lagi..??
=) IAllah.. Allahu musta'an!
sunah mohammad: ok, jatuh cinta pada belog ini tak mengapa, jangan pada penulisnya..!
wahahaha.. ok sila berpeluh.
saya dah lawat belog anda. sgt bermanfaat juga..! tahniah..! ^^
sembang kemas: errr... tak penting gelaran atau anugerah, yg penting anda semua yg membaca dapat faedah. peace.
uh oh, saya tak baca kamus. hihihi.. ;)
bersama kak es: kenapa baru skang? allahu a'alam, entah saya pon tak tau.
tapi saya sgt yakin dgn konsep tiada kebetulan dalam idop ini. So mesti ada hikmahnya tu kan..? ;)
mas saari: terima kasih. selalu2 lah dtg singgah.
lain kali dtg bwk la pisang goreng ngan teh o' panas ye..! hihihi..
mutiara bernilai: eeehhhmmm. btol btol. sbb org Islam sendiri dah tak menghargai betapa mahalnya harga Islam tu.. sedih kan..?
oh haha. welcome to the club! xD
www.fierapirot.bolgspot.com: anda juga pelik kerana meletakkan alamat belog anda pada nama anda.
hihihi.. terima kasih sbb sudi singgah! ;)
uit? pelik jugak? takpelah... asalkan tak nyusahkan org suda... peace (**)v...
assalammualaikum.. haha.. ada jga org mcm sya ni. sya pn suke sgt b'ckp dgn diri sendiri. lagi2 la klu sorang2.. dah mcm ada "imagination friend". tpi mmg best b'ckp dgn diri sndri ni.. sbb ada kalanya takde org yg faham kita,terutamanya bila hari2 yg membuatkan tekanan yg teramat sangat.. tenangkn diri sndiri la katakn, dah takde sape nak tlng nak buat camne.. ahah.
Post a Comment